Hati Suamiku GK
PASAR part 5 (FINAL)
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 07 Disember 2012
Sejak kecil, Putra Huzaiman bersikap suka menguasai dalam semua perkara sehingga dia digelar ?Gila Kuasa? tetapi dia tidak kisah semua itu.
Penilaian Purata:
(5 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
14505

Bacaan






Wafa Natasha bertanya orang sekeliling mengenai seorang lelaki yang pelik. Dan lelaki itu adalah suaminya. Terpaksalah dia bertanya begitu kerana Putra Huzaiman memang kelihatan pelik terutamanya cara berpakaian. Mudah di kesan.

“Abang!” Wafa Natasha memanggil suaminya ketika melihat ada seorang perempuan yang sedang memeluk suaminya yang terikat di kerusi.

“Macam mana perempuan ni boleh tahu tempat ni?” perempuan yang tidak betul itu berkata. Namanya Narisa.

“Sayang...” panggil manja Putra Huzaiman.

“Tak guna punya perempuan. Kau tak boleh rapat dengan putera aku.” Narisa mengamuk. Dia terus mengeluarkan pisau yang terselit di kakinya.

Pantas Narisa menikam perut Wafa Natasha. Wanita itu memang tidak sempat mengelak. Wafa Natasha rebah ke lantai.

Putra Huzaiman tersentak. “Sha!” jeritnya sekuat hati.

“Abang! Abang!” ada suara memanggilnya.

“Sha...” Putra Huzaiman tersedar. Dia di dalam keretanya. Masih dalam kereta. Rupa-rupanya semua itu mimpi. Dia merenung Wafa Natasha. Bukankah Sha merajuk dengan aku tadi? Ni mood dia baik pula.

“Sha...”

“Sha tak ada mood nak merajuk lama-lama. Lagi pun Sha lapar ni. Jom balik. Kembar pun....” belum sempat Wafa Natasha berkata, Putra Huzaiman memotongnya dulu.

“Kenapa dengan kembar?”

“Dia dapat panggilan dari papa. Papa nak mereka segera berjumpa dengan papa. Macam ada urusan penting aje.”

“Tak apa lah kalau macam tu...” perangai gila kuasanya datang kembali. Dia memikirkan sebab ayahnya memanggil kembar.

“Abang...”

“Ya...”

“Abang nak datang pasar lagi tak?” ada senyuman meniti di bibir Wafa Natasha.

“Tak nak!” tegas jawapan Putra Huzaiman.

Wafa Natasha hanya mampu ketawa. Dia paling suka melihat mimik muka Putra Huzaiman yang tidak rela itu.

“Tapi abang sanggup teman Sha pergi pasar kan?” Wafa Natasha menyentuh tangan Putra Huzaiman.

Putra Huzaiman memandang isterinya. Saat ini mata mereka saling bertatapan. Sengaja Wafa Natasha memandang Putra Huzaiman dengan pandangan yang menggoda.

“Baiklah! Abang teman sayang...” akhirnya Putra Huzaiman kalah dengan pandangan isterinya. Dia benar-benar sayang pada Wafa Natasha. Tiada wanita yang berjaya merebut hatinya seperti Wafa Natasha. Hanya Wafa Natasha sahaja yang dicintainya.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku