Suamiku Si Tuan Rumah!
Bab 8
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 10 Februari 2014
Akibat salah faham, mereka terperangkap dalam ikatan perkahwinan di atas sebab yang memalukan. Segala-galanya bagai mimpi, baru sebentar bergelar bujang kini beristeri.
Penilaian Purata:
(8 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
11789

Bacaan






Nur Alia masih duduk di masjid. Selepas puas berjalan di sekitar ibu kota dia menghalakan keretanya ke Masjid Putrajaya. Lama dia disitu sambil memerhati tasik yang tenang. Dia tidak tahu kemana arah tujuannya ketika ini. Dia cuba untuk menghubungi beberapa Lina dan Sasha tapi dibatalkan saja niatnya, mereka semua sedang berada dikampung halaman bersama keluarga. Takkan dia mahu mengganggu mereka. Masing-masing sedang sibuk menguruskan majlis perkahwinan yang akan berlangeung enam bulan lagi. 'Argh! Kenapalah aku tak pulang semalam' hatinya merintih pilu. 'Kalau pulang bersama dengan Lina, pasti perkara ini tidak akan terjadi' hati kecilnya berbisik lagi. Hari beransur senja, Nur Alia masih lagi terpaku memandang tasik yang mula bertukar warna jingga dek kerana matahari hampir tenggelam. Burung-burung mula berterbangan pulang kesangkar. Lampu-lampu pula menggantikan cahaya matahari tadi. Terang benderang Masjid disinari cahaya lampu dari segenap ruang. Azan mahgrib berkumandang. Nur Alia bangkit dari duduknya lalu turut bersolat dengan jemaah yang lain.

Usai solat, Nur Alia mendengar ceramah yang kebetulan diadakan malam itu yang bertajuk 'keberkatan'. Sedikit sebanyak apa yang disampaikan meresap masuk ke dalam jiwanya. Hatinya agak tenang. Ada juga ustaz tersebut menyebut berkenaan keberkatan berumah tangga. Jauh disudut hatinya mula rasa bersalah. Meninggalkan suaminya dirumah sendirian. Walau apapun yang terjadi semalam, hakikatnya Fahmi sudah menjadi suaminya. Pernikahan mereka sah, cuma caranya saja yang mengaibkan. Selesai sembahyang Isyak dia terus pulang ke rumah. Sunyi! Nur Alia mengintai dari celah pintu ke dalam bilik Fahmi. Lelaki itu sedang tidur, seperti sudah beberapa hari tidak tidur gayanya. Nur Alia menuju ke dapur meletakkan barang yang dibelinya sebelum masuk ke kamarnya. Nur Alia terus merebahkan badannya. Matanya bagaikan ingin terpejam. Seluruh badannya letih sangat. Akhirya dia hanya tersedar apabila azan subuh berkumandang.


Awal pagi lagi Fahmi meninjau ke ruang tamu. Kerisauannya beransur lega apabila melihat kereta Nur Alia subuh tadi. Usai solat subuh pagi tadi, dia melihat Nur Alia menuju ke dapur. Fahmi hanya memerhati. Tidak ingin memecahkan kesunyian. Kemudian dia kembali ke kamar. Selesai membersihkan badan, Fahmi menuju ke dapur. Mencium sesuatu dari dapur dia dapat mengagak, pasti Nur Alia sedang menyediakan sarapan.

“Sedap bau! Awak masak apa?” Fahmi memandang wajah Nur Alia. Gadis itu masih membisu.

Nur Alia menuangkan air ke dalam cawan lalu menyedok sedikit nasi goreng ke dalam pinggan kemudian dihulurkan kepada Fahmi. Nur Alia melabuhkan punggungya dikerusi. Rasa janggal duduk berdua dengan Fahmi di meja makan tersebut. Nur Alia menguis nasi goreng miliknya. Dia tidak berselera untuk makan ketika ini. Tetapi menjadi tanggungjawabnya menyediakan makan untuk Fahmi.

Suasana sunyi. Nur Alia membiarkan saja Fahmi yang berselera menjamah masakannya pagi itu. Melihat Fahmi menyudahkan makannya lalu meminum air di dalam cawan, Nur Alia bangkit. Baru saja dia mahu berganjak ke sinki Fahmi sudah mencekup tangannya. Nur Alia tersentak.

“Lia” Fahmi memegang tangan Nur Alia. “Saya nak cakap dengan awak. Dari tadi awak tak berkata sepatah pun saya ”

Nur Alia terpaku berdiri. Fahmi bangkit dari duduknya lalu memegang lembut bahu Nur Alia memimpin Nur Alia duduk di hadapannya.

Nur Alia merenung Fahmi. Perlahan dia mengeluh. Nur Alia mengalihkan pandangannya, cair juga hatinya melihat mata Fahmi yang begitu menggoda. Lelaki itu memang tampan, ada rupa dan gaya, juga berharta. Tapi hatinya benci dengan lelaki itu. Entah bagaimana Fahmi boleh tenang berhadapan dengan keadaan sekarang. Mungkin kerana dia lelaki. Siapa yang peduli kalau lelaki itu bakal mengecewakannya. siapa yang kisah latar kisah silamnya. lelaki tetap lelaki.... tidak seperti dia, wanita lemah. sekali ternoda kesannya bawa ke mati. Antara tanggung jawab dan ego? Tapi dia tak sanggup. Tak bersedia lagi untuk menjadi seorang isteri. Tak bersedia lagi untuk disia-siakan.

“Saya tak akan buat apa-apa. Tapi saya mahu kita seperti biasa. Saya mahu awak yang dulu, dengan gelak ketawa. Please Lia, kita sama-sama tak sangka keadaan boleh jadi begini. Tapi kita boleh betulkan”

Nur Alia tersenyum dengan sinis, gelak ketawa apa! Kau dah rampas segalanya. Kau dah rampas kepercayan kedua orang tuaku. Kau rampas kehidupanku. Apa lagi yang tinggal?

“Segalanya kau dah rampas dari aku!”

Fahmi melepaskan tangan Nur Alia. Tersentak mendengar nada suara Nur Alia ketika itu. Lembut Nur Alia dari luar baru dia sedar keras hatinya bagai batu. Gadis itu masih marahkan dia. Fahmi memandang tajam ke wajah Nur Alia.

“Lia, please..... jangalah macam ni”

Nur Alia membalas pandangan Fahmi. Kemudian dia berlalu pergi. Tidak lama kemudian, kedengaran suara pintu dihempas kuat. Fahmi mengeluh kecil. Nur Alia sudah menguncikan dirinya di dalam bilik.


Nur Alia hanya mengurungkan dirinya di dalam kamar sehinggalah malam menjelma. Usai solat Mahgrib barulah dia keluar dari kamar, perutnya terasa lapar. Teringat pula akan Fahmi, sudah makan ke dia? Tengah hari tadi kepalanya terasa berat, pada mulanya dia mahu menyediakan juadah tengah hari selepas sembahyang zuhur. Tapi dia terlelap kembali.

“Lia, saya laparlah. Kita keluar makan?”

Nur Alia tersentak, entah bila masa Fahmi muncul dibelakangnya. Mahu saja dia tolak pelawaan Fahmi. Kejamnya dia…….dia teringat pesan ustazahnya dulu, berdosa biarkan suami lapar. Nur Alia berkira-kira untuk menerima pelawaan Fahmi. Kemudian dia kembali kekamar. Hatinya berbelah bagi. Kalau esok dia mati, mati dalam keadaan berdosa kerana membuat suami begitu. Apapun yang terjadi dia tetap isteri. Ya Allah, apa pilihan yang ada? Lama Nur Alia merenung kamar yang suram.


Di luar kamar Fahmi sabar menunggu isterinya. Hampir setengah jam berlalu muncul Nur Alia keluar dari biliknya. Lama dia merenung wajah Nur Alia sehingga Nur Alia rasa serba salah. Nur Alia sungguh cantik, walaupun hanya memakai seluar jeans dan t-shirt lengan panjang. Tudungnya di ikat kemas. Nampak comel, wajahnya yang sememangnya putih hanya disapu bedak nipis dan sedikit liftik menghias di bibirnya. Jantungnya berdegup kencang. Dia tidak pernah rasa begini walau hampir setiap masa disisi Sofia. 'Inikah cinta?' Fahmi bertanya sendiri. Keasyikannya memandang sebujur wajah yang ayu itu membuatkan dia tidak ingin berganjak. Ingin terus menikmati wajah itu. Tenang rasa jiwanya.

“Kenapa?” Nur Alia memandang Fahmi dengan perasaan hairan. Lama suaminya merenung keadaan dirinya. Ada yang tak kena ke? Perasaan Nur Alia mula tidak menentu. Tidak pernah lelaki memerhatikan dia begitu kecuali Ikbal. Tapi lelaki itu tidak lebih hanya sekadar kawan. Teman tapi mesra. Tidak pernah rasa getar begini walau Ikbal selalu merenungnya lama. Tidak bersama Fahmi. Dari awal lagi dia terasa degupan jantungnya yang laju bila sepasang mata lelaki itu menikam tubuhnya. walau dari jauh sekalipun.

Fahmi menggelengkan kepala lalu tersenyum kecil. Nur Alia membiarkan Fahmi jalan terlebih dahulu. Masuk dalam perut kereta jantung Nur Alia tidak berhenti berdegup laju. Bau wangian badan suaminya hampir mencairkan seluruh hatinya. Duduk berdua-duaan di dalam kereta membuatkan Nur Alia serba tak kena.

“Takut ke?” Fahmi memandang isterinya

Nur Alia menggelengkan kepala. Dia benar-benar tidak selesa. Kereta meluncur laju memecah keheningan malam. Nur Alia membiarkan saja Fahmi membawa haluannya. Akhirnya mereka berhenti di hadapan sebuah hotel. Wajah Nur Alia pucat. Takkanlah! Dia memandang wajah Fahmi.

“Tak nak turun ke?”

Berat langkah Nur Alia turun dari kereta. Apa yang dia harus lakukan kalau seandainya Fahmi menginginkannya? Lelaki kaya seperti Fahmi pastinya itu yang didambakan. Apatah lagi keadaan sekarang memberikannya lampu hijau. Arhg… Kalau itu yang diminta apa pula tindakannya. Dia tidak mahu menyesal kemudian hari. Dia tidak mahu selepas menyerahkan segalanya, lelaki itu meninggalkan dirinya. Sudah banyak kisah begitu yang didengar. Sudah ramai kawan kuliahnya yang ternoda hanya kerana cinta lelaki kaya.

“Lia, kita nak makan aje lah. Bukannya nak buat apa, kenapa pucat macam tu?” Fahmi berhenti, wajah isterinya di renung lama.

Nur Alia menggelengkan kepala. Tiba-tiba saja wajahnya merah. Malu pun ada. Langkahnya diatur mengekori Fahmi. Dia biarkan saja lelaki itu bercakap dengan penyambut tetamu kemudian mereka berdua dipelawa menuju ke restoran. Nur Alia membiarkan Fahmi memesan makanan mereka berdua. Suasana sunyi sepi. Hanya kedengaran suara artis jemputan yang sedang mendendangkan lagu.

Usai makan, mereka beriringan keluar dari restoran tersebut. Nur Alia membiarkan Fahmi menggenggam jemarinya. Mahu ditolak tetapi harga diri Fahmi pastilah dijaga. Berpeluh jemarinya dalam genggaman Fahmi.

Fahmi tersenyum kecil. Lembut juga hati Nur Alia. Melihat Nur Alia tidak menolak ketika dia menggenggam tangan gadis itu, hatinya mula berbunga gembira. Ini langkah awal. Dia akan berusaha untuk memenangi hati Nur Alia. Dia tidak ingin memaksa tetapi dia sudah jatuh hati dengan Nur Alia. Mungkin perasaan itu yang menyebabkannya kuat untuk menjadikan Nur Alia isteri malam itu.

Fahmi sengaja duduk lama di situ sambil menikmati beberapa artis jemputan mendendangkan lagu. Nur Alia mula rimas. Tertunggu-tunggu bila Fahmi mahu pergi dari suasana yang agak tegang padanya. Lagu-lagu romantik dari artis yang diminatinya langsung tidak menusuk kekalbunya. Lagu-lagu itu bagaikan bunyi angin kencang yang bermain ditelinganya. Fahmi tersenyum nipis. Seronok mempermainkan Nur Alia. Selepas hampir empat buah lagu didendangkan, akhirnya dia mengajak pulang. Jelas kelegaan di wajah isterinya. Sekali lagi Fahmi tersenyum nakal. Sepanjang perjalanan, Nur Alia masih membisu. Sesekali dia melihat dengan ekor matanya ke arah Fahmi yang tersenyum sendiri. Nur Alia pantas mengalihkan pandangannya. Tiba dirumah, dia terus menuju ke kamar. Pintu ditutup rapat. Bukan semudah itu dia boleh menerima Fahmi. Tidak semudah itu!

Fahmi hanya memandang kosong pintu bilik yang sudah tertutup. Senyuman kecil terukir dibibirnya. Dapat membawa Nur Alia keluar malam ini cukup rasanya. Dia yakin suatu hari nanti, gadis itu akan terbuka pintu hatinya untuk menerima dia sebagai suaminya. Sebenarnya dia sendiri tidak tahu kenapa dia harus terima wanita itu. Malam itu dia rasa yakin untuk memperisterikan Nur Alia selepas diberi pilihan. Tapi, Dia hanya perlu berdoa. Berdoa semoga hatinya kuat. Keyakinannya hari itu bukan sekadar angin lalu. Dia juga berharap hati Nur Alia juga begitu. Dia berharap Nur Alia sedar akan isi hatinya.




Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku