Benci ke Sayang? (Oh... My Encik Tunang?)
BAB 4
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 13 Mac 2014
Novel ini sudahpun diterbitkan dalam bentuk cetakan dan digital. Dapatkan naskhah anda hari ini.
Penilaian Purata:
(11 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
8013

Bacaan






ERENAmelepaskan keluhan panjang. Wajah gadis cantik itu kelihatan masam mencuka. Dia mengelamun jauh. “Hmm… kenapa semuanya jadi begini? Kenapa paksa aku?” keluhnya perlahan. Kahwin? Hmm… Hatinya mengeluh berat.

Spontan, ayat yang terungkap daripada bibir papa terngiang-ngiang di cuping telinganya. Satu permintaan yang benar-benar di luar jangkaannya. Ah, ini bukan permintaan lagi. Tapi, ini sebuah paksaan. Argh, grrr! Hatinya membentak keras.

“Bila papa buat keputusan ni, papa tak bergurau. Papa benar-benar serius dengan keputusan papa. Papa tetap nak Rena kahwin sama ada Rena setuju ataupun tidak!”

Argh! Erena menjerit geram. Permintaan papa benar-benar sudah keterlaluan. “Kenapa papa nak aku kahwin? Kenapa mesti aku? Kenapa? Hisy!” jeritnya geram. Ah, kusut jadinya memikirkan isu kahwin ini.

Kalaulah dia berada di atas bukit, dia mahu menjerit sepuas hati. Biarlah orang nak cakap apa sekalipun, janji dia dapat melepaskan kemarahan yang terbuku di dada.

Erena mengeluh. Otaknya berserabut memikirkan keputusan papa yang mahu dia berkahwin. Dengan siapa pun dia sendiri tidak tahu. Ah, aku pun tak ingin nak tahu siapa. Pokoknya, aku tak nak kahwin! bentak hatinya lagi.

“Argh!” Erena menjerit untuk kesekian kalinya. “Kenapa papa boleh terfikir perkara macam ni? Kalau suruh aku belajar ke, memasak ke, berenang ke, boleh diterima lagi. Ni… nak aku kahwin? Ridiculous! Oh my ALLAH...Aku tak nak kahwin! Hisy!” jeritnya geram.

Erena terdiam sejenak. Serabut memikirkan keputusan papa yang terlalu drastik dan gila itu. Ah, papa macam hakim berat sebelah. Menjatuhkan hukuman tanpa perbicaraan. Ah, aku pula macam pesalah yang dijatuhkan hukuman berat. Kahwin? Oh no!Minta simpang 44 malaikat. Tak hingin aku!

Erena melepaskan keluhan panjang. “Argh! Aku tak nak kahwin!” Sekali lagi dia membentak.

“Tapi… macam mana aku nak elak dari mengikut kemahuan papa? Aduh, bencinya!” ngomel Erena sambil tangannya memegang kepala. Bak kata Shuib Sepahtu, peninglah!

Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Ah, dia mati kutu! Otaknya menemui jalan mati. Ya ALLAH… macam mana nak cari jalan bagi menyelesaikan masalah ini? Ah, dia sendiri tidak tahu.

Erena meraup mukanya. “Kenapalah nasib aku jadi macam ni?” ucapnya lagi.

Sedang asyik mengelamun memikirkan masalah dunianya, tiba-tiba Erena dijerkah dari arah belakang. “Hah!”

Erena terkejut badak. Seperti biasa, gadis itu melatah. “Oiit, mak kau meletup!” latahnya tanpa sedar.

Fina ketawa terbahak-bahak. Geli hatinya apabila melihat reaksi Erena yang terkejut badak mendengar jerkahannya. Hah kau… terus melatah, kelasss kau Jahh!

Erena membuntangkan matanya. Siap bercekak pinggang lagi. Lagaknya seakan cikgu disiplin yang sudah bersedia untuk menghamburkan amarah pada anak muridnya. “Amboi-amboi mak cik, kau siap boleh gelak besarkan? Kenapa tak guling-guling atas tanah aje, baru best,”sindirnya.

Fina tidak membalas. Sebaliknya, gadis itu masih tergelak besar lagi. Rena… Rena… dah macam mak singa aje. He he he… geli betul hati aku bila tengok kau, Rena.

Mulut Erena ternganga luas. Raut wajahnya berubah menjadi masam mencuka. “Nurfina Qistina binti Roslan, kau tak penat ketawa ke? Nak join kelab pontianak mengilai ke?” perlinya pedas. Hisy, kepala aku dahlah tengah serabut. Minah sengal ni pula menambah lagi. Aku sepak masuk gol, baru tau. Hisy!

Fina tersengih. “Ala, kau ni… tak sportinglangsung. Relaxkawan. Janganlah serius sangat. Macam cikgu disiplin aje. Bawa bertenang, Rena. Bak kata Nora Danish, kita enjoy!”guraunya dengan sisa tawanya.

Erena menjeling geram. “Ha ha ha… lawaklah? Boleh tak kau jangan menambah kekusutan aku? Aku dahlah tengah stress.Kau tambah lagi stress aku!” marahnya lantang. Hisy, aku stapler mulut kau baru tau. Bising aje!

Kening Fina terangkat sebelah. “Kenapa, Rena? Cuba cerita kat aku,” soalnya beria-ia ingin tahu.

Erena mengeluh panjang. Spontan, raut wajah itu berubah kelat apabila mendengar soalan cepumas itu. Hmm… bila teringatkan permintaan gila papa, rasa marah serta-merta menguasai hati. Argh, aku tak nak kahwin! Aduh, kenapa papa beria-ia nak aku kahwin? Bencilah! bentaknya dalam hati.

Dahi Fina berkerut. Gadis itu menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Sejujurnya, dia jadi hairan apabila melihat reaksi kawan baiknya itu. “Erena Amani, are you ok?”Segaris senyuman nipis bergayut di bibirnya.

Erena tersentak. Serta-merta lamunannya hilang. Spontan, keluhan panjang terluah di bibirnya. “Aku ada masalah besar, Fina,” luahnya. Raut mukanya kelihatan masam macam orang baru tertelan sebalang garam. Gaya gadis itu pula serupa macam orang baru mati laki sahaja.

Kening Fina terangkat sebelah. “Masalah? Apa dia?” balasnya, beria-ia ingin tahu. Ni mesti kes elaun kena tolak kot? He he he… kalau betul tekaan aku, kasihan kau, Erena.

Erena menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Ya ALLAH… serabutnya kepala aku ni. Semua ni papa punya pasallah! Hisy, peninglah! bentak hatinya geram.

Dahi Fina berkerut seribu. Kenapa dengan minah ni? Hairan binti ajaib betul. “Erena?” tegurnya.

Erena mengeluh lagi. “Aku kena kahwin, Fina,” balasnya dengan suara lemah. Siap tayang muka orang tak bersalah lagi. Umpama terpaksa jadi bidan terjun. Kasihannya! Hu hu hu…

Fina ternganga luas. Siap tayang muka terkejut buayanya lagi. Dia agak terkejut apabila mendengar jawapan Erena. Haa… biar tembikai? Tiba-tiba, dia tersenyum lebar, siap bertepuk tangan lagi. Bagai sedang meraikan majlis hari jadi.

Erena tercengang. Mulutnya ternganga luas. “Oii mak cik, kenapa dengan kau ni? Yang kau tepuk tangan bagai nak gila tu, kenapa? Seumur hidup kau, kau tak pernah tepuk tangan lagi ke? Aku tengah buat show ke apa?” bidasnya geram. Hisy minah ni, geramnya!

Fina tersenyum lebar. Keningnya berjungkit berulang kali. “Aku gembira dengan berita kau, Rena. Hisy, best! Siapa lelaki bertuah tu?” Dia mula teruja.

“Bertuah? Kau cakap dia bertuah sebab dapat kahwin ekspres dengan aku? Wei, aku yang bernasib malang tau! Tak pasal-pasal papa suruh aku kahwin. Aku tak nak kahwin, Fina!” bentak Erena lagi.

Dahi Fina berkerut seribu. “Kenapa pula kau tak nak kahwin? Seronok tau!” balas Fina hairan. Pelik aku dengan minah ni. Dapat kahwin freepun, tak nak ke?

Erena melopong. Selepas itu dia ketawa buat-buat. “Seronok apanya? Fina, aku baru 19 tahun tau. Muda lagi wei! Takkanlah dah kena kahwin? Aku belum puas enjoy! Sepatutnya, umur macam kita ni… masih buat kerja gila lagi. Bukannya kena paksa kahwin,” balasnya bersungguh-sungguh.

Fina ketawa geli hati. “Kau nilah Erena, nak kahwin pun, tak nak. Orang lain kan… mesti dah meloncat macam pocong sesat bila dah nak kahwin ni, bukannya susah hati macam rumah baru lepas kena gadai,” bebelnya. Dia menayang muka hairannya. “Apa yang susahnya, Rena? Kahwin ajelah, habis cerita,” tambahnya beria-ia.

Erena semakin tercengang. Argh, ada juga yang merasa cili api ni! “Kau ni Fina, tak boleh tolong langsunglah! Kepala aku dahlah tengah kusut, kau tambah lagi. Hisy, menyesal cerita dengan kau tau! Dapat sakit hati aje,” bebelnya geram. Tak guna punya kawan, jerit hatinya geram.

Fina ketawa geli hati. “Rena, kau nak marah pun tak ada gunanya tau. Takkan kau tak kenal Uncle Harris? Kalau putih katanya, putihlah jadinya. Tak boleh jadi hitam. So,apa susah? Kahwin ajelah, habis cerita. Tak payah fikir apa lagi. Buat kusutkan otak kau aje. Dahlah, aku pergi dulu. Aku ada kelas lepas ni. Bye!” Selepas menuturkan ayat itu, dia terus pergi meninggalkan Erena sendirian.

“Argh, tak boleh tolong langsung! Menyakitkan hati ada, bencilah!” Erena mendengus geram. “Macam mana nak buat ni? Aku tak nak kahwin!



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku