Harapan Kasih @ Aku Tunggu Dia
Prolog
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 24 Januari 2014
NADIA Asyila, seorang polis wanita yang periang.
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
1729

Bacaan






Nadia Asyila memandang kemas potret yang berada di tangannya. Direnung jauh ke dalam mata wajah insan yang berada di atas potret tersebut.

Tangannya sendiri mengabadikan wajah insan yang amat disayanginya. Walaupun tidak seratus peratus menyerupai wajah sebenar insan itu namun jiwanya senang saat matanya bertaut memandang pada potret itu.

Pandangan Nadia Asyila seakan menembusi potret yang dilukisnya itu. Begitu asyik diperhatikan setiap inci wajah lelaki yang dicintainya.

Tiada kekurangan. Lelaki itu amat sempurna dan tiada sedikitpun cacat cela yang menghuni fikiran insan yang bernama Nadia Asyila.

Bertahun-tahun masa yang dilewati dirasakan amat berharga kerana ada sedikit bahagia yang menjengah saat matanya setia menjamah potret yang dibingkainya itu.

Bertahun hatinya merindui kata-kata cinta dari seorang insan yang sangat memberi erti dalam hidupnya. Entah bakal muncul atau tidak. Tetapi saat itu dinantinya dengan penuh sabar.

Nadia Asyila bangun dan menggantungkan potret tersebut di sudut tepi kamar tidurnya. Hatinya berbunga riang bila melihat senyuman yang diukirkan oleh potret yang kaku itu.

Biarlah jika di alam realiti kemungkinan itu jauh namun dia senang walaupun hanya di alam fantasinya lelaki itu menghulurkan senyuman. Jiwanya pasrah.

Nadia Asyila memandang wajah itu sekali lagi. Hatinya semakin senang. Dia berdoa agar kesenangan itu akan menjadi miliknya sampai bila-bila. Dia begitu mengharapkannya.

Dalam kesyukurannyya menyedut udara Yang Esa, hatinya tidak pernah lupa untuk memberikan ingatannya kepada insan itu walau dalam kesibukan yang menghuni dirinya. Ingatan untuk lelaki itu sentiasa ada walaupun untuk sezarah cuma. Akan sentiasa menghuni dan mengisi ruang hatinya. Direlakan keadaan itu walau untuk selamanya.

Keyakinannya tidak pernah pudar walau lelaki itu tidak pernah membalas kasihnya. Dia pasti, kuasa yang maha Esa akan memberikannya satu realiti yang akan melebarkan lagi senyuman yang diukirnya saat ini.

Biarlah dengan bisikan dunia yang menceritakan tentang kegilaannya. Dia takkan pernah kalah dengan semua hasutan yang tidak menyebelahi semua rentaknya. Pasti akan ada sinar yang menyinari kasihnya itu suatu hari nanti.

Dia yakin yang anugerah ilahi yang memberikan rasa cinta itu akan memberikannya satu jalan yang akan menyempurnakan kehidupannya.

Rasa cinta yang tidak pernah dicurangi itu akan sentiasa dikekalkan. Bukan sebagai gurauan untuk mengisi kehidupan. Tetapi sebagai pelengkap untuk mengisi hayatnya. Keyakinannya berganda bahawa cinta lelaki itu akan hadir untuknya. Pasti.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku