Hati Suamiku GK
SERAM part 1
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 07 Disember 2012
Sejak kecil, Putra Huzaiman bersikap suka menguasai dalam semua perkara sehingga dia digelar ?Gila Kuasa? tetapi dia tidak kisah semua itu.
Penilaian Purata:
(13 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
13170

Bacaan






Selepas melawat Ammar di hospital sebentar tadi, Putra Huzaiman dan Wafa Natasha singgah sekejap di sebuah kedai makan. Ketika itu hujan lebat.

Wafa Natasha bimbang. Jika mereka meneruskan perjalanan dalam keadaan hujan yang lebat ini, kemungkinan kemalangan akan berlaku. Mujurlah suaminya sudi mendengar kata.

“Pelik aje kedai ni?” Putra Huzaiman memandang sekelilingnya. Suram. Di luar kedai tersebut gelap walaupun hari masih siang. Jadi, lampu bercahaya yang agak suram sahaja kelihatan.

“Abang ni, semua kedai abang kata pelik kalau yang nampak tak mewah. Abang ni memang seorang yang pemilih.” Wafa Natasha terus berkata. Mereka sudah menapak dalam kedai tersebut.

"Suka hati abang la." Selamba Putra Huzaiman berkata. Mereka berdua diam seketika.

“Sayang oder makanan, abang nak ke tanda kejap.” Arah Putra Huzaiman pada si isteri.

Wafa Natasha angguk kepala.

Putra Huzaiman rasa lega selepas melepaskan hajatnya. Dia membasuh tangan. Tiba-tiba bulu tengkuknya menegak. Hatinya terdetik bimbang. Seperti ada sesuatu yang sedang memerhati setiap gerak-gerinya. Dia cuba fokus pada cermin yang ada. Melihat wajahnya yang kacak itu tetapi hatinya tidak tenang.

Putra Huzaiman semakin resah.

Bukkk!

Bunyi sesuatu. Pantas Putra Huzaiman berpaling. Tetapi tiada apa-apa. Lebih baik dia keluar dari sini. Makin lama di tandas, makin resah hatinya.

“Abang, kenapa ni? Muka abang pucat.” Wafa Natasha menegur suaminya yang baru ke tandas. Berjangkit dengan abang Ammar ke? Pelik! Abang Ammar kan gastrik, bukannya demam.

“Abang okey. Jangan risau.” Putra Huzaiman cuba tersenyum. Takkan la aku nak cakap aku kena usik oleh makhluk-makhluk tak nampak.

“Abang macam tak okey je. Ada nampak sesuatu ke?” Wafa Natasha masih cuba mahu mengorek rahsia.

“Kenapa sayang tanya macam tu?” hati Putra Huzaiman berdebar hebat.

“Orang kata, kalau hujan lebat macam hantu-hantu ni bersorak gembira. Mula la dia keluar mengusik manusia.” Wafa Natasha tersenyum melihat wajah kelat suaminya itu. “Abang pernah tengok tak makhluk-makhluk macam ni?” soalnya lagi.

Putra Huzaiman geleng kepala.

“Sha pernah tengok. Itu pun kat sekolah dulu.” Wafa Natasha mula bercerita.

“Sayang pernah tengok? Kat sekolah kita dulu? Kat mana sayang nampak?” Putra Huzaiman tertanya-tanya. Selama lima tahun aku bersekolah di situ, tak pernah pula dengar pelajar jumpa makhluk halus. Kes histeria pun tak ada. Biar betul Sha ni.

“Betul tu. Kan mak Sha tukang kebun....” kata-kata itu terhenti di situ. Wafa Natasha teringat akan arwah maknya yang banyak berkorban deminya.

Putra Huzaiman sedar yang Wafa Natasha rasa sedih.

“Tak apa sayang. Tak payah cerita la. Kita cerita kisah lain la.” Putra Huzaiman cuba memujuk isterinya.

“Eh, abang ni! Sha okey. Sha nampak kat tandas perempuan.” Wafa Natasha mula bercerita. Sejak kecil dia begitu sukakan cerita bertema seram.

“Apa yang Sha nampak?” teruja Putra Huzaiman bertanya. Patutlah aku tak tahu. Tandas perempuan ni. Selama aku hidup, aku tak pernah dengar kisah seram ni.

“Sha pernah nampak satu lembaga yang berambut panjang warna putih. Wajahnya buruk sangat, abang. Lepas tu lidah dia panjang warna merah. Lagi satu abang, badannya besar lebih kurang macam abang ni la...” Wafa Natasha menerangkan bentuk fizikal makhluk yang pernah di lihatnya suatu masa dulu.

“Apa?!” Putra Huzaiman tersentak. Dia menelan liur berkali-kali. Dia tidak penakut tapi dia tidak suka ambil tahu tentang makluk-makluk ini.

"Meh, Sha bagi abang tiga teka-teki hantu..." Wafa Natasha tersenyum lebar. Betapa comelnya wajah Putra Huzaiman apabila dalam keadaan kekalutan. Jarang wajah begitu dipamerkan kepadanya.

"Tak payahlah Sha." Putra Huzaiman menolaknya dengan lembut. Dia tidak mahu menunjukkan ketara yang dia dalam ketidak tenangan jiwa.

"Tak apa. Senang je teka tekinya. Okey Sha tanya ni..."

"Tak payah la..." Putra Huzaiman tetap menghalang.

"Nak tanya juga."

"Tak payah!"

"Nak!"

"Tak payah!" tega Putra Huzaiman.

"Nak tanya juga. Banyak-banyak hantu, hantu apa yang terlompat-lompat?" Wafa Natasha tersenyum sebab niatnya untuk mengenakan suaminya itu.

"Hantu...." Putra Huzaiman tidak dapat berfikir. Pelbagai rupa hantu yang dibayangkan.

"Lambat! Hantu pocong atau hantu bungkus. Banyak-banyak hantu, hantu apa yang suka hisab darah?" tanya Wafa Natasha. Dia yakin yang Putra Huzaiman boleh menjawabnya.

"Vampire..." laju juga Putra Huzaiman menjawabnya.

"Hahaha..."Wafa Natasha ketawa. Dia rasa lucu sangat dengan jawapan itu. "Mesti abang selalu tengok ceritaTwilight ni, cerita pontianak tak tengok ke?"

"Tengok juga la..." jawab Putra Huzaiman sambil pandang ke tempat lain.

"Okey la tu. Vampire dan pontianak sama je. Hisab darah gak." Wafa Natasha tersenyum. 


p/s : sebenarnya nak buat citer seram tapi tak jadi sangat...yelah tak berbakat la nak tulis citer seram tapi nak cuba juga...harap2 part 2 ni seram sikit pun jadi la daripada tak seram langsung betul tak hihihihi semoga terhibur membacanya...kali ni utk update seram part 2 mesti bilangan lebih dua ribu pula hihihi sebab nak buat citer seram tu...susah tu...hihihi okey...see the next part...



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku