MY LOVELY TENGKU
BAB 5
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 05 Mac 2014
Perkahwinan antara Zara Irdina dan Akmal terputus kerana Akmal tidak mahu Zara Irdina yang dilabelkan sebagai anak haram.
Penilaian Purata:
(9 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
12760

Bacaan






ANAK RAJA TENGKU CEMPAKA (BAB 5)

“Tak mengandung pun!” ucap Doktor Suraya sebaik saja selesai membuat pemeriksaan ke atas Zara Irdina. Tengku Izraf Akif tercenggang dengan kata-kata tersebut.

“Tak faham saya..,” ujar Tengku Izraf Akif sambil menarik tangan Zara Irdina supaya duduk di sebelahnya.

“Riuh dalam FB tentang awak berdua lah..” jelas Doktor Suraya yang merupakan doktor panel syarikat mereka berdua.

“Tak ada makna lah nak buat kerja terkutuk tu!” balas Zara Irdina sambil menepis tangan Tengku Izraf Akif.

“Ingatkan sungguh!” tekan Doktor Suraya. Tahu hubungan antara Tengku Izraf Akif dan Zara Irdina sejak dari

“Nanti lah, kalau sungguh kita datang buat pengesahan kat sini!” yakin Tengku Izraf Akif sambil mengenyitkan matanya kepada Zara Irdina. Aku lepuk kepala kau, nak?

“Ya, ALLAH dia nie lah, suka cakap macam ni, dan biarkan orang cakap yang bukan-bukan, kalau doktor nak tahu semua ni berpunca dari anak raja gondang ini lah, suka sangat cakap merapu!” balas Zara Irdina. Sakit perut pun berganda-ganda hari ini kes banyak hari tak makan. Apa nak jadi dengan aku agaknya?

“Tengku ni baik lah, rugi kalau lepaskan peluang. Bukan senang nak cari lelaki seperti dia!” puji Doktor Suraya membuatkan hati Tengku Izraf Akif kembang setaman. Zara Irdina mencebik bibirnya. Dia memang baik, cuma aku saja dari keturunan tidak baik.

Selesai ambil ubat, Tengku Izraf Akif menarik tangannya masuk ke dalam restoran di sebelah klinik Doktor Suraya.

“Kau duduk sini, aku pergi ambil nasi dan lauk untuk kau!” arah Tengku Izraf Akif.

“Tak payah aku boleh ambil sendiri lah!” tolak Zara Irdina ingin bangun dari kerusi yang didudukinya tetapi Tengku Izraf Akif menolak tubuhnya untuk kembali duduk di situ.

“Aku kata duduk, tak faham ke?” marah Tengku Izraf Akif.

“Okey, okey, nasi putih dengan tomyam campur, boleh?” pinta Zara Irdina mengalah. Rasa macam nak makan nasi putih bersama tomyam campur saja.

“Mana boleh makan macam tu, perut tu dah lama kosong kan? Tak payah makan tomyam lagi..,” balas Tengku Izraf Akif.

“Ha lah..,”

Tengku Izraf Akif datang semula bersama nasi putih berlaukkan ayam masak kicap saja. Sayur campur dan milo panas untuk Zara Irdina. Tengku Izraf Akif memesan bihun sup untuk dirinya.

“Zara, Akif!” panggil Tengku Cempaka yang datang ke arah mereka berdua.

“Bonda!” balas Tengku Izraf Akif.

“Dah okey ke tak ni?” soal Tengku Cempaka cemas. Dahi Zara Irdina dirasainya. Dia mendapat maklumat dari Tengku Mawar tentang keadaan Zara Irdina. Kebetulan dia singgah di pejabat kepunyaan aruah suaminya sekejap tadi.

“Dah okey lah, mak engku!” balas Zara Irdina. Tentu mak engku marah kan aku yang telah menyebabkan anak lelakinya putus tunang baru-baru ini.

“Panas dahi ni..,” ujar Tengku Cempaka.

“Hmm.. kau sakit orang akan salahkan aku lah. Nanti orang cakap suami kau tak pandai jaga kau..,” balas Tengku Izraf Akif. Depan mak engku pun berani cakap macam ni? Mana ada orang sanggup cakap macam tu.

“Lepas makan nanti hantar Zara balik yer. Panas sangat nih. Zara kena banyak berehat lah..,” risau Tengku Cempaka membuatkan hati Zara Irdina terharu. Sejak dari dulu Tengku Cempaka memang sayangkan Zara Irdina walaupun dia tahu Zara Irdina hanya anak angkat kepada Wan Yusuf dan Wan Aisyah.

“Baik bonda, usah lah bonda risau, nanti Akif hantar Zara balik!”

“Jangan lama-lama di sini, lepas makan terus balik!” pesan Tengku Cempaka lagi.

Aku kena kuatkan diri, kuatkan hati untuk menghadapi segala kemungkinan. Semalam sempat menyoal mama dan papa tentang latar diri sendiri. Siapa kita yang sebenarnya dan kita nie anak siapa? Mama hanya cakap, ibu kandung kita namanya Sharifah Kamariah, Mama kenal macam-macam itu saja, dan Sharifah Kamariah terpaksa serahkan kita kepada mama, sebab kita anak tidak sah taraf demi masa depan kita dan masa depan Sharifah Kamariah sendiri. Selebihnya mama tidak tahu tentang Sharifah Kamariah lagi. Sedangkan papa hanya mendiamkan diri saja.

Ibu tinggalkan kita sebab ibu sendiri tidak sanggup membesarkan kita yang berdarah kotor ini. Betulkan ibu? Betulkan Zara ini jijik sangat?

“Fikir banyak sangat, macam semua masalah tu kau boleh selesaikan sendiri..,” tegur Tengku Akif. Tentu fikirkan tentang dirinya.

“Kita tak setaraf lah Akif. Aku ni anak haram lah. Kau kena jaga darjat dan maruah kau dan keluarga kau..,” ucap Zara Irdina. Dulu aku tolak dia kerana, dia anak raja, sekarang aku memang kena tolak dia, kerana aku anak haram.

“Kenapa kau hina diri kau sendiri, Zara Irdina? Kau ke yang minta semua ini? Kalau bukan kehendak kau, tentu bukan kehendak aku juga kan? Aku pun tak pernah meminta agar aku dilahirkan sebagai anak orang berdarjat, siapa pun aku, di sisi ALLAH, aku hanya insan biasa..,” jelas Tengku Izraf Akif. Jangan jadikan taraf dan kedudukan kita sebagai alasan untuk menolak cintaku, Zara Irdina.

“Kita tetap berbeza lah, Akif. Aku tak layak untuk kau,” dah banyak kali jelas perkara ini kepada Tengku Akif tetapi dia tidak pernah memahaminya. Degilnya mengalahkan Gunung Kinabalu.

“Apa pun terjadi kau tetap ada dalam hati aku, dan sekarang aku tak nak main tarik tali dengan kau, buat tak kisah dengan kau, atau turut saja kemahuan kau tu, aku...”

“Apa?”

“Kau tetap jadi isteri aku dalam masa terdekat nih, itu janji aku!”

“Hah??”

“makan lah cepat sikit, dari kau berbual kosong dengan aku, baik kau makan!” kata Tengku Izraf Akif sambil menarik telinga Zara Irdina biar pun Zara Irdina memakai tudung. Hmm...,

Bual kosong?? Semua yang aku cakap tadi hanya perbualan kosong bagi dirinya?

“Susah lah cakap dengan kau, kalau aku berlembut, kau semakin mengada-ngada, kalau aku berkasar, kau gertak aku!”

“Ha ha ha.., “

“Makan lah, lepas tu makan ubat, yang lain-lain tu kita selesaikan bersama nanti,”

“Hmm..,”

“Kita kahwin, beri hak kepada aku dan aku akan jalankan tanggungjawab aku ke atas kau. Kalau macam nie, orang asyik kata kat kita berdua saja!”

Senang sangat dia bercakap. Serah hak aku kepada dia? Aku ni sudah lah ditimpa dengan macam-macam masalah. Ingat nak nikah kahwin ni senang ke? Mudah sangat ke? Malas lah nak fikir tentang nikah kahwin nih.

“Orang akan hina kita nanti..,”

“Hish tak habis lagi ke? Fikir orang hina kau lah, apa lah. Biar kan kita buat kerja yang ALLAH tak redha tak fikir pula. Kau ingat aku suka ke sentuh kau macam nie, pegang kau tak tentu pasal? Yang aku buat nie lagi lah ALLAH marah, itu pun tak boleh nak fikir ke?” Jeng.. jeng.. jeng, kata-kata Tengku Izraf Akif ini buat Zara Irdina rasa tercekik saja. Mujurlah sempat hirup air tadi, kalau tidak mesti dah terlekat nasi.

“Siapa suruh kau ambil berat tentang aku?”

“Amboi, menjawab yer kau sekarang. Kalau aku buat tak peduli, kau tu dah pengsan hari ni...,” ucapnya. Marah sangat sebab Zara Irdina sekali lagi menolak cintanya secara terang-terangan. Hampanya mendengar tetapi keyakinan di dalam hati tidak pernah sedikit pun terpadam.

Kena dengar leteran Tengku Izraf Akif sepanjang jalan, malah dia terlena di dalam kereta Tengku Akif, bila sedar dia sudah berada di atas katil di dalam biliknya. Tetapi yang buat dia terkejut beruk sangat tu, sebab Tengku Izraf Akif sedang tidur di sebelahnya.

Hah????



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku