Suamiku Si Tuan Rumah!
Bab 22
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 10 Februari 2014
Akibat salah faham, mereka terperangkap dalam ikatan perkahwinan di atas sebab yang memalukan. Segala-galanya bagai mimpi, baru sebentar bergelar bujang kini beristeri.
Penilaian Purata:
(4 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
12852

Bacaan






Nur Alia bangun lebih awal. Dua orang rakan sebiliknya masih lagi berselimut tebal. Diluar hujan turun dengan lebat. Sejuknya menyucuk sampai ke tulang. Ketika Nur Alia masuk ke dapur, Fahmi baru saja keluar dari biliknya. Mereka berdua bertembung di pintu dapur. Tangan Fahmi pantas melingkar di pinggang Nur Alia.

“Fahmi..... nanti Mak Jah nampak”

“Tak apalah.... lagipun sampai bila kita nak sorok-sorok macam ni?” Fahmi sengaja menduga Nur Alia. Tangannya semakin kemas melingkar di pinggang isternya.

Mak Jah yang baru saja keluar dari kamar, tersenyum simpul melihat mereka berdua. Kemesraan yang dilihat memberikan harapan melihat pasangan itu seperti pasangan lain. Mereka berdua sepadan. Bagai pinang dibelah dua.

“Fahmi....” Nur Alia berbisik kecil. Pantas dia menjarakkan badannya bila melihat kemunculan Mak Jah.

Fahmi tersenyum nakal. Kali ini senyumannya diberikan kepada Mak Jah. Lalu dia melabuhkan punggungnya di kerusi. Tidak lama kemudian, Nur Alia meletakkan secawan Nescafe dihadapannya.

“Kalau isteri yang buat pasti sedap kan Mak Jah......”

Mak Jah ketawa kecil. “Ye lah.... tapi kamu ni, sampai bila nak main sorok-sorok macam ni?” Dia melabuhkan punggungnya apabila Nur Alia tidak membenarkan dia membantu. Nur Alia memang begitu. Kalau ada kelapangan dia rajin turun ke dapur. Gadis itu yang banyak membantu dia menjaga rumah banglo itu. Kalau Nur Alia tidak ada kelas, gadis itu lebih suka duduk dirumah menemaninya menonton televisyen.

“Lia.... Mak Jah tanya tu.....” Fahmi bangkit dari duduknya bila Nur Alia tidak menjawab soalan Mak Jah lalu dia berdiri di sisi Nur Alia.

“Biarlah dulu Mak Jah. Saya nak keluarga Fahmi datang jumpa mak dan ayah saya dulu. Kalau mereka boleh terima saya, Insyaallah saya sendiri yang akan cakap”

Mak Jah memandang wajah Fahmi. Fahmi kelu. Uminya terlalu tegas dalam hal ini. Dia sendiri sedang mencari cara untuk memaklumkan kepada keluarganya. Pastinya uminya mengamuk kalau tahu dia berkahwin dengan orang lain apatah lagi kalau tahu kes ditangkap berkhalwat. Semalam Sofia ada menghubunginya. Katanya bulan depan dia akan pulang ke Malaysia rindu katanya dengan Fahmi. Argh mengingati wajah Sofia, dia mula berbelah bagi. Bagaimana mahu memutuskan hubungan dengan Sofia. Walaupun adakalanya sikap Sofia begitu menyiksakan tetapi Sofia seorang yang setia. Selama berkawan dengan Sofia, tidak pernah dia mendengar gadis itu keluar dengan lelaki lain. Lagipun selepas ayah Sofia tahu dia berkawan dengan anaknya itu, lelaki itu tidak membenarkan Sofia berkawan dengan lelaki lain. Hanya Fahmi yang boleh membawa Sofia keluar.

“Ha! Dah tu bila kamu nak cakap dengan umi kamu pasal ni?”

Fahmi tersentak. Hilang wajah Sofia dari benaknya. Fahmi mengeluh, sekali lagi dipandang wajah isterinya yang sedang menyediakan mee goreng. Wajah yang begitu tulus. Tapi sukar ditafsir sikapnya. Dia baru kenal dengan Nur Alia tapi rasa kasihnya begitu mendalam. Sukar digambarkan apa yang dia rasa setiap kali memandang wajah Nur Alia. Tenang dia melihat wajah Nur Alia yang dibaluti dengan tudung.

“Dah siap.... Fahmi makanlah dengan Mak Jah. Lia nak keluar, dah lama tak joging” Nur Alia meletakkan semangkuk mee goreng di atas meja. Dia malas mahu mendengar jawapan Fahmi. Melihat Fahmi yang sedang berkira-kira dia sudah dapat mentafsir keluarga Fahmi sukar menerima dirinya. Bagaimana dia mahu mengumumkan perkahwinannya. Kalau keluarga Fahmi tidak dapat menerima dia, pastinya bercerai adalah yang terbaik. Dia tidak mahu selepas berita perkahwinannya di ketahui kemudian dia menjadi janda. Bagaimana keluarganya sekali lagi menanggung malu.

“Fahmi nak ikut sekali......” Tanpa menunggu jawapan Nur Alia, Fahmi beredar menuju ke kamar untuk menukar pakaian.

Mak Jah hanya memandang Nur Alia yang sudah keluar dari dapur. Jelas dia melihat kesugulan wajah gadis itu. Dia sendiri tidak tahu apa yang harus dilakukan bagi membantu mereka berdua. Hanya doa yang dipanjatnya kepadaNya semoga rumah tangga mereka akan kekal hingga akhir hayat.




Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku