Benci ke Sayang? (Oh... My Encik Tunang?)
PROLOG
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 13 Mac 2014
Novel ini sudahpun diterbitkan dalam bentuk cetakan dan digital. Dapatkan naskhah anda hari ini.
Penilaian Purata:
(4 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
8929

Bacaan






“ERENA AMANI!” jerit Datin Katrina dari luar pintu bilik.

Suara wanita itu kedengaran nyaring. Bertubi-tubi wanita itu mengetuk pintu bilik Erena. Bagai hendak pecah dikerjakan pintu itu, namun masih tiada tanda-tanda gadis itu akan menyahut panggilannya. Budak nilah… takkanlah dah pekak kot? Telinga dia bersumbat dengan earphoneke? Seronok sangat dengar lagu Korealah tu. Huhh! Geramnya dia!

Datin Katrina bercekak pinggang. Wajahnya merah menyala, umpama ditenyeh dengan cili merah. Kalau letak bom di sebelahnya pun, mesti dia tidak akan sedar. Entah-entah, siap berpeluk sakan dengan bom. Agaknya kalau bom meletup pun, anak gadisnya itu masih lagi membungkus bak London Swissroll dengan kain selimutnya.

Mengenangkan sikap Erena yang saban hari semakin teruk itu, membuatkan kepala Datin Katrina berputar 360 darjah celcius. Sakit kepalanya melayan karenah anak gadis tunggalnya yang manja dan bersikap seakan kebudak-budakan itu.

Datin Katrina melepaskan keluhan panjang. Dia menggeleng. “Subhanallah… budak ni, matahari dah meninggi pun masih tak reti nak bangun-bangun lagi? Takkanlah nak tunggu bulan terpacak kat atas kepala, baru nak bangun? Hisy!” bebel Datin Katrina panjang lebar.

Lantas, tombol pintu bilik Erena dipulas. Alangkah terkejut badaknya Datin Katrina apabila melihat ‘pemandangan indah’ di dalam bilik Erena.

Dia mendengus keras. “Ya ALLAH, bilik macam sarang tikus! Tak lama lagi, ada la ular sawa datang bertandang kat dalam bilik ni. Rena… Rena…” panggilnya geram.

Datin Katrina menggeleng apabila melihat suasana di dalam bilik Erena yang bersepah macam sampah itu. Kain baju bersepah, macam setahun tidak berlipat. Dengan buku yang bertaburan di atas lantai, umpama daun kering yang berlonggok di atas jalan raya. Masya-ALLAH… perempuan apalah macam ni? Anak aku ke ni? Bebelnya di dalam hati.

Sekali lagi Datin Katrina menggeleng kepala apabila melihat Erena yang masih lagi membungkus dengan kain selimutnya di atas katil. Wanita itu menarik muka geram. “Masya-ALLAH… tak habis-habis dengan kain selimut dia tu. Hisy, dah macam hantu bungkus!” marahnya lagi.

Lalu, wanita itu melabuhkan duduk di sebelah Erena. “Rena… Rena… bangun! Dah lambat ni. Kejap lagi kan kamu ada kelas. Nanti terlambat pula. Kamu juga yang susah,” kejut Datin Katrina sambil menggoyang tubuh Erena.

Spontan Erena mengeliat lalu membuka sebelah matanya. Kemudian, gadis itu menutup matanya kembali. Dengan selamba badaknya, gadis itu menarik kain selimutnya hingga ke paras dada lalu memejamkan matanya semula.

Mulut Datin Katrina ternganga luas. Lalu, wanita itu menarik muka geram. “Astaghfiurlah al-azim! Budak ni, boleh pula dia tidur lagi?” bebel Datin Katrina geram.

Lantas wanita itu bangun lalu menarik selimut yang menutupi tubuh anak gadisnya, namun Erena tetap membungkam di atas katil. Langsung tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda untuk bangun dari katil kesayangannya itu.

Datin Katrina mendengus geram. Dia bercekak pinggang. “Hisy, sleeping beauty ni… teruk bebenor perangainya. Tak boleh jadi ni. Makin menjadi-jadi kalau dibiarkan,” omel Datin Katrina lagi.

Datin Katrina terdiam seketika, memikirkan cara yang paling sesuai untuk membuat Erena bangun dari katilnya. Wanita itu mengetuk dagu. Hmm… macam mana nak buat, ya? desis hatinya.

Tiba-tiba, satu idea jahat menjengah ke kotak fikirannya. Spontan, bibirnya terukir senyuman penuh makna. He he he… siap kau, Erena Amani! Hatinya tergelak jahat.

Lalu, Datin Katrina melangkah masuk ke dalam bilik air. Dalam masa beberapa saat, dia keluar semula bersama sebaldi air sejuk. Wanita itu tersenyum jahat. Keningnya terjungkit sebelah.

Dah besar panjang pun, mama kena mandikan, ya? Ala, bucuk-bucuk… Dengan selamba kataknya, dia menyimbah air sejuk itu ke tubuh Erena.

Erena terkejut besar dengan tindakan mama. Apa lagi? Menggigil tubuh Erena dek siraman air sejuk itu. Spontan gadis itu menapak bangun. Tegak gadis itu berdiri, bak sedang menjalani latihan polis di Pusat Latihan Polis (PULAPOL).

Datin Katrina mengukir senyum sinis. Padan muka! Baru reti nak bangun? Haa… nilah padahnya! Amekaw, rasakan penangan air sejuk! ejek hati Datin Katrina geram.

Kening Datin Katrina terjungkit sebelah. Dia tersenyum mengejek. “Hah, boleh pun bangun? Ingatkan, nak bertapa lagi kat atas katil tu. Dah kena siram dengan air sejuk, baru nak bangun?” bebel Datin Katrina geram.

Erena menarik muncung panjang. Lalu, gadis itu melabuhkan duduk di atas katil. “Hah, apa ni mama? Tengok, kan dah basah. Rena nak tidur kat mana nanti?” balas Erena sambil jari telunjuknya tertuju ke arah katilnya yang sudah basah lencun.

Datin Katrina tergelak sinis. “Tak payah tidur sampai bila-bila, jadi robot! Matahari dah terpacak kat langit pun, tak reti-reti nak bangun? Apa nak jadi dengan kamu ni, Rena? Kamu tu perempuan. Kalau macam nilah gayanya, siapa nak beristerikan kamu?

Bilik dah macam tong sampah! Kain baju merata-rata! Buku bersepah sana-sini, macam baru lepas kena rompak aje! Huhh, mama pun tak tahu nak cakap apa lagi. Cubalah berubah, Rena. Kamu bukan budak kecil lagi, dah besar panjang,” bebel Datin Katrina.

Erena menarik muka cemberut. Lalu, gadis itu menjeling geram. Aduh, mama dah mula membebel. Kalau dah mula tu, sampai ke malamlah aku kena menadah telinga mendengar ceramah mama. Huhh, tidak!!! bentak Erena dalam hati.

“Ala mama, Renakan budak lagi. Kalau dah namanya budak, mana reti nak kemas bilik,” balas Rena tidak mahu mengalah. Siap menayang sengihan lebar lagi.

Datin Katrina membuntangkan matanya. Siap bercekak pinggang lagi. “Kamu bukan budak lagi, Rena. Kamu dah boleh jadi mak budak,” balas Datin Katrina geram.

Bulat mata Erena apabila mendengar kata-kata itu. Lalu, gadis itu menarik muka cemberut. “Mama, Rena muda trang tang tang lagilah! Belum sampai masanya nak jadi mak budak tau,” balasnya spontan. Apalah mama aku ni? Ke situ pula. Tak naklah aku kahwin di umur belia macam ni. Hisy!

Datin Katrina mendengus geram. Hisy, ada aje jawapannya. Luku baru tau! Tak pasal-pasal jadi biul terus. Hatinya membebel geram. “Dah, mama tak nak dengar apa-apa alasan lagi! Pergi mandi sekarang, lepas tu turun bersarapan. Lepas sarapan, kemas bilik ni. Sakit mata mama tengok tau!” arahnya tegas. Serentak itu, dia melangkah keluar dari bilik Erena.

Erena menarik muncung panjang. Gadis cantik itu menjeling geram. “Mama ni, ada ke suruh aku jadi mak budak? Hisy, tak patut! Tak nak aku kahwin awal-awal ni, buat menyemak kepala otak aje,” omel Erena geram.

Bila teringatkan arahan mama, Erena segera menapak turun dari katilnya yang sudah basah lencun.

Sebelum mama mula membebel, baik aku ikut arahan mama. Mama kalau dah mula berceramah, kalah Ustazah Siti Nor Bahyah. Hisy… tak sanggup aku nak tadah telinga dengar ceramah hebat dari mama. Lalu, cepat-cepat dia melangkah masuk ke dalam bilik air.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku