Antara Dendam Dan Rindu
Permulaan pembalasan dendam Qistina
Genre: Keluarga
Kategori: Novel
Paparan sejak 14 Januari 2014
Sikap tamak telah melontarkan Mariam Qistina ke lembah derita yang berpanjangan.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
971

Bacaan






Dia terus memandang ke muka pintu yang masih lagi tertutup rapat.

Finance Managing Director, Luqman Hakim.”

Tertera tulisan itu di muka pintu itu. Siapakah Luqman Hakim itu? Adakah abang Man, abang kandung Sarah yang belajar di luar Negara atas tajaan arwah bapanya suatu masa dahulu? Ah kali terakhir dia bertemu dengan lelaki itu ketika dia berusia dua belas tahun. Selepas itu lelaki itu tidak pernah pulang ke Malaysia.

Tiba-tiba pintu bilik dibuka secara perlahan-lahan. Seorang gadis keluar dari bilik temuduga. Pintu tertutup semula. Seminit kemudian, seorang perempuan membuka pintu dan memandang mereka bertiga.

“ Cik Mariam Qistina?” Ujar wanita yang sedang berdiri di pintu bilik temuduga. Dia sedang memandang ke arah mereka bertiga.

Balqis mengangguk dan dengan pantas dia mencapai beg tangan dan sampul surat yang berisi sijil SPM yang baru didudukinya pada tahun lepas. Dia melangkah dengan tenang. Di dalam hati dia berdoa agar keluarga Pak Long Sahak tidak mengenalinya.

Ada seorang lelaki di dalamnya manakala wanita yang memangggilnya sebentar tadi segera keluar apabila mempersilakannya duduk. Dia terus memerhatikan lelaki itu. Badannya tegap seperti badan Pak Long Sahak manakala wajahnya pula ada iras-iras wajah Mak Long Esah terutama sekali kening dan hidungnya. Tetapi wajah itu nampak lebih relaks dan manis tidak seperti wajah Mak Long Esah yang bengis itu. Oh inilah rupanya Luqman Hakim, salah seorang ahli keluarga yang telah memusnahkan hidupnya suatu masa dahulu.

“ Jangan terlalu selesa dengan kedudukanmu itu sebab kini Mariam Qistina sudah datang untuk menebus kembali apa yang telah dirampas oleh keluarga kau!” Kata Balqis di dalam hatinya.

Perasaan benci kepada lelaki itu mula bersarang di dadanya. Ah di mana Pak Long Sahak, Mak Long Esah dan Sarah? Dia tidak sabar untuk bertemu muka dengan mereka.

“ Pertama sekali, biar saya perkenalkan diri saya. Saya Luqman Hakim bin Sahak. Anak kepada pemegang syer terbesar di syarikat ini. Saya adalah Finance Managing Director di sini dan akan menjadi bos awak jika awak dipilih sebagai kerani kewangan kelak,” kata lelaki itu cukup sopan sekali.

Tetapi entah kenapa bagi Balqis kata-kata lelaki itu seperti menunjukkan keangguhannya. Ah bergembiralah dengan harta-harta haram itu selagi kau boleh menikmatinya!

Sedaya upaya Balqis cuba mengukirkan senyuman walaupun sebenarnya hatinya sudah dikepung dengan perasaan marah yang semakin berkudis. Nampaknya lelaki ini tidak mengenali dirinya. Bagus! Sekurang-kurangnya misi untuk merampas balik syarikat ini akan berjalan dengan lancar kalau tiada siapa yang mengesyaki siapa dirinya yang sebenar.

“ Well, Mariam Qistina….mmm macam familiar je nama awak ni. But saya tak tak ingat le nama siapa. Boleh perkenalkan diri awak,” kata lelaki itu sambil tersenyum mesra.

Balqis tersenyum walaupun hatinya berdebar dengan ucapan lelaki itu.

“ Saya lebih suka kalau dikenali sebagai Balqis sahaja kerana menurut ibu saya nama penuh saya ini banyak mendatangkan sial kepada keluarga kami. Jadi saya harap Encik Luqman faham,” kata Balqis berpura-pura sedih.

Kalau boleh dia mahu terus menyembunyikan identitinya yang sebenar. Lagi pun nama itu akan memudahkan keluarga itu mengenali dirinya. Ah alangkah bagusnya kalau dia boleh menukar namanya di dalam kad pengenalannya itu. Tentu perkara ini tidak akan menjadi sukar.

Luqman Hakim mengangguk. Seolah-olah faham dengan situasi gadis dihadapannya ini.

“ Jadi awak mahu dikenali sebagai Balqis sahaja?” Tanya Luqman Hakim agak pelik sedikit. Tetapi ada sesuatu membuatkan dia semakin tertarik untuk mengenali gadis dihadapannya ini.

Pantas Balqis mengangguk. Dia terus menunjukkan kesedihan di wajahnya. Cuba meraih simpati daripada musuh ketatnya itu.

“ Baiklah. Saya menghormati pendirian awak, Balqis. Mana sijil-sijil yang lain? Hanya ada sijil SPM sahaja ni? Well keputusan SPM awak bagus sekali. Kenapa awak tidak sambung belajar?” Tanya Luqman Hakim.

“ Saya tidak pernah bersekolah sebab itulah saya tidak mempunyai apa-apa sijil. Malah baru tahun lepas saya menduduki peperiksaan SPM. Seperti yang saya katakan nama saya membawa sial dan orang kampung tidak membenarkan saya bersekolah. Takut sial itu akan menjangkiti anak-anak mereka. Encik Luqman percaya tak disebabkan nama saya ini menyebabkan ramai orang terbunuh termasuklah bapa saya sendiri. Sebab itulah emak menukar nama saya dengan panggilan Balqis sahaja. Sejak dari itu tiada perkara-perkara malang berlaku kepada keluarga kami atau penduduk kampung lagi. Alangkah bagusnya kalau saya boleh menukar nama sebenar saya di dalam kad pengenalan ini. Saya takut kalau-kalau nama saya ini akan menimbulkan sial kepada syarikat ini juga,” tipu Balqis lagi.

Luqman Hakim mengangguk. Amat payah untuk dia mempercayai perkara tahyul begini. Namun dia harus menghormati kepercayaan orang lain.

“ Oh rupanya begitu. ”

“ Saya dibesarkan di sebuah kampung yang terpencil. Saya berhijrah ke Kuala Lumpur demi untuk menyara ibu saya yang sudah tua. Amat susah untuk saya mendapatkan pekerjaan disebabkan saya tiada SPM dan disebabkan itulah saya mengambil SPM secara persendirian,” cerita Balqis.

Teringat dia kepada Puan Rafidah yang sudah dianggapnya seperti ibunya sendiri. Tanpa tiupan semangat daripada wanita tua itu tidak mungkin dia akan menjadi sekental ini.

“ Wah hebatnya awak. Walaupun tidak pernah bersekolah tetapi keputusan peperiksaan awak cukup cemerlang. Mmm awak mendapat A dalam prinsip akaun dan ini merupakan advantagekepada awak berbanding calon-calon yang lain,” ujar Luqman Hakim lagi terus meneliti wajah manis dihadapannya itu.

Entah kenapa apabila wanita manis itu tersenyum hati kecilnya berdebar hebat bagaikan tidak keruan. Apa yang sudah berlaku kepadanya saat ini?

“ Oh yer ke? Maafkan saya bolehkah saya bertanya apakah tugas utama seorang kerani akaun?” Tanya Balqis yang cukup gembira dengan ucapan Luqman Hakim itu.

Nampaknya tidak lama lagi misinya akan terlaksana jua. Dia tidak sabar menunggu hari itu.

Sekali lagi dada Luqman Hakim berdebar hebat tatkala terpandang senyuman yang cukup manis itu. Ah dia bagaikan terpukau dengan kecantikan gadis manis dihadapannya ini. Bukannya dia tidak pernah berhadapan dengan gadis cantik tetapi entah kenapa hatinya bagaikan sudah jatuh cinta dengan gadis yang cukup mempersonakan ini. Dia mula rasa tidak keruan.

“ Senang sahaja. awak cuma bantu dalam urusan pengkeranian akuan. Selain itu banyak faedah yang awak terima kalau diterima bekerja di sini seperti caruman wang simpanan pekerja, rawatan perubatan dan bonus. Apa-apa lagi yang Cik Balqis ingin tahu?” Soal Luqman Hakim lagi.

Mariam Qistina menggeleng.

“ Kalau begitu, welcome to Cemerlang Holdings,” kata Luqman Hakim sambil menyuakan tangannya untuk bersalam dengan Balqis.

Eh! Aku dapat ke ni? Balqis sedikit terkejut dengan ucapan itu.

“ Apa maksud Encik Luqman?” Tanya Balqis masih mahukan kepastian.

Luqman Hakim tersenyum lebar dengan kekerutan yang terpamer di wajah gadis manis itu. Cukup comel dan mempersonakan.

“ Tahniah kerana awak berjaya dipilih sebagai kerani akaun.” Kata Luqman Hakim lagi.

Ah dia sendiri tidak faham dengan dirinya sendiri. Mengapa secepat ini dia membuat keputusan sedangkan ada dua orang lagi yang masih belum ditemuduga. Kegilaan apa yang sudah melanda dirinya ini?

Buntang biji mata Balqis mendengarnya. Tidak disangka perjalanan untuk menakluki Cemerlang Holdings begitu mudah sekali dan dia sendiri tidak menyangka bahawa Luqman Hakim akan terus mengambilnya bekerja pada hari ini.

“ Betul? Terima kasih Encik Luqman. Terima kasih banyak-banyak. Alhamdullillah…” Kata Balqis cukup gembira sekali.

Luqman Hakim tersenyum. Ternyata dia begitu gembira melihatkan keriangan di wajah gadis itu.

“ Bila awak boleh start kerja?” Tanya Luqman Hakim yang tidak sabar bekerja dengan gadis pujaan hatinya itu.

“ Esok pun boleh!” Sorak Balqis riang sekali.

“ Ok..awak boleh start kerja esok,” kata Luqman Hakim tersenyum.

Balqis membalas senyuman Luqman Hakim tetapi tidak lama. Ada sesuatu yang sedang menganggu fikirannya saat ini. Dia semakin resah. Kalau boleh dia tidak mahu identitinya terdedah.

“ Encik Luqman, boleh tak kalau Encik Luqman rahsiakan nama sebenar saya. Saya takut kalau-kalau nama saya itu akan membawa sial di pejabat ini,” ujar Balqis berpura-pura sedih. Di dalam hati dia berdoa agar lelaki di hadapannya ini akan menurut permintaannya itu.

Luqman Hakim tersenyum.

“ Baiklah. Demi keselesaan awak saya akan merahsiakan nama sebenar awak. Awak boleh gunakan nama Balqis di sini,” ujar Luqman Hakim lagi.

Ah bodohnya lelaki dihadapannya ini! Fikir Balqis sendirian. Dia tersenyum penuh makna.

Terlayang wajah-wajah yang cukup membencikan di dalam kotak fikirannya ketika itu. Sahak, Esah dan Sarah, aku sudah kembali untuk menebus kembali apa yang sudah kamu semua rampas dari aku. Bisik Balqis sendirian.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku