Hati Suamiku GK
UNCLE L PART 2
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 07 Disember 2012
Sejak kecil, Putra Huzaiman bersikap suka menguasai dalam semua perkara sehingga dia digelar ?Gila Kuasa? tetapi dia tidak kisah semua itu.
Penilaian Purata:
(5 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
7409

Bacaan






Hulaif Idraki mundar-mandir depan bilik mesyuarat. Dia berdebar-debar menunggu giliran dipanggil. Dipindahkan pandangannya kepada Safa Adra yang sedang duduk. Wajahnya tenang sahaja. Tiba-tiba Safa Adra mengangkat muka dan melihat wajahnya. Ada senyuman yang meniti di bibir itu.

Pantas Hulaif Idraki melarikan pandangannya dari terus menatap wajah itu. Hatinya tiba-tiba berdebar pula. Ish, masa ni, boleh pula hati nak berdebar.

“Kau buat betul-betul. Jangan nak malukan aku!” tegas Hulaif Idraki. Dia duduk di sebelah Safa Adra.

“Tenang. Benda kecil sahaja.” Safa Adra tersenyum. Sebenarnya, dia turut rasa berdebar. Pengarah besar kot yang nak tengok perbentangan aku. Bukan calang-calang orang. Bertuah isterinya dapat suami macam tuan pengarah. Dihargai. Tiba-tiba wajah bertukar sedih.

“Ni dah kenapa muka macam tikus mati. Kau jangan nak tunjuk muka macam ni pada tuan pengarah. Muka biar ceria.” Makin tegas Hulaif Idraki. Dia perasan air muka Safa Adra berubah secara drastik. Entah mengapa dia rasa bimbang. Apalah yang difikirkan oleh anak buah aku ni? Sedih lain macam.

Bagi Hulaif Idraki, dia sukar untuk membaca hati Safa Adra. Hati itu tertutup dengan wajahnya yag ceria tetapi mata. Mata itu bagaikan menyimpan satu perasaan yang sedih dan pedih.

Safa Adra ketawa kecil. Muka aku di samakan dengan muka tikus mati. Lawak gila la, uncle ni. Rasa macam nak cubit-cubit.

“Saya tahulah saya tak cantik, uncle. Sampai hati kata saya macam tu.” Safa Adra kembali tersenyum.

Hulaif Idraki rasa lega melihat senyuman itu.

“Dah masam macam tu. Macam mati laki pun ada,” kata Hulaif Idraki lagi.

“Kan saya janda. Memang dah mati laki saya tu.”

“Kau biar betul. Kau dah pernah kahwin ke?” soal Hulaif Idraki. Entah mengapa kini, dia ingin sangat tahu status sebenar Safa Adra.

Lama Safa Adra terdiam.

“Encik Idraki dan Cik Safa boleh masuk sekarang.” Amman selaku setiausaha, tuan pengarah muncul tiba-tiba.

Hulaif Idraki dan Safa Adra mula melangkah masuk ke dalam bilik mesyuarat bersama-sama lukisan iklan yang dicadangkan. Hampir berminggu-minggu mereka berdua berbincang mengenai iklan tersebut supaya menjadi satu iklan yang terbaik.

Selepas satu jam perbentangan, tuan pengarah, Putra Huzaiman bersuara sambil memandang isteri tercinta, Wafa Natasha.

“Macam mana, Sha. Sha suka tak iklan ni? Kalau ikutkan hati abang ni, abang nak watak lelaki itu gila kuasa. Baru kena!” cadang Putra Huzaiman.

Wafa Natasha ketawa kecil. Faham sangat perangai suaminya itu.

“Bosanlah gila kuasa ni. Sha, suka kalau lelaki itu bersikap romantik.” Wafa Natasha menyuarakan pendapatnya.

Putra Huzaiman terkilan dengan kata-kata isterinya.

“So, you like all about this plan?” Putra Huzaiman sudah mula bercakap dalam bahasa Inggeris.

Makin lebar Wafa Natasha tersenyum. Tahulah suaminya marah. Nanti kat rumahlah aku pujuk.

“I like so much.” Sindir Wafa Natasha. Dia bangun dan menghampiri Safa Adra. Sebenarnya dia suka pada Safa Adra. Nama aku dan nama dia lebih kurang sahaja. Wafa dan Safa. Alahai, jadi kawan ni mesti best.

“Thank so much.” Safa Adra rasa gembira. Hilang semua rasa debarnya. Tenang.

“Tapi, saya mahu awak tambah sedikit babak romantik. Lelaki kena romantik semasa dia tunjukkan loket tu. Idea awak agak kaku. Pernah bercinta ke?” soal Wafa Natasha. Kalau ada pengalaman romantik, apasalahnya selitkan sedikit.

“Pernah tapi dia tak la romantik. Apa-apa pun saya akan tambah babak yang Puan mahukan.” Safa Adra rasa kekok apabila ditanya soal cinta.

“Okey...” Wafa Natasha menghampiri Putra Huzaiman yang masih merajuk itu.

“Apa ni Safa? Menyusahkan orang!” marah Hulaif Idraki apabila Wafa Natasha meninggalkan mereka berdua di hujung meja mesyuarat.

“Menyusahkan apa?”

“Menyusahkan orang nak buat kerja dua kali. Kan dah kena buat semula.” marahHulaif Idraki lagi.

“Uncle L, ni dah kenapa? Sawan ke mabuk? Puan kata dia suka iklan kita cuma kena tambah babak yang dia nak. Apa susahnya?” Kali ini Safa Adra tidak boleh bersabar. Dia bertungkus lumus membuat iklan ini. Sesedap hati sahaja dia maki aku. Ingat aku tak ada perasaan.

“Kau memang menyusahkan!” Entah mengapa Hulaif Idraki rasa marah. Mungkin kerana iklan yang Safa Adra buat, diterima baik oleh Wafa Natasha. Dia tidak berpuas hati. Selama dia bekerja di sini. Hampir dua atau tiga kali iklannya tidak lulus. Masuk sahaja Wafa Natasha ke sini, baru pertama kali buat, sudah mendapat kelulusan walaupun kena buat tambahan babak.

Serentak Hulaif Idraki melafazkan ayat itu, air mata Safa Adra mengalir deras.

“Terima kasih, uncle!” Safa Adra terus berlari meninggalkan bilik mesyuarat tersebut dengan pintu yang di hempas kuat.

Wafa Natasha dan Putra Huzaiman memandang pelik dengan pasangan kerja tersebut.

Hulaif Idraki tersenyum memandang majikannya dan terus mengambil barang-barangnya. Dia terus berlalu pergi.

Kenapa dia nangis? Teruk sangat ke aku marah? Ish, kenapa aku nak marah dia sangat! Kerja dia memang bagus. Kau cemburu ke, Hulaif Idraki? Dia memang buat yang terbaik. Bisik hati Hulaif Idraki yang memuji hasil kerja Safa Adra.

Hulaif Idraki masuk ke dalam bilik kerjanya. Dia merenung lukisan yang di lukis oleh Safa Adra untuk menyembahkan idea iklannya. Dia tahu, anak buahnya bertungkus lumus menyiapkan iklan tersebut.

“Danial, nanti Safa dah masuk bilik kerja dia, bagitahu aku.” Hulaif Idraki menghubungi setiausahanya.

“Okey...”

Danial tahu yang Hulaif Idraki memang tidak menyukai Safa Adra sejak gadis itu bekerja di sini tetapi kali ini dia melihat Hulaif Idraki agak melampau. Bersabarlah, Safa.

Selepas satu jam, Safa Adra kembali semula ke bilik kerjanya. Segera Danial memberitahu Hulaif Idraki.

Hulaif Idraki pula pantas bergerak ke bilik Safa Adra. Dia rasa bersalah pula menengking gadis itu. Dia masuk ke bilik Safa Adra tanpa mengetuk pintu. Kelihatan Safa Adra sedang mencapai sesuatu di bawah meja. Apabila gadis itu mengangkat wajahnya, dia terkejut.

“Uncle!” Safa Adra terkejut dengan kehadiran pak ciknya itu. Dia baru sahaja mengambil telefon pintarnya yang kebetulan terjatuh. Selepas dia tunduk mengambil barang tersebut, terus nampak lelaki itu berdiri tegak di hadapannya.

“Safa... Safa Adra....” Hulaif Idraki menelan liur.

“Tak payahlah uncle jadi macam Nek Da. Suka sebut nama penuh orang.” Safa Adra ketawa kecil.

Memang dia akui yang dia sangat terkejut dengan kata-kata Hulaif Idraki dalam bilik mesyuarat tadi. Kata-kata itu memang menyakitkan hatinya. Tetapi selepas menangis dalam masa sejam. Hatinya tenang. Dia menangis di surau. Hanya di situ tempat yang dia boleh peroleh ketenangan.

“Mata kau...”

“Ala, bengkak sikit sahaja.”

“Safa Adra...” lagi sekali Hulaif Idraki menyebut nama penuh Safa Adra.

“Ya. Kenapa uncle L?” sengaja Safa Adra menekan perkataan ‘L’ untuk menyakitkan hati Hulaif Idraki secara halus.

Terus Hulaif Idraki normal semula. Dia hampir bersimpati melihat mata yang sembab dek air mata. Kasihan tetapi sekejap sahaja. Nasib baik aku cepat sedar.

“Kau siapkan kerja kau cepat. Aku tak nak tuan pengarah tunggu lama untuk meneruskan ke langkah keseterusnya. Aku akan memberitahu jabatan pengiklanan. Jabatan tu akan bekerjasama dengan kau dibawah pemantau aku.” Terus Hulaif Idraki berlalu pergi. Dia hampir tewas dengan wajah tersebut.

Jam dinding sudah menunjukkan angka enam. Segera Safa Adra mengemas mejanya dan pulang. Tiba di lobby syarikat, langkahnya terhenti. Dia terpaku. Kebetulan Hulaif Idraki juga mahu pulang. Pantas dia menyorok di sebalik tiang yang besar.

“Safa dengan siapa tu? Lelaki? Kekasih dia ke?” Hatinya cemburu. “Kenapa nak cemburu? Mengarut sahaja.” Hulaif Idraki masih setia di balik tiang tersebut. Dia bersyukur kerana dia dapat mendengar perbualan mereka dengan jelas.

“Kau buat apa kat sini?” soal kasar Safa Adra.

“Buat apa? Aku cari kau la! Aku nak kau semula! Selagi kau tak maafkan aku. Aku akan cari kau ke pelusuk dunia...” Lelaki itu terus berkata.

“Cukuplah Simon! Aku dah maafkan kau.” Begitu berat Safa Adra mengucapkan kata-kata itu. Berat sekali.

Walaupun hati aku kuat untuk memaafkan segala perbuatan kau tapi untuk aku melupakannya... Jangan harap. Hati yang terluka mungkin boleh diubati. Tapi kau kena ingat, parut yang berbekas akibat luka yang kau buat tu, akan aku bawa hingga ke mati. Kata-kata itu hanya bergema dalam hatinya.

“Kau bohong! Aku tak percaya perbuatan aku itu kau boleh maafkan begitu sahaja. Kembali ke sisi aku. Aku akan jaga kau baik-baik.” Simon tidak berputus asa. Dia dapat mencari Safa Adra pun kerana terdengar perbualan Tok Long beberapa hari yang lalu.

“Cukuplah! Aku nak balik!” Safa Adra rasa tidak larat. Tubuhnya lemah. Pelbagai masalah hari ini yang dihadapi. Dengan matanya bengkak menangis membuatkan dia lemah.

Pantas tangan Simon menyambar lengan Safa Adra. Dan pantas juga Hulaif Idraki memunculkan diri dan meleraikan pegangan Simon.

Mata Simon dan Hulaif Idraki saling memandang antara satu sama lain dengan pandangan tajam.

Sudah! Safa Adra buntu memikirkan apa yang bakal terjadi.

P/s : Apa yang akan berlaku ye? Ada sahaja yang menyibuk. Siapa Simon sebenarnya dalam hidup Safa? Apa yang dia dah buat pada Safa? Tunggu next part... Insya allah ada 5 part sahaja... So tinggal lagi 3 part...hihihi



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku