Harapan Kasih @ Aku Tunggu Dia
Bab 26
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 24 Januari 2014
NADIA Asyila, seorang polis wanita yang periang.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
789

Bacaan






Amierah dan Radlina terus menghempaskan badan ke atas tilam sebaik sahaja mereka menapak masuk ke dalam bilik hotel. Melepaskan semua lelah yang terkumpul di pulau yang mereka jelajahi seketika tadi.

Sememangnya semuanya menyeronokkan walaupun hasilnya mereka mendapat kepenatan yang teramat. Dirasakan semuanya berbaloi. Dengan jamahan mata yang memberikan pemandangan yang amat mengasyikkan, sememangnya anugerah Tuhan tidak ternilai dengan apa yang telah bertapa di pandangan mereka seketika tadi.

Ikan-ikan yang berenang bebas dalam lautan yang airnya jernih kehijauan amat memberikan keindahan pemandangan yang menarik. Rasa kegelian yang menyinggah di tubuh mereka saat terasa ikan-ikan menggigit manja badan mereka ketika berada di air cetek, merupakan satu kenangan yang akan diingati.

Menyelam di dasar laut yang selama ini tidak pernah diteroka secara realiti akan keindahannya, tersergam megah di hadapan mata. Berteriakan bebas sewaktu laju menyusur ombak dengan menaiki banana boat begitu mengasyikkan mereka.

Pakej yang lengkap dengan payung terjun juga turut diambil oleh mereka. Tidak mahu melepaskan peluang bagaimana rasanya ditarik dengan bot laju meredah lautan dengan payung terjun selama sepuluh minit.

Segalanya memberikan mereka kebebasan. Bebas dari kerja yang bertimbun. Bebas dari rasa berkecamuk dengan perasaan cinta yang bermasalah. Bebas dengan segalanya yang tidak pernah jemu menyemak di kepala.

“ Woi bangun mandi lah dulu. Nanti melekat bau laut kat tilam tu.”

“ Alah kejaplah. Penat sangat ni.”

“ Bangun.”

Nadia Asyila menarik kaki kedua-dua kawannya. Namun, tarikan itu tidak juga diendahkan oleh mereka. Radlina memejamkan matanya rapat. Terasa sudah malas untuk mahu membukanya.

“ Korang nak bangun atau nak aku siram kat sini?”

Nadia Asyila memberi amaran. Amierah mengeluh dan akhirnya bangun lambat –lambat.

“ Kau ni leceh lah. Nak tidur kejap pun tak boleh.”

“ Kau nak tido sepuluh jam pun lepas ni terpulang. Apa yang penting mandi dulu.”

“ Yelah! Mak cik ni susah betul.”

Nadia Asyila tersengih manja dan membentuk-bentukkan mulutnya mengejek Amierah yang mula mengalah.

“ Kau mandi la dulu Mierah. Lepas ni aku pulak.”

Radlina mengungkapkan ayat itu dengan matanya yang masih terpejam. Nadia Asyila hanya menjungkitkan bahunya tanda tidak kisah dengan apa yang diperkatakan oleh Radlina.

Amierah mengambil bantalnya dan pantas dilemparkan ke arah Nadia Asyila. Tepat mengenai mukanya yang tidak sempat mengelak. Sesaat kemudian, laju langkahannya dibawa ke bilik air. Bimbang akan diserang balas.

“ Kalau bukan aku yang pakai bantal dan penjenayah yang pakai pistol, dah arwah kau sekarang ni.”

Amierah pantas menutup pintu bilik air apabila melihat Nadia Asyila mengangkat bantal yang berada di tangannya.

Nadia Asyila tergelak kecil dengan telatah kawan yang seorang itu. Dilihat Radlina yang juga turut memandangnya dengan senyuman. Barangkali lucu dengan apa yang diperkatakan Amierah.

Mana tahu satu hari nanti aku kena tembak betul. Siapa tahu. Takdir Allah tiada siapa dapat menduga. Ya Allah. Apa yang aku merepek ni.

Nadia Asyila meraup mukanya dan beristigfar di dalam hati. Tidak mahu selitan takdir yang sebegitu akan menyinggah di dalam diari hidupnya. Memang kematian itu pasti. Cuma, biarlah dia pergi dengan rasa penuh ketenangan dan bukan dalam keadaan yang tragis.

***********************************************************************

“Geng, aku nak jalan-jalan kat tepi pantai kejap. Nak ambil angin malam.”

Nadia Asyila memberitahu niatnya setelah selesai menikmati makan malam di lobi hotel.

“ Eh kau ni. Kejap lagi lah. Kami pun nak pergi. Tunggulah nasi jatuh ke perut dulu.”

Aini cuba menghalang Nadia Asyila yang mahu bangun dari duduknya.

“ Tak apa lah. Nanti korang pergi lah. Aku pergi depan tu jer.”

Aini masih lagi mahu berbicara namun dihalang oleh Azrin. Memberikan isyarat kepada Nadia asyila untuk meneruskan langkahannya.

“ Pergilah. Nanti kejap lagi kami datang.”

Nadia Asyila mengangguk.

“ Thanks kerana memahami.”

Dikerdipkan matanya kepada Aini yang memandangnya tanpa perasaan.

“ Hati-hati mak cik. Nanti kena cekup.”

Dilaungkan kata itu kepada Nadia Asyila yang semakin menjauh. Namun tidak lagi dihiraukan oleh wanita itu. Bukannya dia tidak dengar. Cuma, dia malas untuk mendengar.

“ Isy cabul betul mulut kau ni.”

Shahrina menampar lembut mulut Aini yang berbicara sedikit berbisa itu.”

“ Alah, tak ada penjahat yang nak cekup polis ganas macam dia tu.”

Aini kembali dengan ayat untuk mempertahankan dirinya. Untuk kali ini, Shahrina diam. Tidak mahu lagi berbalas kata.

Bukannya boleh dilayan sangat minah senget ni.

Bebelannya hanya diluahkan di dalam hati.

Langkah Nadia Asyila diperhatikan oleh mata mereka. Ada senyuman yang menyinggah di bibir Amierah.

“ Dah lama aku tak tengok dia happy macam hari ini. Teringat masa kat pulau tadi. Dah lama aku rindukan gelak tawa dia yang macam tu.”

Aini, shahrina dan Azrin mengiyakan. Azrin menghabiskan kunyahan stik daging yang berada dalam mulutnya. Mahu menghulurkan bicara.

“ Samalah. Kalau tak silap aku lepas dia jumpa dengan Fazar. Terus dia jadi muram. Macam mati laki.”

“ Emm aku pun setuju. Apa yang paling aku tak boleh lupa masa korang gaduh hari tu. Tak pernah aku tengok kau dengan dia bergaduh sampai macam tu sekali. Sampai kau hancurkan bingkai gambar Fazar.”

Shahrina menokok. Menjurus pandangannya ke arah Amierah.

“ Jadi apa perkembangan Fazar sekarang?”

“ Kami pun tak tahu Lin.”

“ Masih berhubung dengan Nadia?”

Radlina masih galak dengan soalannya.

“ Entah Lin. Nadia tak ada pulak cakap yang si Fazar tu masih ganggu dia ke apa ke. Tak ada dah dia sebut tentang Fazar lepas kami gaduh hari tu.”

“ Kau tak cuba check handphone dia? Mana tahu ada mesej dari lelaki tu.”

“ Ishk takkanlah aku nak check handphone dia tak tentu fasal.”

“ Kawan-kawan polis dia? Kau tak tanya? Syazwan ke? Mana la tahu ada dia ganggu masa di ofis. Macam yang aku dengar dia duk call desak-desak macam sebelum-sebelum ni.”

“ Aku tak tanya dan tak tahu pulak kalau ada kes yang macam tu. Kau ni soal siasat aku macam aku dalam kandang pesalah pulak.”

Amierah mengerutkan dahinya dengan setiap persoalan Radlina yang ditujukan kepadanya.

Radlina memandang setiap mata yang sedang memandang tepat ke arahnya. Seperti dia kini seorang pesalah. Dia tergelak kuat. Lucu.

“ Kot ya pun janganlah pandang aku macam nak sambung dinner korang.”

Radlina berhenti seketika. Terasa mahu tersedak. Ditelan air melepasi anak tekaknya. Sejurus itu dia menyambung.

“ Okey. Sorry! Aku ni kadang-kadang terbabas juga dengan profession aku sebagai peguam ni. Sampai melarat ke luar mahkamah. Aku gurau je lah tadi. Saja. Nak jugak ambik kisah tentang Nadia tu.”

“ Kau ni Lin, buat suspen je.”

Radlina kembali menyambung gelaknya.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku