Harapan Kasih @ Aku Tunggu Dia
Bab 48
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 24 Januari 2014
NADIA Asyila, seorang polis wanita yang periang.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
637

Bacaan






Iqmal Hisyam kembali mendapatkan duduknya. Sama di tempat yang ditinggalkannya tadi.

“ Surat daripada siapa bang?”

“ Entahlah! Dari Australia.”

“ Jauhnya. Siapa yang tinggal kat sana?”

“ Abang pun tak tahu.”

Iqmal Hisyam membuka dengan cermat sampul kuning empat segi yang berada di tangannya. Dikeluarkan isinya. Terisi kad perkahwinan berwarna emas.

“ Daripada siapa tu bang?”

Iqmal Hisyam mengangkat bahunya tanda jawapan kepada soalan yang diajukan isterinya. Sambil tangannya membuka dan membaca nama yang tertera di dalam kad itu.

“ Fazar.”

Kedua-duanya berpandangan. Seketika kemudian mereka saling membalas senyuman pula. Teringat yang baru sekejap tadi mereka bercakap tentang Fazar Azameer. Kini tidak sampai setengah jam telah hadir berita tentang dirinya.

Satu berita yang menunjukkan kegembiraan apabila di dalam surat yang diterima terisi kad perkahwinan. Menunjukkan yang lelaki itu akan mendirikan rumah tangga. Tetapi dengan siapa?

“ Haslinda Hasyim.”

Meniti nama itu di bibir Iqmal Hisyam.

“Sayang kenal?”

Nadia Asyila menggelengkan kepalanya.

“ Tak pernah pulak dengar nama ni. Ah! Bukannya semua orang dalam dunia ni Nadia kenal. Abang ni. Mungkin makwe baru dia la tu.”

Iqmal Hisyam tertawa dengan gelagat yang ditunjukkan oleh isterinya. Foto yang turut disertakan oleh Fazar Azameer ditilik oleh pasangan suami isteri itu. Kelihatan satu pasangan yang sangat secocok bila digandingkan. Sama cantik sama padan.

Sesaat kemudian Iqmal Hisyam menyedari ada sesuatu yang terjatuh dari dalam sampul di tangannya. Sekeping kertas. Diambil kertas yang sudah mencecah tanah itu. Dibuka dan dibaca tulisan tangan yang tersurat di atas kertas putih itu.

Assalamualaikum....

Syam, maafkan aku kerana menghilang tanpa khabar berita. Silap! Seharusnya aku tujukan maaf itu untuk kalian berdua. Kau dan juga Nadia. Aku tahu yang kalian berdua telah berkongsi hidup sekarang.

Aku mendapat khabar kalian berdua daripada Syazwan dua minggu lepas. Tentang alamat di mana kalian tinggal sekarang. Maafkan aku kerana tidak menghadirkan diri pada hari bahagia kalian.

Memang aku tak ada alasan kukuh kenapa aku mengelak dari majlis itu. Cuma pada masa itu aku tidak sanggup untuk menatap wajah kegembiraan kalian. Kerana kegembiraan itu merupakan kesedihan aku. Maafkan aku kerana bersifat keanak-anakan. Lagipun pada masa itu aku sudah lama meninggalkan Malaysia. Aku membawa diri dan berhijrah ke Australia. Sudah lima tahun aku menghabiskan masa di sini.

Pada petang kau dibebaskan dari penjara, aku ada pulang untuk menyambut kebebasan kau. Tapi, saat terpandang kebahagiaan yang kalian tunjukkan, aku batalkan hasrat aku untuk berjumpa kalian. Seakan kehadiran Nadia Asyila seorang sudah cukup untuk kau. Malamnya, aku berangkat kembali ke Australia.

Mungkin kau telah melihat foto yang aku sertakan. Itulah bakal isteriku. Haslinda Hasyim. Pertama kali aku melihat wajahnya ketika di lapangan terbang semasa aku mahu meninggalkan Malaysia pada malam pembebasan kau.

Kekalutan semasa check in membuatkan langkah aku sumbang. Bahu aku terlanggar dengan seseorang. Itulah saat pertama kali aku memandang wajahnya. Hatiku terdetik. Cantik! Kali kedua kami bertemu muka semasa di dalam pesawat.

Rupanya gadis cantik itu duduk di sebelah aku. Sepanjang penerbangan aku berbual dengannya. Seakan sudah kenal lama.

Tapi semuanya berakhir macam tu tanpa ada apa-apa. Walaupun berbual berjam-jam. Entah macam mana aku boleh lupa untuk meminta nombor telefonnya. Hubungan kami terputus di situ.

Pertemuan ketiga terjadi sebulan kemudian. Semasa aku menemuduga calon untuk pengambilan staf baru untuk cawangan syarikat aku di sini. Dan tak pernah aku sangka yang dia salah seorang yang hadir untuk ditemuduga. Oh, terlupa untuk aku beritahu kau. Aku ada membuka cawangan syarikat aku di sini. Cuba mencari makan di tempat orang.

Untuk kali ini, aku tahu yang mungkin inilah takdir. Setelah mengenali hati budinya hampir enam bulan, dua bulan lepas aku melamar dirinya. Itupun tanpa pernah terjalinnya hubungan cinta. Selitan takdir yang terindah dalam hidup aku apabila dia menerima lamaran itu.

Aku amat berharap dan berdoa kepada Ilahi supaya cinta kami selepas perkahwinan nanti akan sehebat kalian. Iqmal Hisyam dan Nadia Asyila. Sebuah kisah cinta agung yang mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Doakan kebahagiaan kami.

Aku juga berharap supaya kalian hadir di majlis yang bersejarah itu nanti. Maafkan untuk semua salah dan silap aku.

Sahabatmu,

Fazar Azameer

Australia



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku