Hati Suamiku GK
KEMBAR part 4
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 07 Disember 2012
Sejak kecil, Putra Huzaiman bersikap suka menguasai dalam semua perkara sehingga dia digelar ?Gila Kuasa? tetapi dia tidak kisah semua itu.
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
9799

Bacaan






“Sha, pergilah pujuk bos. Pandai la kami uruskan perkara ni.” kata Amman sambil merenung adiknya yang masih terbaring itu. Rasa kasihan melihat wajah pucat Ammar.

“Baiklah, abang!” Wafa Natasha terus keluar dari wad tersebut. Kat mana aku nak cari si kuat merajuk ni? Telefon kan ada, call aje.

Pantas Wafa Natasha menghubungi Putra Huzaiman.

Putra Huzaiman di satu tempat. Dia hanya melihat skrin telefon bimbitnya apabila ada panggilan. Tertera nama ‘Cintaku’ dengan gambar Wafa Natasha sedar tersenyum ke arahnya. Tenang hatinya melihat isterinya tersenyum padanya walaupun hanya sekeping gambar.

“Nak merajuk lama sikit la!” kata Putra Huzaiman tanpa mempedulikan panggilan telefon yang sudah masuk kali ke empat. Suka benar dia melihat Wafa Natasha tersenyum tiap kali panggilan itu masuk.

Manakala di wad.

“Abang...” Ammar sudah sedar.

“Adik!” pantas Amman memeluk adiknya itu.

“Lapar...” itu yang pertama keluar dari mulut Ammar. Pantas tangan Amman mengetuk kepala Ammar.

“Sakitlah abang..”

“Siapa suruh tak makan? Kalau macam ni tak payah makan dah!” amrah Amman. Hampir separuh nyawanya melayang apabila melihat keadaan Ammar.

“Abang, lapar...” Ammar buat muka kasihan. Dia tidak peduli yang Amman marah padanya. Dia tahu yang Amman sayang padanya. Dia tahu!

“Assalamualaikum...” muncul Izzah di situ.

“Waalaikumusalam...”

“Siapa ni, abang?” soal Ammar.

“Ini kawan baru abang. Izzah, kenalkan ni adik saya yang degil. Okey, si degil, ini Izzah.”

Izzah ketawa kecil. “Saya bawakan buah epal untuk adik awak. Saya minta maaf lagi sekali pasal kes langgar pagi tadi.” Pohon Izzah.

“Tak apa!” balas Amman.

“Epal! Nak! Lapar ni!” Ammar gembira apabila melihat ada makanan.

“Doktor!” Amman terkejut melihat Doktor Hana masuk.

Ammar terpegun melihat Doktor Hana. Pertama kali dia melihat perempuan seperti itu. Hatinya berdebar.

“Encik Ammar, dah boleh makan tapi jangan makan makanan pedas-pedas buat masa ini. Tunggu luka dalam perut Encik Ammar pulih sepenuhnya. Makanan yang berasid ini, elakkan ye?” Nasihat Doktor Hana.

“Encik Ammar!” panggil Doktor Hana apabila Ammar tidak memberi respon.

“Ye doktor! Baiklah doktor! Terima kasih doktor! Nanti saya belanja makan!” kata Ammar tanpa di sedarinya.

Izzah dan Doktor Hana ketawa kecil.

“Terima kasih. Sebenarnya Ammar dah boleh keluar dari wad. Lukanya kecil sahaja. Cuma kena jaga makan.” Nasihat Doktor Hana lagi.

“Baiklah!”

“Kan saya dah kata, Ammar dah boleh keluar.” Putra Huzaiman muncul. Dia duduk di kerusi yang ada. “Mana Sha?” soal Putra Huzaiman lagi. Hatinya berdegup kencang. Mana isteri aku. Aku keluar kejap je.

“Dia kata nak pergi pujuk bos!” Amman berkata.

“Selama ni aku merajuk mana pernah dia pujuk. Ni rajin pula nak pujuk!” Marah Putra Huzaiman berdiri kembali dan keluar semula.

Doktor Hana, Izzah, Amman, dan Ammar kepelikan dengan lelaki di hadapan mereka itu. Akhirnya mereka hanya mampu gelengkan kepala sahaja.

Cik PEnulis : Kemana pula putra huzaiman nak pergi ni? cari Sha ke?? apa kes pula mereka berempat...nantikan kembar part5(final)



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku