Hati Suamiku GK
PASAR part 4
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 07 Disember 2012
Sejak kecil, Putra Huzaiman bersikap suka menguasai dalam semua perkara sehingga dia digelar ?Gila Kuasa? tetapi dia tidak kisah semua itu.
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
12475

Bacaan






Putra Huzaiman yang tersenyum lebar memerhati tiga manusia yang sedang mencarinya. Tanpa dia sedari ada seseorang dibelakangnya. Mulutnya dicekup dari belakang dengan kain.

Putra Huzaiman rasa pening dan terus pengsan.

“Mana bos ni? Puas kita cari dia,” kata Amman sambil matanya meliar memandang sekeliling. Mereka berjumpa semula setelah berpecah mencari majikannya itu.

“Sha rasa tak sedap hati la...” entah mengapa Wafa Natasha rasa tidak tenang. Dia tahu ada sesuatu yang berlaku pada suaminya itu.

“Tak apa Sha, abang... Kita cari lagi,” pujuk Ammar apabila melihat dua orang yang disayangi itu rasa bimbang.

“Baiklah!”

Mereka berpecah lagi untuk mencari Putra Huzaiman.

Putra Huzaiman tersedar. Kepalanya terasa pening. Dia cuba bergerak tetapi tidak boleh. Rupanya tubuhnya sudah terikat kemas atas sebuah kerusi kayu.

“Siapa yang ikat aku macam ni?” detik hatinya. Rasa menyesal apabila dia mengenakan pekerjanya itu. Siapa akan menyelamatkan dirinya. Dia mengeluh sendiri.

“Dah bangun pun, putera saya...” seorang perempuan yang wajahnya sangat tidak cantik bagi Putra Huzaiman.

“Siapa kau, cik Pasar?” soal kasar Putra Huzaiman.

“Cik Pasar?”

“Yelah! Cik Pasar tu macam kau. Pasarkan bising, tempatnya busuk dan macam-macam bau ada.” Putra Huzaiman memang tidak suka pasar. Demi Wafa Natasha dia tahan diri sahaja.

“Putera tak boleh kata macam tu. Saya kan puteri awak?” Perempuan yang tidak dikenali itu menghampirinya. Lehernya di peluk erat.

Putra Huzaiman rasa mahu tercekik. Dia tidak suka berada dalam situasi ini. Pipinya dicium oleh perempuan itu.

“Gila!” Putra Huzaiman cuba melepaskan diri. Walaupun dia terikat dia cuba lepaskan diri.

Perempuan itu hanya tersenyum. Dia mencium rambut Putra Huzaiman pula.

“Tidak!” Putra Huzaiman menjerit sekuat hati. Dia tidak rela tubuhnya di cium perempuan busuk dan tidak cantik itu. Dia hanya mahu Wafa Natasha sahaja.

“Abang!” Wafa Natasha muncul.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku