Suamiku Si Tuan Rumah!
Bab 20
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 10 Februari 2014
Akibat salah faham, mereka terperangkap dalam ikatan perkahwinan di atas sebab yang memalukan. Segala-galanya bagai mimpi, baru sebentar bergelar bujang kini beristeri.
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
12753

Bacaan






Fahmi tersenyum simpul ketika masuk dipejabat pagi itu. Semua gara-gara Nur Alia. Semakin seronok dia menyakat wanita yang sudah bergelar isterinya. Semakin rindu melihat wajah isterinya yang cuak semalam. Masih terngiang bau wangian yang dipakai isterinya. Hmmm wangian Lancome... hadiah pertama yang dibeli untuk Nur Alia. Dipakai juga akhirnya. Itu perkembangan yang bagus.

“Senyum lebar nampaknya bos hari ni?”

Fahmi mengalihkan pandangannya. Shahrul sudah melabuhkan punggungnya. Dia bersyukur sangat, ketika dia memerlukan orang yang boleh dipercayai untuk menguruskan hal-hal di sini, Shahrul muncul. Kesudian Shahrul mengambil alih pengurusan di saat genting begini amat besar bagi perniagaannya. Apatah lagi kawannya itu sanggup berhenti kerja semata-mata untuk bekerja dengannya.

“Aku tengok kau ni makin berseri-seri. Macam orang tengah angau.... Sofia ada kat sini ke?”

“Eh, tak adalah.... pandai aje kau ni buat kenyataan!”

“Macamlah baru sekali aku kenal...... wei, bertahun aku dengan kau. Aku taulah perangai kau ni” Shahrul menyeringai kecil. Sengaja dia menyakat Fahmi. Memang nampak sangat perubahan kawannya itu. Macam pengantin baru saja. Senyum memanjang. “Ke... kau ada buah hati baru? Tak nak kongsi dengan aku ke?”

“Eh... dah lah. Kalau kau datang sini setakat nak sakat aku baik tak payah!” Fahmi ketawa kecil. Tak mungkin dia memberitahu kawannya itu yang dia baru berumah tangga akibat dicekup.... eiiii tak mungkin. Mana nak letak muka. “Yang kau ni pagi-pagi lagi datang jumpa aku kenapa? Ada masalah ke?”

“Aku nak ajak kau makan... lagipun semalam kan kita dah janji nak jumpa dengan suplier tu di Shah Alam”

“Ok juga tu... aku pun lapar ni! Kau siapkan dokumen yang nak dibawa. Aku tunggu kau di kereta. Kaudrive boleh?”

“Hmmm........ kau kan bos, ikut arahan ajelah!”

“Tau pun!.... minyak nanti kau klim aje dengan Bahagian Pengurusan”

“Ayat tu aku suka!...aku siap sekarang”

Fahmi ketawa kecil. Memang dari dulu lagi Shahrul begitu. Agak kedekut bab duit. Tapi dia faham kerana Shahrul dari keluarga susah. Ke London pun atas tajaan kerajaan. Dia kasihan kerana Shahrul terpaksa berjimat cermat. Adakalanya kawannya itu berpuasa kerana duit habis untuk membeli buku. Dari situ dia rapat dengan Shahrul. Dia selalu tolong dari segi kewangan. Adakalanya dia sengaja mengajak Shahrul keluar makan. Lagipun selama ini Shahrul tidak pernah mengambil kesempatan atas dirinya. Dia senang cara Shahrul.

Tiba di Shah Alam ketika jam menunjukkan pukul satu petang. Selepas bertemu dengan pelanggan, Fahmi dan Shahrul singgah di Hotel Concorde untuk makan tengah hari. Cuaca agak panas di luar. Fahmi mengatur pantas langkahnya.

Baru saja dia ingin melabuhkan punggugnya, pandangan matanya tertancap pada sebatang tubuh yang tidak asing baginya. Nur Alia dan seseorang! Siapa?

Lama matanya menatap wajah Nur Alia. Gadis itu tidak sedar kehadirannya. Tapi bukankah hari ini dia bekerja? Apa yang dia buat di sini? Dia makan dengan seseorang? Ikbal!

Jantungnya berdegup laju. Kenapa dia boleh makan dengan Ikbal di sini? Di hotel sejauh ini, atau sengaja mencari tempat yang jauh dari pandangannya? Apa yang sebenarnya berlaku? Adakah dia dan Ikbal?.... Argh!

“Wei... tak nak makan ke? Apa yang kau pandang tu?”

Fahmi tersentak. Pandangannya beralih kepada Shahrul yang sudah menatang dua pinggan di tangannya. Satu pinggan penuh dengan lauk, satu lagi penuh dengan pencuci mulut. Pantas dia menggelengkan kepala. Tahu benar akan tabiat Shahrul yang gemar makan.

“Tak ada apa... aku baru nak ambil makanan. Kau duduklah dulu”

Sebaik saja Shahrul melabuhkan punggungnya, Fahmi bangkit lalu menuju ke arah deretan lauk yang terhidang di atas meja. Serta merta seleranya mati begitu melihat isterinya dengan lelaki yang memang di benci. Semakin dia benci melihat isterinya berdua dengan Ikbal, semakin kerap di melihat Nur Alia bersama dengan Ikbal. Sampaikan di sini mereka makan. Dah habis ke tempat makan di Putrajaya?

“Ini aje yang kau ambil... tadi kata lapar”

“Entahlah, tiba-tiba pula tak ada selera”

Shahrul meneruskan makannya sambil bercerita mengenai pembekal yang baru saja mereka jumpa tadi. Fahmi sekadar mengangguk. Fikirannya hanya tertumpu kepada Nur Alia. Namun dia tidak mahu Shahrul sedar akan perubahannya. Selepas makan, dia mengajak Shahrul meninggalkan hotel tersebut. Sakit hatinya kerana Nur Alia dan Ikbal masih tidak lagi bangkit dari situ. Masih rancak berbual dan langsung tidak sedar dia lalu di sisi meja mereka.

Shahrul membisu. Dia baru sedar kekeruhan wajah Fahmi. Pagi tadi nampak baik saja. Senyum memanjang. Tengah hari tadi pun begitu, biasa saja. Malah sepanjang perjalanan ke Hotel Concorde tadi baik saja. Sempat lagi bergurau senda. Namun sepanjang makan tadi, dia tahu fikiran Fahmi terganggu. Pandangannya lebih tertumpu kepada wanita yang makan tidak jauh dari mereka. Tapi seingatnya dia tidak kenal dengan perempuan itu. Fahmi juga tidak pernah bercerita. Fahmi jarang ada kawan perempuan. Kalau ada pun sekadar kawan sekelas mereka dulu ataupun dari kalangan ahli perniagaan. Hanya Sofia yang dia tahu, satu-satunya gadis yang mengepit Fahmi seolah tidak boleh dilepaskan. Tapi Fahmi tidak pernah bersungut walaupun Sofia tidak suka dengan kawan-kawan Fahmi. Tapi siapa perempuan itu? Apa kena mengena dengan Fahmi?

Melihat Fahmi terus membisu, dia juga kehilangan kata. Mungkin ada sesuatu yang mengganggu fikirannya. Dibiarkan saja Fahmi melayan perasaan sementara dia terus memandu.




Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku