MY LOVELY TENGKU
BAB 10
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 05 Mac 2014
Perkahwinan antara Zara Irdina dan Akmal terputus kerana Akmal tidak mahu Zara Irdina yang dilabelkan sebagai anak haram.
Penilaian Purata:
(9 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
15215

Bacaan






ANAK RAJA TENGKU CEMPAKA (BAB 10)

Dia bukan datang sembahyang subuh berjemaah. Tetapi siap bawa baju untuk ke pejabat. Mandi pun mandi di bilik air rumah Zara Irdina. Kali pertama mandi di rumah isteri tercinta. Malah guna kain tuala Zara Irdina juga.

“Sikat rambut mana?” soal Tengku Izraf Akif setelah siap berpakaian.

“Nak turun kat bawah macam mana?” soal Zara Irdina kembali. Hari dah cerah, orang akan nampak kelibat anak raja ini nanti. Jam sudah menunjukkan angka 7.30 pagi. Selepas solat tadi, mereka bersarapan bersama. Anak raja ini membawa bekalan dari istana. Puding di raja bersama roti jala air tangan Tengku Cempaka. Malah siap berpesan kepada Zara Irdina supaya sediakan air masak siap2 di dalam biliknya ini. Semakin menjadi-jadi apabila Zara Irdina sudah menjadi isterinya.

“Turun sekali lah, apa masalah??”

“Masalahnya..,”

“Aku nak mengaku lah, nak cakap dengan mama dan papa tentang kita berdua...,”

“Sebabnya? Tak takut kena marah ke? Mula-mula ajak kahwin lari, selepas tak sampai dua minggu, nak cakap pula kita dah kahwin?” balas Zara Irdina. Dia nie lah, aku yang takut terlebih, dia tenang saja. Tak ada masalah langsung tentang hal kami.

“Kita buat benda baik lah..,”

“Aku rasa ada sebab kau buat macam nie, tak mungkin tertiba saja kau ajak aku kahwin?” sudah ada rasa curiga di dalam hati, sebab tindakan Tengku Akif mencurigakan hatinya. Kahwin dengan terburu-buru sedangkan dia kenal hati budi Tengku Izraf Akif selama ini.

“Tak ada apa lah!”tepis Tengku Izraf Akif.

Bila difikirkan tentu ada sebab kenapa dan mengapa Tengku Izraf Akif lalukan semua ini. Sedangkan pertunangan sudah dilangsungkan. Mama dan bonda sudah beri restu, habis apa yang tak kena. Papa pun suka juga dengan pertunangan ini. Lagipun tunggu sebulan lagi kan, nak buat majlis kahwin. Habis kenapa gertak dan ugut suruh aku kahwin secepat yang mungkin.

Papa dan mama sudah pun keluar rupanya. Ada Syazana dan Ayuni saja sedang bersarapan. Terkejut apabila melihat Tengku Izraf Akif turun bersama kakaknya. Apa dah jadi? Syazana memandang ke arah Ayuni dan mereka saling berpandangan.

“Abang buat apa di bilik kakak?” aju Syazana. Sah lah khabar angin yang hangat diperkatakan orang. Mereka berdua ini telah berkahwin tanpa pengetahuan keluarga masing-masing. Tetapi ramai sudah mula bercakap tentang perkara ini.

“Nak buat lah semalam tetapi akak kau nie yang tak bagi..,” kata Tengku izraf Akif. Syazana tersenyum saja. Asalkan dia orang berkahwin, buat lah apa pun, aku tak kisah. Tetapi jangan lah tak kahwin, berdosa tu.

“Huish..,” tepis Zara Irdina.

“Abang kahwin dulu dengan Kak Zara, baru boleh sentuh akak..,” ujar Ayuni yang masih belajar di UITM.

“He he he..,” ketawa Zara Irdina seakan memberi jawapan. Risaunya kat akak yer...

“Jangan lah risau, abang akan bertanggungjawab dengan apa yang berlaku nanti..,” lafaznya sambil memandang wajah isterinya.

“Nie yang kita suka kat abang nih!” balas Syazana terus tidak menyoal lagi.

Harap-harap tiada orang lain yang melihat kami bersama pagi ini. Kalau tidak mesti orang syak yang bukan-bukan, walaupun kami pergi kerja berasingan. Masuk ke pejabat pun, Zara Irdina yang masuk terlebih dahulu dari Tengku Izraf Akif.

Kelihatan kereta bonda di garaj utama. Apa lah mimpi bonda datang ke ofis hari ini, selalunya bonda jarang datang ke ofis di waktu pagi. Habis kuat pun sebelah petang, itu pun dua minggu sekali. Atau pun sebulan sekali saja. Pagi ini, bonda sudah berada di sini. Mungkinkah bonda sudah menghidu hubungan aku dengan anaknya?

“Puan Zara, Tengku Cempaka nak jumpa kat bilik sekarang!” beritahu Aida, Panya sebaik saja dia sampai di tempat duduknya.

“Okey.. terima kasih yer!” jawabnya. Dibukanya komputernya terlebih dahulu. Terus duduk di kerusi dan membawa al fatihah doa seribu dinar. Ini rutin yang dia lakukan setiap pagi. Setelah keadaan diri tenang, baru lah dia melangkah berjalan menuju ke bilik Tengku Cempaka.

Selangkah di depan pintu yang sedang terbuka, dia dapat menangkap suara Tengku Cempaka dan seorang lelaki. Suara itu bukan milik suaminya tetapi, entah lah.

“Ahmad, kakak tak boleh tunaikan permintaan kau lah. Lagipun apa salah Zara Irdina kepada keluarga kita?” kata Tengku Cempaka.

“Dia anak luar nikah. Jangan bagi malu kaum kerabat kita lah, kakak. Lagipun banyak lagi perempuan yang sedarjat dengan kita yang sesuai dengan Tengku Akif tu. Saya tak kira, apa pun terjadi saya tak setuju, Tengku Akif bertunang dengan anak haram itu..,” tegas Tengku Ahmad menghiris hati Zara Irdina yang sedang mendengar. Rupanya kaum kerabat tidak setuju dengan pertunangan kami berdua.

“Amboi.. amboi.. kau jangan hina dia, Ahmad!” marah Tengku Cempaka. Tengku Ahmad merupakan adik nombor dua kepada Tengku Cempaka.

“Kebenaran kakak, tak ada seorang pun keturunan kita yang sukakan pertunangan anak di raja ini. Tengku Akif, anak orang terhormat, jangan kerana cinta murahan ini, membuatkan Tengku Akif rabun mata untuk menilai cinta seorang perempuan. Suruh Tengku Akif cari perempuan lain yang layak dengan darah keturunannya, kakak!” suara Tengku Ahmad semakin meninggi membuatkan Zara Irdina diluar sedikit ketakutan.

“Aku tak peduli, ini antara cinta dan kebahagiaan Tengku Akif lah, asalkan Tengku Akif bahagia, aku merestuinya. Itu keputusan aku!”

“Kakak kena ingat kakak itu ketua masyarakat di sini, masyakarat sudah mencela Tengku Akif sekarang akibat perbuatannya dahulu. Apa tah lagi dengan berita pertunangan ini. Kami akan menghalang hubungan Zara dan Tengku Akif. Perempuan tu patut sedar dia tidak layak berdamping dengan anak raja..,” sambung Tengku Ahmad lagi.

Zara Irdina mengesot ke belakang. Melangkah longlai masuk ke dalam biliknya. Ini kah penyebabnya yang membuatkan Tengku Izraf Akif mengajak aku kahwin lari? Kerana hubungan kami tidak direstui oleh kaum kerabat yang lain rupanya. Patutlah dia mendesak aku supaya cepat-cepat berkahwin dengannya?

Akif, Akif apa yang telah kita lakukan ini adalah satu perbuatan yang salah lah. Zara Irdina menarik nafas panjang lalu menglepaskan perlahan-lahan. Dia mengawal sebak di dalam dada lagi mengucapnya di dalam hati.

“Puan Zara, Tengku Cempaka sedang menunggu lah!” jerit suara Aida setelah menerima panggilan telefon dari Tengku Cempaka yang menyuruh Zara Irdina berjumpa dengannya sekarang juga.

“Saya ada kejap lah, nanti saya pergi jumpa Mak Engku!” dalih Zara Irdina. Aku tak ada kekuatan untuk berhadapan dengan Tengku Cempaka saat ini. Kalau berjumpa mesti aku menangis.

Kalau boleh lari, aku nak lari sampai ke hujung dunia sebab sedih sangat ketika ini. Orang tak suka aku tetapi aku yang terlebih-lebih nie. Apa cerita? Aduhai, kenapa lah terburu-buru ikut ajakan Tengku Izraf Akif. Sepatutnya aku sedar, siapa lah aku di sisi dia? Tetapi aku lupa diri dengan kebaikan dan kasih sayangnya selama ini.

Siapa lah aku kan, Zara Irdina bukan puteri di raja. Anak luar nikah pulak tu. Itu yang patut aku pegang di dalam hatiku sewaktu dia mengajak aku berkahwin.

Dia tidak pergi berjumpa dengan Tengku Cempaka, tetapi dia membawa diri pulang ke rumah. Sedih ini tidak tahu untuk dikongsikan dengan sesiapa pun. Malah Tengku Izraf akif mengekorinya dari belakang. Sampai di rumah, semua orang sudah keluar pergi ke pejabat. Mama yang menjadi suri rumah sepenuh masa juga turut keluar entah ke mana.

“Hey, kau ni kenapa? Aku tengok pelik sangat nih?” soal Tengku Izraf Akif ketika turut masuk ke dalam rumahnya.

“Aku nak tanya kau, kenapa kau ajak aku kahwin tergesa-gesa, ada apa yang tak kena dengan hubungan kita?” soal Zara Irdina. Sakit hati dengan perbuatan Tengku Izraf Akif yang telah menipu dirinya.

“Kan aku dah cakap, aku tak sabar nak sahkan hubungan kita!” jawab Tengku Izraf Akif sambil mahu memegang tangan isterinya tetapi Zara Irdina menjauhkan dirinya. Pelik, apa pula yang tak kena nih?

“Kau tipu aku. Sebenarnya kerabat kau tak suka kan aku lah, sebab aku anak luar nikah, malah mereka nak putuskan hubungan pertunangan kita, kenapa tak cakap semua ini?” jelas Zara Irdina membuatkan Tengku Izraf Akif terkejut mendengarnya.

“Tahu mana?”

“Orang dengar sendiri lah tadi...,”

“Aku akan selesaikan perkara ini nanti, tak payah lah risau..,”

“Kau cakap apa ni? Kita tak boleh bersama lah. Aku ni tak setaraf dengan keturunan kau lah!” air mata sudah mahu mengalir ketika ini. Sakit dan pedih sudah sampai di kerongkong. Pedih sangat!

“Semua itu tak penting lah. Aku cinta kan kau, Dina!” yakin Tengku Izraf Akif.

“Itu kata kau, tapi penting bagi orang yang tak ada maruah macam aku lah!”

“Irdina!” Marah Tengku Izraf Akif dengan kata-kata itu.

“Aku tak nak jumpa kau lagi. Hubungan kita berakhir di sini saja..,” kata Zara Irdina sambil menolak tubuh suaminya keluar dari rumah. Terus ditutupnya pintu dengan kuat dan dikunci dengan rapat sekali.

Tengku Izraf Akif menolak pintu dengan kasar tetapi tidak berjaya. Diketuknya pintu sambil memangil-manggil nama Zara Irdina tetapi Zara Irdina buat tidak peduli saja.

“Kenapa ni Akif?” soal Papa yang baru balik dengan mama dari pasar. Rupanya papa tak pergi kerja hari ini.

“Tak ada apa lah, papa!” jawab Tengku Izraf Akif.

Zara irdina mengesat air matanya yang sedang mengalir, kerana dia tidak mahu papa melihat air matanya. Terus dia melarikan diri ke dalam biliknya sendiri.

Dia puara-pura tidak ada apa yang berlaku antara mereka berdua. Apabila mama menyoal, dia hanya diam saja. Begitu juga dengan papa. Perang dingin ini berlarutan sehingga ke malam. Semua pintu tingkap sudah ditutup dengan kemas. Dikunci supaya Tengku Izraf Akif tidak dapat menyelinap masuk ke dalam biliknya malam ini seperti selalu.

“Dina buka pintu ni sekarang jugak!” jerit Tengku Izraf Akif setelah tidak berjaya menolak pintu itu dengan tangannya. Zara Irdina bungkam saja. Biarlah. Sakit hati dengan sikap terburu-buru Tengku Akif kali ini.

“Aku tak nak jumpa kau lagi lah... pergi lah balik. Jangan kacau aku lagi..,”

“Aku cakap bukak, faham tak?” marah Tengku Izraf Akif. Zara buat tidak kisah.

“Tak nakkkkk...,”

Terkejut mendengar tendangan yang kuat dari lelaki itu membuatkan Zara Irdina terkejut apabila melihat wajah suaminya sudah berada di hadapannya.

“Sengaja nak cari pasal ke apa ni?” kata Tengku Izraf Akif sambil memegang bahu Zara Irdina.

“Sapa yang cari pasal? Kau atau aku. Perkahwinan bukan benda main-main lah. Bukan kerana kasih sayang dan cinta saja, tetapi kerana keturunan. Aku bakal menglahirkan zuriat kau nanti. Kau nak orang cakap pasal keturunan kita?” marah Zara Irdina kembali.

“Habis apa masalah kau sebenarnya? Sebab kau anak luar nikah?” Kau ke yang minta kau jadi anak luar nikah? Otak kau memang senget aku rasa, benda mudah macam ini pun tak boleh nak fikir!” lenting Tengku Izraf Akif.

“Ahli keluarga kau tak suka aku..,”

“Bonda dah restu hubungan kita, yang lain jangan ambil peduli. Yang nak hidup bahagia atau tidak adalah kita berdua. Orang lain tu hanya pandai bercakap saja..,”

Zara Irdina hilang kata-kata.

“Orang yang nak berjaya dalam hidup, adalah orang yang tidak akan memandang kisah silamnya yang pahit. Aku nak kita bina kehidupan kita sendiri. Bina keluarga kita sendiri, dan kita buktikan, yang kita boleh berjaya dan bahagia,” ucap Tengku Izraf Akif sambil memandang tepat ke anak mata isterinya.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku