Harapan Kasih @ Aku Tunggu Dia
Bab 12
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 24 Januari 2014
NADIA Asyila, seorang polis wanita yang periang.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
942

Bacaan






Kuala Lumpur, Hari ini

Iqmal Hisyam membuang pandangannya ke luar bangunan. Memorinya sentiasa memutar apa yang berlaku beberapa minggu yang lepas. Seulas senyuman terpamer pada wajah kacaknya.

Sebenarnya, dia masih buntu memikirkan apa yang telah menimpa gadis itu. Walaupun puas disoal namun tetap tiada jawapan yang pasti. Akhirnya dia hanya membiarkan.

Untuk apa digesa jika gadis itu tidak mahu memberitahunya. Nanti tak fasal-fasal gadis itu lari. Bisik hati kecil Iqmal Hisyam.

Lelaki itu mencapai frame gambar di atas mejanya. Ditenung wajah Nadia Asyila lama. Senyuman terukir di bbibirnya.

Mengapa aku terlalu menyintai kau?

Dirapatkan gambar itu ke dadanya. Walaupun bertahun dia mencintai wanita itu, dia tidak pernah membenci Nadia Asyila walaupun berkali cintanya ditolak.

Dia tidak pernah jemu menagih kasih wanita itu. Hatinya sentiasa menyeru nama gadis itu. Hanya Nadia Asyila di hatinya. Walaupun perasaan bersalah masih menghantuinya kerana kelalaiannya suatu ketika dahulu, dia masih tetap setia dengan cintanya.

Dipejam matanya sambil menyandarkan kepalanya pada sofa. Mindanya mengimbas kembali apa yang berlaku pada malam yang begitu bermakna padanya.

Nadia, aku semakin mencintai kau.

Iqmal Hisyam tersentak apabila derinagn telefon yang bergema menyapa telinganya.

Fazar.

Iqmal Hisyam menjawab panggilan itu dengan tidak sepenuh hati. Perbuatan Fazar Azameer kepada Nadia Asyila menujah-nujah memorinya.

“ Syam sorry ganggu kau. Busy ke?”

Telinga lelaki itu menangkap bicara di hujung talian.

“ Tak adalah. Apa hal call aku? dah dekat sebulan menyepi.”

“ Kepala aku baru je ringan sikit. Company ada masalah sikit. Tapi dah settle dah. Lama tak jumpa. Jom keluar minum. Malam ni. Tempat biasa. Ada masalah?”

Lelaki itu memberi cadangan. Iqmal Hisyam terus bersetuju.

Entah apa yang merasuknya untuk terus bersetuju. Tapi, itulah kata hatinya pada saat ini.

*****************************************************************

Tepat jam 9.00 malam, Iqmal Hisyam memasuki parking restoran Ashman seperti yang dijanjikan.

Apabila kakinya mencecah lantai restoran itu, Fazar Azameer sudahpun menunggu dengan lambaian. Pantas lelaki itu memanjangkan langkah ke arah kawannya.

“ Sorry late.”

“ No hal. Aku pun baru je sampai.”

Mereka memesan makanan dan minuman untuk beberapa ketika.

“ Em, apa cerita tentang syarikat kau?”

Iqmal Hisyam memain-mainkan kunci kereta di tangannya.

“ Proposal syarikat kena curi. Tapi dah settle dah. Apa yang buat aku bengang, bukan orang lain yang buat kerja tu. Si Basri. Aku tak sangka langsung yang dia berani buat hal. Selama kat kedah, dia tak ada la pulak buat kerja bodoh macam ni.”

“ Kau pun tahu kan yang dah dua tahun dia jadi pengurus syarikat kat cawangan di kedah.” Lelaki itu berhenti seketika.

“ Dan aku harap, kau tak terperanjat bila aku beritahu orang yang tolong selesaikan kes aku ni.”

“ Kenapa? Ada kaitan dengan aku ke?”

Lelaki itu langsung tidak menunjukkan minat.

“ Nadia.”

Sebaris nama itu disebut Fazar Azameer. Air yang baru sahaja diteguk oleh Iqmal Hisyam tersembur keluar.

“ Tak sangka pulak yang reaksi kau macam tu sekali.”

Fazar Azameer berkata mengejek. Iqmal Hisyam malu sendiri.

“ Kenapa kau tak pernah sebut tentang perkara ni pada aku? kenapa dia terlibat sama? Sejak bila kau jumpa dia?”

Fazar Azameer menguk air di hadapannya. Sengaja membiarkan lelaki itu ternanti-nanti.

“ Dia inspektor polis sekarang. Secara kebetulan dia yang handle kes company aku. Masa tu lah aku jumpa dia. Secara kebetulan je. Apa kata hati kau sekarang? Masih cintakan dia?”

Baru Iqmal Hisyam sedar yang dia tidak berpijak pada kerjaya Nadia Asyila sebentar tadi.

“ Kau? Masih bencikan dia?”

Persoalan Fazar Azameer turut dibalas dengan persoalan. Fazar Azameer mendengus kasar. Apa yang ditakuti oleh Iqmal Hisyam telah terselit dalam takdirnya kini. Sudah terjadi pertemuan antara Fazar zameer dan Nadia Asyila.

“ Aku minta maaf kalau hati kau masih pada dia. Tapi jujur aku cakap yang aku masih bencikan dia. Tak pernah padam.”

Iqmal Hisyam menundukkan wajahnya dan memandang lantai restoran.

Sejak dari dulu sampai sekarang, dirinya masih tersepit di antara kawan yang disayangi dan wanita yang dicintai. Kedua-duanya mempunyai makna yang membantu menyempurnakan kehidupannya.

Sebab itulah, selama ini dia hanya berdiam diri tentang Nadia Asyila yang sudah lama berada di depan matanya. Fazar Azameer tidak pernah tahu yang dirinya dengan wanita itu masih berhubung.

Dia juga tidak mahu lelaki itu terus menyakiti hati insan yang dicintainya. Dia tidak sanggup untuk melihat air mata wanita itu tumpah kerana sahabat yang disayanginya membenci wanita itu.

Pertanyaan Nadia Asyila tentang Fazar Azameer juga diberi kata yang memilukan wanita itu. Walaupun dia sentiasa berhubung dengan Fazar Azameer yang telah mempunyai Syarikat di Pulau Pinang, Kedah dan sekarang membuka cawangannya di Kuala Lumpur, dia tidak pernah menyuarakan kepada Nadia Asyila tentang perkhabaran lelaki itu. Terus dibiarkannya sepi.

Dia tahu yang dia sebenarnya mampu keluar dari ruang yang membuatkan dirinya tersepit. Dia mampu untuk membuang rasa benci Fazar Azameer terhadap Nadia Asyila. Dia mengetahui segala-galanya tentang perancangan Fasha. Namun, hatinya berkeras untuk terus merahsiakan kebenaran itu.

Dia bimbang jika dia menyuarakan hal yang sebenarnya terhadap Fazar Azameer, lelaki itu akan berhenti mencintai Fasha dan dia bimbang untuk memikirkan kemungkinana lelaki itu akan mengalihkan cintanya kepada Nadia Asyila.

Tidak! Dia tidak akan sekali-kali membiarkan perkara itu terjadi. Dia tidak akan merelakannya. Selagi hatinya tidak menjadi milik Nadia Asyila, dan selagi dia belum dapat memiliki wanita itu sepenuhnya, dia sekali-kali tidak akan membocorkan kebenaran itu.

“ Berapa lama dia handle kes ni?”

“ Tak lama sangat pun. Dalam sebulan lebih.”

“ Selalu ke kau jumpa dengan dia?”

“ Tak adalah selalu sangat pun. Nak tengok muka dia pun aku rasa malas. Sorrylah kawan. Aku tak boleh nak tengok muka dia. Apa yang dia lakukan pada aku dulu masih terkesan kemas kat hati ini.”

“ Kau tu yang tak pandai nak mengawal perasaan”

“ Senang je kau cakap. Kalau kau kat tempat aku, tahulah kau macam mana rasanya seperti apa yang aku rasa. Kau cintakan dia sangat kan? Cuba kau bayangkan yang satu hari nanti kau betul-betul akan kehilangan dia. Tapi…kau dengan dia tak pernah bercinta pun kan? Susah untuk aku nak terangkan pada kau.”

“ Perasaan ni sama jer Fazar. Allah anugerahkan benda yang sama pada kita. Sejauh mana kita mencintai sseorang, itu saja yang menjadi bezanya. Aku cuba untuk tidak bertindak melulu sama seperti kau.”

Iqmal Hisyam senyum sinis dan menjeling kepada kawannya. Lelaki itu juga turut sama tersenyum. Masing-masing memahami percakapan yang dianggap tidak serius.

“ Entahlah Syam. Aku ni masih meletakkan rasa bersalah tu pada Nadia. Kerana dialah Fasha hilang sampai sekarang. Aku langsung tak dapat nak menjejaki dia.”

“ Mungkin ada hikmah yang tersembunyi yang Allah nak tunjukkan pada kau.”

“ What do you mean?”

Fazar Azameer bertanya pelik. Kedua-dua keningnya juga hamper bercantum. Seakan ada maksud tersirat yang mahu disampaikan oleh kawannya itu.

“ Tak ada apa pun. Aku hanya tuturkan ayat yang selalu orang pakai. Kata orang, pasti ada hikmah di sebalik setiap apa yang berlaku.”

“ Emm macam-macam lah kau ni Syam. Aku ingatkan ada apa-apa yang kau nak beritahu aku tadi.”

Iqmal Hisyam mengangkat bahunya dan menggeleng. Diangkat gelas yang mengandungi jus tembikai menyentuh bibirnya.

“ Hmm ada kau jumpa Nadia? Kalau kau nak nombor handphone dia aku boleh bagi.”

“ Kau simpan nombor phone dia?”

“ Manalah tahu kau nak. Lepas aku bagi kau aku delete la. Tak ingin aku nak simpan nombor minah tu.”

“ Kau ni kalau cakap berlembut sikit kan elok. Tak ada orang yang akan sakit hati.”

“ Kau sakit hati dengan aku ke?”

“ Tak ada lah. Aku cuma cakap jer. Nak suruh kau berfikir secara matang sikit.” Fazar Azameer ketawa kuat. Lucu dengan apa yang dituturkan oleh sahabat baiknya itu.

“ Aku dah cukup matang Syam. Cuma dengan Nadia aku tak boleh nak jadi matang. Selamanya aku kena menjadi kebudakkan.”

“ Malas aku nak bertekak dengan kau. Kalau aku cakap pun bukannya kau nak faham. Suatu hari nanti kau akan faham dengan sendiri.”

“ Okeylah kawan. We change our topic. Malas dah aku nak cakap tentang minah tu. Buat sakit hati aku jer. Nanti hati kau pun jadi sakit bila aku cakap yang tak berapa nak elok fasal minah tu.”

Iqmal Hisyam menggeleng-gelengkan kepalanya. Memang Fazar Azameer masih kebudak-budakkan. Dia pun malas mahu berbicara soal lepas yang masih menjadi duri di hati lelaki itu.

“ Habis kau nak dakwa Basri?”

Dia bersuara setelah lama membisu. Membiarkan fikirannya melayang dengan kata hatinya.

Senyuman Fazar Azameer semakin lebar apabila menyedari lelaki itu ingin keluar dari topik yang dibicarakan. Nampaknya ajakannya bukan ajakan kosong.

“ Emm. Aku tetap akan dakwa dia. Dia yang sengaja cari masalah. Lagipun benda ni dah jadi kes polis. Orang macam dia, kita kena beri pengajaran. Tak boleh nak lepaskan macam tu je. Tauke balak pun boleh bankrap.”

Iqmal Hisyam mengangguk-anggukkan kepalanya. Bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh kawannya. Kunyahan di mulutnya diteruskan.

“ Kau ada jumpa Nadia?”

Fazar Azameer masih mahu menimbulkan persoalan tentang wanita itu. Sekali lagi hati lelakinya mahu memperkatakan tentang wanita itu.

“ Dunia ni kecil je Fazar.”

Itu jawapan yang dirasakannya tepat. Terserahlah kepada lelaki itu untuk menafsirkannya sendiri.

“ Mungkin betul kata kau. Tapi, aku tak pernah berdoa untuk dipertemukan kembali dengan dia. Aku benci bila pandang muka perempuan tu. Kalau boleh, aku dah tak nak ingat kenangan silam yang menyakitkan hati aku. Tapi sekarang, dia muncul semula dan membangkitkan segalanya.”

“ Jiwa aku terseksa Syam. Hati aku seringkali menidakkan kebaikan dia sebelum diari dia jatuh ke tangan aku.”

Dipandang setiap gelagat insan yang berada di ruang luar restoran.

“ Tak boleh ke kau berhenti membenci dia?”

“ Mustahil Syam.”

Fazar Azameer menyedut jus tembikai hingga ke titisan yang terakhir. Iqmal Hisyam hanya mampu mengeluh.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku