Suamiku Si Tuan Rumah!
Bab 15
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 10 Februari 2014
Akibat salah faham, mereka terperangkap dalam ikatan perkahwinan di atas sebab yang memalukan. Segala-galanya bagai mimpi, baru sebentar bergelar bujang kini beristeri.
Penilaian Purata:
(11 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
13504

Bacaan






Mata Lina dan Sasha silih berganti mengintai Fahmi yang membisu di meja makan. Lelaki itu masih belum menjamah nasi yang dihidang di pinggannya. Apa sebenarnya hubungan mereka berdua? Takkan aku silap melihat kemas pelukan Fahmi di pinggang Lia semalam dan juga bibir Fahmi yang sudah melekat di leher Lia? Lia pun sudah jarang keluar kamar pakai tudung. Lainlah mereka bertiga, memang tidak lagi mengenakan tudung menutup kepala. Pelbagai soalan keluar dari benak Lina. Aina yang duduk tepat dihadapan Fahmi juga membisu. Baginya dia betul, buat apa dia mahu mengalah kepada Nur Alia yang sememangnya buat kerja tak baik depan matanya! Dia lebih sakit hati bila mengingatkan Nur Alia dan Fahmi.

“Kenapa Lia tak keluar lagi?”

Lina dan Sasha berpandangan. Masing-masing menjungkitkan bahu. Fahmi bangkit dari duduknya lalu bergegas menuju ke bilik Nur Alia. Mak Jah yang baru saja masuk ke dapur mengikuti langkah Fahmi. Takut juga kalau terjadi apa-apa.

“Fahmi kenapa?”

Fahmi berpaling. Wajah Mak Jah yang berkerut dipandang hiba.

“Lia tak keluar makan, dari tadi Fahmi ketuk pintu. Mak Jah tolong tengok dia dalam bilik”

Fahmi beralih sedikit memberi ruang kepada Mak Jah. Pintu dibuka perlahan. Fahmi melihat sekujur tubuh lemah tidur lena di atas katil. Matanya memerhati langkah Mak Jah yang menghampiri Nur Alia lalu memegang pipi isterinya. Wajah Mak Jah pucat. Dia berpaling kearah Fahmi yang tercegat dimuka pintu.

“Lia demam, panas sangat! Kamu bawa dia pergi klinik sekarang. Dia dah tak sedar ni!”

Fahmi tanpa berfikir panjang terus mencempung tubuh Nur Alia masuk ke dalam kereta. Lina dan Sasha hanya mampu memandang. Pagi tadi berkali-kali mereka memanggil nama Nur Alia, tapi tiada jawapan. Mereka pun malas mahu kacau Nur Alia yang kelihatan penat. Apatah lagi selepas pergaduhan semalam. Aina mencebikkan bibirnya, argh perempuan ni sengaja nak cari perhatian Fahmi!

Sampai di Pusat Rawatan An Nur, Fahmi terus mendapatkan doktor Nizam. Rakan sekolahnya dulu. Melihat tubuh Nur Alia yang pucat Nizam terus mengarahkan jururawat ke bilik kecemasan.

“Zam…tolong…”

Nizam mengangguk sambil memberi isyarat supaya Fahmi menunggu diluar. Hampir satu jam Fahmi menunggu diluar. Sudah empat kali setiausahanya menghubunginya kerana hari ini ada mesyuarat penting yang sepatutnya dia hadiri. Tapi mengenangkan keadaan Nur Alia, segalanya tidak penting lagi. Minggu depan Nur Alia exam, itu paling penting dalam hidupnya. Ya Allah selamatkan isteri ku……

“Fahmi!”

Fahmi mendongak pandangannya dilemparkan kearah Nizam yang menghampirinya. Fahmi bangkit bergegas mendapatkan sahabatnya itu.

She ok now….tapi paru-parunya lemah. Dia terkena jangkitan kuman. Who is she?

Fahmi meraup wajahnya. Kalau dia katakan Nur Alia isterinya pasti Nizam akan terkejut. Tambahan pula Nizam kenal dengan sofia. Bukan sekali dua dia melihat Fahmi berkepit dengan Sofia. Selama ini sukar mana-mana gadis ingin mendampinginya kerana Sofia. Sofia memang bagi amaran kalau ada yang ingin berkenalan dengannya.

“She is my wife”

Nizam ketawa, memandang Fahmi dengan kehairanan.

“Wife! Hey jangan nak berguraulah. Baru tinggal di sini dua bulan dah berumah tangga. Minggu lepas aku jumpa kau di Ipoh kau tak cakap pun. Takkan kahwin tak jemput orang. Kena tangkap ke?”

Fahmi tersenyum kecil lalu dia mengeluh perlahan.

So how about Sofia…..Aku dengar mak bapak Sofia dah datang rumah engkau. Dua hari lepas adik aku cerita, katanya dia jumpa Sofia masa ada kursus di JB. Aku ingatkan tak lama lagi boleh rasa makan nasi minyak. Tapi ini lain pula cerita.”

Fahmi tersenyum kelat. Habislah….aku mesti tutup mulut Nizam ni. Kalau terlepas cakap mahu mengamuk umi nanti. Dia tahu Sofia ada datang bersama keluarganya ke rumahnya minggu lepas. Uminya agak terkejut, tapi setakat ini uminya tidak memberi respon apa-apa. Selama dia berkahwin dengan Nur Alia, nama sofia tidak lagi terlintas difikirannya. Baginya isterinya begitu sempurna, lebih cantik dari Sofia. Namun begitu, dia masih menjawab panggilan Sofia. Cuma sudah kurang melayan karenahnya.

“Aku minta tolong jangan cerita dengan siapa-siapa. Tak ada orang tahu dia isteri aku. Ceritanya panjang…kalau ada masa aku cerita kat engkau. Aku nak tengok dia dulu”

Nizam tersenyum kecil sambil mengangguk.

“Tapi...... dia lebih cantik dari Sofia”

Fahmi tersenyum. Matanya mengiringi langkah Nizam yang meminta diri untuk menyambung kerjanya. Katanya sebentar lagi dia akan datang menjenguk Nur Alia di biliknya.

Fahmi membuka pintu bilik. Wajah pucat isterinya dipandang. Lalu dia duduk di sebelah Nur Alia. Tangan Nur Alia sejuk, dia cuba mengusap jemari Nur Alia lalu tangannya mengusap pipi Nur Alia. Perlahan mata Nur Alia terbuka. Nur Alia tersenyum kecil.

“Lia macam mana sekarang? Dah ok?”

Nur Alia mengangguk lemah.

“Ok, Cuma pening sikit. Fahmi…..terima kasih sebab bawa Lia ke Hospital” Fahmi tersenyum. Lembut tutur kata isterinya kali ini. Nur Alia juga sudah membahasakan dirinya 'Lia'

Tangan Nur Alia digenggam kemas.

“Itu tanggung jawab Fahmi kan”

Nur Alia diam. Jauh di sudut hatinya teringin menunaikan tanggung jawabnya sebagai isteri. Lagipun dia sudah mula jatuh hati pada Fahmi tapi dia takut, takut keluarga Fahmi tak dapat menerimanya. Kerana sehingga hari ini dia masih tidak dipertemukan lagi dengan mentuanya. Kalau Fahmi betul mahukan hubungan ini, pasti dia tidak akan menunggu lama untuk diperkenalkan dengan keluarganya.

“Lia lapar ke? Fahmi suapkan bubur ya?”

Nur Alia mengangguk. Nur Alia cuba mengalah kerana dia masih lemah untuk mengangkat kedua belah tangannya. Tangan Fahmi taratur menyuap bubur ke mulutnya. Sesekali pandangan mereka bertaut. Menggegarkan seluruh jantungnya. Fahmi tersenyum apabila Nur Alia tertunduk malu.

“Fahmi tak call mak dengan ayah lagi. Lia nak Fahmi pesan apa-apa tak?”

Nur Alia menggelengkan kepala.

“Kenapa?” Fahmi memandang wajah Nur Alia.

“Nanti dia orang sibuk nak datang sini. Lagipun Lia masih boleh tahan lagi. Lia tak nak susahkan mereka, nak datang dahlah jauh”

“Tapi, keadaan Lia macam ni pasti mereka risau. Lia penyakit Lia ni bukan penyakit biasa”

“Lia dah biasa, dah lama Lia dapat penyakit ni. Masa mula belajar lagi.. Dua tiga hari lagi eloklah”

“Lia dah lama sakit?”

Nur Alia mengangguk lalu “Awak janganlah risau, Lia cuma tak boleh demam. Kalau demam panas sangat paru-paru Lia senang dijangkiti kuman. Selalunya lepas makan antibiotik oklah.”

Fahmi tersenyum. Pipi isterinya diusap lembut. Mata mereka bertaut, masing-masing diam. Wajah Fahmi semakin hampir di wajah Nur Alia. Tangan lelakinya semakin kemas menggengam jemari isterinya.

“Sorry I kacau you all ke?”

Nur Alia menarik pantas jemarinya apabila melihat seorang doktor berdiri di muka pintu. Fahmi terkulat-kulat melihat Nizam.

“Lia, ini Nizam. Kawan Fahmi masa sekolah dulu”

Nur Alia tersenyum membalas senyuman Nizam.

“Awak macam mana, masih rasa panas lagi?” Nizam mendekati Nur Alia. Dengan cermat dia memeriksa Nur Alia.

Nur Alia memandang wajah Fahmi. Doktor itu tahu ke aku isteri Fahmi.

“Demam dah kebah sikit. Nasib baik cepat bawa ke sini, kalau lambat takut kuman tu pergi tempat lain. Dua tiga hari lagi boleh keluar. Lepas ni engkau jaga 'Puan' ni elok-elok. Jangan sampai dia demam panas lagi. esok ujian darahnya keluar. Nanti aku call

Fahmi hanya mengangguk selepas Nizam menulis sesuatu di atas kertas, Fahmi mengirinya keluar dari bilik Nur Alia. Nur Alia hanya memandang. Tidak lama kemudian suaminya muncul semula.

“Kejap lagi Lina dan Sasha datang. Dengan Mak Jah sekali. Lia nak pesan apa-apa tak?”

Nur Alia menggelengkan kepala. Pandangannya hanya memerhati suaminya duduk di sisinya sambil tangannya mengupas buah epal. Nur Alia cuba bangkit.

“Kenapa? Lia nak bangun ke?”

“Lia nak ke tandas”

Fahmi bangkit dari duduknya lalu memapah Nur Alia berdiri. Nur Alia cuba berjalan sendiri, tapi baru beberapa langkah badannya hampir jatuh ke lantai. Nasib baik Fahmi pantas menyambutnya. Tanpa berlengah, Fahmi memapahnya sehingga masuk ke bili air. Nur Alia memandang Fahmi, takkanlah…..

“Fahmi tunggu depan pintu”

Nur Alia tersenyum. Lalu mengangguk. Selepas selesai, Nur Alia memanggil nama Fahmi. Fahmi dengan sabar memapahnya semula ke atas katil. Fahmi tersenyum memandang Nur Alia yang menunduk malu. Ketika Fahmi cuba membetulkan kedudukan badannya, wajahnya sengaja dirapatkan ke wajah Nur Alia. Sengaja Fahmi menyentuhkan sedikit bibirnya ke pipi putih Nur Alia. Fahmi tersenyum puas!




Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku