Benci ke Sayang? (Oh... My Encik Tunang?)
BAB 6
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 13 Mac 2014
Novel ini sudahpun diterbitkan dalam bentuk cetakan dan digital. Dapatkan naskhah anda hari ini.
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
7491

Bacaan






DR. QASYIFULmembuka tin Milo lalu mengambil satu sudu besar serbuk Milo kemudian meletakkannya ke dalam cawan. Kemudian, dia membuka balang kecil yang berisi gula. Dia mengambil satu sudu kecil gula dan meletakkannya ke dalam cawan.

Air panas yang ada di dalam cerek elektrik diambil lalu dituang ke dalam cawan. Selesai menuang air panas ke dalam cawan, Dr. Qasyiful membancuh minuman mengikut arah lawan jam.

Selesai membancuh minuman panasnya, Dr Qasyiful mengambil cawan lalu membawanya ke ruang tamu. Cawan itu diletakkan di atas meja. Dia melabuhkan duduk di atas sofa.

Dia menghirup sedikit air Milo yang panas itu, kemudian meletakkan kembali cawan itu di atas meja. Tiba-tiba, dia mengeluh. Dia menyandarkan tubuhnya lalu memejam mata. Dia mahu merehatkan minda seketika setelah seharian penat bekerja. Ah, penatnya!

Sedang asyik melayani perasaannya, tiba-tiba bayangan wajah Erena menerpa. Terus dia tersentak. Spontan, matanya terbuka

Dahinya berkerut seribu. “Apa pasal wajah Rena boleh muncul dalam minda aku pula ni? Apa yang tak kena dengan aku ni?” Dia menampar kedua belah pipinya berulang kali.

Tiba-tiba, wajah Dr. Aiman menerpa. Spontan, dia teringat kembali perbualannya bersama Dr. Aiman sebentar tadi.

DR. AIMAN memandang tepat ke wajah Dr. Qasyiful. “Kau benar-benar tekad dengan keputusan ni ke, Qasy? Kau dah fikir masak-masak? Qasy, ni soal masa depan anak dara orang. Soal kahwin ni, jangan dibuat main,” soalnya serius.

Dr. Qasyiful mengukir senyuman. “Man, aku dah fikir masak-masak. Aku tekad dengan keputusan ni. Aku akan mengahwini Erena. Lagipun, Datuk Harris dan keluarga dah banyak membantu kita. Tanpa dia, klinik kita ni tak mungkin dapat sambutan yang menggalakan. Man, aku terhutang budi pada dia.”

Dr. Aiman mengeluh panjang. “Tapi Qasy, ini bukan cara yang sesuai untuk membalas budi Datuk Harris. Macam-macam lagi cara yang kau boleh buat untuk balas budi baik dia. Kau boleh tolak, jangan paksa diri. Macam yang aku katakan, perkahwinan ni seumur hidup.”

“Tak apalah Man, aku redha dengan takdir yang tertulis ni. Barangkali, Erena memang jodoh aku.” Dr. Qasyiful tersenyum. Biarlah… aku pasrah dengan suratan takdir yang tertulis ni, detik hatinya.

Dr. Aiman tersenyum kelat. “Kau dah bersedia berkahwin dengan gadis 19 tahun? Seorang gadis muda, berperangai seakan anak kecil, manja dan keanak-anakan? Kau tahukan Erena tu macam mana orangnya?”

Dr. Qasyiful terdiam. Hisy, soalan macam mesin gan. Sekali tembak, keluar soalan yang susah untuk aku jawab. Tepat mengena ke batang hidung aku sendiri. Tapi… ah, bersediakah aku? Entahlah, aku sendiri tidak tahu.

Dr. Qasyiful menarik nafas panjang. “Macam yang aku katakan tadi, Erena mungkin adalah jodoh yang ditetapkan oleh ALLAH SWT untukku. Insya-ALLAH, aku akan bimbing dia sebaik mungkin bila dia sah menjadi isteri aku.”

Dr. Aiman terdiam, tidak tahu hendak berkata apa lagi. Akhirnya, dia mengeluh panjang. “Tak apalah Qasy, kalau itu keputusan kau, aku tak boleh nak bantah lagi. Aku cuma mampu mendoakan yang terbaik untuk kau. Semoga tindakan yang kau ambil adalah terbaik. Aku juga berdoa agar kau bahagia di samping Erena.”

Dr. Qasyiful tersenyum nipis. “Amin, sama-samalah kita doakan.”

DR. QASYIFUL tersedar dari lamunannya apabila suara azan kedengaran bergema nyaring dari arah surau. Masya-ALLAH, jauh benar menungnya sampaikan tidak sedar jarum jam sudah berganjak ke petang.

“Astaghfirullahalazim, dah isyak rupanya,” ucap Dr. Qasyiful lalu meraup wajahnya. Berulang kali dia beristighfar di dalam hati apabila menyedari ketelanjurannya sebentar tadi.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku