Harapan Kasih @ Aku Tunggu Dia
Bab 47
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 24 Januari 2014
NADIA Asyila, seorang polis wanita yang periang.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
665

Bacaan






Setahun Kemudian…

Dengan langkahan yang berhati-hati, Nadia Asyila menatang dulang yang berisi nescafe panas dan sedikit kuih muih menuju ke arah suaminya yang sedang leka memandang laut.

Diletakkan dulang tersebut di atas meja kecil yang kedudukannya sengaja menghadap laut. Setelah itu, dilabuhkan duduknya di sebelah suami tercinta yang dikahwininya setengah tahun yang lalu.

Senyuman mesra dilemparkan saat si suami memandang dan menyambut senang kedatangannya. Iqmal Hisyam memeluk mesra bahu isterinya dan menarik badan kecil itu agar rapat ke tubuhnya. Amat memberikannya ketenangan dengan dibelai angin sepoi-sepoi bahasa yang datang dari arah laut.

Dikucup mesra ubun-ubun Nadia Asyila. Menampakkan dengan jelas betapa dia sangat mencintai wanita di sebelahnya itu. walaupun wanita itu sudah menjadi halal di sisi pencipta sejak enam bulan yang lalu, namun dia merasakan sukar untuk berenggang dengan isterinya itu walaupun sesaat. Betapa aneh dan nikmatnya perasaan cinta yang diberikan oleh yang Esa.

Dua bulan yang lepas, mereka menjejakkan kaki ke rumah yang dihadapannya terbentang dengan pemandangan laut. Kedudukannya yang sedikit tinggi di atas bukit. Satu kejutan yang dibuat oleh Iqmal Hisyam untuk isteri tercintanya.

Sejak dari dulu lagi dia tahu yang Nadia Asyila mempunyai impian untuk memiliki rumah yang sebegitu. Menghuninya bersama insan yang dicintai. Impian itu berjaya dipenuhi setelah syarikat yang diusahakannya sejak setengah tahun yang lalu mendapat projek yang mencecah jutaan ringgit. Syukurnya tinggi melangit terhadap anugerah yang Maha Esa.

Kejutan itu sememangnya memberikan satu nafas baru untuk Nadia Asyila. Kegembiraannya berganda. Rumah yang berharga melebihi setengah juta itu juga dinamakan atas nama Nadia Asyila.

“ Apa yang abang menungkan? Tak boring ke hari-hari duk tenung jer laut tu.” Senyuman lebar terserlah di bibir Iqmal Hisyam mendengar patah perkataan isterinya.

“ Memang rumah impian sayang ni sentiasa membuatkan hati abang sejuk. Kalau kita sentiasa bersama lagi la abang rasa macam nak pergi kerja pun malas. Rasa macam nak duduk macam ni. Biar mati kering pun tak apa.”

“ Iyelah tu. Baru kahwin enam bulan dah nak mati. Tak puas lagi hidup dengan suami tersayang ni.”

Iqmal Hisyam tergelak besar. Isterinya itu selalu menyenangkan hatinya. Tidak pernah sekalipun hatinya disakiti selama mereka menjalani hidup bersama. Hatinya sentiasa berbunga bahagia dengan layanan Nadia Asyila.

“ Abang bukan termenung pun. Cuma sekejap tadi abang ada terfikirkan tentang Fazar. Entah di mana dia sekarang. Sudah terlalu lama dia menghilang. Sejak abang dijatuhkan hukuman dulu, abang tak pernah nampak muka dia. Mungkin dia kecewa dengan abang. Dengan sikap abang yang mengkhianatinya.”

Nadia Asyila mengiringkan duduknya. Memandang suaminya sambil tangannya menggenggam kemas tangan kasar Iqmal Hisyam.

“ Nadia tak rasa itu sebabnya kenapa dia menghilangkan diri. Dia juga sudah memaafkan semua salah abang. Cuma…”

Lidah itu berhenti berbicara. Matanya memandang laut yang luas.

“ Entahlah bang. Nadia pun tak tahu kenapa dia menghilangkan diri dengan tiba-tiba. Langsung tiada khabar berita.”

“ Abang pun harap macam tu. Semoga satu hari nanti kita akan dengar juga khabar daripadanya. Sudahlah! Jangan fikirkan benda yang kita sendiri tak tahu apakah kesudahannya.”

Nadia Asyila mengangguk tanda mengiyakan kata-kata suaminya itu. Seketika kemudian tangannya mengambil nescafe yang terhidang. Menghulurkan kepada suaminya.

Iqmal Hisyam mengucapkan kesyukuran setelah hanya tinggal setitik dua sahaja baki nescafe di cawannya. Dia melangkah mendekati posmen yang membunyikan hon di luar pagar.

“ Maaflah bang. Sengaja saya bunyikan hon. Kebetulan ternampak abang ada kat sana. Sengaja saya tak masukkan surat ni ke dalam peti tu.”

Sambil mulut posmen itu memuncung ke arah peti surat yang melekat di dinding pagar rumah yang didiami oleh Iqmal Hisyam.

“ Tak apa. Abang tak kisah pun. Bukannya mengganggu pun.”

“ Nah! Ini surat untuk Iqmal Hisyam Muhammad. Mungkin tu nama abang.” Iqmal Hisyam tersenyum. Ternyata surat itu untuknya.

“ Jauh surat ni bang. Setem dari Australia tu.”

“ Australia?”

Posmen muda itu mengangguk walaupun soalan itu sebenarnya ditujukan Iqmal Hisyam kepada dirinya sendiri.

“ Kenapa bang?”

“ Tak ada apa. Setahu abang yang abang tak ada kawan atau saudara mara yang tinggal kat Australia.”

“ Mungkin ada sejarah baru di antara kenalan abang yang baru tinggal di sana.”

Iqmal Hisyam tersenyum. Petah sungguh budak itu memberikan pendapat. Setelah mengucapkan terima kasih dan berbalas ucapan salam, deruan enjin motor menjauh meninggalkan rumah yang tersergam indah itu.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku