Harapan Kasih @ Aku Tunggu Dia
Bab 16
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 24 Januari 2014
NADIA Asyila, seorang polis wanita yang periang.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
988

Bacaan






Kuala Lumpur, Hari ini.

Nadia Asyila memanjangkan langkahnya menuju ke arah Restoran Azizi yang berada di hujung jalan. Hari ini dia berseorangan. Syazwan tidak bersamanya kerana lelaki itu ke mahkamah. Langkah Nadia Asyila mati apabila ada seseorang melanggarnya. Kunci kereta yang sedari tadi dimainkan di jejarinya jatuh terpelanting.

Perempuan ni tak ada mata gamaknya.

Dibebelnya sendirian di dalam hati. Nadia Asyila memandang wajah indah milik perempuan yang melanggarnya. Seakan-akan wajah itu pernah hadir dalam hidupnya. Diperhatikan wajah perempuan itu yang mengerutkan keningnya. Seakan turut sama berfikir. Wajah di hadapannya seperti pernah dilihat.

“ Maafkan saya. Kalau tak silap, awak Lin kan? Radlina.”

Nadia Asyila bertanya ragu-ragu. Bimbang tersalah orang.

“ You Nadia?” Giliran bibir di hadapannya pula bertanya ceria. Kedua-duanya menggangguk pada setiap persoalan. Mengiakan.

“ Wah! Dah jadi polis sekarang? Ada stail.” Radlina mengulum senyum. Uniform yang dipakai Nadia Asyila sudah menggambarkan kerjaya wanita itu. Nadia Asyila mengekek ketawa. Lucu dengan apa yang diperkatakan oleh kawan yang telah lama menghilang.

“ Aku pun tak sangka yang aku jadi polis.”

Sekali lagi dia ketawa. Kali ini dengan apa yang diperkatakannya pula. Lucu apabila memikirkan ijazah yang dicapainya langsung tidak kena dengan bidang kerjayanya sekarang.

“ Biasalah. Rezeki Tuhan bagi.”

Nadia Asyila tersenyum dan mengangguk.

“ Jom! Aku belanja. Rindu sangat aku dengan kau. Selama ni bukannya nak contact aku. Macamlah sibuk sangat.”

Nadia Asyila sudahpun menarik tangan Radlina tanpa menerima persetujuan wanita itu. Radlina hanya menurut. Hanya beberapa langkah, dia berhenti. Berpaling mencari sesuatu di kiri dan kanan. Seketika kemudian, dia menunduk mengambil kunci keretanya yang terpelanting sebentar tadi.

“ Nanti susah aku nak balik. Ansuran pun belum habis bayar lagi.”

Kedua-duanya ketawa dan berlalu menuju ke arah restoran yang berada tidak jauh dari tempat mereka berdiri.

“ So, kau dah jadi lawyer sekarang? That’s great. Tak sangka dapat jugak kau kecapi cita-cita kau.”

Radlina senyum sedikit bangga.

“ Emm not bad. Kau masih ingat lagi cita-cita aku. Papa aku banyak tolong. Dia yang tolong bukakan syarikat guaman aku. Kau pun kira okey apa kerja polis. Tak ada yang berani buli.” Nadia Asyila melebarkan senyum. Tak ada yang berani buli? Tiap-tiap hari aku kena bantai dengan geng-geng aku kat dalam rumah!

“ Wah! Sampai dah ada syarikat guaman sendiri. Itu dah sangat-sangat okey. Kira dah jadi bos la. Senang la kau.”

“ Alah, tak ke mana pun semua tu. Cuma untuk selesa sikit je. Takut nak jadi kuli. Aku takut kena marah.”

Nadia Asyila tersenyum. Memang dia tahu yang wanita di hadapannya ini fobia kalau kena marah. Teringat semasa mereka menyertai kem bersama-sama beberapa tahun yang lalu.

“ Eh! Dah berapa lama kita tak jumpa?”

Nadia Asyila menghitung jari.

“ Emm kalau tak silap aku dalam enam tahun. Sekarang ni kita dah tua. Dah 25 tahun dah pun. Kenapa kau tak pernah call aku Lin.”

Radlina meletakkan gelas di tangannya. Tersenyum simpul memandang muka Nadia Asyila.

“ Aku terendam handphone dalam baldi masa nak basuh kain. Bukan dengan kau je. Dengan kawan-kawan yang lain juga lost contact. Mesti dah ada yang beranak pinak sekarang ni.”

Nadia Asyila menjungkitkan bahu dan menjuihkan bibirnya. Radlina memerhatikan wajah yang telah lama tidak dijumpanya. Dia semakin kagum dengan perempuan bernama Nadia Asyila. Dengan rupa melayu tulennya, Nadia Asyila memang seorang yang jelita. Rambutnya hitam pekat yang agak lebat dipotong pendek. Hidungnya mancung dan badannya tinggi lampai. Berkulit putih bersih dan mempunyai lesung pipit di kiri pipinya. Satu kecacatan yang cantik. Dihiasi dengan bibir merah merekah bak delima. Menyempurnakan lagi kecantikan semula jadinya.

Seingatnya dulu semasa bersama-sama menyertai Program Pembinaan Karakter yang dianjurkan oleh kerajaan, Nadia Asyila tidak pernah segan silu menghulurkan bantuan apabila diperlukan. Walaupun kelihatan perwatakannya sedikit ganas namun wajahnya yang ayu tetap lembut. Dulu gadis lincah itu berambut pendek. Sekarang pun sama. Tapi, jauh lebih kemas. Langsung tidak mengganggu. Uniform yang tersarung di badannya nampak begitu sesuai. Kulitnya yang putih kekuningan semakin menambahkan kejelitaan pada raut wajah yang sememangnya jelita.

“ Lin apa yang kau duk renung aku macam tu? Ada yang tak kena ke?” Radlina ketawa.

“ Tak adalah. Semua okey. Good looking. Rambut kau masih pendek macam dulu. Tapi gaya sekarang nampak lebih cool. Cute lagi.” Nadia Asyila hanya menggeleng mendengar bicara teman rapatnya suatu ketika dahulu.

“ Kira okeylah bila kau cakap macam tu. Aku tak nak rambut aku ni mengganggu bila aku bekerja. Sengaja aku potong pendek macam ni. Tapi tak lah pendek sangat kan?”

“ Emm kau nampak berkeyakinan dengan gaya macam tu. Aku suka. Eh, Aku kena pergi. Dah lewat. Lain kali kita sembang panjang. Aku ada appointment dengan klien dalam setengah jam lagi.”

Radlina berdiri. Mereka saling bertukar kad nama dan berpelukan buat seketika. Sebelum masing-masing menuju ke destinasi yang dikehendaki.

****************************************************************************************************

Amierah dan Nadia Asyila berbaring diatas katil yang selama ini menampung tubuh mereka.

“ Mierah, kau ingat lagi tak kawan aku yang aku panggil Lin.” Amierah mengerutkan dahi. Berfikir!

“ Alah kawan aku masa aku dekat kem. Time aku sertai Program Pembinaan Karekter lepas SPM dulu.”

Nadia Asyila memanjangkan klu.

“ Entah. Aku tak ingat. Kawan yang mana entah. Bukannya kes setahun dua tahun lepas. Ni kes yang bertahun-tahun lepas. Malas aku nak recall ingatan aku balik.”

“ Alah kau ni. Tak syoklah.” Nadia Asyila mengomel sendirian.

“ Susah lah Nadia. Yang mana entah. Aku bukannya kenal dengan semua kawan-kawan kau.”

“ Kan aku ada derita dengan kau kawan yang paling aku rapat masa kat kem dulu. Kau je yang malas nak ingat.” Amierah menjuihkan bibirnya. Fikirannya cuba mengingati kawan yang disebut oleh wanita itu.

“ Emm.. kawan kau yang kau cakap susah nak makan tu?” Amierah meneka.

“ Ha yang itulah.Yang nak makan selalu kena paksa tu.” Nadia Asyila menampar sedikit kasar bahu Amierah. Reaksi spontannya.

“ Kot ya pun janganlah sampai macam tu, buat lemah jantung aku je.” Amierah menjeling Nadia Asyila mesra.

“ Okey sorry! Sebenarnya tadi masa lunch aku jumpa dengan dia. Dia terlanggar aku. Nasib baik itu dia. Kalau orang lain dah lama aku tibai.” Sekali lagi Nadia Asyila mengangkat tangannya. Ingin menampar bahu gadis itu. Namun ditahan. Dia tersenyum senang. Lucu dengan reaksi Amierah yang sudahpun mengelak.

“ Kau jangan nak test dekat aku pulak. Nanti tak fasal-fasal aku jadi ganas lebih dari kau yang seadanya.” Nadia Asyila ketawa kuat.

“ Apa cerita dia sekarang?”

“ Emm okey. Still single. Sekarang ni dah berjaya jadi peguam. Cita-cita yang dia pegang selama ni. Papa dia pun sokong dia. Siap tolong buka syarikat guaman lagi. Maklumlah orang kaya. Kalau ada duit semua jadi.” Amierah mengangguk-angguk.

“ Tak sangka yang dapat jumpa dia balik. Dah dekat enam tahun kami tak jumpa. Dia dah tak macam dulu. Lebih bergaya sekarang. Cuma ketinggian je yang stay macam dulu. Masih tak dapat nak challenge aku.” Nadia Asyila berkata sedikit bangga pada akhir percakapannya tadi.

“ Eleh perasan! Eh nanti kalau ada masa bawa aku jumpa dia ek? rasa macam nak kenal pulak.” Nadia Asyila hanya memberi isyarat mata tanda setuju.

******************************************************************************************************

Syazwan dan Nadia Asyila terus menjamu selera tanpa menghiraukan orang ramai yang keluar masuk. Sesaat kemudian, mata Syazwan terpaku pada Iqmal Hisyam dan seorang kawan yang turut sama berada di dalam restoran itu.

Pandangan Syazwan agak pelik. Padanya, lelaki yang bersama Iqmal Hisyam sedikit ganas. Macam samseng. Namun segera ditepis apa yang bermain di fikirannya.

“ Nadia. Hisyam ada kat sini.”

Nadia Asyila tidak jadi menyuap paprik ayam ke mulutnya. Dijungkitkan sedikit keningnya. Memandang wajah Syazwan yang berhadapan dengannya.

“ Belakang kau. Tempat yang agak tersorok tu.” Nadia Asyila terus mengalihkan pandangannya ke situ. Iqmal Hisyam tidak menyedari pandangan itu. Namun, kawannya perasan. Tapi tidak terus memandang dan sekadar menjeling.

“ Syam, dua orang anggota polis yang berada di sudut sebelah kanan tu tengah pandang kita. Ada yang tak kena ke?” Iqmal Hisyam mencari arah yang dirasakannya tepat. Pandangannya bertentangan dengan Nadia Asyila. Nadia Asyila kaget. Terus memandang makanannya kembali. Cis kantoi! Nadia Asyila berbicara di dalam hati. Iqmal Hisyam senyum.

“ Mereka kawan aku. Emm okeylah Muiz. Nanti apa-apa kau call aku.” Lelaki yang dikenali sebagai Muiz itu hanya mengangguk dan terus angkat kaki. Iqmal Hisyam juga bangun dan memanjangkan langkahnya ke arah Nadia Asyila dan Syazwan.

“ Syam datang sini.”

Nadia Asyila memandang Iqmal Hisyam yang melangkah kemas ke arah mereka. Emm dah tak dapat nak elak. Getus hati Nadia Asyila.

“ May I join?” Iqmal Hisyam bertanya sopan. Syazwan senyum dan mengangguk. Mereka bersalaman.

“ Dah lama kat sini? Tak perasan pulak.”

“ Adalah dalam dua puluh minit.” Iqmal Hisyam mengangguk. Dia memandang Nadia Asyila yang membisu. Syazwan berdiri. Mungkin dia tidak seharusnya untuk terus berada di situ.

“ Okeylah Syam. Aku minta diri dulu. By the way, boleh tak kalau kau tolong hantarkan Nadia balik? Sebab kami datang satu kereta je tadi.” Iqmal Hisyam pantas mengangguk sambil melemparkan senyum pada Syazwan. Nadia Asyila merenung tajam Syazwan yang sedang tersengih memandangnya.

“ Syam, nanti kau terus hantar Nadia balik rumah jelah. Aku ingat nak balik terus je. Nadia, kereta kau aku pinjam.” Syazwan menunjukkan kunci di genggamannya kepada wanita itu.

Nadia Asyila menggigit bibir. Geram. Iqmal Hisyam sedar yang Syazwan mahu memberi ruang padanya. Dalam diam dia berterima kasih kepada lelaki itu. Kawan-kawan Nadia Asyila yang lain juga menyokongnya jika mereka menjalinkan hubungan. Tetapi hati wanita itu lebih keras dari kerikil. Syazwan menepuk bahu Iqmal Hisyam perlahan. Lelaki itu sedikit tersentak.

“ Aku pergi dulu. Bye Nadia.”

Sekali lagi jelingan tajam wanita itu singgah di pandangan Syazwan.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku