Harapan Kasih @ Aku Tunggu Dia
Bab 24
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 24 Januari 2014
NADIA Asyila, seorang polis wanita yang periang.
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
1372

Bacaan






Kuala Lumpur, Hari ini

Nadia Asyila membuka sedikit matanya apabila terasa ada sesuatu yang mengganggu tidurnya. Senyumannya terukir apabila terpandang wajah Radlina. kawannya itu membalas.

“ Dah lama kau kat sini?”

Kawannya itu menggeleng.

“ Baru je. Bila kau balik? Aku tak dengar bunyi kereta pun.”

“ Kejap tadi. Aku rasa penat sangat. Sebab tu bila letak kepala terus je jalan. Aku tak nampak pulak kau dan yang lain masa balik tadi.”

“ Kami kat dapur. Maafkan aku. Dah banyak yang aku susahkan kau.”

Nadia Asyila mengukir senyuman.

“ Kau silap. Tak ada perkataan menyusahkan dalam persahabatan.”

Radlina semakin menyayangi sahabatnya itu. Inilah sahabat yang dicarinya selama ini. Bukan hanya bersahabat semasa senang tapi sanggup turut sama melalui waktu susah. Radlina turut membaringkan tubuhnya.

“ Terima kasih. Aku sayang kau.”

Nadia Asyila mengangguk dan memejamkan kembali matanya. Cuba untuk lelap.

“ Nadia kau dah tidur?”

“ Belum.”

Ringkas jawapan wanita itu.

“ Apa kata kalau kau ambil cuti seminggu. Kawan-kawan yang lain pun aku suruh dia orang minta cuti.”

Nadia Asyila membuka kembali matanya.

“ Kenapa? Untuk apa?”

Radlina menongkat kepalanya dengan tapak tangan. Tidur beriringan mengadap Nadia Asyila.

“ Aku ingat nak ajak semua pergi bercuti. Bebaskan masalah yang berkurung dalam kepala kita. Terutama sekali kau. Sorrylah sebab aku campur tangan dalam masalah kau.”

“ Tadi masa tengah sembang-sembang kat dapur aku diberitahu tentang rahsia hati kau. Jangan salahkan mereka. Kalau tak pun, kita pergi bercuti sebab kes aku dah selesai. Bebas dari cengkaman Ilias. Dan kaulah penyelamat aku. Kita pergi okey? Kalau jadi kita bertolak minggu depan.”

Radlina berbicara dengan matanya menentang tepat mata milik Nadia Asyila. Nadia Asyila membelakangi Radlina. Rahsia hatinya sudah diketahui. Ada sedikit rasa malu. Dia tidak mahu wanita itu bersimpati terhadapnya.

“ Nadia.”

Radlina cuba membalikkan tubuh Nadia Asyila supaya kembali menghadapnya. Wanita itu mengeraskan tubuhnya.

“ Tengoklah macam mana. Aku akan cuba mohon cuti esok. Kerja polis macam aku ni kalau tak booking awal-awal susah nak dapat cuti. Kalau cuti aku tak diluluskan, kau pergilah dengan dia orang. Aku tak kisah.”

Radlina menarik muka masam.

“ Sebab aku tahu kau perlu booking cuti awal-awallah aku nak kita pergi minggu depan. Kalau kau tak dapat pergi kira cancellah. No holiday. Kalau kau tak kisah aku kisah.”

Radlina bangun dan berlalu. Meninggalkan Nadia Asyila sendirian. Nadia Asyila membentuk-bentukkan mulutnya.

Lantak kau lah Lin. Nak merajuk, merajuklah. Aku mengantuk. Nanti bila aku bangun kau pasti dah lupa tentang rajuk kau tu. Aku kan penyelamat kau.

Nadia Asyila ketawa di dalam hati. Seketika kemudian, wanita itu sudah diulit mimpi.

*****************************************************************

Fazar Azameer memandang anak-anak ikan yang diberi makan olehnya di dalam kolam kecil. Dia hanya mengenakan seluar paras lutut dan t-shirt lengan pendek.

Lebih selesa berpakaian begitu bila dia berada di rumah. Fazar azameer sedikit tersentak apabila bahunya ditepuk sedikit dari belakang.

“ Mama.”

Fazar Azameer merenung mamanya manja. Datin Ramlah mencebik.

“ Awal anak mama ni bangun. Biasanya kalau hujung minggu macam ni, matahari dah naik tinggi baru dapat tengok muka. Mimpi apa malam tadi?”

Fazar Azameer terus memberikan anak-anak ikan di dalam kolam di hadapannya makan.

“ Tak adalah mama. Tak mimpi apa-apa pun. Cuma Fazar rasa rindu kat anak-anak ikan ni.”

Datin Ramlah tersenyum sumbing.

Seminggu yang lepas, Fazar Azameer menetap di rumah banglo yang dibeli untuk kedua-dua orang tuanya. Kebetulan mama dan papanya datang untuk melihatnya dari Pulau Pinang. Rumah itu yang akan menjadi pertemuan mereka.

Selama ini banglo yang baru dibelinya itu berada dalam jagaan Pak Kamil. Pak Kamil lah yang selalu melihat dan menjaga rumah banglo tersebut.

Fazar Azameer lebih selesa tinggal di apartmentnya. Lebih dekat dengan syarikatnya. Hanya sesekali sahaja rumah banglo itu berpenghuni. Hanya apabil mama dan papanya datang ke Kuala Lumpur, dia akan turut sama tinggal di rumah banglo itu.

“ Agaknya bilalah mama dapat tengok anak kesayangan mama ni naik pelamin.”

Datin Ramlah cuba memancing Fazar Azameer untuk berbincang tentang masa depan anak lelakinya itu. Kehidupan yang berkeluarga.

“ Mama ni. Fazar ni kekasih pun tak ada. Ni nak suruh kahwin. Siapalah yang nakkan Fazar mama.”

“ Kalau Fazar tak kisah biar mama yang tolong carikan. Siapa yang tolak anak mama yang handsome ni pasti menyesal tak sudah.”

Fazar Azameer senang mendengar celoteh mamanya.

“ Tak payahlah mama. Nanti kalau dah sampai seru, Fazar akan kahwin jugak.”

“ Itulah bila mama nak carikan Fazar tak setuju. Mungkin bila masa seru kau sampai, muka mama ni dah berkedut seribu.”

“ Kalau macam tu, muka anak mama ni dah berkedut seratus.”

Fazar Azameer ketawa mengekek. Dipeluk bahu mamanya mesra.

“ Kau sekarang dah masuk 26. Kalau dari dulu lagi kau kahwin, anak dah dua tiga. Cucu-cucu mama semua dah besar.”

“ Alah mama, kan memang cucu-cucu mama dah besar pun. Anak sulung abang long dah lapan tahun. Dah kira okey la tu. Dah lah mama. Fazar tak nak lah cakap tentang hal ni. Nanti kalau Fazar dah jumpa calon isteri yang sesuai untuk jadi menantu mama, Fazar akan kenalkan. Mama dan papa macam mana? Fazar rasa seronok je kalau ada adik kecil. Tak teringin ke mama?”

Datin Ramlah membulatkan matanya.

Kurang asam punya anak.

Satu cubitan singgah di paha Fazar Azameer menyebabkan lelaki itu ketawa geli hati. Terasa riang dapat mengenakan mamanya. Dia yang terasa ingin dijerat tetapi mamanya yang terkena jerat darinya. Senyuman di bibirnya semakin kelihatan. Bahagia bila mamanya ada bersama.

Selama ini, Datin Ramlah selalu memberi sokongan dalam kerjayanya. Berbekalkan sokongan itulah, Fazar Azameer berjaya membuka syarikatnya dengan bantuan daripada papanya. Sehinggalah dia telah berjaya membuka cawangan di Kuala Lumpur.

Fazar Azameer memandang anak ikan yang rakus memakan umpan yang diberinya. Terbayang wajah Nadia Asyila yang tersenyum memandangnya. Seakan air kolam itu turut membantunya dalam menghasilkan bayangan wajah perempuan itu.

Apakah dia yang akan menjadi menantu mana?

Dia bermonolog sendirian. Namun selepas itu dia menggeleng berkali-kali.

Tidak mungkin yang aku akan menyintai dia.

*****************************************************************

Nadia Asyila dan Syazwan beriringan memasuki balai. Mereka terserempak dengan seseorang yang kelihatan teramat sayu wajahnya. Mungkin baru selesai membuat laporan dengan berita yang menyedihkan.

“ Ada kes baru lah tu.”

Syazwan berkata perlahan. Dia menuruti langkah Nadia Asyila yang menuju ke arah konstabel yang bersedia untuk berdiri apabila mereka mendekat. Diberikan tabik hormat kepada kedua-duanya.

“ Selamat tengah hari Puan, Tuan.”

Nadia Asyila dan Syazwan mengangguk dalam senyuman.

“ Kenapa dengan lelaki tadi? Kes apa?”

“ Kes curi kereta lagi Puan. Kat jalan ampang.”

“ Emm tak habis-habis dengan kes curi kereta ni. Dalam bulan ni, ini laporan yang ketiga kalau tak silap saya.”

“ Emm betul tu Puan.”

“ Dah ada anggota yang gerak ke sana?”

“ Sudah Puan.”

“ Emm okeylah. Kami gerak dulu.”

Selembar senyuman dilemparkan kepada anggota polis wanita itu. Mereka berdua berlalu menuju ke tingkat atas.

“ Entah bila kes ni nak selesai. Dah tiga bulan dalam siasatan tapi masih tak dapat apa-apa kesan. Mereka langsung tak tinggalkan jejak. Entah ke mana kereta curi tu dibawa.”

“ Entah-entah diorang pakai ilmu tak?”

“ Hisy apa lah kau ni. Kau percaya ke dengan benda karut macam tu?”

Nadia Asyila menyiku perut Syazwan yang berada di sebelahnya.

“ Aku bukan apa. Saja jer. Dah diorang menghilang macam tu jer. Dah tiga bulan. Lama sangat dah tu. Nanti orang cakap yang polis ni tak buat kerja. Padahal pencuri tu yang bijak.”

“ Alah, tak kemananya pandai dengan buat kerja jahat. Akan ada jugak balasannya nanti. Kita lagi bijak daripada diorang sebenarnya. Cuma masa jer yang akan menentukan bila waktunya untuk kita gagalkan segala apa yang mereka lakukan. Sepandai-pandai tupai melompat pun akhirnya akan jatuh ke tanah juga.”

“ Wah, dah pandai berperibahasa dengan aku.”

Syazwan mengekek ketawa.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku