Harapan Kasih @ Aku Tunggu Dia
Bab 20
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 24 Januari 2014
NADIA Asyila, seorang polis wanita yang periang.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
990

Bacaan






Januari 2007

Semua para pelatih buru-buru menaiki bas untuk balik semula ke kem. Nadia Asyila mengatur langkah untuk mendekati abang askar yang ‘ berhutang’ dengannya.

“ Nadia, kau nak pergi mana?”

Radlina sedikit menjerit.

“ Kejap! Tunggu aku.”

Zue, Radlina, Siey dan Suhaila hanya memerhati gerak langkah Nadia Asyila.

“Abang.”

Nadia Asyila memanggil lunak insan yang melemparkan batu kepadanya.

“ Kenapa?”

Lelaki itu turut sama melunakkan suara. Sebenarnya lelaki itu sedikit terperanjat apabila dia berpusing tadi. Dilihat wajah Nadia Asyila. Gadis yang berani mempermainkannya.

“ Saya dah nak balik kem. Jadi, saya nak minta maaf dengan apa yang bakal saya lakukan.”

Gadis itu berkata.

“ Bakal lakukan?”

Lelaki itu menyoal kembali. Tidak memahami apa yang baru diucapkan gadis itu.

“ Ini.”

Bersama kata-kata itu, Nadia Asyila memijak kaki lelaki itu kuat. Dia terus berlari dengan gelak ketawa sambil mendaki tangga bas. Kawan-kawannya tercengang dengan apa yang dilakukan oleh gadis itu.

Berani betul minah ni.

Kesemua mereka berkata di dalam hati.

Lelaki itu mengaduh. Dia mengangkat kakinya sambil berpusing-pusing.

“ Wow! Dengan spike boot.”

Teman lelaki itu berkata sambil menahan tawa.

“ Itulah tadi aku dah cakap jangan baling batu tu tapi kau degil. Sekarang kau tahu yang budak tu lebih degil dari kau.”

Akma berkata sambil menepuk perlahan bahu Yusman. Yusman melemparkan pandangan pada Nadia Asyila di dalam bas yang sedang bergerak. Dilihatnya gadis itu sedang melambai ke arahnya. Seketika kemudian, dia tersenyum dan turut sama membalas lambaian itu.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku