Harapan Kasih @ Aku Tunggu Dia
Bab 45
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 24 Januari 2014
NADIA Asyila, seorang polis wanita yang periang.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
670

Bacaan






Lima tahun kemudian..

Debaran di dada Nadia Asyila memuncak. Hari ini sejarah akan hadir dalam hidupnya. Lelaki yang dicintainya akan bebas dari hukuman dunia. Debarannya semakin memuncak apabila pintu penjara dibuka dari dalam. Menandakan ada jasad insan yang akan menembusi ruang itu.

Setelah beberapa langkah diatur untuk melangkah keluar dari kawasan tirai besi yang menempatkan dirinya, langkahan kaki Iqmal Hisyam kaku saat dirinya terpandang Nadia Asyila.

Tubuh gadis itu dibaluti dengan gaun sutera yang pernah dihadiahkan olehnya suatu waktu dahulu. Jelas memperlihatkan betapa gadis itu menghargai dirinya. Tiada kata yang mampu terluah untuk menggambarkan kesyukuran. Nyata cinta gadis itu masih miliknya.

Harapannya kosong yang dirinya akan dijemput oleh kekasih hatinya apabila kakinya melangkah keluar dari kurungan dunia itu setelah sebulan yang lepas adalah tarikh terakhir Nadia Asyila menjenguknya di penjara.

Namun ternyata anggapannya silap apabila gadis yang berdiri hampir sepuluh meter di hadapannya adalah orang yang dinantikan selama ini. Mungkin gadis itu mempunyai alasannya yang tersendiri kerana tidak menghadirkan diri sebagai pelawatnya.

Perlahan-lahan langkahan kaki diatur mendekati insan yang setia menunggunya dengan senyuman.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku