Hati Suamiku GK
KEMBAR part 1
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 07 Disember 2012
Sejak kecil, Putra Huzaiman bersikap suka menguasai dalam semua perkara sehingga dia digelar ?Gila Kuasa? tetapi dia tidak kisah semua itu.
Penilaian Purata:
(3 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
12070

Bacaan







Amman tersedar dari tidurnya apabila terdengar jam loceng miliknya berbunyi. Dia bangun daripada berbaring lalu menggeliat lembut. Rasa segar pula.

“Adik, bangun. Solat subuh...” kejut Amman dengan nada suara yang perlahan. Memang tugasnya akan mengejutkan Ammar setiap pagi kerana Ammar selalu tidur lewat menyelesaikan masalah di pejabat. Dia akan tidur lebih awal daripada adiknya.

“Dah pagi ke?” Ammar membuka matanya perlahan. Dia juga menggeliat seperti abangnya tadi. Kembarlah katakan...

Mereka akan bersiap lebih awal kerana majikannya, Putra Huzaiman akan pergi ke tempat kerja awal pagi.

“Masa tidak menunggu kita. Kitalah kena mengejar masa.” Itulah kata-kata Putra Huzaiman selalu katakan kepada mereka.

Ammar rebah kembali atas katil. Dia masih mengantuk. Semalam dia menyediakan minit mesyuarat untuk pagi ini. Putra Huzaiman memberitahunya lepas Maghrib semalam yang dia mahu adakan mesyuarat. Terpaksalah dia berjaga malam tadi.

Amman sudah siap mandi.

“Adik ni!” dia berasa geram melihat Ammar masih membuta.

“Bangunlah adik!”

“Abang ganti adiklah hari ini. Mengantuk ni!” jawab Ammar dengan malasnya.

“Mana boleh! Selagi bos kita tu tak tengok muka kita berdua, selagi itu dia akan membebel. Dah! Pergi mandi!” arah Amman. Dia tahu yang bos mahu melihat mereka berdua ada didepannya. Bosnya tidak suka salah seorang sahaja yang cuti.

Ammar dengan malasnya bangun dan menuju ke bilik air.

“Apocot!” Ammar terkejut. Mata yang mengantuk terus menjadi terang. Dia terkejut melihat Putra Huzaiman berada dalam bilik airnya.

Ni bilik air ke? Ammar tertanya-tanya.

Putra Huzaiman kaku. Dia hanya memandang Ammar dan kemudian terus berlalu ke biliknya.

Oh! Aku salah bukak pintu bilik pula. Memang dia benar-benar terkejut. Boleh demam macam ni.

Kini, Ammar sudah berada dalam bilik air. Sejuknya air! Mereka berdua sudah biasa mandi air yang sejuk-sejuk ni.

Selepas selesai mandi dan solat subuh, Ammar terasa tubuhnya panas.

“Abang, adik rasa macam nak demam.” Ammar mengadu. Dia terus berbaring atas katil. Lemah pula badan ni. Penat semalam pun tidak hilang lagi. Di tambah dengan terkejut dipagi hari. Memang boleh membuat dia rasa mahu demam.

Amman menghampiri adik kesayangannya itu. Dia sudah lengkap berpakaian pejabat.

“Panas ni. Abang bagitau bos sekejap!”

Amman pantas keluar dari biliknya. Dia menuju ke ruang makan. Ketika itu Putra Huzaiman dan Wafa Natasha sedang bersarapan.

“Bos, Ammar demam. Tak dapat nak bangun.” Kata Amman dengan berani. Tak pernah pula kami demam sepanjang berkhidmat dengan bosnya ini.

“Demam! Macam mana boleh demam? Hari ni kan ada meeting besar. Dia kena pergi juga. Kamu berdua kena ada dalam mesyuarat tu.” Putra Huzaiman naik angin tiba-tiba.

“Sabar abang...” pujuk Wafa Natasha. “Abang Ammar demam. Kalau macam tu, biar Sha jadi setiusaha abang hari ini, boleh tak?” Wafa Natasha kasihan pada abang angkatnya itu. Dia cuba memujuk suaminya.

“Apa? Jadi Setiausaha abang hari ni?” hati Putra Huzaiman berdebar hebat. Dia suka kalau isterinya dapat menemaninya.

“Boleh tak abang? Biar abang Amman cuti jaga abang Ammar yang tak sihat tu.” Makin lembut suara Wafa Natasha memujuk suaminya itu.

“Baiklah! Abang setuju. Amman, kamu beritahu apa yang isteri saya kena baik.”

“Baiklah bos! Terima kasih bos! Sha!” Amman rasa terharu sangat.

Selepas memberitahu Wafa Natasha apa yang perlu dilakukan, majikannya terus menuju ke pejabat. Amman hanya mampu pandang dari jauh pemergiannya.

“Adik...” panggil Amman apabila melihat adiknya seperti tidak sedarkan diri.

Tiba-tiba pintu biliknya di ketuk. Amman membukanya. Alangkah terkejutnya dia. Lantas air matanya mengalir deras. Dia rasa terharu.

p/s: kenapa pula si amman ni menangis? Ish susah betul nak jumpa lelaki menangis sebab terharu ni. Siapa yang datang ni? banyak betul persoalan...apa2 pun tunggu part 2 pula hihihihihi selamat menunggu. Jangan sampai jadi penunggu setia pula hihihi.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku