Hati Suamiku GK
KEMBAR part 2
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 07 Disember 2012
Sejak kecil, Putra Huzaiman bersikap suka menguasai dalam semua perkara sehingga dia digelar ?Gila Kuasa? tetapi dia tidak kisah semua itu.
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
10552

Bacaan






Tiba-tiba pintu biliknya di ketuk. Amman membukanya. Alangkah terkejutnya dia. Lantas air matanya mengalir deras. Dia rasa terharu.

“Encik Huzaiman minta saya ke sini. Memberi rawatan.” Seorang doktor masuk ke dalam bilik mereka.

“Jemput masa doktor.” Air mata yang mengalir dengan pantas Amman mengelapnya. Dia cuma tersenyum manis.

Selepas pemeriksaan, doktor itu tersenyum.

“Bagaimana dengan keadaan adik kembar saya ni, doktor Hana?” Ammar rasa sangat bimbang. Jarang sekali mereka demam.

“Oh, encik Amman tak payah risau. Encik Ammar demam biasa je. Ini ubatnya. Jika tak kebas lagi, bawa ke klinik ayah saya ye?”

“Baiklah doktor Hana.”

Selepas menghantar Doktor Hana ke pintu luar, Amman kembali ke biliknya semula. Dia basahkan tuala kecil lalu dikeringkan dan diletakkan atas dahi Ammar.

“Adik nak makan apa ni?” soal Amman. “Nanti abang masakkan.”

“Nak makan chicken Chop...” lemah suara Ammar.

“Ini demam ke tak demam ni? selera besar benar...” marah Amman pada adiknya.

“Hahaha adik gurau je. Adik nak bubur ayam yang selalu abang buat untuk adik...” Ammar pejamkan matanya. Terasa berat kepalanya.

“Baiklah! Abang pergi cari ayam yang segar kat pasar. Adik tunggu.” Amman terus keluar. Dia memandu kereta menuju ke pasar. Selepas membeli seekor ayam dan beberapa jenis sayur yang sesuai di masukkan dalam bubur, dia segera pulang.

Buk!!

Kereta yang dipandu oleh Amman di langgar dari belakang. Kedua-dua kereta berhenti di bahu jalan.

“Habis kereta aku..” Amman merenung keretanya yang kemek di bahagian belakang kereta. Janganlah Putra marah aku. Walaupun kereta ni bukan dia punya, tapi dia akan membebel mengalahkan tuan kereta punya. Sabar ajelah.

“Encik! Maaf! Saya baru dapat lesen. Saya tak sengaja. Maaf! Saya akan bayar ganti rugi.”

“Betul nak bayar ganti rugi ni?” Amman baru sedar yang seorang perempuan yang melanggar keretanya.

“Betullah!” perempuan itu kelihatan bersungguh-sungguh.

“Baiklah!” Amman setuju sahaja.

“Okey. Ini kad saya. Nama Saya Nurul Izzah. Panggil Izzah sahaja.” Perempuan itu memperkenalkan diri.

“Saya Amman.”

“Baiklah, jom pergi ke bengkel kereta.” Izzah sudah bergerak ke keretanya untuk membawa Amman ke bengkel yang dimaksudkan olehnya.

“Nanti dulu! Lain kalilah. Adik saya tidak berapa sihat. Saya kena segera pulang ke rumah.” Tolak Amman.

“Okey je...”

Sebaik sahaja Amman sampai di rumah dia terus menjenguk adiknya di bilik.

“Adik!” jerit Amman apabila melihat Ammar terbaring atas lantai. Wajahnya benar-benar pucat.

Amman bergerak pantas menghantar Ammar ke klinik Doktor Hana. Dia menunggu dengan sabar di luar bilik rawatan. Dia sendiri tidak pasti sebab Ammar sakit begitu. Belum pernah dia sakit seperti itu. Perasaan bimbang tidak dapat dibendung lagi.

“Baiklah abang Ammar, Sha faham.”

“Terima kasih Sha!” Ammar tersenyum di hujung talian.

“Siapa call?” muncul Putra Huzaiman di belakang Wafa Natasha. Dia duduk di sofa. Mata asyik memandang dokumen yang dipegangnya.

Belum sempat Wafa Natasha menjawab, Putra Huzaiman berkata. “Pakwe baru ye?” sindirnya.

Wafa Natasha mengeluh.

“Ha’ah! Pakwe baru. Dia sakit pula. Kasihan. Boleh Sha pergi hospital teman dia kejap?” Wafa Natasha meminta izin. Dia sudah berada di pintu. Belum sempat dia membuka pintu, Putra Huzaiman memeluknya dari belakang. Dia bisikan sesuatu.

“You're mine! Yesterday!Now! Tomorrow! And forever!” tegas sekali bisik Putra Huzaiman.

Wafa Natasha tersenyum. Faham sudah dia jika Putra Huzaiman bercakap dalam Bahasa Inggeris. Maknanya dia sedang marah.

“Tapi pakwe Sha tengah sakit ni...”

“Sha...” Geram Putra Huzaiman. Kata-kata aku tadi tak berbekas kat hati dia ke? makin geram dirasainya.

“Betul la! Pakwe Sha yang sangat Sha sayangi dan cintai tengah sakit!” Wafa Natasha masih mahu mengusik Putra Huzaiman.

Putra Huzaiman meleraikan pelukannya. Dia berpaling dari terus melihat isterinya. Sakit hatinya mendengar Wafa Natasha memuji orang lain.

“Ish abang ni, betul la. Buah Sha sedang sakit tapi sakit hati. Betul kan?” Wafa Natasha memeluk Putra Huzaiman dari belakang.

Wafa Natasha maksudkan sakit itu adalah dirinya. Memang nakal betul Sha. Sakit hati ni tau fikir yang bukan-bukan.

Kini, giliran Wafa Natasha pula berbisik.

“Tanpa Putra Huzaiman, hidup Wafa Natasha sentiasa dalam kegelapan. Sha cintakan abang...” Akhirnya Wafa Natasha melafazkan kata-kata cinta pada Putra Huzaiman.

Putra Huzaiman terlalu gembira. Dia berpaling lalu memeluk erat tubuh Wafa Natasha yang kecil itu. Dia ingin mencium wajah Wafa Natasha tetapi di tolak oleh Wafa Natasha.

“Kenapa?” Putra Huzaiman tidak mengerti sebab Wafa Natasha menolak sentuhannya.

“Saja... Nak kenakan abang!” Wafa Natasha ketawa kecil sambil melarikan diri dalam bilik pejabat Putra Huzaiman yang besar itu.

“Sha!” geram Putra Huzaiman. Dia hampir lupa pada Amman dan Ammar.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku