Hati Suamiku GK
SERAM part 3 (FINAL)
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 07 Disember 2012
Sejak kecil, Putra Huzaiman bersikap suka menguasai dalam semua perkara sehingga dia digelar ?Gila Kuasa? tetapi dia tidak kisah semua itu.
Penilaian Purata:
(19 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
15597

Bacaan






Putra Huzaiman pengsan.

“Mama…” Wafa Natasha dapat mengecam wajah Datin Isma walaupun ibu mertua itu memakai bedak sejuk penuh muka.

“Mama la. Yang si Man ni pengsan awatnya?” Datin Isma rasa pelik.

“Dia ingatkan mama ni hantu.”

“Subahanallah… budak bertuah ni.” Mengucap dibuatnya. “Mama memang tiap-tiap malam pakai bedak sejuk ni. Biasanya terus tidur tapi malam ni, papa kau tu mengada-ngada nak mama buatkan air untuknya. Terpaksa keluar dengan muka macam ni,” jelas Datin Isma.

Ammar dan Amman hanya mampu tersengih. Kasihan Putra.

“Abang Amman dan Abang Ammar, tolong angkat suamiku GK ni ke bilik ye?” pinta Wafa Natasha. Punya la terkejut sampai macam ni sekali.

“Mama, nak minta bedak sejuk sikit.” Wafa Natasha tersenyum nakal.

“Boleh. Meh ke bilik mama…” Datin Isma sudah siap secawan air milo panas dan menuju ke biliknya.

Putra Huzaiman tersedar. Kepalanya terasa pening. Dia memaksa matanya melihat jam di dinding. Sudah pukul 3 pagi.

Dia melihat Wafa Natasha membelakanginya. Rasa rindu pula untuk menatap wajah isteri tercinta. Dengan harapan rasa peningnya hilang di bawa bayu.

Dipalingkan tubuh Wafa Natasha agar menghadapnya.

Putra Huzaiman sedikit tersentak tetapi dia yakin itu Wafa Natasha.

“Sha…” kejut Putra Huzaiman dengan rasa geram.

“Ye, abang…”

“Sejak bila pakai bedak sejuk ni?”

“Sejak abang pengsan tadi…” Wafa Natasha ketawa kecil.

Tiba-tiba bahu Wafa Natasha di cengkam kuat oleh Putra Huzaiman.

“Abang nak cakap ni. Muka Wafa Natasha memang cantik. Bersih. Putih. Abang rasa tak perlulah sayang pakai benda alah ni. Lagi pun abang terima sayang seadanya walaupun sayang gelap ke? Hodoh ke? Sebab abang nak Sha tahu yang abang cintakan Sha sebab sikap Sha, peribadi Sha, keturunan Sha, agama Sha dan kerana Sha mencintai abang jadi abang wajib balas cinta Sha kan? Kan?” ada senyuman yang terukir di wajah Putra Huzaiman.

“Eh, bila masa Sha cakap Sha cintakan abang?” sebenarnya Wafa Natasha ingat-ingat lupa tetapi dia terharu. Lelaki yang dibencinya sepenuh hati kini dicintai sepenuh jiwa ini.

“Tak habis-habis nak mengusik abang ye?” makin geram Putra Huzaiman pada isterinya. Pantas tangannya memeluk tubuh Wafa Natasha seperti memeluk bantal peluk.

“Abang, janganlah peluk macam ni. Lemas la!”

“Biarlah. Malam ni abang nak tidur dengan Sha muka putih-putih melati ni.” Geram Putra Huzaiman. Dia melepaskan geramnya dengan mencium pipi Wafa Natasha.

“Eh, nak peluk tu tak kisah sangat tapi ada aktiviti lain ini yang tak sedap ni.” Sengaja Wafa Natasha berkata begitu.

“Itu aktiviti kasih sayang.” Putra Huzaiman tersenyum bahagia.

Akhir Wafa Natasha hanya membiarkan sahaja perlakuan Putra Huzaiman terhadapnya.

“Kenapa diam?” soal Putra Huzaiman apabila isterinya tidak memberi sebarang respons.

“Sedang menikmati pelukan abang..”

“Ye ke ni? Jauh aje termenung tu…”

“Ye lah!”

“Sayang, jom pergi bercuti.”

“Bercuti? Okey gak tapi nak pergi mana? Jepun? Korea? Australia?” sengaja Wafa Natasha bertanya.

“Kita pergi Melaka!” Hati Putra Huzaiman sudah jatuh cinta dengan Melaka.

“Alahai abang, kat Malaysia ni banyak tempat menarik. Melaka juga dia nak pilih.”

“Abang rasa Melaka satu negeri yang sangat istimewa bagi abang…”

“Sebab?”

“Sebab di situ ada kenangan indah abang bersama Sha.” Nada Putra Huzaiman serius. Dia merenung tajam pada Wafa Natasha.

Wafa Natasha sedikit tergamam dengan pengakuan itu. Tiada sebarang tindak balas yang diberinya.

p/s: Tamat juga bab Seram FINAl..huhuhu harap2 terhibur walaupun tak seram…hihihih maaf juga sebab pendek je....jangan marah...kalau marah tak comel la hihihi...oh….agak-agak lepas ni tema apa pula? Tunggu Tema HOLIDAY part 1…….huhuhu semoga terlaksana…insya allah…



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku