MY LOVELY TENGKU
BAB 18
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 05 Mac 2014
Perkahwinan antara Zara Irdina dan Akmal terputus kerana Akmal tidak mahu Zara Irdina yang dilabelkan sebagai anak haram.
Penilaian Purata:
(14 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
22307

Bacaan






ANAK RAJA TENGKU CEMPAKA (BAB 18)

MEREKA SUDAH berada di hadapan rumah Sharifah Madziah pagi ini. Puas Zara Irdina menolak tidak mahu datang tetapi Tengku Izraf Akif tetap dengan keputusannya. Puan bertengkar pagi tadi di dalam bilik, akhirnya Tengku Izraf Akif yang menang.

Loceng ditekan sekali lagi. Ini kali ketiga. Mujurlah Sharifah Madziah muncul di hadapan pintu.

“Saya nak bercakap dengan puan!” kata Tengku Izraf Akif selepas Sharifah Madziah menjawab salamnya.

“Yer, apa hal.. sebelum itu awak nie siapa?” tanya Sharifah Madziah agak tergesa-gesa apa tah lagi apabila terpandang wajah Zara Irdina di sebelah Tengku Izraf Akif.

“Saya suami Zara Irdina. Tengku Akif anak Tengku Borhan!” perkenalkan diri Tengku Izraf Akif membuatkan mulut Sharifah Madziah terbuka luas. Macam sengaja saja beritahu macam tu. Selalunya kalau jumpa orang yang tidak kenal tak pernah pun cakap nama sebegitu. Hanya beritahu nama saya Akif saja. Hari ini kenapa? Zara Irdina tersenyum saja. Nak tergelak pun ada tengok sikap suaminya pagi ini.

“Apa??????”

“Ha, ah, saya anak Tengku Borhan. Zara ini isteri saya, kalau betul lah kami nie adik beradik, macam mana sekarang. Sebab dalam perut Zara tu ada benih saya..,” sambung Tengku Izraf Akif lagi. Geram sangat pagi ini apabila melihat wajah Sharifah Madziah yang melakukan perbuatan tidak wajar ke atas isterinya. Menghalau Zara Irdina disebabkan Zara Irdina ada kenangan pahit Sharifah Kamariah? Salah Zara Irdina ke semua ini? Wal hal Zara Irdina adalah seorang anak yang turut menjadi mangsa kepada keadaan yang berlaku.

Muka Sharifah Madziah pucat lesi. Hitam legam kerana ketakutan. Rasa pening tiba-tiba dengan kata-kata Tengku Izraf Akif.

“Jom lah balik. Puan, maafkan suami saya!” ucap Zara Irdina. Sudah lah tipu Sharifah Madziah, dia bukan anak Tengku Borhan pun. Abang nie lah, tak pasal-pasal nanti Sharifah Madziah jatuh sakit pula.

“Saya nak tanya, betul ke Zara Irdina ni anak luar nikah ayahanda saya?” tekan Tengku Izraf Akif. Aku memang tak tahu menahu cerita lama ini kerana semua ini berlaku ketika kami masih kecil. Tup-tup keluar cerita Zara Irdina ni anak Tengku Borhan pula. Anak Sharifah Kamariah itu betul, sebab Sharifah Kamariah ada lah jiran terdekat kami. Dia menyewa di sebelah rumah Wan Aisyah.

“Saya.. arrr.... hmmm..,” tergagap-gagap mulut Sharifah Madziah.

“Apa? Cakaplah..” tegas Tengku Izraf Akif lagi.

“Tak tahu.. kita orang agak saja, lagipun Sharifah Kamariah tak pernah cakap pun dia mengandungkan anak siapa dulu....,” jawab Sharifah Madziah ketakutan. Adiknya itu hanya diam saja bila disoal siapa punya angkara. Tidak pernah bercakap siapa orangnya. Pandai sungguh Sharifah Kamariah berahsia. Kebetulan Sharifah Kamariah bekerja di syarikat kepunyaan Tengku Borhan dan Tengku Borhan pula baik dengan Sharifah Kamariah.

“Astagfirullahazim, puan tahu tak, puan dah fitnah ayahanda saya. Fitnah ini dosa besar tau tak?” suara Tengku Izraf Akif agak tinggi sedikit. Zara Irdina memegang tangan suaminya.

“Hanya adik saya saja yang tahu siapa orang yang memperkosakannya...,” jawab Sharifah Madziah perlahan.

“Saya nak berjumpa dengan Sharifah Kamariah!” beritahu Tengku Izraf Akif. Itu saja jalan yang ada, untuk mengetahui kebenarannya hanya Sharifah Kamariah saja yang tahu siapa orangnya sebab Tengku Borhan sudah meninggal 10 tahun yang lalu.

“Tak boleh, sebab suami adik saya tak tahu cerita ini..,” halang Sharifah Madziah.

“Saya apa peduli!”

“Tak apa Puan, nanti saya pujuk suami saya. Apa pun terima kasih yer!” kata Zara Irdina sambil menarik tangan suaminya pergi dari situ. Makin lama nanti, lagi banyak yang dia soalkan kepada Sharifah Madziah. Tak pasal Sharifah Madziah pengsan pula pagi ini.

Kunci kereta di dalam kocek seluar suaminya diambil. Semua barang sudah dimasukkan ke dalam kereta tadi. Tengku Izraf Akif saja yang tak tahu. Baru nak buka pintu kereta.

“Jom, kita ke rumah Sharifah Kamariah pula..,”

“Nak buat apa? Sudah lah dia dah lama hidup terseksa. Tak pasal-pasal nanti rumah tangga dia retak pula dengan kedatangan kita berdua!” kali ini aku perlu berkeras. Tak boleh biarkan Tengku Izraf Akif ke rumah Sharifah Kamariah yang tidak jauh dari sini. Apa tah lagi ahli keluarga Sharifah Kamariah sedang berkumpul waktu ini. Sedang bersarapan pagi agaknya

“Nak tahu kebenarannya lah..,”

“Tak payah. Cukuplah dengan apa yang kita tahu semua ini..,”

“Abang nak pergi juga,”

“Jom lah balik. Dina dah tak tahan nie, sakit kepala nak termuntah semuanya ada. Nak balik dan berehat kat istana saja nie..,” pancing Zara Irdina sambil memegang dahinya.

“Nak termuntah?? Tengok sihat saja!”

“Muntah kat sini, baru tau!”

“Muntah lah abang nak tengok!” katanya sambil tersenyum. Sudah lupa akan hasratnya untuk ke rumah Sharifah Kamariah. Kunci di tangan Zara Irdina diambilnya.

“Fikir tentang Iskandar Shah kat perut Dina nie lagi baik dari kita jumpa Sharifah Kamariah. Lagipun kita tak tahu akibatnya kepada Sharifah Kamariah dan keluarganya. Dina tak nak keluarga dia retak kerana kita berdua..,” rayu Zara Irdina dalam kereta.

“Dina tak kisah, siapa ayah Dina?”

“Dina tak pernah nak ambil tahu pun tentang itu. Tak pernah fikir pun siapa lelaki yang teruk tu. Cuma nak jumpa mak saja, sebab kasihan kat mak sebab kena menanggung semua itu,” kata Zara Irdina. Kereta mula bertolak. Tengku Izraf Akif yakin ini bukan perbuatan ayah angkatnya. Mungkin ada orang lain selain ayah angkatnya. Kita tak tahu kan?

“Lelaki itu memang teruk, tetapi kerana sikap teruk dia lah, Zara Irdina, lahir kat dunia ini..,” tengok dia cari alasan macam itu juga. Sebuah tamparan kecil hinggap di lengan Tengku Izraf Akif.

“Kau pun teruk juga, hampir nak buat benda yang sama kat aku kan?” balas Zara Irdina. Tengku Izraf Akif tersenyum saja.

“Sharifah Kamariah silap, sepatutnya dia kahwin saja dengan lelaki tak guna itu. Aku rasa lelaki nie memang sukakan Sharifah Kamariah..,”

“Ooo, sokong lelaki jahat itu nampaknya?”

“Bukan sokong lah. Jalan yang baik, adalah perkahwinan, ikatan yang halal dan yang ALLAH redha. Lepas dah dapat tu, buat lah apa pun. Sebab itu bila dah kahwin, orang tak panggil kena rogol atau perkosa, sebab sudah ada ikatan yang sah,”

“Pandai lah cakap. Shah, papa Shah nie memang sanggup buat apa saja untuk dapatkan Shah dulu,”

“Bukan dapatkan Shah, dapatkan mama lah,”

“Bukan nak sangat ke dapat Iskandar Shah ni?”

“Dah.. dah.. tak larat nak merapu dengan kau. Nak termuntah lah, apa lah. Akal saja lebih!?”

Tetapi sepanjang jalan memang muntah pun sebab alahan atau pun sebab mabuk naik kereta dari Johor balik ke Pahang. Habis baju Tengku Izraf Akif terkena muntah Zara Irdina.

Sampai lambat ke Pahang kerana terpaksa berhenti banyak kali. Berhenti muntah lah, berhenti solat dan sebagainya lagi. Ketika sampai hari dah nak malam. Nampak Zara Irdina letih sangat.

“Dina nak balik rumah mama!” beritahu Zara Irdina sebaik saja kereta masuk ke kawasan rumah mereka berdua.

“Tidur di bilik abang saja malam ini.Tengok Dina tak sihat sangat ni”

“Nanti apa pula kata saudara mara abang. Tengok macam ramai orang kat istana saja malam ini,”kata Zara Irdina. Saudara mara sudah pulang berkumpul kerana majlis perkahwinan Tengku izraf Akif sudah tidak banyak hari lagi. Begitu juga dengan keluarga di sebelah Wan Yusuf dan Wan Aisyah.

“Rumah Dina pun sama jugak lah!” balas Tengku Akif.

“Rumah Dina tak ada masalah!”

“Abang bawa Dina ke klinik dulu, lepas tu kita sewa hotel!”

“Jom!”

“Aik, setuju saja ni!”

“Teruk rupanya alah ni.. lagipun nak suruh abang temankan Dina malam ni..” dia tentu setuju sebab Tengku Iskandar Shah dalam perut aku ni. Sayang sangat dengan si sulong ini mengalahkan sayang kat aku. Tapi tak mengapa lah, sebab anak kami berdua kan?

“Manja yer sekarang! “ kata Tengku Izraf Akif sambil memicit hidung isterinya yang comel itu.

Bila lagi nak bermanja kan? Ke ke ke...,



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku