Hati Suamiku GK
UNCLE L PART 3
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 07 Disember 2012
Sejak kecil, Putra Huzaiman bersikap suka menguasai dalam semua perkara sehingga dia digelar ?Gila Kuasa? tetapi dia tidak kisah semua itu.
Penilaian Purata:
(10 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
974

Bacaan






Hai....JOM BACA SAMBUNGANNYA...TAK PAYAHLAH CIK PENULIS NAK MEMBEBEL...JOM BACA BERAMAI-RAMAI...JANGAN LUPA KOMEN...




Part 3

Apa jantan ni nak buat dengan anak buah aku ni? Memang nak kena! Pegang-pegang bagai! Ingat anak buah aku tak ada maruah! Segera Hulaif Idraki melangkahkan kakinya menghampiri mereka. Tangannya meramas kuat tangan Simon dari terus menyentuh lengan Safa Adra.

Ingat aku takut kau renung aku macam nak terkeluar biji mata tu? Aku pun boleh buat benda sama macam kau. Hulaif Idraki membalas renungan tajam mata Simon.

“Kau siapa? Jangan campur urusan aku dengan dia!” marah Simon. Dia tidak senang dengan kehadiran lelaki yang tidak dikenalinya itu.

“Aku? Aku pak cik kepada Safa Adra. Kau siapa?” giliran Hulaif Idraki pula menyoal. Dia masih mengenggam erat tangan Simon yang masih utuh memegang lengan Safa Adra.

“Pak cik? Tak ada masalah pun. Safa, kau ikut aku!” Simon menarik lengan Safa Adra makin kuat.

“Aku tak nak!” Safa Adra berusaha menarik lengannya. Dia hanya insan lemah. Sekali kena tarik seperti itu, memang mudah sahaja. Tidak berdaya untuk pertahankan diri. Hanya Hulaif Idraki mampu membantunya.

“Lepaskan dia!” jerit Hulaif Idraki. Dia cuba leraikan pegangan Simon. Rasa marah membuak dalam hati. Dia tidak suka lelaki itu menyentuh Safa Adra.

Simon tidak pedulikan sesiapa. Asalkan Safa Adra mengikutnya.

Hulaif Idraki hilang sabar. Dia menumbuk muka Simon.

Simon terdiam sambil merenung tajam wajah Hulaif Idraki. Dia terus berlalu pergi.

“Balik dengan aku. Aku hantar.” Hulaif Idraki menarik lengan Safa Adra. Kau memang pening la, Hulaif Idraki. Tadi kau kata orang suruh jaga maruah anak buah sendiri tapi kau sekarang ni macam tak jaga maruah pula. Hatinya tersentak. Pantas dia melepaskan peganganya.

“Tak apa uncle. Kereta saya ada.” Safa Adra rasa bersyukur dengan kehadiran Hulaif Idraki di situ. Dapatlah dia mengelakkan diri.

“Dengan mata panda kau tu, tak payah nak berangan nak memandu sendiri.” suara Hulaif Idraki kedengaran tegas.

“Tapi...” Safa Adra cuba mengelak.

“Malam ni, tidur rumah aku. Esok pergi kerja dengan aku. Ini arahan!” Hulaif Idraki tidak akan peduli apa yang terjadi. Lagipun di rumahnya ada Puan Huda. Jadi, tiada masalah pun jika Safa Adra mahu tinggal semalaman di rumahnya.

Semuanya dengan kau. Apa kes ni? Dulu buat tak tahu kat aku. Sekarang ni sibuk pula nak ambil tahu. Bisik hati Safa Adra.

“Tak apa, uncle...” Safa Adra tetap menolaknya. Dia sudah berkira-kira mahu mengelak diri. Dia mahu ke arah keretanya. Dia sudah berpaling daripada menghadap Hulaif Idraki.

“Safa Adra!” panggil Hulaif Idraki.

Sudah! Pak cik aku dah suka sebut nama penuh aku. Mana nak lari ni? Safa Adra tegakkan badan. Dia membelakangi Hulaif Idraki.

“Aku bilang sampai tiga, kalau kau tak ada dalam kereta aku. Kau tahu la nasib kau!” geram Hulaif Idraki. Ugutan sahaja boleh dilakukan saat ini. Ketika itu, dia sudah masuk dan duduk di bahagian pemandu.

Ala, main ugut-ugut aku pula tapi... Tapi... Aku takut juga dengan ugutan tu. Bisik hati Safa. Pantas dia berlari masuk ke dalam kereta.

“Safa Adra!” suara Hulaif Idraki kedengaran seperti geram.

Nama penuh lagi. Apa salah aku? Aku kan dah masuk dalam kereta. Apa masalah lagi. Kan aku panggil lembab kan, marah pula. Safa Adra tidak tahu apa yang tidak kena lagi.

“Apa ni, uncle L? Saya dah masuk dalam kereta ni? Nak lebih-lebih pula. Dahlah paksa orang.” Safa Adra lahirkan peraasaan tidak puas hati. Matanya yang bengkak membuatkan dia tidak mampu membuka matanya luas. Sedang-sedang sahaja.

“Yang kau duduk belakang tu siapa suruh?” soal Hulaif Idraki dengan tegas.

“Tak ada siapa suruh pun. Dah uncle kata masuk dalam kereta. Tak ada pula cakap depan atau belakang. Kalau bonet kereta uncle besar, dalam tu juga saya masuk.” Loyar buruk Safa Adra. Dia yang tak cakap apa-apa, nak marah-marah pula.

“Nak duduk dalam bonet ke?”

“Kalau besar, saya tak ada masalah.” Safa Adra layan sahaja.

“Cepatlah. Nanti ibu tunggu pula.” Hulaif Idraki pula rasa tidak larat mahu melayan karenah Safa Adra. Hatinya masih sakit dengan kehadiran lelaki yang dia sendiri tidak kenal. Pegang-pegang Safa lagi tu. Memang cari nahas. Ada hati nak berkasih sayang dengan anak buah aku yang comel ni. Kata-kata itu hanya bergema dalam hati Hulaif Idraki sahaja.

“Okay.” Safa Adra pantas keluar dari kereta dan duduk di bahagian depan. Mereka berdua pulang ke rumah Puan Huda.



******

Malam itu, Safa Adra tidak dapat lelapkan mata. Dia bangun menuju ke dapur untuk membuat air Tamarcoco. Air kegemarannya. Dia teringat akan peristiwa siang tadi.

“Kau memang menyusahkan!” Bergema suara Hulaif Idraki dalam ingatannya. Hatinya tiba-tiba sakit. Sakit sangat.

“Kau memang menyusahkan!” Kedengaran lagi kata-kata itu.

Terus air mata Safa Adra mengalir. Kata-kata itu membuatkan dia teringat akan satu peristiwa yang menyakitkan hati.

Aku dihina. Aku dibenci. Aku didera. Apa salah aku? Apa penyebab kau bertindak kejam ke atas aku? Kenapa? Aku tidak pinta untuk dilahirkan untuk menyusahkan orang lain. Aku berusaha menjadi yang terbaik. Air matanya mengalir deras.

Ketika itu, dia sedang membasuh cawan dan pinggan makan yang kosong digunakan untuk meletakkan beberapa keping biskut. Dia membasuh dengan keadaan termenung bersama linangan air mata. Tiba-tiba dia terdengar langkah orang. Pantas dia mengangkat pinggan yang penuh dengan air dan ditenggelamkan mukanya.

“Buat apa tu?” tegur Hulaif Idraki. Pelik sangat ni. Masuk muka dalam pinggan ke?

“Eh, uncle! Saya tengah berenang. Ini salah uncle la sebab tak buat kolam renang depan rumah. Tak pasal-pasal saya berusaha berenang dalam pinggan yang tak berapa nak besar.” Safa Adra membuat lawak. Hampir basah tudung yang dipakainya.

“Tak payah nak merapu la. Kau nangis ye?” soal Hulaif Idraki. Anah buah aku ni memang pelik. Nak tutup muka menangisnya, sanggup tenggelamkan muka dalam pinggan ni.

“Nangis? Siang tadi betul. Malam ni salah!” Safa Adra sudahkan basuhannya.

“Siang tadi? Aku minta maaflah. Aku beremosi sangat.” Hulaif Idraki sedarkan kelanjuran kata-katanya. Bak kata orang, terlajak perahu boleh diundur lagi tapi terlajak kata, binasalaj hidup.

“Okey. Dimaafkan. Saya naik dulu ye, uncle!” Segera Safa Adra menjawabnya sambil melangkah. Sakit hatinya masih terasa tetapi siapalah dia untuk tidak memaafkan orang lain.

“Macam tak ikhlas sahaja.”

“Ikhlas la, uncle...” Langkah Safa Adra terhenti.

“Kau betul-betul maafkan aku?” soal Hulaif Idraki dengan nada yang lebih serius. Matanya merenung tajam ke dalam mata Safa Adra. Nasib baik ibu tak tanya sebab mata Safa jadi macam tu. Kalau tak, susah nak jawab.

“Dah maafkan.” Balas SafaAdra dengan lemah lembut.

“Kalau kau maafkan aku, siapa lelaki siang tadi?” Perasaan ingin tahu Hulaif Idraki sejak siang tadi tidak dapat disembunyikan lagi.

“Kawan saya je.”

“Kawan? Kau ingat, kau bercakap dengan budak umur 3 tahun?” geram Hulaif Idraki apabila soalannya tidak terus dijawab.

“Eh, uncle umur 3 tahun ye...” Safa Adra ketawa kecil. Kenapa uncle aku ni tanya pasal Simon? Macam mana nak mengelak ni!

“Safa Adra!” Disebabkan terlalu geram, Hulaif Idraki telah menarik lengan Safa Adra. Tidak membenarkan gadis itu pergi begitu sahaja.


p/s: siapa sebenar simon? Ish, dah kenapa dengan uncle L ni. Sibuk sahaja dengan urusan Safa Adra. Nantikan part seterusnya



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku