MY LOVELY TENGKU
BAB 27
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 05 Mac 2014
Perkahwinan antara Zara Irdina dan Akmal terputus kerana Akmal tidak mahu Zara Irdina yang dilabelkan sebagai anak haram.
Penilaian Purata:
(5 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
13985

Bacaan






ANAK RAJA TENGKU CEMPAKA (BAB 27)

Mahgrib malam ini dilakukan di masjid kerana Tengku Izraf Akif diundang ke sini. Orang di sini kenal Tengku Izraf Akif rupanya. Malah nampak hubungan mereka rapat. Mereka juga lebih mesra memanggilnya dengan gelaran Tengku, tetapi Tengku Izraf Akif membahasakan dirinya dengan Akif saja.

“Ini isteri saya!” kata Tengku Izraf Akif.

“Selama ini hanya mendengar nama saja dari tengku, hari ini baru jumpa tuan badan orangnya,” sampuk seorang mak cik. Zara Irdina tersenyum saja.

Selesai solat isyak dan majlis doa selamat dan sedikit kenduri untuk sambut kepulangan Tengku Izraf Akif ke kampung halamannya.

“Berbual lah dulu Akif, tak kan dah nak balik kut!” tegur Faizal, anak Pak Utih. Umurnya hampir sebaya dengan Tengku Izraf Akif.

“Orang rumah tak berana nak sihat lah, nak kena hantar dia dulu!” tolak Tengku Izraf Akif. Alasan yang tidak boleh diterima nih. Aku okey saja lah.

“Okey lah, esok kita jumpa.”

“Okey, aku tunggu tempat biasa,”

Aku memang nak terus balik, bukan kerana letih atau tidak sihat tetapi kerana mahu menghubungi mama dan papa di rumah. Tadi, sebelum masuk waktu mahgrib, bonda telah menghubungi Tengku Izraf Akif dan mereka berdua berbual panjang. Dia saja yang menunggu waktu yang sesuai untuk menelefon mama dan papa.

“Nak call siapa tu?” tanya Tengku Izraf Akif ketika melihat Zara Irdina mendail nombor telefon papa.

“Call papa!”

“Jangan cakap kat papa dan siapa-siapa kita ada di sini,”

“Kenapa?”

“Tak sempat tidur nanti dah sampai lah ke sini tu,”

“Tadi dengan bonda, cakap tak kita ke mana?”

“Langkawi, jauh sikit!”

“Kenapa tak cakap pergi Bandung ke, Phuket ke, senang sikit. Jauh pun jauh tu!” balas Zara Irdina. Geramnya aku, benda kecil macam ini pun nak berahsia.

“Kau ni..,”

“Kita memang tak boleh tinggal di sana, tapi mereka boleh datang ke sini kan?”

Kenapa kecil hati sangat nih? Sampaikan tinggal di sini pun nak berahsia segala.

“Kat mana, Zara?”

“Pulau anak raja lah, papa!” jawab Zara Irdina sambil muncungkan mulutnya. Tengku Izraf Akif menjeling marah.

“Di mana tu?”

“Papa kena tanya anak raja tak cukup inci nih..,”

“He he he.. berahsia lah tu. Ikut sajalah Zara, mungkin itu yang terbaik untuk kehidupan kau orang!”

“Nanti sampai masanya, kita beritahu papa,”

“Papa percaya dia buat yang terbaik untuk Zara tu,”

“Papa, mama ada tak?”

“Ada ni hah..,”

Dengan mama pun kena berahsia juga lah, begitu juga dengan adik-adik. Tak boleh cakap mereka hanya berada dekat saja dengan dia orang. Bukan jauh pun.

“Tak sangka orang yang kuat sangat, berani macam Tengku Akif ni berdendam rupanya. Kenapa nak hidup macam ni? Tak nak beritahu keluarga kita? Kenapa nak putuskan kasih sayang yang kita bina bersama mereka selama ini? Bonda tu perlukan kau lah,” leter Zara Irdina sambil menarik kain selimutnya. Aku memang boleh hidup dengan dia saja, tetapi bukan cara begini. Teruk sangat ke kena halau.

“Kau kena belajar hidup dengan aku saja lah, susah sangat ke?”

“Orang yang menghalau kita bukannya mama atau bonda, tetapi orang lain. Memang Tengku Bakar tak benarkan kita hidup di sana, tetapi apa salahnya mereka datang di tempat kita?”

“Dina, tak payah buat muka macam tu, pelik abang tengok!” ditariknya kain selimut Zara Irdina.

“Hish, tak nak!”

“Tak nak pun jangan lah buat muka macam tu, tak elok sangat muka tu!” dia pujuk aku macam itu saja, aku nie konon-kononnya nak marah lah kat dia.

“Kita buat macam ni, dia orang sedih tau tak? Mama cakap bonda asyik menangis saja di rumah, rindukan abang..,”

“Tahu..,”

“Habis kalau tahu kenapa tak nak cakap dengan bonda, kalau abang nak berahsia pun, rahsia lah, tetapi jangan buat benda macam nie kat bonda. Dia tu sayangkan abang tau tak?”

“Tahu..,”

“Abang yang Zara kenal bukan lah orang yang macam ni, yang pentingkan diri sendiri,”

“Penting diri sendiri? Berat tuduhan tu. Zara cuba beristifarg banyak-banyak, bawa bertenang, sayang!” pujuk Tengku Izraf Akif sambil mengurut dada Zara Irdina.

“Tak kasihan ke...,” belum habis cakap pun.

“Abang suruh istifarg buat ke tak?” pintas Tengku Izraf Akif. Mengamuk tak habis lagi. Bab mengamuk tu ada dari sekolah rendah, sampai sekolah menengah, masuk universiti pun macam tu jugak. Sekarang dah jadi isteri dan bakal ibu, tapi mengamuk tetap nombor satu.

“Kalau tak boleh istifarg di mulut, istifarg dalam hati, sayang!” pesan Tengku Izraf Akif sambil keluar dari biliknya sebab ada orang memberi salam di luar rumah. Dia turut mengekori suaminya dari arah belakang.

“Tengku, tolong pak cik tengku..,” ada lelaki yang agak berumur di hadapan rumahnya.

“Kenapa pak cik!”

“Anak pak cik kemalangan di Johor, sekarang masih di sana..,”

“Kejap pak cik, saya tukar baju!”

Ha, orang datang minta tolong dengan dia? Aku macam tak percaya lah pulak.

“Dina boleh jaga diri kan? Atau nak suruh mak utih teman Dina?”

“Dina okey lah, pergi lah,”

“Okey, abang pergi kejap saja, nanti abang balik!” Zara Irdina mengangguk.

Itu lah yang berlaku pada zaman Tengku Burhanuddin dulu, orang kampung yang bermasalah, yang ada kesusahan akan datang meminta pertolongan dan bantuan dari Tengku Burhanuddin, dan semua ini sudah diwarisi kepada anak lelaki tunggalnya.

Pergi pukul 10.00 malam, pukul 9.00 pagi, Tengku Izraf Akif muncul di hadapan rumahnya. Waktu Zara Irdina sedang berbual dengan Mak Utih dan dua orang lagi perempuan yang datang bertandang.

“Macam mana tengku?” tanya Mak Utih yang menunggu khabar berita dari Tengku Izraf Akif. Pagi tadi suaminya bersama tiga orang kampung turut pergi ke hospital untuk melihat keadaan anak Pak Yamin yang kemalangan itu.

“Syukur alhamdulillah, selamat mak cik!” jawab Tengku Izraf Akif sambil tersenyum.

“Alhamdulillah, kalau begitu lega lah hati kami ni,” balas Mak Utih.

Sudah mendengar segala cerita tentang ayahanda dan bonda Tengku Izraf Akif. Betapa mereka berdua disegani sebagai pemimpim di sini. Dan sekarang sudah sampai masanya anaknya pula menjadi pemimpin di sini. Tak sangka pula semua itu. Tengku Izraf Akif bukan calang-calang orang.

“Dina, dah sarapan ke belum?” soal Tengku Izraf Akif menarik kain tuala berwarna biru di penyidai. Soalan pertama yang muncul, Tak letih ke berulang alik dari sini ke Johor Bahru?

“Belum!” aku risau dan bimbang kepadanya semalam dan pagi ini. Sekarang baru rasa lega melihat dia pulang dengan selamat.

“Kenapa?” tanya Tengku Izraf Akif, rasa tidak sedap hati pula sekarang.

“Tunggu abang lah!”

“Kejap, abang mandi selepas tu kita keluar makan!” Keluar makan, aku dah masak tadi, malah turut beri kepada tetamu yang datang tadi.

Dia ke dapur semula, bihun goreng dan cucur udang dihidangkan di atas meja. Milo panas untuk suami tercinta. Semua itu kesukaan Tengku Izraf Akif.

“Dina!”

“Kat dapur!”

“Buat apa tu?” soal Tengku Izraf Akif. Zara Irdina mahu menarik kerusi untuk suaminya tetapi suaminya terlebih dahulu menariknya,

“Abang ni, nak buat untuk abang lah!” kata Zara Irdina. Tengku Izraf Akif menarik tangan Zara Irdina,

“Duduk!” arahnya kembali.

“Sorry tentang semalam!”

“Tak kisah pun, Dina boleh marah, boleh buat apa saja kat abang Dina nih, asalkan Dina berada di sisi abang!” Ha, itulah dia, ada waktu tahap kesabaran dia terlalu tinggi dari aku. Boleh marah, boleh kutuk, boleh buat apa saja dekat dia, dan dia akan bersabar. Malah mendengar dengan setia di sisi aku. Tetapi ada waktu dia akan berceramah panjang, waktu itu tahan lah telinga.

“Dina tak marah abang lah, tapi tak puas hati dengan abang!” ujarnya lembut. Tuang air milo, dan letakkan bihun goreng di dalam pinggan. Bihun goreng dimakan bersama kuah kacang. Itu kesukaannya.

“Semalam dengan siapa?” soal Tengku Izraf Akif membuatkan kening Zara Irdina terangkat. Aku dengan siapa? Pelik soalan ini?

“Ada lah lelaki mana pun tak tau datang teman semalam!” jawab Zara Irdina nakal. Aku tidur sorang-sorang saja lah. Mana ada orang datang pun.

“Ha ha ha... kalau aku jadi jantan tu aku tak sentuh perempuan yang buncit macam kau nie..,” ujar Tengku Izraf Akif sambil menyambung ketawanya.

“Tak buncit lah berisi sikit saja kat perut, kau jangan macam-macam hah kat aku!” marah Zara Irdina.

“Kau semakin comel lah sekarang. Tengok lah isteri siapa kan?” dicubitnya pipi kanan Zara Irdina. Huish, nak pujuk lah konon tu. Tak jalan lah Tengku Akif ooi.

“Kejap lagi, Mak Utih ajak pergi rumah Kak Ramlah, boleh tak?” Gelaran Cik Puan untuk sudah membawa aku mengenali orang kampung di sini. Kata Mak Utih, ada majlis untuk Cik Puan hari ini.

“Buat apa?”

“Boleh tak jangan tanya macam-macam, nak benarkan atau tak?”

“Jauh ke tak rumah Kak Ramlah tu, kalau jauh bawa kereta, kau tu dah lah mengandung, jaga diri tu sikit!” maknanya boleh pergilah tu.

“okey!”

“Aku nak keluar sekejap lagi dengan Faizal, tak payah lah masak tengah hari nanti. Mungkin petang baru aku balik!”

“Nak ke mana?”

“Hai, isteri tak ada kat rumah, aku nak pergi merayap lah!”

“Pergi merayap jangan sampai lewat malam sudah!” pesan Zara Irdina. Hendak pergi tengok ladang nenas. Kalau sempat nak pergi tengok kambing merumput di sebelah ladang getahnya. Ayahanda banyak tinggalkan tanah untuk dia usahakan. Jangan syarat tanah-tanah ini jangan dijual, disuruh bercucuk tanam untuk kepentingan orang kampung saja.

“Malam ini kita keluar makan, selepas solat isyak!” katanya sambil mengucup dahi Zara Irdina.

Kita dah jadi isteri anak raja jadi tanggungjawab kita pun ada jugak. Orang kampung di sini menganggap Tengku Izraf Akif sebagai ketua di sini, jadi sebagai isteri ketua tentulah dia ada tanggungjawab yang tersendiri.

Rupanya kak Ramlah tu pengusaha barang kraf tangan di daerah ini. Barang-barang kraf tangan diperolehi dari orang-orang tempatan saja. Kaum perempuan yang menjadi suri rumah banyak membantunya untuk menghasilkan barang-barang kraf tangan. Kak Ramlah yang ramah dan mudah mesra dengan semua orang. Sempat juga lah dia berkenalan dengan mereka di sini. Dia pulang dalam pukul 12.00 tengah hari dan begitu juga dengan yang lain, yang turut pulang untuk memasak waktu tengah hari di rumah.

“Jemput makan tengah hari di rumah tengah hari ni, Zara!” ajak Mak utih. Zara Irdina tersenyum saja. Yang ini tak boleh rasanya. Berat hati untuk pergi makan tengah hari tanpa Tengku Izraf Akif. Lagipun dia belum meminta izin dari suaminya tentang pelawaan ini.

“Jom lah, tak kan tak sudi atau tak berselera nak makan masakan orang kampung macam mak cik nih!” sambung Mak Utih lagi.

“Tak lah. Saya tak kisah bab makan, mak cik!”

“Habis tu?”

“Tengku Akif tak ada, rasa tak baik saya buat macam tu!” jawab Zara Irdina jujur. Mak Utih tersenyum, senang hati dengan jawapan itu. Dia memang layak jadi cik pun kami. Seorang isteri tak akan meninggalkan suaminya untuk kepentingan dirinya sendiri. Itu isteri yang baik tetapi ada isteri tidak kisah akan perkara-perkara sekecil itu.

“Mak cik faham!”

“Nanti kalau Tengku ada, Insha ALLAH,saya ajak tengku makan sekali di sini.,” putusnya tidak mahu menghampakan perasaan Mak Utih.

Tempat ini memang benar-benar kawasan pendalaman. Jauh dari bandar. Jauh dari bunyi kenderaan yang lalu lalang,dah jauh dari kesibukan kota. Tak pernah bermimpi pula akan hidup dalam suasana macam ini. Jauh berbeza dari tempat tinggal kami di bandar sana.

Dia sampai ke rumah, tetapi Tengku Izraf Akif sudah sampai terlebih dahulu darinya. Terpaksa lah tinggal di luar rumah kerana tidak membawa kunci rumah. Kunci rumah ada di tangan Zara Irdina. Aik, kata nak balik lewat petang, sekarang tengah baca surat khabar Sinar Harian di bangku di hadapan rumah. Dengan topi lama, baju lusuh, dan seluar pun lusuh juga. Betul ke suami aku nih? Kalau tak diamati betul-betul mesti tidak sangka yang sedang duduk itu adalah suaminya. Tadi dia tak perasan pun akan pakaian suaminya ini.

Semakin datang dekat dengan Tengku Izraf Akif, bau badan kambing menusuk ke lubang hidung Zara Irdina. Bau itu membuatkan Zara Irdina mual dan pening kepala.

“Hah, kenapa pula tu?” tegur Tengku Izraf Akif yang sedang akan kehadiran isterinya sejak dari tadi. Muka Zara Irdina sudah berubah, menahan rasa bau badan kambing yang kuat dari badan suaminya.

“Busuk lah!” beritahu Zara Irdina sambil muncungkan bibirnya. Tengku Izraf Akif meletakkan surat khabar di atas bangku lalu mendekati isterinya yang menahan rasa mual di dalam dada.

“Pergilah jauh sikit, tak tahan nih!”kata Zara Irdina menolak badan suaminya. Tengku Izraf Akif semakin mendekati isterinya, lalu dirangkulnya Zara Irdina dengan erat.

“Jangan berlagak boleh tak? Bau badan kambing pun tak tahan nih!” guraunya. Kau bukan isteri bos besar di syarikat lagi lah. Ini dunia aku sekarang, dan kau kena belajar semua ini. Aku jentik telinga baru tau.

“Tak boleh, tak tahan!”tepis Zara Irdina. Tengku Izraf Akif mengucup pipi isterinya, mula-mula pipi kanan, selepas itu pipi kiri. Dibiarkan bau kambing di badannya sebati di pipi Zara Irdina.

“Uweekkk..,”

“Tahan, jangan muntah kat sini, kalau muntah jugak aku cium bibir kau!”

“Tolong arr..,” pinta Zara Irdina, lagi galak Tengku Izraf Akif mencium kedua belah pipi isterinya. Dahi lah, dagulah terus ke hidung. Bibir saja minah nie cukup pantang suaminya mencium bibirnya.

“Berlagak tak bertempat. Kau akan hidup dalam dunia aku sampai ke akhir hayat. Bau kambing bau lumpur ini sampai ke akhir hayat kau!” tanah lumpur yang melekat di lengannya sengaja dipalitkan ke tangan Zara Irdina. Zara Irdina menepisnya tetapi Tengku Izraf Akif tidak peduli pun. Dipalit pula ke hidung Zara Irdina.

“Akif!” jeritnya nyaring.

“Kah.. kah.. kah!”

“Aku tumbuk muka kau nanti, tak pasal pulak!”

“Tak ada maknanya kau nak mengamuk berbagai, lebih dari ini pun aku berani buat. Ini perkara kecil sangat!”

“Akif, tolong lah, lepaskan aku!” rayu Zara Irdina, rasa pening sangat sekarang.

“Tak nak!”

“Pening, nak termuntah semua ada!”

“Sebab otak fikir macam tu, cuba terima bau badan suami kau nih. Jangan menafikan semua tu...,”

“Tak nak, aku nak suami aku yang segak, yang bergaya macam dulu, tak nak yang macam ini..,” jawabnya ikhlas. Aku nak Akif yang dulu, bukan Akif yang ini.

“Nak yang segak saja, yang tak segak tak mau lah!”

“Tak mau, kahwin dengan kau sebab kau segak saja lah, sejuk mata memandang kalau macam ni.....,”

“Apa???”

“Nak suami Tengku Izraf Akif yang dulu bukan yang ini lah!” spontan jawapannya.

“Sebab??” nampak sangat dia berkecil hati dengan jawapan yang diberikan oleh Zara Irdina.

“Tak ada sebab!” jawab Zara Irdina.

“Aku terima kau biar pun badan kau gemuk, perut buncit atau apa saja. Aku terima kau walaupun kau tak sempurna, atau pun kau cacat, malah kalau kau tak cantik pun aku tetap akan berkahwin dengan kau lah, Zara Irdina!” ujar Tengku Izraf Akif dengan penuh yakin. Jawapan itu membuatkan rasa mual dan pening kepala Zara

Irdina hilang serta merta.

Betul kah aku tak boleh terima Akif yang ini. Akif yang paling aku sayang sejak dari dulu sampai sekarang. Betul kah aku pentingkan Akif yang segak dan bergaya saja. Tentu hati dia terluka dengan kata-kata yang aku lafaz tadi. Itu lah cakap ikut sedap mulut saja.

“Tak nak jugak, nak Akif yang dulu, tak nak yang ini!” ulang Zara Irdina. Kasih sayang Akif tak mampu dilunturkan dengan kata-kata masam ini. Tak mungkin dia akan rasa terlalu berkecil hati. Kenal sangat dengan dia.

“Woiii...” jerkah Tengku Izraf

“Apa?” jerkah Zara Irdina balik. Dia tak lepaskan pelukannya, malah semakin rapat lagi dengan Zara irdina.

“Kau memang nak kena dengan aku!” terus ditarik Zara Irdina dan mahu di bawa masuk ke dalam rumah. Kunci di tangan Zara Irdina di rampasnya.

“Nak buat apa nih?”

“Nak ajar kau supaya kenal dengan suami kau sendiri. Sebab berlagak sangat!”

“Ha ha ha...,” ketawa Zara Irdina dan mengambil kunci di tangan suaminya. Ditolak badan Tengku Izraf Akif dengan kuat, sehingga merenggangkan pelukan antara mereka berdua dan dia terus berlari ke arah pantai.

“Dina!” panggil Tengku Izraf Akif sambil mengejar isterinya dari arah belakang. Zara Irdina memperlahankan langkahnya. Dia memegang perutnya tiba-tiba.

“Dina, okey ke?” tanya Tengku Izraf Akif cemas sangat. Dia turut memegang perut Zara Irdina.

“Tolong jaga dia untuk abang, Dina. Abang nak sangat anak ini..,” jawabnya semakin risau.

“Aku, kau tak nak ke?”

“Kau lagi lah aku nak, sebab kau yang nak kena lahirkan anak-anak aku!”

Dia tak boleh ke guna bahasa yang puitis sikit, kata-kata yang romantik, supaya indah telinga aku mendengarnya.

“Kau memang tak romantik langsung!”

“Dah habis romantik dah ni!”

Romantik dia macam ini ke? Ini tak ada anak lagi. Ada anak esok tak tahu lah bahasa apa nak kena dengar kelak. Tengku Izraf Akif, kau dengar semua orang boleh pula berbahasa indah dan molek, tetapi dengan isteri kau, segala bahasa kau guna yer.



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku