MY LOVELY TENGKU
BAB 24
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 05 Mac 2014
Perkahwinan antara Zara Irdina dan Akmal terputus kerana Akmal tidak mahu Zara Irdina yang dilabelkan sebagai anak haram.
Penilaian Purata:
(6 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
18038

Bacaan






ANAK RAJA TENGKU CEMPAKA (BAB 24)

“Tak sayang ke nak lepaskan semua ini? Tinggalkan kemewahan, tinggalkan bonda kerana kami berdua?” kata Zara Irdina. Sudah lewat malam, suaminya masih mengemas untuk berpindah selepas subuh esok pagi. Sudah berjanji dan janji ini perlu ditunaikan. Zara Irdina mengusap perutnya yang masih belum kelihatan. Pergorbanan papa terlalu besarlah untuk kita berdua, Shah!

Mama, tak boleh mengaku kalah. Tak boleh berjalan sekerat saja, sebab semua ini demi Shah, mama tak nak Shah hidup tanpa kasih sayang mama dan papa kandung sendiri seperti mama kelak. Jadi, kita akan ikut ke mana saja papa pergi, biar pun kehidupan kita bermula dengan kesusahan. Mama tahu orang menyalahkan takdir mama, biar pun mama yang berat menanggungnya. Kita kena kuat, Shah!

“Nak angkat apa tu?” soal Tengku Izraf Akif tidak peduli pun dengan kata-kata dari Zara Irdina.

“Beg besar ini lah!”

“Tak payah, nanti abang buat!”

“Okey!” dari tadi hanya sebagai pemerhati saja kerana Tengku Izraf Akif yang melakukan segala kerja. Dia baru bangun tidur kerana terlalu letih dengan majlis perkahwinannya hari ini.

“Kak!” panggil Ayuni sambil merangkul Zara Irdina yang sedang duduk di atas sofa. Sedih kerana mereka bakal berpisah esok pagi.

“Akak bukan pergi mana pun, kat Malaysia saja lah!” pujuk Zara Irdina. Si suami sejak dari tadi tidak mahu memberitahu ke mana akan dibawanya pergi. Ke utara, ke selatan, ke timur atau pun barat. Bila di soal, dia hanya melemparkan sebuah senyuman.

“Abang Akif, beritahu lah nak ke mana? Nanti kita pergi melawat akak dan abang!”pujuk Syazana pula.

“Gua, nak pergi ke?” jawabnya sambil menarik zip beg pakaian kepunyaan Zara Irdina.

“Abang nie nak bawa lari akak kami ke?” soal Syazana lagi. Syazana memandang ke arah Zara Irdina. Kami bukan sedarah. Bukan juga seibu atau sebapa, tetapi kami semua sayangkan dia. Sayang seperti seorang kakak kandung kepada kami. Kasihan kak Zara, dipulaukan orang setelah orang tahu dia anak luar nikah. Orang tuduh macam-macam kepada dia, tetapi dia rela hati dan bersabar saja. Kalau kita??? Mungkin kita sudah gila kerana diduga seperti ini.

“He he he...,” Tengku Izraf Akif hanya tersenyum. Orang nak memulakan kehidupan baru, serba serbi masih kosong. Zero. Tak ada apa-apa lagi. Rasanya tak patut diberitahu kepada orang terdekat kita, kerana takut mereka susah hati memikirkan akan diri kita kelak. Jadi, patut diam!

“Beritahu lah!” gesa Ayuni.

“Nanti abang beritahu, buat masa sekarang abang memang nak bawa lari kakak kau nih.,” jawab Tengku Izraf Akif.

“Jangan lupa yer, nanti call kita orang, beritahu rumah abang!” pesan Ayuni lagi. Syazana hanya mengangguk saja. Dia orang sudah dilanda musibah, dan memang wajar mereka pergi dari sini. Semuga ALLAH menjaga mereka di mana saja mereka berada. Amin!

“Sudah lah tu, jangan ganggu dia orang tu. Pergi lah tidur!” papa pulak masuk bersama mama. Zara Irdina tersenyum saja. Papa yang paling mengerti. Dia seorang lelaki yang amat baik sekali. Tidak seperti lelaki yang merogol ibu, sudahlah menghancurkan masa depan ibu, pergi menghilang diri begitu saja. Tetapi dia seorang ayah yang amat memahami perasaan anak-anaknya.

“Dah siap semua barang?” soal mama turut duduk di sebelah anaknya. Syazana dan Ayuni patuh kepada permintaan ayah mereka, selepas memeluk Zara Irdina, mereka berdua terus keluar dari situ.

“Barang minah nie saja yang tak siap lagi, mama!” jawab Tengku Izraf Akif.

“Bawa sikit cukuplah, yang lain tinggal saja di sini. Nanti nak balik ke sini jugak kan?” soal mama yang masih tidak tahu rancangan menantunya. Kami akan pergi, entah bila akan datang ke sini lagi. Entah kan setahun? Dua tahun?? 10 tahun? Atau bertahun-tahun. Belum pasti bila lagi kami akan datang ke sini semula.

Tengku Izraf Akif tersenyum saja. Tidak ada jawapan kerana dia tidak mahu mama mentuanya susah hati kerana terpaksa berpisah dengan anak angkatnya ini.

“Berhijrah ini bagus, Akif. Pergilah, mulakan sesuatu yang baru. Lagi pun kalian berdua baru mendirikan rumah tangga, jadi elok benar melakukan hijrah ini,” sokong Wan Yusuf. Sudah dapat mengagak lelaki di hadapannya akan pergi dalam tempoh yang lama. Rajuk sungguh dia dengan sikap ahli saudara maranya yang menghalaunya tadi. Lelaki ini menyimpan dendam di dalam hati yang paling dalam. Itu lah Tengku Izraf Akif yang merajuk hati kala ini.

“Doakan kami, papa!” ucap Tengku Izraf Akif.

“Papa akan doakan kamu berdua. Sentiasa berdoa untuk kamu berdua!” balas Wan Yusuf.

“Terima kasih, papa!” kata Tengku Izraf Akif lagi.

Atas permintaan mama, hanya sedikit saja pakaian Zara Irdina yang diambilnya, yang lain ditinggalkan di sini saja.

“Bersalin nanti, balik bersalin kat sini, boleh tak?” soal Zara Irdina. Tapak tangan Tengku Izraf Akif sudah berada di atas pipi kanan Zara Irdina. Dia suka tidur letak tangan kanan atas muka isterinya.

“Tak boleh!”

“kenapa? Ini pengalaman pertama lah. Kita mana ada pengalaman!”

“Belajar lah, jangan harap kan orang tua lagi!”

“Kena belajar dari orang tua-tua, kena jaga pantang larang lagi, macam-macam lagi lah!”

“Belajar sendiri..,”

“Tak nak bersalin lah, macam nie.. perangai macam apa-apa tah,” bentak Zara Irdina. Memang kita kena halau, tapi tak kan nak balik sehari dua pun tak boleh kut. Atau pedulikan dengan dia orang tu. Sebab aku bukan bersalah pun.

“Shah, mama Shah memang teruk,”

“Aku bersalin nanti, kau jaga aku, nak?”

“Ha lah...,”

Kenal dia dekat dua puluh tahun, tetapi bila jadi suami isteri, ada juga perbezaannya. Nampak dia semakin ambil berat sejak jadi isteri dia. Syukur Alhamdulillah, sebab dia sanggup terima aku yang serba kekurangan ini.

Entah bila dia terlena, tetapi bila sedar hari sudah subuh. Bangun solat subuh tetapi suaminya tidak ada di sebelah. Mungkin ada bersama papa, atau pun pulang ke rumah bonda. Tetapi perjalanan mereka akan bermula pukul 6.00 pagi tadi. Itu yang diberitahu oleh suaminya.

Tengok segala barang kepunyaannya sudah tidak ada di dalam bilik, mungkin sudah diangkut ke dalam kereta. Dia hanya berhias ala kadar saja. Selesai memasukkan barang-barang penting ke dalam tas tangannya, dia terus ruang tamu, semua ahli keluarganya sedang menunggu rupanya.

Lama juga dia memeluk ibu angkatnya itu selepas dia mengucapkan selamat tinggal kepada ahli keluarganya. Adik-adik menangis, begitu juga dengan mama. Itu lah yang buat hati semakin sedih bila melihat air mata dari orang-orang tersayang. Papa pula lebih bertenang dari mama dan adik-adiknya. Hati menjadi sedih dan pilu.

“Akif pesan suruh Zara pergi ke rumah bonda,” beritahu papa. Dia mengangguk, sebelum menglangkah pergi sekali lagi, dia memeluk mama dan adik-adiknya. Tegakah dia hidup tanpa mereka ini di sisinya nanti. Bolehkah dia hidup tanpa nasihat dari papa? Bolehkah dia berdiri tanpa belaian manja dari mama nanti, ataupun bagaimana dia mahu mengisi hari-hari mendatang tanpa senda dan gurauan dari dua orang adiknya nanti?

Aku perlu pergi untuk Akif dan anak yang bakal lahir tak lama lagi. Aku perlu pergi kerana bukan di sini tempat untuk kami bertiga. Sebagai permulaan kehidupan, kita perlu kuat. Itu tekadnya di dalam hati.

Dia melangkah longlai menuju ke istana mentuanya. Apa cerita mereka di sana pula. Sedih??? Atau apa cerita yer? Dia menolak daun pintu dengan perlahan, di ruang tamu semua ahli kerabat Tengku Cempaka sedang berkumpul, masing-masing berwajah murung. Tetapi Tengku Cempaka tidak kelihatan, begitu juga dengan Tengku Mawar dan suaminya.

“Akif ada kat bilik tetamu di atas, Zara!” beritahu Tengku Munir, suami Tengku Mawar.

“Okey, Zara tunggu di sini lah!” katanya. Tentu ada perkara yang hendak diselesaikan antara mereka anak beranak.

“Pergilah, bonda nak jumpa Zara tu,” suruh Tengku Munir. Hatinya berdebar secara tiba-tiba. Namun dia tetap mengaturkan langkah menuju ke ruang tamu di tingkat atas pula.

Hatinya tersentuh melihat suaminya sedang melutut di hadapan Tengku Cempaka manakala Tengku Mawar sedang memeluk bahu bondanya. Air mata jernih mengalir di pipi Tengku Cempaka yang sedang mengenggam erat tangan Tengku Izraf Akif.

“Zara!” panggil Tengku Cempaka sebaik saja melihat menantu bongsunya.

“Bonda!”

“Datang lah dekat dengan Bonda,” Dihampirinya Tengku Cempaka dan kala itu dia sempat melihat mata suaminya yang merah. Kali pertama dalam hidupnya melihat orang yang disayanginya dengan keadaan ini. Orang yang mengajarnya erti sebuah kekuatan, hari ini hatinya dihiris pilu.

“Pujuk lah Akif, supaya terus di sini, Zara. Bonda sanggup lepaskan kedudukan ini asalkan keluarga kita bersatu, “ kata bonda saat Zara menyimpuh di sebelah suaminya. Zara Irdina melihat ke arah suaminya.

“Saya berjanji, bonda, apabila saya sudah berjaya, begitu juga dengan Zara, kita orang akan pulang ke sini semula. Doakan kami, bonda!” pujuk Tengku Izraf Akif. Rupanya Tengku Cempaka keberatan untuk melepaskan dia pergi dari sini. Dan sejak dari tadi Tengku Cempaka merayunya agar jangan pergi dari sini. Akif, buat semua ini kerana bonda, kerana Zara dan kerana masa depan kita semua. Akif tak nak bonda kehilangan segala-galanya hanya kerana cinta kami.

“Zara...,” panggil Tengku Cempaka. Kenapalah namaku di seru. Aku juga tidak pandai untuk memujuk rayu suamiku sendiri. Lagipun Tengku Izraf Akif sudah tekad untuk berhijrah dari sini.

“Doakan kita orang, bonda!” ucap Zara Irdina, sebak.

“Tak boleh kah diubah keputusan kau orang berdua? Di sini pun boleh dicapainya kejayaan. Di sini pun kau orang berdua boleh hidup bahagia juga. Jangan dikisahkan dengan bisanya mulut orang tu, pedulikan kata cacian dan hinaan dari kerabat-kerabat kita tu..,” pujuk Tengku Cempaka lagi.

“Bonda, perlu percayakan saya. Beri peluang dan ruang untuk saya dan Zara Irdina mencapai bahagia dan kejayaan,”

“Andai begitu pergi lah dan jangan pedulikan bonda lagi,” keluh Tengku Cempaka. Tengku Izraf Akif bukannya jenis lelaki yang mudah untuk dipujuk dan dirayu. Tengku Cempaka kenal sangat dengan sikap Tengku Izraf Akif. Bonda akan menunggu kepulangan kalian ke bumi ini kelak. Itu janji bonda.

“Maafkan saya, bonda!” ucap Tengku Izraf Akif dan terus bangun. Zara Irdina memeluk Tengku Mawar dan seterusnya memeluk dengan erat ibu mentuanya.

“Berikan dia bahagia yer. Zara perlu kuat untuk Akif dan Iskandar Shah. Bonda doakan Zara dan Akif bahagia di dunia dan akhirat,” bisik Tengku Cempaka di telinga kanan Zara Irdina. Zara Irdina mengangguk , lesu.

“Terima kasih, bonda kerana merestui perjalanan kami!” Zara Irdina turut membisik di telinga Tengku Cempaka. Tengku Cempaka tersenyum, perit.

Tengku Izraf Akif sudah mengatur langkah. Sedang menunggu Zara Irdina di kereta saja walaupun anak-anak Tengku Cempaka menghalangnya. Nekad sungguh dia kali ini. Keluarga Wan Yusuf turut datang untuk berjumpa dengan Tengku Akif dan Zara irdina. Barangkali untuk mengucapkan selamat jalan.

Selesai semuanya di sini, kereta pun bertolak dengan perlahan. Entah lah bila masa akan ke sini lagi. Zara Irdina mengesat air jernih di penjuru matanya. Ini harga sebuah pergorbanan untuk cinta dia dan Tengku Izraf Akif. Dia mengeluh perlahan, tidak mampu untuk meninggalkan Tengku Izraf Akif kerana anak yang dikandungnya ketika ini.

“Jangan mimpi nak tinggalkan aku lah, sudah lah aku ada kau seorang saja sekarang.,” dupp, ayat itu membuatkan Zara Irdina tersedar dari khayalannya. Dia nie ler... huish.. semua dalam kepala otak orang dia boleh baca.

“Apa??”

“Jangan buat berlagak nak tinggalkan aku sorang-sorang pulak..,” Eh, dia tahu rupanya apa yang aku fikirkan.

“Tak sanggup lah nak tinggalkan kau dengan perut memboyot nanti. Sebab itu aku ikut kau,”

“Jangan beri alasan macam tu,sebab selepas ini hanya kita berdua saja yang tinggal. Kau tu ada aku saja nanti,” sedihnya dengar. Aku anak yang ditinggalkan oleh ibu sendiri. Dan dia pula anak yatim piatu sejak masih kecil. Aku dan dia hanya menumpang kasih orang. Dia menumpang kasih dengan bonda. Dan aku mujur lah ada papa dan mama yang sanggup memelihara aku yang serba kekurangan ini.

“Tak lah, aku ada papa, mama, bonda dan adik beradik yang lain,” kata Zara Irdina mengingatkan suaminya. Merajuk atau patah hati nih? Sampai macam nie sekali yer. Kita kena belajar terima hakikat, Akif.

“Jadi aku tak penting lah dalam hidup kau?”

“Tak. Aku ikut kau sebab aku mengandung saja..,”

“Agak dah!” kata Tengku Izraf Akif. Muka dia, jangan tengok waktu sekarang. Sudah hilang wajah kesegakannya yang dipandang selama ini. Zara Irdina hanya tersenyum. Macam mana lah agaknya bila Iskandar Shah ada nanti, kalau lah perangai papanya macam ini?

“Shah, jangan ikut papa, sebab selepas ini mama rasa, tak ada lagi perempuan yang sanggup bersabar seperti mama..,” ujarnya sambil memandang anak Tengku izraf Akif.

“Nak cakap kata teruk lah suami kau ni?”

“Ha ha ha, malas nak bergaduh. Nak tidur!”

“Tidur memanjang, itu saja lah kerja kau sekarang yer..,”

“Orang mengandung, jadi ada kelebihan tersendiri..,”

“Hmm..,” kalau lawan bercakap, memang tak nak mengaku kalah. Zara Irdina tu kan bekas pemidato terbaik sekolah.

Hmm... kenapa hati tiba-tiba rasa sedih teramat sangat. Terbayang wajah papa dan mama. Wajah bonda yang berhati mulia. Sanggup berkorban untuk cinta aku dan anak kesayangannya ini. Perjalanan baru setengah jam tetapi berpuluh-puluh kenangan datang dalam bayangan matanya. Teringat sangat!

Mungkin kah dia di sebelah ku turut merasa apa yang aku rasa kala ini. Meninggalkan daerah tercinta ini amat memeritkan rupanya. Aku rasa macam nak demam sekarang. Tidak menyangka orang akan halau aku gara-gara aku anak luar nikah Sharifah Kamariah dan dot.. dot..dot. Siapa lelaki itu? Tengku Borhan ke? Atau???? Dan yang paling orang marah sebab aku berkahwin dengan anak raja sebelah rumah aku. Dia kan lelaki idaman, tiba-tiba kahwin dengan orang seperti aku. Mau tak marah. Rasanya satu dunia marah dengan aku.

Kadang-kadang kita rasa seperti tidak percaya saja semua ini boleh berlaku dalam kehidupan kita. Rasa seperti mimpi pula. Dan mimpi selalunya akan hilang setelah kita sedar dari alam lena. Bukan seperti sekarang, kita perlu menghadapinya.

Entah lah, sukarnya untuk menafsirkan sebuah kehidupan.

“Dah sarapan ke?” kejut suara suaminya. Baru nak terlelap.

“Tak lapar lagi lah, kau tak makan di istana tadi?” tak sempat nak makan kat rumah hari ini. Tak ada selera.

“Tak sempat nak makan. Semua orang asyik menangis dan bersedih saja. Mood nak makan pun hilang,”jawab Tengku Izraf Akif.

“Ler, kasihan kat kau!” kata Zara Irdina sambil membuat mimik muka sedih kepada suaminya.

“Menyampah aku tengok. Jom singgah makan dulu. Aku nak makan sekarang,”

“Okey lah!”

Kami akan hidup berdua selepas ini. Harap-harap cinta dan kasih sayang boleh melawan onak dan duri yang akan datang dalam rumah tangga kami nanti.

Tengku Izraf Akif memimpin tangan isteri kesayangannya berjalan perlahan-lahan menuju ke restoran makan.

Aku akan memimpin tanganmu sayang sehingga ke akhir hayatku. Kata Tengku Izraf Akif di dalam hatinya.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku