Harapan Kasih @ Aku Tunggu Dia
Bab 23
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 24 Januari 2014
NADIA Asyila, seorang polis wanita yang periang.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
1119

Bacaan






Ogos 2009

Iqmal Hisyam membaca sinopsis novel Cinta…Tiada Akhirnya. Karya Fauziah Ashari di Kedai buku Nurul. Kekusyukannya terganggu apabila di depan matanya terlihat keindahan wajah yang selama ini amat dirinduinya.

Janjinya pada wanita itu suatu ketika dahulu dicampak jauh. Rindunya menggunung untuk sekali lagi menyayangi wanita itu secara berdepan.

Perlahan-lahan langkahnya diatur mendekati wanita itu.

“ Nadia.”

Iqmal Hisyam menegur ramah. Nadia Asyila mengangkat wajahnya perlahan-lahan apabila namanya disebut seseorang. Saat mata bertentang mata, novel Hatiku di Harajuku karya Ramlee Awang Murshid yang berada di tangannya terlepas.

Kedua-dua mereka masing-masing tunduk untuk mengutip novel tersebut. Kepala mereka terhantuk. Kedua-duanya menggosok kepala yang terasa sedikit kesakitan. Iqmal Hisyam melepaskan tawa. Nadia Asyila sekadar tersenyum.

“ Syam makin handsome ke sampai terlepas novel tu?”

Lelaki itu mengangkat sedikit keningnya. Nadia Asyila melebarkan senyum. Mempamerkan barisan giginya yang putih bersih.

“ Tak sangka dapat jumpa kat sini.”

Wanita itu berbahasa.

“ Temankan Syam minum?”

Lelaki itu meminta. Nadia Asyila mengangguk setuju. Iqmal Hisyam melafazkan syukur di dalam hati kerana wanita itu masih lagi mengenali dirinya.

“ Nadia macam mana sekarang?”

Iqmal Hisyam merenung sepuas-puasnya wajah yang berada di hadapan matanya. Wanita itu sedikit rimas.

“ Okey.”

“ Emm that’s great.”

**********************************************************************

Iqmal Hisyam senyum pada Nadia Asyila yang berani mengangkat muka menentang matanya. Minumannya langsung tidak terusik. Sedangkan minuman wanita itu sudah hampir habis.

“ Alhamdulillah. Murah rezeki. Dapat kerja sama dengan course yang ambil kat U dulu.”

“ Emm dah jadi arkitek la sekarang?”

Nadia Asyila senyum. Tumpang gembira untuk lelaki itu.

“ Kewangan kira dah kukuh. So, bila nak kahwin?”

Iqmal Hisyam mendengus lembut.

“ Entahlah Nadia. Syam pun tak tahu bila. Tiada siapa yang dapat mengusik hati ini untuk menghalau Nadia dari terus bertakhta di hati Syam.”

Nadia Asyila sedikit tersedak dan hampir terkeluar air yang masih tidak ditelannya. Iqmal Hisyam pantas menghulurkan tisu yang berada di atas meja kepada wanita itu.

“ Nadia semakin cantik. Lebih cantik dari apa yang Syam bayangkan setiap malam.”

Nadia Asyila memandang tepat anak mata lelaki itu.

“ Jangan mungkiri janji yang pernah Syam buat.”

“ Syam dah lama tak pegang pada janji tu. Walaupun kita berjauhan Syam sentiasa membayangkan yang Nadia sentiasa berada berdekatan Syam. Selalu ada di hati.”

“ Pertemuan ini tak sepatutnya berlaku.”

Nadia Asyila bangun untuk berlalu.

“ Jangan kerana untuk menolak cinta suci Syam Nadia nak pertikaikan takdir Ilahi. Mungkin pertemuan ini sebagai titik permualaan kepada kita untuk menjalinkan hubungan yang erat.”

Iqmal Hisyam menahan langkah wanita itu dengan batang tubuhnya.

“ Jangan bicarakan soal cinta di antara kita. Segalanya tak mungkin.”

Nadia Asyila cuba meneruskan langkahnya. Iqmal Hisyam memegang erat lengan wanita itu.

“ Siapa sangka yang takdir Ilahi akan memungkinkan segalanya.”

Nadia Asyila menarik tangannya agar terlepas dari pegangan lelaki itu. Dia terus memanjangkan langkah.

Iqmal Hisyam memanjatkan kesyukuran kerana pertemuan yang indah itu. Tanpa disedari Nadia Asyila, Iqmal Hisyam mengekori proton wira aeroback kepunyaannya. Sehingga kereta itu diparkirkan di sebuah rumah. Tentunya kediaman Nadia Asyila. Iqmal Hisyam bersiul riang meraikan hari bertuah yang dia lalui.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku