Benci ke Sayang? (Oh... My Encik Tunang?)
BAB 10
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 13 Mac 2014
Novel ini sudahpun diterbitkan dalam bentuk cetakan dan digital. Dapatkan naskhah anda hari ini.
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
7759

Bacaan






“MAMA!”panggil Erena selamba. Siap menayang gaya kanak-kanak ribena lagi. Sengihan kerang busuk bergayut di bibir gadis cantik itu. Dia menayang muka tidak bersalah di hadapan mamanya.

Erena mengerling sekilas wajah Fina yang pucat lesi, macam orang dah kena sedut darah dengan hantu pontianak. Alahai, relax, ok? Jangan gelabah sangat. Karang, tak pasal-pasal terkantoi rancangan kita. Naya aje! Desisnya di dalam hati.

“Hmm…” balas Datin Katrina acuh tidak acuh. Dia yang sedang menceduk ayam masak merah ke dalam mangkuk kaca segera berpusing ke belakang.

Matanya terbuntang luas. Dia terkejut besar melihat penampilan anak gadisnya itu. “Astaghfirullahalazim… Erena?” Wanita itu ternganga luas, terkejut badak apabila melihat penampilan Erena.

Erena menguntum senyuman lebar. Sengaja menayang muka selamba badak di hadapan mama. “Yes mama, why?”balas Erena selamba. Siap berkedip-kedip mata lagi.

Fina yang berdiri di sebelah Erena, bertindak sebagai pendiam. Gulp, dia menelan liur. Alamak, habislah! Sebentar lagi, dia pasti akan ditembak beribu-ribu soalan dari Datin Katrina. Pomm! Belum kena tembak lagi, Fina rasa seakan mahu rebah ke lantai.

Datin Katrina mula bercekak pinggang. Matanya membulat bak huruf O. “Astaghfirullahalazim… Rena!” Wanita itu beristighfar panjang. “Yang Rena pakai macam ni, kenapa? Rena tahukan hari ni bakal suami Rena akan makan malam dengan kita? Rena sengaja nak malukan mama dengan papa, kan?” suaranya lantang.

“Hisy mama ni, ada ke tuduh Rena macam tu? Sampai hati mama! Rena bukan nak malukan mama dengan papa tau. Lagipun, salah ke kalau Rena berpakaian macam ni? Rena kan anak manja mama dengan papa,” balas Erena selamba.

Datin Katrina memicit dahinya. Kepalanya tiba-tiba rasa pening. “Rena cakap tak salah? Pakai baju kartun Tom and Jerry, dengan seluar warna pink, siap ikat tocang dua lagi, macam orang nak tidur aje. Apa semua ni, Rena?” bebelnya geram.

Erena sengaja menayang raut muka selamba, seperti tidak melakukan apa-apa kesalahan. “Tak apalah, mama. Biarlah… Kalau betul dia nak kahwin dengan Rena, dia kena terima perangai manja Rena ni,” balasnya selamba. Serentak dengan itu, dia melangkah ke ruang makan. Meninggalkan Fina sendirian bersama mamanya di situ.

Fina membuntang mata. Hisy, boleh pula dia tinggalkan aku sendirian kat sini? Hisy! Haa… macam ni ke kawan? Hampeh! bebel hatinya geram.

Datin Katrina jadi sesak nafas. Hatinya geram mendengar jawapan Erena. “Hisy, budak bertuah ni! Kalau tak buat mama pening, memang tak sah. Boleh kena serang penyakit jantunglah macam ni,” bebelnya geram.

Fina meneguk liur. Setapak demi setapak dia melangkah, bimbang kalau-kalau Datin Katrina perasankan kehadirannya di situ.

“Hah Fina, kamu nak pergi mana?” tanya Datin Katrina lantang. Siap merenung tajam wajah Fina.

Langkah Fina mati. Dia berdiri tegak umpama askar di hadapan Datin Katrina. Bibirnya terukir senyuman payah. Aduh, mati aku! “Err… Fina nak pergi kat Rena, auntie,”jawabnya teragak-agak.

Datin Katrina melepaskan keluhan panjang. Wanita itu menarik muka cemberut. “Kenapa Rena pakai macam tu, Fina? Macam kanak-kanak tak cukup umur aje lagaknya. Hisy, malu auntie dengan bakal suaminya,” bebelnya geram.

Fina hanya tersenyum.

Tiba-tiba, sesuatu terlintas di fikiran Datin Katrina. “Fina mesti ada kaitan dengan rancangan Rena, kan? Kalau tak, tak adalah lama sangat terperap dalam bilik tu,” tekanya. Dia siap mengecilkan bola matanya. Sengaja hendak menakut-nakutkan kawan baik anaknya itu.

Fina menelan liurnya. Oh my ALLAH...rasa macam nak pitam kat sini sekarang juga. Habis aku! “Err… mana ada, auntie.Fina tak tahu apa-apa pun. Fina pergi dululah, auntie.Rena dah tunggu Fina tu.” Dia mula menggelabah.

Cepat-cepat gadis itu berlari ke ruang makan. Bimbang kalau-kalau Datin Katrina menembak dengan soalan yang susah hendak dijawab itu. Ceh, macam menduduki peperiksaan SPM saja gayanya, itu pun nak takut.

Datin Katrina menggosok dada. Subhanallah! “Aduh, sakit dada aku! Pening kepala! Apalah nasib, dapat anak bertuah macam ni?” bebelnya geram.

FINAmenjeling geram. “Yang kau tinggalkan aku terkontang-kanting kat sana tu, kenapa? Terkial-kial aku depan mama kau tau,” bebelnya geram. Nasib baiklah aku dapat menyelamatkan diri. Kalau tak, pecah tembelang kita tau! Haa… tadahlah telinga kau dengar bebelan Auntie Katrina selama tujuh hari tujuh malam. Padan muka! desis hatinya.

Erena tersengih. “Sorry… aku tak sengaja. Lagipun, aku terlupa kau ada kat sana. Ala bucuk-bucuk, tak mau la marah, okey.”

Fina membuntang mata. Sekali lagi, dia menghadiahkan jelingan tajam buat Erena. “Tak sengaja konon? Rahsia kau pecah, baru kau tau nak terkontang-kanting. Padan muka kau!” marahnya lagi.

Erena masih lagi tersengih bak kerang busuk. “Ala… sorryla bucuk-bucuk. Bukannya aku sengaja. Lagipun, aku nak mengelak soalan maut mama. Sebab tulah, aku blah cepat-cepat. Punya nak larikan diri, terlupa yang kau ada kat sana. Sorry, derr…” pujuknya.

Fina mencebik. “Haa… banyaklah kau punya cekadak. Haa… lagi satu, tak payah nak bucuk-bucuk sangatlah. Geli aku dengar tau! Aku bukan budak kecil lagi, dah besar.”

Erena tersengih lagi.

Fina menjeling geram. “Sengih… sengih… macamlah lawa sangat,” bidasnya geram.

Belum sempat Erena menjawab, tiba-tiba Datin Katrina menghampiri sambil menatang dulang yang berisi minuman.

“Hah… Rena, tolong mama hantar minuman ni ke depan,” arah Datin Katrina selamba. Dia meletakkan dulang yang berisi minuman itu di hadapan Erena. Kemudian, dia meneruskan kerjanya semula.

Erena terpempan. Dia ternganga luas. Haa… hantar dulang ni ke depan? Biar tembikai? Takkanlah aku kena hantar dulang ni ke depan pula? Hisy, tak nak aku! omel Erena dalam hati.

Matanya melirik ke arah Fina. Kawan baiknya itu sudah menyengih bak kerang busuk Hisy, perli akulah tu. Spontan, cubitan hinggap di peha Fina.

Fina tersentak. Eh? Ada ketam sesatlah pula. Cis, sakit peha aku tau! Dia menjeling Erena dengan tajam. Hisy, main cubit-cubit pula! Ingat kita tengah berkaraoke lagu Senggol-senggolan, cubit-cubitan ke, hah?

Datin Katrina berpaling ke arah Erena semula. Wanita itu melopong apabila melihat dulang itu masih lagi ada di atas meja. “Rena, kamu dengar tak apa yang mama cakap tadi? Mama suruh kamu hantar dulang ni ke depan, bukannya tercegat kat sini macam tunggul kayu.”

Erena menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Isyh mama ni… Rena tak nak! bentaknya dalam hati. “Tapi mama, Rena seganlah,” dalihnya. “Lagipun, Rena… Rena… err...” Terkial-kial dia mahu mencari alasan untuk menolak arahan mama. Alahai mulut ni, mulalah nak tergagap-gagap.

Datin Katrina bercekak pinggang. Matanya membuntang luas. “Mama tak nak dengar apa-apa alasan dari kamu, Rena. Tunggu apa lagi? Pergilah cepat!” marahnya

Erena mendengus perlahan. “Tapi mama, Rena…”

Datin Katrina mendengus geram. Isyh… budak nilah! “Yang tercegat macam pokok tepi jalan tu, buat apa? Kaki tu bukannya melekat kat lantai pun! Pergilah hantar dulang ni ke depan!” gesanya lagi.

“Yalah… yalah… Rena pergi sekarang,” kata Erena geram. Tangannya mencapai dulang yang ada di atas meja lalu melangkah ke ruang tamu.

Hisy mama ni, sengaja nak kenakan akulah tu. Yang Fina tu pun satu, boleh pula tersengih-sengih, bentak hati Erena tidak puas hati.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku