Harapan Kasih @ Aku Tunggu Dia
Bab 1
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 24 Januari 2014
NADIA Asyila, seorang polis wanita yang periang.
Penilaian Purata:
(11 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
2046

Bacaan






Kuala Lumpur. Hari ini. 

“ Thanks for coming.”

Nadia Asyila tersenyum pada Iqmal Hisyam. Satu senyuman yang ikhlas.

“ Dah lama Syam rindukan senyuman Nadia.”

Iqmal Hisyam bersahaja. Nadia Asyila menguis-nguis daun kering yang berada di kakinya. Iqmal Hisyam membuka pintu keretanya dan mengambil sesuatu. Dihulurkannya kepada Nadia Asyila.

“ Present for your birthday.”

Teragak-agak Nadia Asyila menyambutnya. Dibuka perlahan-lahan kotak sederhana besar yang berada di tangan. Mahu melihat apa isinya. Sepasang gaun sutera terlihat indah di pandangan.

Nadia Asyila bungkam. Melihatnya sahaja Nadia Asyila pasti yang angka besar perlu diserahkan kepada penjualnya.

“Syam…”

“ Syam tak bermaksud apa-apa. Just present birthday. Tak salah kan?”

“ Tapi Syam. Hadiah ni terlalu mahal. Nadia tak layak untuk milikinya.”

“ Ada lagi benda yang lebih mahal Nadia. Bagi Syam, senyuman Nadia lebih bernilai dari gaun itu. Layak atau tidak, hanya Syam yang berhak menentukannya.”

Nadia Asyila mencari mata lelaki itu. Kata-kata yang diucapkannya tadi menyentuh hati wanitanya.

“ Thanks Syam.”

Hisyam memejamkan matanya seketika tanda balasan kepada ucapan itu.

“ Pertama kali melihat gaun tu, hati Syam terpikat dan mata Syam sempat membayangkan betapa cantik kalau tersarung di tubuh Nadia. Walau Syam sendiri tak tahu bila Nadia akan memakainya.”

“ Entah sempena apa. Atau, mungkin juga Nadia takkan pernah memakainya. Apatah lagi semata-mata untuk Syam. Apa pun, yang penting Syam mahu Nadia memiliki gaun itu. Itu adalah hasrat Syam. Pakai atau tidak, itu adalah pilihan Nadia. Syam tak dapat menentukannya.”

Sekali lagi Nadia Asyila bungkam. Tidak tahu apa yang harus diungkapkan untuk membalas kata-kata lelaki itu. Lidahnya kelu.

Melihat kebisuan yang memagari bibir insan yang berada di hadapannya, Iqmal Hisyam memaksa bibirnya mengukir senyuman. Entah untuk apa. Sesaat kemudian, dia membuat langkahan. Seakan sedar yang langkahannya untuk meninggalkan tempat itu sangat direstui.

Kakinya dibawa memijak lantai kereta. Pintu ditutup sebagai tanda untuk adanya satu perpisahan. Perpisahan yang tidak direlakan oleh hati lelaki Iqmal Hisyam. Dia mahu masa yang lebih lama dihabiskan untuk bersama insan yang dicintainya itu.

Kalau boleh, dia mahu menghabiskan hayatnya dengan hanya memandang wajah putih bersih itu. Hanya itu. Namun apalah dayanya jika gadis itu sendiri yang telah menolaknya mentah-mentah. Bukan hanya malam ini. Tapi sejak lapan tahun yang lalu.

Hatinya begitu perit untuk memikirkan masa yang dilalui kerana setiap saat yang berlalu menyebarkan penderitaan yang tak tertanggung di lubuk hatinya. Tapi, siapa yang mengerti? Gadis yang bernama Nadia Asyila tidak pernah cuba untuk memahami.

Diakah yang harus dipersalahkan kerana mempunyai rasa yang menyintai? Andai itu takdirnya, dia rela dipersalahkan. Kerana rasa itu telah menghukumnya sejak lapan tahun yang lalu. Sejak saat dia mula menaruh hati pada insan yang bernama Nadia Asyila.

Untuk menidakkan urusan takdir, sekali lagi dia tidak berjaya. Bukan sahaja untuk memenangi hati gadis itu. Tetapi juga untuk mengusir hatinya untuk tidak menyayangi gadis itu. Segalanya membuatkan dia sesak. Andai ada rasa yang lebih lagi untuk gadis itu, akan gilakah dirinya? Gila kerana menyayangi.

‘ Ya Allah! Berilah aku peluang untuk aku membuktikan rasa kasih yang suci ini padanya. Bukalah pintu hatinya agar dia juga mempunyai rasa yang sama. Supaya kami mampu bahagia dalam mencari rahmatMu.’

Iqmal Hisyam merenung cermin kereta dan melihat gadis yang dicintainya dengan pandangan kosong. Hati lelakinya amat berharap agar ada lambaian daripada gadis itu. Tapi harapannya kosong. Sekosong pandangannya.

Setelah agak lama memandu, lelaki itu merasakan nafasnya sesak. Jiwanya kacau. Iqmal Hisyam memberhentikan kereta di bahu jalan. Pandangannya kabur. Diletakkan kepalanya pada stereng kereta. Air mata lelakinya tumpah jua.

Entah kenapa hatinya begitu terasa dengan sikap Nadia Asyila. Walhal tiada apa yang dilakukan gadis itu kepadanya. Hatinya berdebar dengan rasa marah. Kemarahan yang bercambah cinta.

Jika tiada sedikit keimanan diahatinya, pasti dia sudah melakukan sesuatu yang akan menyeksakan batin wanita yang dicintainya itu. Pasti dia akan melakukan sesuatu yang akan membuatkan wanita itu tidak terlepas dari menjadi miliknya. Walaupun caranya berbaur dengan kekasaran dan kejahatan.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku