Harapan Kasih @ Aku Tunggu Dia
Bab 44
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 24 Januari 2014
NADIA Asyila, seorang polis wanita yang periang.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
572

Bacaan






“ Seandainya Syam diberi pilihan, Syam takkan pernah pandang untuk selitan yang sebegini dalam takdir kita. Syam hanya mahukan senyuman Nadia untuk menghiasi detik-detik dalam hidup Syam. Untuk selamanya.”

Air mata kesyukuran menitik keluar dari kolam mata mereka. Kawan-kawan yang turut sama berada di situ kagum dengan cinta yang wujud di hati keduanya.

“ Radlina. Tiada kata yang mampu saya ucapkan untuk menggambarkan ucapan terima kasih saya pada awak. Dengan pertolongan awak saya mampu tersenyum walaupun keadaan itu menyiksakan.”

“ Saya hanya sekadar melakukan apa yang ditugaskan. Sememangnya takdir yang mahukan begitu. Bukan jasa saya dalam menentukan nasib awak. Awak yang sebenarnya banyak mengajar saya untuk terus memperjuangkan sebuah kebebasan. Cinta kalian berdua mengajar saya agar saya lebih menghargai hidup ini.”

Kata-kata itu menerbitkan senyuman pada wajah keinsafan Iqmal Hisyam. Matanya memandang satu persatu wajah yang hadir untuk mendengar kesalahan dunia yang dilakukannya. Kawan-kawan yang setia dan keluarga wanita yang disayanginya turut sama berada di situ. Senyuman ikhlas yang terpancar di bibir mereka membuatkan hatinya tenang.

“ Maafkan saya mak cik.”

“Syyy… tiada dosa yang kamu lakukan dengan mak cik. Kebahagiaan Nadia adalah segalanya buat mak cik. Mak cik yakin dia takkan salah dengan pilihannya. Usah risau dengan pandangan orang sekeliling. Tak ada yang sempurna dalam dunia ni. Kisah kamu berdua menyedarkan mak cik yang Allah itu maha agung. Dengan setiap anugerah yang Dia berikan. Sebenarnya kamu satu dalam seribu nak.”

“ Perjalanan saya selepas ini hanya akan menyiksakan hati Nadia. Juga hati ramai orang yang menyayangi saya.”

“ Penyiksaan itu tak bermakna bila ada yang menyayangi kita. Percayalah. Mak cik doakan kesejahteraan kamu.”

“ Betapa sebenarnya saya harus bersyukur dengan pemberian yang Esa ini. Kalaulah saya diberi peluang untuk merubah segalanya, saya takkan pernah melukakan hati sesiapa.”

“ Mintalah dengan Allah. Dia sentiasa menyayangi hambaNya. Untuk perjalanan yang akan datang, lakukan yang lebih baik dari hari-hari semalam.”

Tiada lagi kata yang mampu terkeluar dari bibir lelaki itu. Air mata yang terbit dari kolam matanya itu menunjukkan betapa dia bersyukur kerana dirinya masih dihargai walaupun keadaan mendera dirinya.

Setelah tangannya digenggam untuk seketika oleh Nadia Asyila, Iqmal Hisyam memanjangkan langkahannya menuju pintu keluar mahkamah. Dia redha dengan segalanya. Takdir yang mahukan perjalanan dirinya sebegini. Doanya terus dipanjatkan kepada ilahi supaya cinta Nadia Asyila takkan pernah pudar untuknya. InsyaAllah.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku