Harapan Kasih @ Aku Tunggu Dia
Bab 22
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 24 Januari 2014
NADIA Asyila, seorang polis wanita yang periang.
Penilaian Purata:
(6 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
1480

Bacaan






“ Kau perangkap aku. Berani kau lakukan semua ni. Kalau aku dapat kau, aku cincang kau sampai lumat.”

Ilias menjerkah Radlina sambil cuba meludah wanita itu berkali-kali.

“ Kau yang tak akan selamat. Dah cukup selama ni kau atur hidup aku. Sehingga aku merasakan akulah manusia paling bodoh dalam dunia ni. Sekarang terimalah hukumannya. Tali gantung akan bersatu dengan badan kau. Kau tak akan selamat.”

Radlina membalas kata-kata lelaki itu. Namun dapat ditangkap butiran suaranya yang agak menggeletar.

Syazwan menyeluk saku jeans yang dipakai oleh lelaki itu. Dikeluarkan sesuatu. Ditayangkan di hadapan mata Ilias.

“ Syabu. Kau memang takkan selamat.” Syazwan pula berkata sinis. Dua orang konstabel yang turut menyertai Nadia Asyila dan Syazwan membawa kedua-dua mereka keluar dari banglo.

Kawan-kawan Nadia Asyila yang berada berhampiran pintu utama berundur ke belakang beberapa langkah apabila Ganesh dan Ilias memandang mereka dengan jelingan tajam yang menyeramkan.

Nadia Asyila terperanjat melihat kawan-kawannya berpatah balik dan membatalkan perjalanan untuk ke tempat kerja masing-masing. Itu tidak termasuk dalam rancangannya. Nadia Asyila mungjungkit keningnya sebagai pertanyaan.

“ Kami risau sebab tu kami patah balik.”

Amierah berkata riang bila rancangan yang difikirkan oleh Nadia Asyila berjaya. Kagumnya berganda pada polis wanita itu.

“ Aku kena ke balai untuk masukkan penyangak-penyangak tu dalam lokap. Jumpa petang ni okey.”

Nadia Asyila berkata pada kawan-kawannya. Syazwan yang turut membuntuti langkah Nadia Asyila melemparkan senyuman untuk semua. Senyumannya diberikan lama untuk Radlina.

******************************************************************

“ Tahniah! Saya bangga dapat pegawai macam kamu berdua. kalau macam ni, nampaknya saya kena bagi nama kamu untuk calon kenaikan pangkat.”

Tuan Badrul memuji Syazwan dan Nadia Asyila. Memang sejak dari dulu lagi Tuan Badrul tidak memandang mereka dengan sebelah mata. Padanya, kedua-duanya layak untuk pergi lebih jauh.

“ Terima kasih Tuan. Kami hanya menjalankan tugas.”

Syazwan dan Nadia Asyila merendah diri. Mereka berdua memang tidak diajar untuk bermegah diri kerana bila satu kes berjaya diselesaikan, akan ada kes lain yang akan muncul. Sikap manusia yang tidak sukakan keamanan melelahkan para pencinta keamanan. Dunia memang sukar untuk diduga.

“ Nampaknya merasalah kau naik pangkat tak lama lagi. Biasanya Tuan Badrul tu susah nak bergurau.”

Nadia Asyila sengaja mengusik kawannya itu. Anginnya untuk bergurau dan ceria kembali berlabuh di sudut hatinya. Kes Radlina yang berjaya diselesaikan bukannya memberikan kelegaan yang sedikit kepadanya.

Tuan Badrul juga sempat memuji kebijaksanannya memerangkap Ilias sehingga lelaki itu berjaya diberkas. Ganesh juga rupanya terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah. Mendapat pujian dari pihak atasan memekarkan sedikit rasa bangga di hatinya. Apatah lagi kes yang berjaya diselesaikan melibatkan kawannya. Pasti keakraban persahabatan mereka akan berganda. Semuanya kerana izin Allah yang Esa.

“ Kau nak puji aku ke puji diri sendiri?”

Syazwan menjeling Nadia Asyila.

“ Dua-dua kot.”

Wanita itu berkata riang.

“ Macam mana kau boleh terfikirkan rancangan tu?”

Syazwan mengurut dagunya yang licin.

“ Entah! Aku pun tak tahu. Tiba-tiba je terfikirkan akal tu. Aku sebenarnya 80% je berjaya tapi tak sangka pulak yang Ilias tu betul-betul terjerat. Kalau tak malu setahun aku dengan geng-geng kita. Nyawa Radlina pun mungkin terancam. Itu yang paling aku takut.”

Nadia Asyila menunjukkan reaksi dengan mimik muka yang sedikit lucu. Syazwan ketawa senang sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia mula menyedari yang perangai gila-gila wanita itu sudah kembali sedikit demi sedekit.

Deringan handphone mematikan gelak ketawa Nadia Asyila dan Syazwan sedari tadi. Syazwan melihat bibir wanita itu terkumat-kamit. Membicarakan sesuatu. Butirannya tidak jelas. Handphonenya tidak diangkat. Lelaki itu hanya memerhati.

“ Mamat ni memang tak faham bahasa lah. Time kerja pun nak kacau aku. Dia ingat aku ni operator ke senang-senang nak jawab call. Tak tahu ke orang sibuk ke apa ke.”

Syazwan tersengih. Mungkin Iqmal Hisyam yang menelefon. Fikirnya sendiri.

“ Jawablah. Siapa yang call?”

“ Ah malaslah aku nak jawab panggilan yang tak penting. Kau ajelah yang jawab. Cakap aku sibuk.”

Tanpa banyak soal, Syazwan mengambil handphone itu dan menekan butang hijau. Terus ditekapkan di telinganya.

“ Sorry kalau Syam ganggu.”

Lelaki itu terus melemparkan bicara. Tanpa menyedari yang panggilannya dijawab oleh Syazwan. Syazwan tersenyum.

“ Syam ni aku. Syazwan. Ada hal penting ke nak cakap dengan Nadia?”

“ Oh sorry. Aku ingat Nadia tadi. Dia sibuk ke sampai kau yang jawab call?”

Syazwan memandang Nadia Asyila. Gadis itu sedang memainkan tetikus di skrin komputer.

“ Sebenarnya dia tak sibuk tapi buat-buat sibuk. Saja menyibukkan diri.”

Nadia Asyila memang cukup geram dengan perangai Syazwan yang sentiasa open bila melibatkan hal peribadinya dengan Iqmal Hisyam.

“ Biul kau. Bagi phone tu kat aku.”

Syazwan hanya menurut dan menghulurkannya kepada Nadia Asyila.

“ Dia nak cakap sebab kau tak sibuk. Jangan marah-marah. Bangkitkan kemesraan.”

Syazwan mengenyitkan matanya. Nadia Asyila menyambar kasar telefon itu dan sempat menghadiahkan cubitan berbisanya pada lengan Syazwan sehingga lelaki itu mengaduh kesakitan.

Salam diberi. Iqmal Hisyam senyum lebar di hujung talian.

“ Nadia sihat?”

“ Nadia tak suka Syam telefon dalam waktu pejabat. Harap Syam faham.”

Nadia Asyila tidak menjawab pertanyaan lelaki itu.

“ Kalau bukan waktu pejabat pun kalau Syam call beribu kali Nadia fikir nak angkat ke tak kan?”

Nadia Asyila memicit kepalanya. Pening dengan kata-kata Iqmal Hisyam.

“ Syam, Nadia tahu yang Syam sebenarnya bijak untuk membaca setiap maksud pada perbuatan Nadia. Cuma Syam yang tak nak faham. Syam tahu sejak dari dulu lagi. Dah puas Nadia cuba mengelak tapi Syam tetap datang. Tolonglah lepaskan Nadia. Nadia tak nak terikat dengan semua ni.”

Iqmal Hisyam ketawa kecil.

“ Nadia boleh buat apa yang Nadia nak. Sekalipun membenci Syam. Itu hak Nadia. Syam akan buat apa yang hati Syam ingin buat. Sebab itu hak Syam. Syam akan terus memburu cinta Nadia. Dan takkan lepaskan Nadia agar kabur dari bayangan hidup Syam. Sebab Syam terlalu cintakan Nadia.”

Kata-kata itu membuatkan Nadia Asyila mematikan talian. Dia merasakan yang dirinya terlalu kerdil. Bingung dengan tingkah Iqmal Hisyam yang tidak pernah mengalah.

Iqmal Hisyam memandang telefon bimbitnya yang sepi tanpa bicara wanita kesayangannya. Senyumannya diraih sedikit demi sedikit.

Dia memejamkan matanya dan memorinya terimbau kembali takdir ilahi yang menemukan dirinya dengan wanita itu setelah pemergiannya atas kerelaannya suatu ketika dahulu. Segalanya berlaku beberapa tahun yang lalu.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku