MY LOVELY TENGKU
BAB 21
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 05 Mac 2014
Perkahwinan antara Zara Irdina dan Akmal terputus kerana Akmal tidak mahu Zara Irdina yang dilabelkan sebagai anak haram.
Penilaian Purata:
(10 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
20215

Bacaan






ANAK RAJA TENGKU CEMPAKA (BAB 21)

Ikut kata hati, mati. Ikut badan binasa lah dirinya. Demi Tengku Cempaka, Zara Irdina mengalah. Dia terpaksa menurut tetapi sampai di istana, lain pula ceritanya.

“Tengku Akif tak nak buat majlis ini, katanya elok dibatalkan semua majlis!” beritahu pembantu peribadi Tengku Cempaka iaitu Pak Syed yang menunggu di ruang tamu. Batalkan semua??? Balas dendam kat aku ke?

“Bonda!” panggil Zara Irdina tetapi Tengku Cempaka dia menyahutnya. Kali ini Tengku Cempaka pula kecil hati dengan sikapnya tadi. Aduhai, bonda pula buat hal. Dengan anak dia pun tak selesai lagi.

“Pak Syed, beritahu Tengku Akif saya tunggu dia kat sana yer!” beritahu Zara Irdina. Hampir setengah jam menunggu, barulah anak raja gondang itu datang ke arahnya.

Zara Irdina tersenyum senang hati walaupun Tengku Izraf Akif tidak menegurnya, tetapi asalkan majlis ini berjalan dengan lancar , cukuplah kan. Tak mahu semua majlis ini dibatalkan disebabkan keegoaan dia dan suaminya. Harus fikirkan perasaan keluarganya dan juga keluarga Tengku Cempaka. Itu yang Zara Irdina pentingkan sekarang.

Selesai pun majlis mandi air bunga itu. Sekarang majlis berinai kecil pula. Mandi di istana. Berinai kecil di rumahnya pula. Semua saudara mara turut hadir memeriahkan majlis ini. Wan Aisyah senang hati melihat sikap Zara Irdina yang mahu mengalah.

Tetapi berbeza dengan Tengku Cempaka yang sudah dapat mengesan sesuatu ke atas diri Zara Irdina. Apa yang ditakutkan selama ini sudah berlaku, dan dia sudah berbincang dengan Wan Aisyah akan hal ini. Maka dijemputnya Zara Irdina ke rumahnya. Dipanggilnya Tengku Izraf Akif menyertai majlis tertutup ini.

“Kenapa ni bonda, mama?” soal Tengku Izraf Akif sambil duduk di sebelah Zara Irdina.

“Bonda nak Zara berlaku jujur malam ini, begitu juga dengan Akif!” kata Tengku Cempaka. Mereka berdua saling berpandangan.

“Insha ALLAH!” jawab Tengku Akif. Hati Zara Irdina berdebar menantikan pertanyaan dari emak mentuanya.

“Zara Irdina sudah hilang daranya. Dengan siapa Zara? Akmal atau Tengku Akif?” soal Tengku Cempaka berterus terang kali ini. Tingkah laku Zara Irdina sudah pun memberi jawapan. Dua majlis tadi, Zara Irdina sudah hilang akan seri pengantinnya. Sebab itu dia syak semua ini. Bila diamati diri Zara Irdina, sebagai orang yang lebih tua, tahulah dia, Zara Irdina bukan anak dara lagi. Cuma mahu tahu dengan siapa Zara Irdina memberi haknya.

“Dengan saya, bonda. Saya yang melakukannya!” jawab Tengku Izraf Akif berterus terang. Zara Irdina menunduk ke bawah, memandang lantai saja.

“Akif!” tergaman Tengku Cempaka. Cemarlah maruah kerabat kami kali ini. Anak kesayangan ku telah melakukan kerja durjana ini.

“Kenapa lah buat benda macam nie, bukan kami tak restu pun hubungan kalian berdua. Mama dan Engku Cempaka memberi restu sepenuhnya lah. Kita boleh berbincang,” kata Wan Aisyah kesal. Zara, kenapa lah jadi macam ini??? Sedihnya hati kerana anak kesayangan melakukan semua ini.

“Bonda, mama dengar dulu lah penjelasan dari saya..,” kata Tengku Izraf Akif sambil memegang tangan Tengku Cempaka tetapi Tengku Cempaka menepisnya perlahan.

“Benda dah jadi lah, Akif. Entah-entah Zara tengah mengandung anak kau sekarang. Orang hina Zara pun tak habis lagi, kau orang dah tambah lagi benda ini,” ujar Tengku Cempaka, kecewa dengan sikap Tengku Izraf Akif kali ini.

“Tengku Izraf Akif, kan saya dah cakap. Saya dah suruh beritahu awal-awal, Tengku mengelak sejuta dengan saya yer, padan muka Tengku!” kata Zara Irdina sambil tersenyum. Aku suka tengok muka gelabah tengku sengal ini.

“Hish, kau ni, bukan nak tolong suami kau..,” kata Tengku Izraf Akif.

“Suami??” ucap bonda dan mama serentak.

“Kita orang dah kahwin lah, dekat dua bulan dah. Kalau bonda pandai, cuba pegang perut Dina tu, dah ada isi dah lah. Saya dah tak sabar nak sentuh dina nie, sebab tu saja ajak kahwin awal. Nak elak maksiat katakan!” ujarnya sambil tersenyum. Terus dikeluarkan gambar kahwin, sijil kahwin dan bukti-bukti yang lain.

“Kahwin lari?” teka Tengku Cempaka lagi. Dipegangnya tangan Zara Irdina, disentuhnya perut Zara Irdina. Betul, sudah ada sesuatu dalam perut Zara Irdina.

“Mana ada, kita orang buat majlis kat Pulau Pangkor lah, bonda!”jawab Tengku Izraf Akif. Album perkahwinannya dihulurkan kepada kedua orang tua mereka. Tengku Cempaka menyambutnya dan melihat satu-persatu gambar perkahwinan tersebut. Begitu juga dengan Wan Aisyah. Sama padan, sama cantik. Alhamdulillah, lega rasa hati. Tapi nak marah jugak lah.

“Kenapa buat macam ni?” soal Wan Aisyah.

“Tak tahan dah mama, tak boleh nak kawal nafsu lagi, asyik pandang Dina sebelah pintu saja, kalau saya terkam dan buat benda tak senonoh, mama nak? Bonda nak?” jawabnya sambil mengenyitkan matanya kepada Zara Irdina. Marah hilang macam tu saja. Antara kami tak pernah ada adegan pujuk memujuk pun selama ini. Kami tak pernah buat pujuk rayu tu. Zara Irdina mencubit paha suaminya dengan kuat sekali membiarkan Tengku Izraf Akif menahan kesakitan.

“Zara pula kenapa?” soal Tengku Cempaka pula.

“Tak payah tanya dia lah, bonda. Dia tu memang dah lama tergila kan saya. Sebab tu sanggup kahwin dengan saya,” jawab Tengku Izraf Akif membuatkan hati Zara Irdina sebal.

“Mungkin Zara anggap kami nie keluarga angkat dia saja kut, sebab tu dia kahwin tak beritahu kami...,” ucap Wan Aisyah menyentuh hati Zara Irdina.

“Tak lah, mama!” ucap Zara Irdina, turut rasa sedih.

“Akif, pun sama, buat bonda macam nie..,” celah Tengku Cempaka pula.

“Kita orang sayang lah kat mama, kat bonda. Saya tahu saya salah dalam hal ini, bukan salah Dina pun. Saya yang paksa dia terima saya, dan kahwin dengan saya sebab saya selama ini terlalu sayangkan dia, mama. Saya tahu saya terlalu terburu-buru untuk memiliki dia, maafkan saya,” jelas Tengku Izraf Akif membuatkan hati Zara Irdina sejuk mendengarnya. Ini yang aku nak dengar sejak bergaduh semalam. Dia perlu mengaku kesilapannya.

“Kenapa perlu kahwin lari? Bonda boleh buat majlis pernikahan kau orang berdua, kenapa perlu tergesa-gesa. Akif dah tak sayang bonda ke?” persoal Tengku Cempaka membuatkan Tengku Izraf Akif hilang kata-kata. Itu lah ikut kehendak hati sangat, akhirnya tengok apa sudah terjadi.

“Kau orang dah bertunang kan? Kalau minta dikahwinkan segera pun kami sanggup lah. Kenapa sisihkan kami?” sambung Wan Aisyah pula. Lagilah terseksa mendengarnya. Pedih mata Zara Irdina.

“Bonda..” panggik Tengku Izraf Akif pula.

“Sudah lah, Akif. Kecil hati bonda!” kata Tengku Cempaka dan terus bangun dari situ. Wan Aisyah turut melakukan hal yang sama.

“Bonda, mama.. jangan lah macam ni..,” panggil Tengku Izraf Akif tetapi mereka berdua tidak peduli dengan panggilan itu.

Hati orang tua perlu dijaga. Masa nak kahwin hari itu tak fikir pun semua ini akan berlaku. Tetapi mesti lah dia orang marah, sebab kami kahwin macam ini. Kahwin rahsia. Kalau tak buat macam ini, Zara nie bukannya boleh harap sangat, buatnya dia tahu hubungan kami tak direstui oleh kaum kerabat, dia lari pula dari aku, lagi lah haru.

Puas dicari satu istana untuk memujuk bonda dan mama, tetapi tidak berjumpa. Rata ceruk cari pun tidak ditemui.

Majlis khatam Al quran berlangsung juga. Begitu juga dengan majlis berinai. Hari ini ada majlis akad nikah di dewan besar di istana. Walaupun sudah akad nikah, apa salahnya buat sekali lagi hari ini. Semua majlis sudah berlangsung tinggal majlis bersanding dan kenduri keesokkannya hari ininya.

Nampak bonda marah benar sampai tak bercakap dengan Tengku Izraf Akif sewaktu majlis akad nikah hari ini. Mama pun sama juga. Semalam Zara Irdina pulang tidur di rumah mamanya, Mama pun tidak bertegur sapa dengannya, hanya papa saja yang boleh menerima penikahan ini.

“Akif, Zara, papa jemput ke rumah pula sekejap lagi.Ada majlis di rumah papa pulak!” beritahu Wan Yusuf sambil menepuk bahu Tengku Izraf Akif. Majlis akad nikah ini hanya dihadiri oleh keluarga yang terdekat saja. Tengku Izraf Akif hanya mengangguk.

Sebelum pergi ke rumah sebelah, mereka berdua berjumpa dengan Tengku Cempaka terlebih dahulu. Waktu itu Tengku Cempaka sedang duduk di sofa di ruang tamu istananya. Terus Tengku Izraf Akif datang mengadap,dia melutut di hadapan Tengku Cempaka. Kedua-dua belah tangan Tengku Cempaka dipegangnya dengan erat.

“Saya minta maaf kat bonda..,” ucapnya. Zara Irdina hanya berdiri sambil berehat.

“Saya tahu saya terlalu ikutkan nafsu, bonda. Saya sedar saya salah..,” sambung Tengku Izraf Akif lagi.

“Abang, pening lah!” ucap Zara Irdina tiba-tiba. Rasa tempat yang dia berdiri bergoyang. Banyak sangat acara dua hari ini, tak sempat nak berehat.

“Zara!” panggil Tengku Cempaka terus bangun. Begitu juga dengan Tengku Izraf Akif.

“Kenapa ni?” tanya Tengku Izraf Akif.

“Nak pitam lah, tak cukup rehat kut!” jawab Zara Irdina.

“Akif, bawa Zara berehat kat bilik dulu lah!” arah Tengku Cempaka. Tengku Izraf Akif mendukung isterinya masuk ke dalam bilik. Tengku Cempaka pula mengekorinya dari belakang.

“Bonda tak marah saya lagi ke?” soalnya sambil naik anak tangga terakhir.

“Marah lah, tapi bukan dengan Zara!” jawabnya. Tengku Izraf Akif meletakkan Zara Irdina di atas katil.

“Kalau gitu nak kena mengandung juga lah, sebab tak kena marah!” balas Tengku Izraf Akif lagi.

“Beri air ni kat Zara, Akif!” kata Tengku Cempaka menghulurkan segelas air putih yang dituangnya dari botol mineral. Disuakan ke mulut Zara Irdina.

“Ini lah sebabnya orang suruh kahwin, buat majlis elok-elok. Nie majlis tengah berlangsung dah macam-macam hal. Anak dalam perut tu masih baru dan perlukan perhatian!” dengus Tengku Cempaka. Sayang kat Tengku Izraf Akif melebihi anak-anak kandungnya sendiri. Anak angkat ini memang buah hatinya selama ini.

“Zara nie terlebih subur kut, sekali kena saja, melekat terus!” balas Tengku Izraf Akif sambil memicit kepala isterinya selepas dibukakan tudung di kepala. Hish, aku sakit kepala saja nie, kalau tidak memang aku karate suami aku sendiri hari nie. Tak malu langsung.

“Kau pun sama!” balas Tengku Cempaka.

“Aih, saya nie keturunan raja lah, bonda. Memang terlebih power pun!” jawabnya. Rasa bahagia sebab bonda sudah tidak merajuk lagi. Tengku Cempaka membubuh minyak angin di dahi Zara Irdina dan disuakan ke hidung Zara Irdina. Ringan kepala rasanya. Minyak angin apa ni? Baunya pun boleh menghilang rasa stress dan pening tadi.

“Dah ada nama, Akif. Kena letakkan nama selepas tahu jantina nanti. Tapi bonda harap nie cucu lelaki!” tanya Tengku Cempaka. Sukanya sebab tak lama lagi nak dapat cucu. Akif nie kalau aku marah pun buat sakit jiwa raga saja. Jadi, nak merajuk lama-lama pun tak sanggup lagi. Sebab aku sayangkan Akif dan Zara. Tambahan lagi bila dengar Zara dah mengandung sekarang. Alhamdulillah. Bukan senang nak mengandung bunting pelamin macam ini.

“Tengku Iskandar Shah bin Tengku Izraf Akif, bonda!” jawabnya dengan penuh yakin.

“Kau tahu mana lelaki?” soal Tengku Cempaka. Dia turut memicit tangan kanan Zara Irdina. Ooo, anak dan mak sudah rancang macam-macam yer tentang aku. Tak suka nak dengar semua ini.

“Saya tau lah, sebab saya yang buat..,” jawabnya lagi. Zara Irdina mencubit lengan suaminya. Semakin geram.

“Sedap nama tu, bonda suka. Yang kedua nanti, biar bonda pula letak nama!”

“Boleh, tiap-tiap tahun dia beranak pun tak ada masalah rasanya!”

“Elok tu, bonda memang nak Zara beranak ramai pun nanti..,”

“Ha ha ha.. tak ada masalah tu, saya boleh buat!” Aku tendang kaki kau, kau nak?

Tengku Cempaka nie kepala otak dia sama dengan kepala otak anak dia.

“Zara, bonda gurau saja lah sayang. Kesihatan Zara yang penting, jangan diikut sangat kepala otak suami kau ni, dia bukannya betul sangat!”

“Bonda, sebab isu nie lah, saya kahwin dengan dia awal, tak tahan bonda, Budak nie suka goda saya setiap hari..,” beritahu Tengku Izraf Akif lagi. Aku pulak yang goda dia. Dia yang terhegeh nak kat aku sampai buat kerja tak senonoh dan berbagai ugutan, dia tak nak mengaku yer. Pandai sungguh Tengku Izraf Akif.

Aku hilang sakit kepala sekejap lagi, kau memang nak kena dengan aku lah, Tengku Izraf Akif.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku