Hati Suamiku GK
UNCLE L PART FINAL
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 07 Disember 2012
Sejak kecil, Putra Huzaiman bersikap suka menguasai dalam semua perkara sehingga dia digelar ?Gila Kuasa? tetapi dia tidak kisah semua itu.
Penilaian Purata:
(7 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
2189

Bacaan






Main tolak-tolak kepala pula anak buah aku ni. Ingat kepala aku ni tak bayar zakat agaknya. Bisik hati Hulaif Idraki. Disebabkan terlalu geram. Dia gigit jemari yang aktif menolak itu tanpa melihat ke arahnya. Agaknya, lubang hidung aku pun dia nak jolok. Al-maklumlah tak nampak. Bebas je tangan tu bergerak.

“Arrrggghh!” Safa Adra menjerit. Pantas dia memandang Hulaif Idraki yang tidak berbaju itu.

“Padan muka!” Hulaif Idraki berkata. Dia bangkit dari terus berbaring. Mengeliat sedikit.

Safa Adra menjeling tajam arah pak ciknya itu. Sedapnya dia gigit jari aku. Sakit la! Hanya hatinya sahaja yang menjerit.

“Tak payah nak tengok aku macam tu. Kang jatuh cinta, payah aku nak layan.” Hulaif Idraki berdiri pula. Dia menuju ke biliknya. Sebenarnya hati Hulaif Idraki yang berdebar kuat. Aku yang jatuh cinta dengan jelingan Safa Adra.

Pantas dia menampar mulutnya.

“Apa aku mengarut ni? Aku cintakan Safa? Oh, No! Tidak!” Ego Hulaif Idraki masih bertakhta dalam hati.


***

Sudah sebulan selepas peristiwa Simon hadir di tempat kerja Safa Adra. Dia berasa sedih kerana dia terpaksa meninggalkan Malaysia atas arahan Tok Long.

“Betul ke keputusan Safa ni?” Soal Puan Huda. Dia rasa kasihan dengan kehidupan Safa Adra. Gadis ini baik sekali. Kalau aku ada anak lelaki ni, dah lama aku kahwinkan dia dengan Safa tapi…

Pantas pandangan Puan Huda jatuh pada wajah Hulaif Idraki. Berkenan ke Hulaif Idraki pada Safa? Suka ke? Layanan yang diberikan dingin je dalam pemerhatianku. Mungkin Hulaif Idraki dah anggap Safa ni sekadar anak saudara sahaja.

“Betul Nek Da. Tok Long minta segerakan penerbangan ini. Safa terpaksa pergi…” sedih nada suara Safa Adra. Di sini dia dapat merasai apa itu kasih sayang seorang ibu. Yang amat dia dambakan.

“Terpaksa pergi? Pergi mana?” muncul Hulaif Idraki tiba-tiba. Aku salah dengar ke? Kenapa jantung aku berdebar lain macam. Rasa takut kehilangan mula bercampur dalam hatinya.

“Uncle, maafkan segala kesilapan saya. Halalkan makan dan minum saya…” Safa Adra rasa sayu dan ingin menangis tetapi ditahannya. Dengan senyuman yang seikhlasnya dia pamerkan kepada Hulaif Idraki.

“Safa tak jawap soalan pak cik lagi. Safa nak ke mana?” Hulaif Idraki cuba berlembut. Orang yang sedang bersedih ni, jangan marah-marah. Nanti dia tak nak cerita pula. Aku nak tahu juga.

“Saya terpaksa balik ke pangkuan Tok Long. Simon dah dapat cari saya.” Safa Adra berkata. Dia sudah berdiri dan bersalaman dengan Puan Huda. Ini adalah kali terakhir dia memandang wajah Puan Huda dan Uncle kesayangannya itu.

“Kau nak pergi mana ni?”

“Dah nak ke luar negara la, Uncle! Sejak bila uncle ni lambat loading ni. Saya tak boleh panggil Uncle L dah….” Kecewa Safa Adra.

“Panggil apa pula?”

“Uncle Double L.” Safa Adra ketawa kecil.

Hulaif Idraki merenung tajam wajah Safa Adra. Sempat minah ni kenakan aku.

Ketawa Safa Adra terhenti. Hatinya berdebar dengan renungan mata itu.

“Pak cik Hulaif, Safa minta maaf. Safa gurau je panggil pak cik, Uncle L. Gurau je. Safa dah nak pergi. Kalau boleh, Safa tak nak dalam hati pak cik ada perasaan benci pada Safa. Safa sayang, pak cik.” Safa Adra sudah memakai kasutnya. Dia berdiri tegak depan Hulaif Idraki.

“Kalau sayang, kenapa kau tinggalkan aku juga?” Entah mengapa sayu hati Hulaif Idraki mendengar kata-kata Safa Adra. Tembus masuk ke hati.

“Sebab keadaan memaksa. Pak cik jaga diri pak cik.”

“Panggil aku, uncle. Uncle L...” Sakit pula telinga mendengar perkataan ‘Pak Cik’. Selalu sangat dengar uncle L. Jadi, telinga ni dah biasa mendengar panggilan itu.

“Ya, uncle L.” Safa Adra juga terasa berat untuk meninggalkan rumah ini. Aku cintakan uncle L ke? Kenapa aku begitu takut untuk mengakui perasaan ini? Takut dilukai lagi...?

“Kalau aku cakap, kau jangan pergi. Kau tak pergi kan?” Hulaif Idraki cuba menghalang Safa Adra dengan kata-kata sahaja. Kakinya tidak mampu untuk melangkah menghampiri Safa Adra.

“Apa uncle?” soal Safa Adra. Dia memang tak dengar apa yang dikatakan oleh Hulaif Idraki.

“Kau dah pekak! Nak aku cakap banyak kali pula. Dahlah! Pergilah cepat-cepat!” geram Hulaif Idraki. Egonya mengusai diri. Marah betul dia.

Safa Adra tersenyum tawar. Jadi, betullah dia tidak pernah menyukai aku. Safa, kau sabar kan hati. Tabahkan jiwa.

“Nak pergilah ni! Uncle Lembab!” geram Safa Adra. Dia terus berlari masuk ke dalam kereta. Bimbang air matanya mengalir.

“Apa kau cakap!” Hulaif Idraki pula rasa marah tetapi pandangan matanya hanya mampu melihat kereta yang di pandu oleh Safa Adra menghilang.

“Safa Adra....” sayu hati Hulaif Idraki. Entah mengapa semangatnya bagaikan pergi separuh dari dirinya. Lemah tidak bermaya.


****


Beberapa hari kemudian...

Baru beberapa hari Safa pergi dari hidup aku. Aku rasa sunyi sangat. Selalunya masa-masa begini aku akan menyakatnya sampai dia buat muka menyampah pada aku. Seronok betul masa tu. Dapat tengok muka comel tu masa mencuka. Aku tahu yang Safa tak pernah simpan dalam hati dengan apa yang pernah aku lakukan pada dia. Ya Allah, di mana Safa? Kenapa dia mendiamkan diri? Tidak rindukah dia pada aku? Hulaif Idraki terus termenung merenung kaca tv yang sedang menyiarkan drama melayu.

Puan Huda hadir bersama secawan air lalu duduk di sofa.

“Ibu, Safa ada call tak?” Hulaif Idraki berani menanyakan tentang Safa Adra kepada Puan Huda. Mana tahu yang dia segan nak call aku, dia call ibu. Dapat juga aku tahu perkembangannya. Hah! Facebook pun aku lupa nak minta kat dia. Ish! Sekarang kan zaman teknologi la, Hulaif Idraki. Macam mana kau boleh lupa kemajuan tu?

“Tak ada. Kenapa?” Puan Huda pun pelik juga Safa Adra tidak menghubunginya.

“Tak ada apa-apa.” Hulaif Idraki pantas memandang kaca TV. Entah mengapa dia sedih mendengar jawapan Puan Huda.

“Rindulah tu...” usik Puan Huda.

“Mana ada rindu la. Kita tanya je,” bantah Hulaif Idraki. Dia tidak akan sesekali mengaku yang dia rindu akan Safa Adra walaupun perbuatannya itu sudah menunjukkan yang dia amat merindui Safa Adra. Separuh nyawanya hilang.

“Tanya ada makna.” Tidak habis-habis Puan Huda mengusik. Gembira melihat anak lelakinya ada perasaan pada Safa Adra.

Tiba-tiba telefon rumah Puan Huda berbunyi. Segera dia menjawab panggilan tersebut.

“Apa?”

Lemah tubuh Puan Huda mendengarnya. Dia terduduk di lantai.

“Kenapa, ibu?” Hulaif Idraki berlari mendapatkan ibunya. Dia pelik melihat Puan Huda seperti terkejut dengan sesuatu berita. Berita apa? Siapa yang call?

“Safa... Safa dah tiada...Ayah Long kamu baru call tadi...” Air mata Puan Huda mengalir.

“Tidak! Saya tak percaya, ibu....” Hulaif Idraki menjerit. Dia mengacau. Dia tidak dapat menerima berita ini. Tipu! Ini tipu belaka.

***

Beberapa bulan kemudian...

“Hulaif Idraki....” Panggil Puan Huda dengan penuh lemah lembut.

“Ibu...” Hulaif Idraki memandang ke arah Puan Huda.

“Mari, ibu mandikan Hulaif Idraki...”

“Hulaif kan dah besar, ibu. Kenapa nak mandikan, Hulaif...”

“Kalau macam tu, ibu teman Hulaif mandi.” Puan Huda melayan lembut anaknya itu. Penuh kasih sayang.

“Okey...”

“Ini sabun kan? Hulaif tahu....” Hulaif Idraki mengambil Shampoo lalu dilumurkan ke tubuhnya sehingga berbuih. Kemudian, dia mengambil sabun badan lalu dilumurkan ke rambut untuk menjadikan shampoo.

“Hulaif Idraki...” makin sayu Puan Huda melihat anaknya yang tidak sihat itu.

Hulaif Idraki tidak dapat menerima berita kematian Safa Adra. Dia terus menjadi tidak waras.

Kita hanya berusaha untuk redha dengan semua ketentuan yang telah digariskan oleh ALLAH. Menerima apa-apa pun yang terjadi bukan bererti tidak berusaha untuk meraih sesuatu yang lebih baik. Tetapi berusaha untuk ikhlas dan menyerahkan semua ini kepadaNYA. Jika tidak, kita dikuasai oleh perasaan yang sangat tertekan dan hilang kewarasan.



Hulaif Idraki meneruskan kehidupannya dengan dunianya sendiri.

“Safa...” Air mata Hulaif Idraki mengalir. Dia tidak dapat membendung lagi perasaannya. Perasaan rindu pada orang yang telah tiada. Yang tidak mungkin dia akan bertemu lagi. Sungguh berat rasa rindu ini.

“Safa...” Hulaif Idraki memeluk tubuhnya. Menahan getaran rindu untuk Safa Adra.

“Uncle L rindukan Safa Adra....” Akhirnya matanya terpejam rapat-serapatnya.



TAMAT



p/s : AKHIRNYA SIAP CERPEN PERTAMA UNTUK TAHUN 2016. YAHOOOOOO! TAPI SAD ENDING. KAU ORANG MESTI TAK SEDIH KAN? OPS! TUNGGU DULU! JANGAN NAK MENGAMUK. JANGAN NAK HENTAK LAPTOP/HP TU! SABAR! SABAR! SABAR! JANGAN JADI MACAM Hulaif Idraki... KENA TERIMA KENYATAAN YANG CERPEN INI SAD ENDING! HIHIHI JANGAN LA MARAH.



INI KALI KEDUA RIA BUAT SAD ENDING. SEBELUM INI CERPEN BERTAJUK LELAKI YANG DI BENCI. MEMANG SAD ENDING. LELAKI JUGA YANG SEDIH/ YANG TERLUKA MENJADI PILIHAN PENULIS. BAGI PIHAK PEREMPUAN TAK NAK BUAT KE? BUKAN TAK NAK BUAT, NANTI RAMAI YANG TERLEBIH FEELING SEBAB KEBANYAKKAN PEMBACANYA IALAH PEREMPUAN. KAN KAN KAN!



INILAH HASILNYA. RIA MINTA MAAF JIKA BANYAK KEKURANGAN DALAM CERPEN KALI NI. SETIAP YANG BERLAKU, KITA KENA TERIMA KENYATAAN. YA SAYA TAHU SUSAH! TAMBAH-TAMBAH BERITA KEMATIAN ORANG YANG KITA SAYANG. SUNGGUH SAKIT MENANGGUNG RINDU UNTUK ORANG YANG SUDAH TIADA. PERIT.


TAPI KITA SEBAGAI MANUSIA, KENA TERIMA KETENTUAN ILAHI. JADI, BERTABAH DIRI. TERUSKAN HIDUP DENGAN BAIK DAN DOAKAN UNTUKNYA SELALU.


SEKIAN TERIMA KASIH


Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku