Harapan Kasih @ Aku Tunggu Dia
Bab 14
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 24 Januari 2014
NADIA Asyila, seorang polis wanita yang periang.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
924

Bacaan






Kuala Lumpur, Hari ini.

“ Mierah, kau masih marahkan aku?”

Saat ini mereka sudahpun berada di dalam bilik. Amierah tidak menghiraukan Nadia Asyila yang duduk bersebelahan dengannya. Amierah terus memandang skrin komputer di hadapannya. Sambil jarinya menekan-nekan tetikus. Sebenarnya dia sendiri tidak tahu apa yang dicarinya. Kepalanya kacau. Dia tahu yang dia akan tewas jika wanita itu terus memujuknya.

“ Mierah.”

Nadia Asyila memanggil mesra nama gadis itu. Diambil dan dimainkan jemari Amierah yang tidak menghiraukannya. Kepalanya dilentokkan di bahu perempuan itu.

“ Memang kau patut marah aku sebab aku tipu kau. Tapi dah lama sangat. Aku tak tahan bila sehari tak bermesra dengan kau.”

Nadia Asyila mengenyitkan matanya. Amierah membentuk-bentukkan bibirnya. Respon yang baik. Detik hati Nadia Asyila. Terus dimainkan wataknya.

“ Janganlah macam ni. Dah lah tu marah aku. Aku sayang kau.” Dipeluknya tubuh kecil Amierah.

“ Eh lepaslah! Rimas aku.” Nadia Asyila senyum.

“ Hah! Keluar pun suara. Ingatkan kau simpan berlian dalam mulut. Tak nak! Aku takkan lepaskan kau selagi kau tak cakap yang kau dah maafkan aku.” Nadia Asyila semakin mengeratkan pelukan.

“ Eee.. benci lah aku macam ni. Okeylah aku maafkan.”

“ Senangnya dalam hati, dia dah maafkan aku. Seperti dunia hai aku yang punya.” Nadia Asyila menyanyi riang lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang liriknya sudahpun ditunggang terbalikkan. Dia ketawa senang. Amierah turut sama ketawa dengan gelagat kawannya.

Perangai tak ubah macam budak-budak. Gumam Amierah dalam hati.

“ Tak ada sebab lagi aku nak marahkan kau. Syazwan pun ada beritahu aku yang kes Fazar dah selesai. Jadi, lepas ni, kau dan dia akan tamat.” Ketawa Nadia Asyila terus mati. Hei minah ni. Dah mood elok-elok, dia timbulkan lagi fasal ni. Hei garam betul aku. Amierah menarik tubuh Nadia Asyila yang membelakanginya.

“ Look at me.” Perempuan itu mengarah.

“ Aku bukan nak rosakkan mood kau atau apa-apa yang sewaktu dengannya. Aku cuma nakkan apa yang terbaik untuk kau. Lupakan Fazar. Sikit tu je yang aku minta dengan kau. Takkan itu pun tak boleh?” Nadia Asyila pantas mengubah moodnya. Senyum. Nampaknya sampai bila-bila kau takkan faham. Hati aku bukan hati kau. Jadi susah untuk aku terangkan pada kau my dear friend. Nanti kalau aku janji apa-apa, tipu pulak. Nanti merajuk lagi. Hei pening-pening

“ Okey kau pun pandang aku. Dengar sini. Hari ni hari sabtu, tepat jam 12.30 malam.” Nadia Asyila berhenti seketika. Amierah menanti. Mungkin dia ingin membuat janji lagi. Dan mungkin kali ini tidak akan mengecewakan aku. Fikirnya.

“ Dah lewat sangat. Jom tidur.” Nadia Asyila berkata laju dan mengekek ketawa. Amierah mendengus geram. Ingatkan apalah tadi! Nadia Asyila berbaring sambil tangannya kemas memeluk Amierah. Sudah lama dia meninggalkan tabiatnya yang satu itu. Bicara yang keluar daripada mulut Amierah dibiarkan sepi. Langsung tidak menjawab apa-apa. Tidak lama kemudian, dia enak dibuai mimpi.

*****************************************************************************************************

Nadia Asyila tersengih geli hati apabila melihat raut wajah Amierah yang memuncung. Pasti sebab malam tadi. Pagi tadi bila dia cuba memeluk erat gadis itu menahannya dari bangun, Amierah menolaknya kasar.

Berani lawan polis nampak! Apabila Nadia Asyila berkeras dengan tindakannya, pukulan dari bantal yang bertalu-talu diterimanya. Nadia Asyila masih dengan senyumannya. Kali ini cuti hujung minggunya terisi dengan rajuk Amierah yang telah terubat. Nadia Asyila menghenyakkan punggungnya diantara Amierah dan Shahrina. Digerakkan punggungnya bagi mendapatkan ruang yang lebih.

“Kau ni dah tak ada tempat kosong agaknya kat dalam rumah ni. Tempat ni jugak kau nak menyemak.”

Marah Shahrina yang faham dengan kenakalan kawannya seorang itu.

“ Ye ke? Tempat ni je yang aku nampak kosong. Khas untuk aku lagi.”

Nadia Asyila berkata selamba. Dia tahu yang Shahrina tidak marahkannya.

“ Matahari dah berceracak atas kepala baru nak bangun. Kalau langit runtuh pun tak sedar.”

Bibir Shahrina terus mengomel. Tanda tidak puas hati. Nadia Asyila sedikit hairan. Biasanya gadis itu tidak banyak songeh.

“ Kalau runtuhnya langit tu, buat apa aku nak bangun lagi. Kita semua dah kat alam barzakh dah ni.” Nadia Asyila membidas tidak mahu mengalah.

“ Hah baguslah kalau macam tu. Tak berbulu lagi mata aku nak pandang muka kau.” Nadia Asyila bingkas bangun dan mencekik leher Shahrina geram.

Melihat adegan yang berlaku, semua yang ada berusaha meleraikan mereka. Betul-betul ke minah dua ekor ni? Setelah mereka berjaya dileraikan, masing-masing bersandar keletihan.

Kerja gila! Shahrina memandang wajahnya di cermin. Rambutnya kusut masai. Kemudian dia ketawa bedekah-dekah. Kawannya berpandangan sesama sendiri. Hairan. Dah gila ke? Shahrina duduk dan menyilangkan kakinya di sebelah Nadia Asyila. Semua yang lain sudah bersedia jika ada adegan sambungan.

“ Kau ni memang ganas. Dah macam penghuni tanjung rambutan kau kerjakan aku.”Shahrina meneruskan sisa tawanya. Nadia Asyila mencebik. Dah betul-betul gila agaknya. Namun akhirnya dia turut sama tergelak menyertai rakan-rakan yang lain.

“ Kau orang bergurau macam real. Tak bagi signal langsung. Kami yang tengok ni pulak rasa macam nak gila. Hampeh!”

Azrin mencari ruang udara agar nafasnya yang semput kembali normal. Sekali lagi bergema ruang banglo dengan keletah penghuninya.

“ Eh geng! Jom keluar. Pergi shopping ke, main bowling ke.”

Aini menghulurkan cadangan.

“ Ah tak nak lah aku. Keluar ramai-ramai macam satu rombongan pulak.”

Azrin memberi reaksi terhadap rancangan itu. Negatif!

“ Tak payahlah keluar. Hari ni kita habiskan je masa kat dalam rumah ni. Lagipun bukannya selalu dapat berkumpul ramai-ramai macam ni. Selalunya Nadia jarang ada. Hari ni, dunia ni aman sikit. Kan best kalau kita saling berkongsi cerita.”

Amierah pula memberikan cadangan. Dari raut wajah semua, kali ini positif.

“ Kita cakap fasal cinta nak?” Azrin mengangkat kening dengan topik yang dicadangkannya. Entah kena ke tidak dia sendiri tidak pasti.

“ Azrin, kau dengan Hanif dah lama bercinta. Tak rasa jemu ke?” Shahrina tersenyum dengan apa yang terkeluar dari mulutnya. Azrin membentuk-bentukkan mulutnya. Dia sendiri yang terkena.

“ Eh cakap aku pulak. Yang kau dengan Adli bila pulak nak kahwin? Bergayut bukan main. Kalah beruk kat hutan tu.” Gadis itu melentok-lentokkan tubuhnya. Meniru gaya Shahrina bercakap.

“ Aini kau macam mana dengan Zualizie? Tak nak langsungkan lagi?” Giliran Amierah pulak galak menyoal. Aini tidak mahu terlepas sama. Ingin mengajukan soalan.

Nadia Asyila bangun dan berlalu ke tingkap. Bosan. Soalan bertimbun keluar tapi satu jawapan pun tak ada. Apa ke jaddah! Emm boring. Nadia Asyila meliarkan pandangannya ke luar tingkap. Semua kawannya sudah berpunya. Hanya dia yang masih terkapai-kapai dalam kemelut kisah cinta yang penuh penderitaan. Dia akui yang itu semua adalah kehendaknya dan dia tidak pernah menyesal. Dia yakin yang suatu hari nanti kasih Fazar Azameer akan tumpah kepadanya.

Hai bilalah agaknya kau akan menerima cinta suci aku Fazar. Dah bertahun aku menunggu. Agaknya apa yang sedang kau buat sekarang? Adakah turut sama memandang tompokan awan yang sedang aku pandang? Akhirnya Nadia Asyila terus hanyut dalam anganannya sendiri. Hanya dia yang tahu apa yang tersirat di hatinya.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku