MY LOVELY TENGKU
BAB 22
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 05 Mac 2014
Perkahwinan antara Zara Irdina dan Akmal terputus kerana Akmal tidak mahu Zara Irdina yang dilabelkan sebagai anak haram.
Penilaian Purata:
(3 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
17711

Bacaan






ANAK RAJA TENGKU CEMPAKA (BAB 22)

“Ikut suka lah nak merajuk ke apa ke, nak tarik muka masam ke, buat lah!” tegur Tengku Izraf Akif ketika Zara Irdina sedang menghiaskan dirinya kembali. Mujurlah boleh hilang pening kepala ini selepas sejam berlalu. Sekarang, ada majlis di rumah papa pula, tentu papa sedang menunggu di rumah. Tidak mahu melenggahkan masa selepas majlis akad nikahnya pagi tadi. Kahwin anak raja nih, banyaknya acara yang perlu dilalui. Itu pun dah buang sesetengah majlis. Kalau tidak lagi lah meletihkan. Penat giler!

“Nampak macam abang tak sayang Dina saja?” katanya selepas selesai menghiaskan bibirnya. Nampak muka tak pucat lah sangat. Mujurlah tak muntah-muntah lagi. Barangkali muntah hari itu kerana terlampau stress kut, bukan sebab alahan pun.

“Aku tak akan tidur dengan perempuan yang aku tak suka, atau tak sayang atau tak ada cinta lah. Atau bahasa kasarnya aku tak akan buatkan perempuan yang aku tak suka tu sampai mengandung benih aku macam apa yang kau rasa sekarang, faham tak?” kata Tengku Izraf Akif sambil menolak dahi Zara Irdina dengan lembut saja.

“Oo, itu maknanya sayang lah bagi kau, sampai jadi begini?”

“Terlebih sayang lah tu!” balas Tengku izraf Akif sambil mengenyitkan matanya. Kasarnya bahasa dan kelakuan. Tetapi anak raja. Namun begitu perangainya terlalu kasar, kata-kata lagi lah. Anak raja katakan. Tetapi yang mahal ada dalam dirinya, dia tidak tinggal sembahyang. Sehebat mana pun kita, kita perlu sedar, kita hanya hamba ALLAH. Itu katanya ketika aku kenal dia dari zaman sekolah lagi.

Tetapi dengan Zara Irdina saja yang kasar pun dengan orang lain dia berbudi bahasa.

“Boleh jalan tak ni? Tak pening dah ke?” soalnya ketika keluar dari istana. Orang sudah mula ramai di istana.

“Okey lah!”

“Kita naik kereta lah!”

“Nak naik kereta ke rumah papa? Tak sempat nak panas punggung, dah sampai lah. Jalan kaki lah anak raja. Kau kahwin dengan rakyat jelatakan? Jadi kena biasakan diri hidup susah nanti,”

“Aku tak kisah hidup susah pun, takut kau yang tak nak nanti!” berbual sambil berjalan, rumah dekat sangat. Tak sampai 15 langkah dah sampai pun di hadapan rumah papa. Kehadiran mereka berdua disambut dengan paluan kompang. Amboi, papa ni. Zara Irdina memandang wajah Wan Aisyah, Tengku Cempaka dan anak-anak Tengku Cempaka turut berada di sini. Syazana dan Ayuni datang menyambutnya dan memimpin mereka berdua ke tempat bersanding. Ada apa lagilah kat sini agaknya? Zara Irdina memandang wajah suaminya, lantas Tengku Izraf Akif menyambut tangan kanannya, lalu digenggam erat.

“Kita bertuah hari ini sebab dapat bersanding dengan Tengku Iskandar Shah.., sempat lagi dia bergurau dengan isterinya yang tersenyum manis hari ini.

“Lepas nie kita rancang elok-elok, takut tiap tahun mengandung nanti..,” ujar Zara Irdina kembali. Mudah lekat rupanya aku nih.

“Ha ha ha.. nasib kau lah lepas ni..,” balas Tengku Izraf Akif. Zara Irdina menampar bahu suaminya.

Shahir, tunang Syazana menjadi pengacara majlis. Selesai memberi kata aluan, dijemput Uztaz Musa membacakan doa. Selesai membaca doa, Shahir menjemput Wan Yusuf dan Wan Aisyah untuk memberi ucapan pula.

“Dijemput Tengku Akif dan Irdina datang ke pentas sekarang!” kata Shahir mempersilakan mereka berdua. Tengku Izraf Akif bangun terlebih dahulu, menghulurkan tangan kanannya ke arah Zara Irdina lalu berjalan berpimpin tangan menuju ke pentas.

“Akif, mulai hari ini papa serahkan Zara kepada kau. Berilah dia kasih sayang yang tulus dan ikhlas dari hati kau nanti. Hidup berumah tangga ini ada onak dan duri, ada jalan berliku dan jurang yang dalam. Andainya Zara bersedih nanti, kau jadilah penghibur hatinya, Andainya Zara menangis, tolong kesatkan air matanya, andainya Zara berduka, kau jadilah penghibur hatinya,” ucap Wan Yusuf sambil memegang tangan Tengku Izraf Akif. Air mata Zara Irdina mengalir perlahan.

Kerana papa lah, Zara kenal apa itu erti kasih sayang seorang ayah. Papa tak pernah bezakan Zara, biar pun Zara hanya anak angkat papa saja!

“Zara, mulai hari ini, tanggungjawab Zara adalah untuk suami Zara. Tugas isteri adalah taat dan patuh pada suaminya. Sekiranya hati Akif, gundah gulana, Zara perlu tenangkan hati Akif nanti. Sekiranya Akif berada di dalam kesusahan, Zara ada lah kesenangan untuk hati Akif. Papa doakan Zara dan Akif bahagia hingga ke syurga,” kata Wan Yusuf sambil mengenggam tangan Zara Irdina pula.

“Terima kasih papa, kerana jaga Zara macam anak papa sendiri. Papa beri kasih sayang untuk Zara seperti mana papa sayangkan Syazana dan Ayuni. Zara tahu pergorbanan papa dekat Zara tak mampu Zara balas sepanjang hayat Zara,” ucap Zara Irdina terharu dengan kata-kata papa lagi. Zara Irdina melepaskan tangan papanya, dia berjalan menuju ke arah Wan Aisyah yang sedang duduk berdekatan dengan Tengku Cempaka. Lalu dia melutut di hadapan Wan Aisyah.

“Terima kasih mama, mama besarkan Zara, beri kasih sayang kat Zara dengan begitu banyak sekali. Zara....,” ucap Zara Irdina sambil menangis. Aku kenal kasih sayang seorang ibu melalui mama, kerana ibu kandung aku membuang aku di hatinya untuk selama-lamanya. Tanpa kasih sayang mama, rasanya aku bukan lah seperti hari ini. Tanpa dia, mungkin aku sudah lama kalah dan lemah untuk berhadapan dengan kehidupan sekarang. Tetapi dia sanggup agihkan kasih sayangnya untuk aku yang disisihkan oleh ibu kandungku sendiri. Walaupun dia tak lahirkan aku tetapi aku sayangkan dia, kerana dia adalah ibuku di dunia dan akhirat.

“Zara buat macam nie sebab Zara sayangkan abang akif, mama. Ampunkan Zara, mama!” ucapnya perlahan.

“Mama sayangkan Zara lah!” ucap Wan Aisyah sambil memeluk Zara Irdina dengan erat.

“Syukur alhamdulillah. Dia orang tak salah, Aisyah. Doakan dia orang bahagia dunia dan akhirat!” celah Tengku Cempaka sambil menepuk bahu Wan Aisyah.

“Mama sentiasa doakan untuk Zara. Mama tahu Akif boleh jaga Zara,” ucap Wan Aisyah turut merasa terharu. Zara Irdina adalah buah hatinya. Sewaktu Sharifah Kamariah datang untuk menyerahkan Zara Irdina kepadanya, dia tiada anak setelah empat tahun berkahwin. Selepas datang Zara Irdina, barulah dia mengandung dan dapat anak. Itu pun selepas Zara Irdina berusia tiga tahun.

Sharifah Kamariah serahkan Zara Irdina, umur Zara Irdina baru seminggu. Masih terlalu kecil. Anak ini yang datang tanpa nama, terus diberikan nama Zara Irdina, dan nama Zara Irdina diberikan oleh Tengku Cempaka sendiri. Tengku Cempaka yang turut rapat dengan Sharifah Kamariah kerana Sharifah Kamariah adalah pekerja di syarikat suaminya.

“Akif memang kena jaga Zara pun, mama!” balas Zara Irdina sambil merenggang pelukannya. Tengku Izraf Akif tersenyum, senang hati. Bukan dia tak tahu, aku gilakan dia, Cuma sengaja mulut tu nak bergaduh dengan aku. Tetapi kalau diingatkan, memang begini lah hubungan kami sejak dari sekolah lagi. Jadi, apa nak buat? Bukannya boleh buang semua ini.

Permintaan mama dan papa supaya mereka pengantin baru ini bermalam di sini saja. Jadi, permintaan ditunaikan. Tengku Izraf Akif memang tidak kekok untuk tinggal di sini kerana dia memang sudah biasakan diri berada di rumah Wan Yusuf. Jadi tak ada masalah.

“Kalau nak ikutkan, malam ini malam pertama kita lah kan?” kata Tengku Izraf Akif ketika menutup daun pintu. Saudara mara Zara Irdina ada yang bermalam di sini, dan ada yang menginap di hotel berdekatan. Dia orang semua baik-baik dan menganggap Zara Irdina seperti saudara sendiri.

“Berapa kali malam pertama ni?” balas Zara Irdina yang sudah meletakkan kepalanya di atas bantal. Esok majlis besar, malam ini elok berehat sepuasnya. Tak nak lah layan Tengku Izraf Akif nih.

“Nak kacau kau pun, Shah dah ada dalam perut tu. Hish, rugi, rugi...,” kata Tengku Izraf Akif sambil tumpang tidur di bantal Zara Irdina. Tengku Izraf Akif merenung wajah comel isterinya.

“Tolong hormatkan perempuan yang tengah hamil yer!” ujar Zara Irdina pula.

“Ha lah..., tapi kalau aku nak jugak, aku tak kira lah..,”

“Kau pakai kepala otak kau saja kan?” marah Zara Irdina, terus bangun. Aku pergi tidur dengan adik-adik aku kan best malam ini. Anak raja ni bukan boleh harap sangat.

“Pergilah, kalau kau nak rasa lawan cakap anak raja macam mana?” ugut Tengku Izraf Akif melihat Zara Irdina sedang membuka pintu.

“Apa?”

“Aku cakap tak boleh, kalau kau langkah juga, siap kau!”

“Tak kisah pun!” balas Zara Irdina. Tetapi mahu saja melangkah, dia sudah rasa sesuatu di perutnya. Rasa sakit teramat. Terus dia memaling ke arah suaminya yang sedang memandang ke arahnya. Muka Zara Irdina berkerut menahan kesakitan.

“Akif!” panggilnya sambil memegang perutnya. Terus Tengku Izraf Akif melompat datang kepadanya. Dipimpinnya tangan Zara Irdina menuju ke katil semula, dan dibaringkan Zara Irdina ke katil.

“Hah..,” ucap Zara Irdina sepatah. Pelik. Serta merta boleh hilang rasa sakit di perut tadi. Apa tak kena nih?

“Apa??” jerit Tengku izraf Akif.

“Tak sakit dah, tadi sakit sangat kat perut nih!” balas Zara Irdina turut merasa hairan.

“Aku kan darah raja, boleh buat macam tu..,” kata Tengku Izraf Akif. Zara Irdina mengelengkan kepalanya. Perangai kau memang teruk sungguh!

“hmm..,”

“Maknanya jangan buat benda yang suami tak suka, berdosa!”

“Nak buat jugak!”

“Buat lah, abang tahu lah nak ajar anak dalam perut tu ikat kaki Dina macam mana?

Tak kan lah dia boleh buat macam tu kat anak dia. Lagi pun dalam perut ni bukan ada rupa lagi. Aku hairan nih? Suami aku nie memang pelik lah perangai dia. Atau itu hanya satu kebetulan?

“Dina, abang ada benda nak cakap ni?” kena beritahu juga sebab ini melibatkan rumah tangga kami. Zara Irdina kembali membuka matanya.

“Cakap lah!”

“Selesai semua majlis kita pindah dari sini yer!” rasanya di sini sudah selesai. Aku nak bawa balik Zara Irdina ke tanah kelahiran ku sikit hari lagi.

“Pindah??” terus Zara Irdina tersenyum. Bestnya tak payah tinggal dalam istana sebelah rumah.

“Yup. Kita pindah!”

“Ke mana tu?”

“Nanti lah abang bawak Dina. Lagipun nak pergi bulan madu, tak boleh,”

“Okey juga tu, nanti Dina beritahu papa dan mama rancangan abang ni..,”

“Elok juga tu!” kata Tengku Izraf Akif. Aku pun belum beritahu Tengku Cempaka lagi tentang hal ini. Belum tentu bonda izinkan tetapi aku harapkan bonda faham tugas dan tanggungjawab ku selepas ini.

“Abang, agak-agak abang, bonda tahu tak apa yang kita tahu tentang hal tempoh hari?” soal Zara Irdina lagi. Balik hari itu, macam nak terus tanya bonda tentang hal ini, tetapi kerana alah, kerana banyak urus kerja kahwin ini, dia terlupa hal ini.

“Entah lah..,” balas Tengku Izraf Akif. Dia sendiri turut terlupa hal ini.

“Nak tanya bonda tak?”soal Zara Irdina lagi. Tetapi tak sampai hati nak soal bonda, takut bonda tak boleh menerima dah bersedih hati pula.

“Dina, nak ke ayahanda jadi ayah Dina?” soal Tengku Izraf Akif. Kalau betul lah kata Sharifah Madziah, aku kahwin dengan adik angkat aku sendiri lah jawabnya.

“Tak nak..,” biarlah orang jahat itu orang lain. Sebab aku tak nak Tengku Borhan yang buat kerja terkutuk ini.

“Sesetengah perkara biarlah menjadi rahsia ALLAH saja dari kita yang mengetahuinya, takut nanti makan hati sendiri pula!” balas Tengku Izraf Akif.

Sejak kami kahwin, aku sudah tidak mahu menerima berita yang memeritkan lagi. Cukuplah dengan semua ini. Aku nak jadi isteri yang baik untuk Tengku Izraf Akif dan ibu yang baik untuk anak aku nanti. Biarlah semua ini menjadi sejarah saja dalam hidup kami.

“Abang tengok gaya Dina nie macam nak dapat anak ramai saja kita nanti,” ubah topik. Sebab topik tadi sakit hati sangat.

“Aik, kenapa cakap macam tu?” Aku agak macam tu jugak. Subur sangat!

“faham sendiri lah..,”

“Kita ambik dua cukuplah. Seorang lelaki, seorang perempuan!” balasnya. Sengaja nak menduga hati suaminya.

“Ambil lah ramai sikit. Kita kan tak ada saudara mara lagi. Abang ni sebatang kara saja lah. Elok ada anak ramai..,” gurau Tengku Izraf Akif. Macamlah aku kerja buat anak saja lepas ni. Ingat tak ada kerja lain ke. Tanggungjawab ku lebih berat dan besar selepas ini.

“Empat cukup?”

“Tak cukup, sayang!”

“Berapa nak?”

“Hmmm...,” dia berkira-kira sendiri.

“Dah, kau jangan fikir yang bukan-bukan. Selepas ini Zara Irdina nak sambung belajar, nak ada butik sendiri, nak bukak syarikat sendiri. Jadi, tolong cari duit banyak-banyak yer, Tengku Izraf Akif!”

“Yup. Itu yang betul Zara Irdina. Kau kena buktikan, orang seperti kau pun boleh ada keluarga bahagia dan kau berjaya dalam hidup aku. Sebab itu aku jatuh hati kat kau. Aku kahwin dengan kau, memang aku nak ada anak dengan kau, tetapi selebihnya kita akan saling berkongsi segala suka duka bersama untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat!” lafaz Tengku Izraf Akif.

Mata Zara Irdina bercahaya.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku