Hati Suamiku GK
KEMBAR part 3
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 07 Disember 2012
Sejak kecil, Putra Huzaiman bersikap suka menguasai dalam semua perkara sehingga dia digelar ?Gila Kuasa? tetapi dia tidak kisah semua itu.
Penilaian Purata:
(3 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
9815

Bacaan






“Jangan ingat Sha boleh terlepas. Kita sambung kat rumah pula,” Putra Huzaiman masih geram dengan sikap isterinya itu. Suka benar buat dirinya geram tetapi pada masa yang sama dia rasa gembira.

“Baiklah Putra Huzaiman.” Kata Wafa Natasha. “Sha nak minta izin abang, abang Ammar deman, baru masuk wad tadi.”

Hati Putra Huzaiman berdebar hebat. Dia sendiri akui yang pembantu peribadinya itu jarang demam. Kalau seumur hidup berkhidmat dengannya, boleh bilang dengan jari berapa kali mereka demam.

“Teruk ke?” Putra Huzaiman bimbang. Susah juga tiada mereka berdua ni.

“Tak tahu la abang. Itu pasal Sha minta izin abang nak pergi tengok abang Ammar.”

“Lunch nanti kita pergi tengok.”

“Okey. Sayang abang.”

“Baru nak sayang ke?” Putra Huzaiman menjeling isterinya.

“Dah lama sayang. Saje tak nak beritahu abang.” Sengih Wafa Natasha.

“Tengok tu, nak kenakan abang je kerjanya.”

“Kerja Sha jadi setiausaha abang kan hari ni. mana ada kerja lain dah.” Wafa Natasha masih mahu bergurau dengan suaminya. Hatinya benar-benar terhibur.

“Pandailah dia...”

Manakala kembar.

Amman merenung wajah adiknya pucat. Rupanya gastrik. Ini mesti adik kelentong yang dia dah makan semalam. Padahal busy siapkan minit mesyuarat tu. Hish geramnya!

“Terima kasih doktor. Kalau tak. Teruk adik saya ni.”

“Tak apa. Itu kan dah jadi tanggungjawab saya sebagai doktor.”

“Assalamualaikum...” Tiba-tiba ada orang memberi salam. Amman dan Doktor Hana tersentak tetapi mereka menjawab salam tersebut.

“Kakak!” Doktor Hana terkejut.

“Izzah!” Amman juga terkejut. Perempuan yang melanggar keretanya pagi tadi.

“Encik Amman kenal ke kakak saya ni?”

“Pagi tadi Izzah terlanggar kereta saya.” Jelas Amman. Entah mengapa baru sekarang dia berpeluang untuk memandang seraup wajah milik Izzah.

“Oh...”

“Assalamualaikum...” Wafa Natasha muncul.

Mereka bertiga menjawab salam.

“Sha...” Amman terkejut. Belum sempat dia mahu menanyakan tentang Putra Huzaiman, lelaki itu sudah muncul di belakang Wafa Natasha. Dia menelan liur. Wajah ketuanya itu serius pula. Ini melawat orang sakit ke orang yang dia dendam ni? Amman keliru.

“Doktor, macam mana dengan abang saya?” soal Wafa Natasha dengan lembutnya.

“Pesakit hanya sakit gastrik sahaja. Selepas berehat, makan ubat dan menerima suntikan, pesakit akan pulih semula.” Doktor Hana tersenyum dan kemudiannya dia meminta diri. Dia menghilang bersama Izzah.

Amman hanya memandang Izzah dari jauh sahaja.

“Abang Ammar tak makan ke semalam?”

“Katanya makan tapi abang rasa dia tak makan la.” Jelas Ammar.

“Degil!” Putra Huzaiman hanya duduk bersilang kaki. Sejak bila Ammar jadi begitu. Amman hanya tertunduk sahaja. Setiap kata Putra Huzaiman hanya mampu membuat dia terdiam. “Esok saya nak kamu masuk pejabat.” Arah Putra Huzaiman.

“Tapi Ammar?”

“Dia akan sembuh. Petang nanti dia dah boleh balik. Mak Mah akan tengok-tengok dia.” Makin serius sahaja suara Putra Huzaiman. Sebenarnya tanpa Ammar, segala urusan pejabat terbantut. Hari ini pun nasib baik mesyuarat berjalan dengan lancar disebabkan minit mesyuarat yang dibuat oleh Ammar.

“Doktor Hana tak cakap apa-apa pun.”

Putra Huzaiman diam. Dia yang keluarkan arahan itu, bukannya doktor. Macam aku pula doktor.

“Abang ni melampau la!” tiba-tiba Wafa Natasha duduk di sebelah Putra Huzaiman sambil berbisik.

“Kenapa?” Putra Huzaiman pun berbisik. Kiranya seperti menghormati pesakit.

“Kan abang Ammar masih perlukan rehat.” Geram Wafa Natasha.

“Dia lelaki, dia kuat la.”

“Dah abang ni lelaki, tak kuatlah? Tak boleh hidup tanpa kembar.” Wafa Natasha terlepas kata. Pantas dia menutup mulutnya.

Putra Huzaiman mendengus kasar. Dia bangun lalu keluar dari bilik wad tersebut.

“Alamak, dia dah merajuk!”

Wafa Natasha memandang Amman tetapi lelaki itu mampu mengangkat bahu sahaja.


p/s : merajuk dah si putra huzaiman....wafa sendiri tak tahu nak buat apa...apatah lagi kembar...cian kembar....



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku