Harapan Kasih @ Aku Tunggu Dia
Bab 5
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 24 Januari 2014
NADIA Asyila, seorang polis wanita yang periang.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
1141

Bacaan






          Iqmal Hisyam menyandarkan kepalanya di kerusi. Matanya melekat pada potret Nadia Asyila yang berada di atas meja kerjanya. Dia tahu yang wanita itu bukan miliknya. Tetapi, selagi wanita itu bukan milik sesiapa, dia akan terus cuba merebut sekeping hati itu untuk menerima cintanya. Kepalanya terbayang Fazar Azameer. Lelaki yang merupakan sahabat karibnya. Lelaki yang dicintai oleh wanita yang menjadi pujaan hatinya. Dia tidak merelakan hati wanita itu mendiamkan sahabat karibnya di dalam hatinya.

           Fazar Azameer memang sahabat yang baik. Sahabat yang suka berkongsi suka dan duka dengan dirinya. Namun satu perkara sahaja yang tidak disukai olehnya. Penghinaan yang dilakukan terhadap Nadia Asyila begitu berbekas di hatinya. Padanya, Fazar Azameer tidak layak untuk melakukan penghinaan itu. Namun, didiamkannya sahaja seakan tanpa sebarang bantahan. Selama lapan tahun sejak mereka meninggalkan alam persekolahan, Iqmal Hisyam tidak pernah jemu untuk menyintai gadis yang bernama Nadia Asyila. Hatinya bertekad yang suatu hari nanti dia akan menjadikan gadis itu sebagai suri hidupnya.

         Pasti ada jalan dan caranya jika iu adalah kehendak Yang Esa. Doanya tidak pernah putus. Walaupun mereka dipisahkan dengan masa yang agak lama suatu waktu dahulu yang membebeni Iqmal Hisyam, kerana terikat dengan satu perjanjian, namun, dia tidak pernah jemu menyintai wanita itu. Sejak beberapa hari ini, ingatannya terhadap Nadia Asyila terlalu kuat. Wajah itu terbayang di mana sahaja dia berada. Sentiasa akan menghiasi ruang matanya. Dia sendiri bingung kenapa cintanya kepada wanita itu terlalu kuat. Sedangkan Nadia Asyila tidak pernah membalas kasihnya. Sudah berbagai cara yang dia lakukan. Namun, tidak pernah menampakkan ruang yang wanita itu akan menerima dirinya walaupun sedetik. Hatinya sudah ditutupi dengan rasa cinta terhadap Fazar Azameer.

          Iqmal Hisyam membawa langkahnya menuju ke arah tingkap. Dipandang pemandangan yang terbentang di hadapan matanya. Jalan raya yang bersimpang siur dengan kenderaan yang penuh berselerakan di atasnya semakin menyerabutkan kepalanya yang sudah sedia semak. Dipejamkan matanya untuk seketika. Cuba meraih sedikit ketenangan. Fikirannya mengimbau kembali kejadian seminggu yang lepas. Teringat pemberian yang diberikan kepada Nadia Asyila. Agaknya bila dia dapat melihat pemberian itu akan tersarung di badan wanita kesayangannya itu. walaupun dia tahu yang kemungkinan untuk itu mungkin tidak ada, namun dia akan terus berharap. Hidupnya sentiasa dipenuhi dengan harapan. Usaha sudah bertimbun dilakukan. Doa tidak pernah putus dipanjatkan. Dan dia sekarang bergantung dengan harapan. Dia tidak akan berhenti di tengah jalan. Dia yakin yang Allah maha mendengar setiap apa yang dimahukannya.

           Setelah mulutnya terkumat-kamit untuk seketika, mengucapkan kalimah-kalimah suci Allah, dia mendapat sedikit ketenangan. Ketenangan yang mampu untuk membuatkan bibirnya menguntum senyuman. Dipanjangkan langkahnya menuju tempat duduknya. Fail yang bertimbun di hadapannya sedang menanti dirinya untuk dikerjakan. Sebelum sempat tangannya membelek fail yang tersedia, hatinya berdoa supaya dia dapat melupakan wanita yang bernama Nadia Asyila untuk seketika. Berdoa supaya wanita itu tidak menjengah mindanya di waktu ini.

            Serentak itu, deringan telefon berdering kuat. Iqmal Hisyam mengeluh. Entah siapa yang menghubunginya pagi-pagi begini. Dipandang screen handphone yang tertera nama orang yang diingatinya sebentar tadi. Tiba-tiba hatinya berdegup kencang. Ditekapkan handphone itu ke telinganya tanpa mengeluarkan suara.

           “ Hello Syam. Guess what?”

           “ What?” Iqmal Hisyam membalas.

           “ I’m at KL now.” Iqmal Hisyam terdiam. Debaran di dadanya semakin kuat. Dia mempunyai masalah baru. Fazar Azameer telah menjejakkan kakinya ke Kuala Lumpur. Ini bermakna yang jaraknya akan mendekat dengan Nadia Asyila. Walaupun dia mengenali lelaki itu yang tidak akan menyintai Nadia Asyila, namun, dia cukup risau seandainya suatu hari nanti mereka akan bertemu muka. Nadia Asyila yang tidak ditemui selama lapan tahun sudah cukup banyak berubah. Semakin cantik dan akan mencairkan mana-mana hati lelaki. Mungkinkah untuk kali ini Fazar Azameer akan menyintai wanita yang dicintainya? Mungkinkah kali ini dirinya akan tewas? talian diputuskan dengan alasan masa tidak tepat dan ada something urgent yang perlu dilakukan.

           “ Tidak! Aku takkan biarkan mereka bertemu. Apatah lagi untuk bersatu. Nadia milik aku dan aku akan pastikan. Jangan sesekali kau merampasnya daripada aku Fazar. Kau tak layak untuk Nadia. Dia punya hati yang terlalu suci. Cintanya yang dikhianati oleh lelaki seperti kau takkan pernah layak untuk menghuni hatinya. Dia hanya milik aku. Aku yakin dan aku akan pastikan.” Tanpa ketukan, pintu biliknya ternganga luas.

           “ Tuan, projek yang kat….” Arsyad tidak jadi meneruskan kata-katanya apabila melihat renungan bos nya yang seakan mahu menelannya. Sepantas kilat dia menyedari akan kesilapannya yang tidak mengetuk pintu sebagai tanda meminta keizinan untuk kakinya menapak masuk ke dalam bilik itu.

          “ Maaf tuan! Saya….” Iqmal Hisyam menyedari kegugupan itu. Dia juga menyedari akan emosi yang menguasai dirinya. Dia tahu yang dia tidak patut berfikiran seperti tadi. Dia seharusnya berfikir dengan waras. Segera dia beristighfar di dalam hati.

          “ Masuklah!” Arsyad mendekati bos nya itu dengan perasaan bersalah. Walaupun begitu, hatinya pelik kerana biasanya seandainya dia tersasul melakukan kesilapan itu sebelum ini bos nya itu tidak memberikan reaksi seperti tadi. Mungkin ada perkara yang sedang mengganggu fikiran bos nya. Arsyad membuat andaiannya sendiri. Berhati-hati dilabuhkan punggungnya dan menyusun ayat untuk elok di pendengaran Iqmal Hisyam. Mood lelaki itu perlu dijaga.   

            ******************************************************************************************


           Nadia Asyila mula hanyut dengan perasaannya sendiri. Dia tidak pernah merasa sebegini dalam realiti untuk menemui insan yang telah lama dinantinya selama ini. Dia tidak pernah merasakan debaran yang sedang menyentak kuat dadanya.

          “ Encik, kami dari Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur. Pihak kami ada menerima panggilan tentang kes kecurian yang berlaku di syarikat ini. Boleh kami dapatkan maklumat yang lebih jelas?” Syazwan segera memulakan tugasnya. Namun dia menyedari kesilapannya yang sengaja mahu situasi itu sempat berlalu apabila perasan pandangan Fazar Azameer yang sedang membaca namanya pada name tag yang kemas di dada sebelah kirinya. Silapnya sendiri kerana tidak memperkenalkan nama.

           ‘ Ah! Perlukah lagi diperkenalkan nama aku? Takkan dia dah lupa kot? Tapi silap jugak sebab berlagak formal tadi.’ Syazwan bermonolog.

          “ Inspektor Syazwan.” Syazwan memperkenalkan diri sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.

           “ Fazar.” Lelaki di hadapannya pula bersuara. Jantung Nadia Asyila bagaikan terhenti saat mendengar lelaki di hadapannya memperkenalkan diri. Dia menyedari hakikat itu walaupun lelaki itu tidak menyebut namanya. Fazar Azameer memandang wanita di hadapannya yang tidak lagi menunduk seperti tadi. Pandangannya diarahkan ke luar bangunan. Lelaki itu bagaikan menunggu sesuatu. Fazar Azameer pasti yang dia tidak salah. Wanita di hadapannya adalah insan yang dikenalinya suatu ketika dahulu. Dia yakin. Keyakinannya berganda bila sedar akan kegugupan wanita itu. Bibirnya menggeletar walaupun dia cuba berlagak tenang.

           Fazar Azameer cuba mencari name tag seperti yang dipakai Syazwan. Tiada. Matanya dialihkan ke arah Syazwan. Lelaki itu juga seperti familiar di matanya. Keyakinannya memuncak. Fazar Azameer memandang lagi wajah di hadapannya.

           ‘ Jika benar dia perempuan itu. Dialah perempuan yang pernah aku benci dan masih aku benci.’ Pandangan Fazar Azameer bertembung dengan Syazwan. Syazwan seakan mengerti. Fazar Azameer mahu mengetahui nama wanita yang datang bersamanya.

            “ Inspektor Nadia.” Suara Syazwan hampir tidak terkeluar.

            ‘ Nadia! Ya. Nadia Asyila. Memang dia perempuan tu.’ Fazar Azameer mendengus kasar.

             ‘ Ah! Lupakanlah. Hal syarikat aku lebih penting.’ Fazar Azameer berbicara sendirian.

             “ Dokumen sulit syarikat telah dicuri. Isinya adalah cadangan barangan elektrik terbaru yang akan syarikat kami keluarkan. Tanpa dokumen tu, usaha syarikat kami akan jadi sia-sia. Semuanya ada di dalam dokumen tu.”

             “ Tiada salinan?”

             “ Kalau ada, tak lah saya cakap yang usaha kami akan jadi sia-sia.” Lelaki itu bersuara sinis. Fazar Azameer sudah tidak menyenangi akan kedua-dua insan yang berada di hadapannya. Namun, memikirkan syarikatnya, dia perlu bersikap profesional. Bukan mendahulukan peribadi yang telah berlaku lama dahulu.

             “ Kami melakukan tugas mengikut prosedur. Salinan yang saya maksudkan adalah untuk memberikan kami rujukan. Lagipun jika ada syarikat yang mendahului pasti tidak akan memberikan keuntungan kepada kamu. Jadi segala kerjasama amat kami harapkan.” Syazwan memulangkan paku buah keras. Dia tidak suka dengan cara lelaki itu bercakap. Fazar Azameer hanya tersenyum. Syazwan berasa jengkel dengan senyuman itu. Menyampah! Nadia Asyila mengambil tindakan untuk mendiamkan diri. Mukanya terasa ada kehangatan yang menjalar. Dia yakin yang wajah itu sedang kemerahan. Badannya seram sejuk. Tangannya telah lama basah. Berpeluh! Syazwan tidak sanggup melihat wanita itu berkeadaan sedemikian.

‘ Macam nampak hantu’ Bebel Syazwan di dalam hati dengan perasaan belas yang menebal.

            “ Di mana kejadian tu berlaku?” Syazwan tidak seramah tadi.

             “ Di sini. Di bilik ini. Saya letakkan dokumen tu dalam laci paling bawah.” Syazwan segera mencatat apa yang diberitahu oleh lelaki itu. Walaupun dia tidak suka tetapi itu adalah tugasnya. Terpaksa!

             “ Bila kecurian ni disedari?”

             “ Sewaktu setiausaha kami menghubungi pihak kamu.”

             “ Maaf! Bukan saya yang jawab panggilan. Boleh beritahu waktunya dengan lebih jelas?” Syazwan berkata selamba. Fazar Azameer mendengus.

             “ Dalam pukul 9.30 pagi. Puas hati?” Syazwan senyum dalam hati. Gembira dengan reaksi lelaki itu yang sedikit marah. Padan muka kau!

             “ Saya minta kerjasama Encik supaya tidak ada sesiapapun yang akan usik apa-apa dalam bilik ni. Dan saya harap bilik ni akan dikosongkan buat sementara waktu. Senang nanti pihak kami nak buat siasatan.” Fazar Azameer sekadar mengangguk.

             “ Kami harap, pihak encik akan bagi nombor telefon office dan nombor handphone encik. Senang untuk kami hubungi pada bila-bila masa.” Syazwan merenung lelaki itu. Pandangan mereka berlaga. Fazar Azameer mengalihkan pandangannya pada Nadia Asyila. Renungannya tajam.

             “ Nanti minta nombor phone office dengan setiausaha saya kat depan. Nombor phone privacy. Sya tak nak nanti akan ada orang yang menyalahgunakannya.” Fazar Azameer berkata pedas. Nadia Asyila mengetap bibirnya. Air matanya hampir merembes keluar. Seakan jelas yang sindiran itu ditujukan kepadanya.

              ‘ Ya Allah, pilunya hati ini.’ Syazwan mengenggam penumbuknya.

              ‘ Kalau tak sabar, dah lama kau makan penumbuk aku.’ Monolognya.

              “ Cakap tak serupa bikin.” Syazwan menyuarakannya. Fazar Azameer melebarkan senyum. Menambahkan geram di hati Syazwan. Fazar Azameer menekam interkom memberi arahan kepada setiausahanya supaya memberikan nombor telefon pejabat kepada tetamunya itu. Syazwan mencebik.

            ‘ Nombor telefon pun nak suruh setiausaha bagi. Tulis jelah. Aku tengok kertas dan pen bukan main berlambak. Saja lah tu nak tunjuk lagak. Mentang-mentang dah jadi bos sekarang.’ Marah Syazwan. Tetapi hanya di dalam hatinya. Syazwan menyentuh kaki Nadia Asyila dengan kasutnya. Mengisyaratkan ingin beredar. Mereka bangun untuk berlalu dari situ. Tangan Syazwan memulas tombol pintu manakala Nadia Asyila berdiri di belakangnya dengan sokongan yang lemah.

           “ Jadi, kau dah jadi inspektor sekarang?” Suasana sepi seketika.

           “ Kau muncul lagi dalam hidup aku. Selepas ini, entah apa yang akan bakal kau kucar-kacirkan.” Nadia Asyila kaget. Memang Fazar Azameer masih mengingatinya.

           “ Inspektor Syazwan.” Fazar Azameer memanggil lelaki itu. Syazwan menoleh. Nadia Asyila masih seperti tadi. Memandang terus ke hadapan membelakangi Fazar Azameer.

           “ Lain kali, kalau nak datang sini untuk selesaikan kes kecurian tu, jangan bawa orang bisu datang. Kerja inspektor akan lambat beres. Saya mahukan kes ni diselesaikan secepat mungkin.” Fazar Azameer berkata sinis. Sungguh pedas sindirannya.

         “ Kau jangan melampau Fazar” Syazwan menjerit kuat. Lelaki itu meluru untuk mendapatkan Fazar. Biarlah jika lelaki itu atau semua orang mengatakan dia tidak profesional. Namun pergerakannya terhenti apabila Nadia Asyila memegang lengannya kejap.

          “ Kita pergi Syazwan.” Nadia Asyila bersuara. Perlahan. Langsung tidak memandang lelaki yang berada di belakangnya.

          “ Oh! Tak bisu rupanya.” Fazar Azameer meneruskan hujahnya yang berbisa. Menggigit hebat tangkai hati Nadia Asyila. Nadia Asyila menarik Syazwan agar keluar dari situ. Syazwan mendengus marah dan menumbuk pintu yang terbuka. Geram. Langkahnya semakin membuntuti langkah Nadia Asyila yang semakin meninggalkannya. Fazar Azameer ketawa kuat. Berdesing telinga Syazwan yang dapat menangkap bunyi ketawa itu. Nombor telefon yang dihulurkan oleh setiausaha Fazar Azameer sewaktu melintasi meja gadis itu disambar kasar.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku