Hati Suamiku GK
Makanan larangan Huzaiman
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 07 Disember 2012
Sejak kecil, Putra Huzaiman bersikap suka menguasai dalam semua perkara sehingga dia digelar ?Gila Kuasa? tetapi dia tidak kisah semua itu.
Penilaian Purata:
(12 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
7530

Bacaan






Mesti ramai yang rindu kisah mereka...meh la baca....diorang je yang ada ni...kita letak yang sweettttt je.....hihihi

Putra Huzaiman merenung wajah isterinya. Rindu. Seharian di pejabat membuatkan dia berusaha menghabiskan kerja dengan cepat. Motif sebab mahu berada di sisi Wafa Natasha.

“Kenapa tengok Sha macam tu?” Wafa Natasha mengusap pipi Putra Huzaiman. Suaminya memegang tangan yang mengusap itu lalu menciumnya.

“Rindu…”

“Sikit ke banyak?” Soal Wafa Natasha yang baru sahaja siap menyediakan Maggie perisa kari.

“Banyak. Sebanyak gila kuasa abang di tempat kerja.” Putra Huzaiman tersenyum.

“Tak ada ayat lain ke? Dah basi la ayat tu, abang.” Wafa Natasha meniup magi yang baru sahaja masak itu. Masih panas. Lalu terus disedut masuk ke dalam mulutnya.

“Kenapa tak bagi abang rasmi dulu!” marah Putra Huzaiman.

Magi adalah makanan larangan bagi Putra Huzaiman. Boleh makan tapi bersyarat. Dia akan merasmikan magi itu dulu. Syarat yang pelik. Kedengaran syarat orang gila kuasa. Macam tu la syaratnya. Hmmmm

Wafa Natasha tersengih.

“Apa sengih-sengih? Cium kang!”

“Ciumlah! Tak luak pun.” Wafa Natasha sudah biasa dengan ugutan Putra Huzaiman. Tak masuk dalam pun. Bak kata budak muda-muda, tak koyak pun!

“Sha dah berani sekarang ni?”

“Berani apa?”

“Dahlah! Lupakan je. Sha ingat tak Safa. Pekerja abang yang bentang iklan projek Sha tu?” tiba-tiba Putra Huzaiman tukar topic.

“Safa! Ya masih ingat. Kenapa abang?” Ketika itu sedap sahaja dia menghirup mee magi masuk ke dalam mulut.

“Dia dah meninggal dunia!” Putra Huzaiman berkata selamba.

“Apa?” Wafa Natasha terkejut. Dia tersedak. Rakus dia mencapai air berhampirannya. Dia terkaku. Hampir sahaja air matanya mengalir.

“Kenapa abang?” Wafa Natasha merenung wajah suaminya. Menanti jawapan dari mulut itu.

“Abang tak tahu. Tapi ketua arwah tu rupa-rupanya pak cik kepada arwah.”

“Pak cik dia okey tak?” Wafa Natasha menanyakan tentang lelaki yang pernah memarahi Safa.

“Dia jadi gila, Sha.” Selamba suaminya berkata

“Allah!” Wafa Natasha menutup mulutnya. Dia tak lalu nak makan magi lagi.

Putra Huzaiman tersenyum. Pantas tangannya merampas mangkuk di tangan isterinya dan menghabiskannya dalam sekelip mata. Hal ini kerana mulutnya yang besar. Mudah sahaja nak ngam segala benda.

“Kasihannya…”

“Dahlah sayang… kita doakan untuk mereka. Jangan risau ye? Alhamdulillah!” Putra Huzaiman berdiri.

“Abang!” geram Wafa Natasha. Keningnya di naikkan.

“Kenapa? Sayang nak minta dukung ke? Boleh je?” sekalip mata sahaja isterinya berada dalam dukungannya. Comel sekali melihat wajah yang kemerahan itu.

“Abang, bukan Sha. Itu! Mangkuk tu! Siapa nak masuk!”

“Ala, orang gajikan ramai…”

“Abang…”

“Yelah!” Putra Huzaiman menurunkan isterinya lalu dia ambik mangkuk dan gelas. Dia membasuhnya dengan cermat dan bersih.

Wafa Natasha memerhati dengan senyuman.

“Sekarang abang nak upah dari sayang!” pantas tangan Putra Huzaiman memeluk Wafa Natasha.

“Upah apa?”

“Nak 12 orang anak dari sayang.”

“Gila apa?” Selamba sahaja Wafa Natasha berkata begitu pada suaminya. Memang anak tu rezeki tapi kalau sampai 12 anak dimintanya, tak mampu juga aku nak beranak.

“Ya gila! Gila kuasa!” Putra Huzaiman senyum nakal kepada isterinya.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku