Benci ke Sayang? (Oh... My Encik Tunang?)
BAB 11
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 13 Mac 2014
Novel ini sudahpun diterbitkan dalam bentuk cetakan dan digital. Dapatkan naskhah anda hari ini.
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
6613

Bacaan






“KENAPA aku pula yang kena hantar ke depan? Hisy mama ni, sengaja nak kenakan akulah tu. Fina kan ada. Suruh ajelah dia hantar,” bebel Erena geram.

Sebaik sahaja dia sampai di ruang tamu, langkahnya serta-merta mati. Mulut gadis itu ternganga luas. Matanya dapat menangkap satu figura yang sangat dikenalinya. Hah…. biar tembikai? Betul ke apa yang aku nampak ni? Aku belum rabun lagi, kan? desis hatinya.

Erena melopong. “Dr. Qasyiful?” tuturnya tanpa sedar. Berulang kali gadis itu menenyeh matanya, hendak memastikan apa yang dilihatnya adalah benar. Namun, sangkaannya tidak meleset. Figura itu ternyata adalah milik Dr. Qasyiful. ‘Pelik bin ajaib! Apa yang Dr. serioustu buat kat sini? Angin tak ada, ribut pun tak ada, taufan jauhlah sekali… tapi, dia boleh ada kat sini? Apa, nak joinsama melihat bakal suami aku tu ke?’ gerutunya kehairanan.

‘Takkanlah dia juga sama-sama nak melihat bakal suami aku? Jangan… jangan…’

Tiba-tiba, sesuatu menyinggah ke kotak fikirannya. Huhh! Erena ternganga luas, namun segera gadis cantik itu menekup mulutnya. Matanya terbeliak luas. “Oh my Allah!Jangan-jangan… dialah bakal suami aku? Jangan-jangan… papa nak kahwinkan aku dengan dia?” ucap Erena mula kaget. Kahwin dengan Dr Serious? Oh, tidak! Aku tak nak! Hati Erena membentak keras.

Erena mula jadi gelabah tidak tentu hala. Kalau betullah tekaan aku, maka malanglah nasibku. Hisy. tak naklah aku kahwin dengan Dr. Serioustu. Dahlah asyik serius 24 jam aja, langsung tak ada segaris senyuman di bibir pula tu. Gerutu hatinya.

Kalau benarlah Dr. Qasyiful bakal suaminya, hancuss semuanya! Alamatnya, akan huru-haralah hidupnya selepas ini. Pasti seribu satu jenis masalah akan menimpa hubungan mereka.

Erena menayang muka resah gelisah. “Huhh, tak boleh jadi ni! Walau apapun yang berlaku, aku tak nak berkahwin dengan Dr. Serioustu. Aku tak nak jadi isteri dia. Hisy, tolonglah… tak teringin aku nak bersuamikan mamat serius 24 jam tu,” omel Erena lagi.

Erena terdiam sebentar. Memikirkan cara yang berkesan bagi membuat Dr. Qasyiful mematikan niat untuk mengahwininya. Pokok pangkalnya, dia tetap tidak mahu berkahwin dengan Dr. Seriousitu. Noktah!

Tiba-tiba, bibirnya terukir senyuman penuh makna. Satu rancangan nakal mula terbayang di minda. Ha ha ha…. gerenti lepas ni kau tak nak kahwin dengan aku punyalah.

Tanpa menunggu lama, Erena berjalan ke ruang tamu. Lalu, dia duduk melutut bak gadis Melayu terakhir di bucu meja. Satu per satu cawan diangkat lalu diletakkan di hadapan papa dan Dr. Qasyiful. Piring kecil yang terhidang dengan popia basah diangkat lalu diletakkan di sudut tengah meja.

Erena sengaja menayang senyuman sinis pada Dr. Qasyiful. Siap menayang muka sepuluh sennya buat lelaki kacak itu. “Enjoy your drink.”

Datuk Harris tersenyum lebar sambil matanya melirik memandang anak gadisnya. “Hah Rena, nilah bakal encik tunang kamu, merangkap bakal suami.”

Erena pura-pura terkejut. Gadis itu memandang wajah Dr. Qasyiful. Mereka saling berpandangan.

Dr. Qasyiful tersenyum nipis. “Assalamualaikum, Rena…”

Erena tersenyum. “Waalaikumusalam…” Dia memandang papanya. “Papa, Rena pergi dapur dululah.” Cepat-cepat dia berjalan menuju ke dapur. Tidak betah dia mahu berlama-lama di situ. Hatinya sakit apabila memandang wajah serius Dr. Qasyiful.

Kau tunggulah, Dr. Serious.Aku akan pastikan segalanya berjalan dengan tidak lancar.

NAFAS Erena turun dan naik tanda marah. “Kenapa harus dia? Kenapa Dr. Serioustu yang harus jadi suami aku? Kenapa? Hisy, dahlah muka sentiasa serius 24 jam, mengalahkan Perdana Menteri. Then, aku nak kena kahwin dengan Dr. Serioustu? Hah, memang taklah! Sorry naik lorilah,” bebelnya dengan suara perlahan.

“Hisy… dalam banyak-banyak lelaki kat dunia ni, kenapa mamat serius 24 jam tu juga yang jadi pilihan? Apa yang hebatnya dia? Muka sentiasa serius 24 jam tu ada la!” Geram Erena apabila memikirkannya.

“Kalau kahwinkan aku dengan pelakon Korea tu, tak apalah juga. Dahlah handsome,pandai menari pula tu. Dapatlah aku tumpang glamour. Ni tak, nak kahwinkan aku dengan mamat serius 24 jam tu. Apa yang dia ada? Hisy, geramnya!”

Fina ternganga besar apabila melihat Erena yang sedang membebel seorang diri, mengalahkan cikgu disiplin. Dahinya berkerut. “Kau ni dah kenapa, Rena? Dari tadi asyik membebel aje. Mulut kau tak reti penat ke?”

Erena menjeling tajam. Hisy minah ni, sibuk ajelah. Kepala aku dahlah tengah berserabut.

Erena yang ternampak kelibat mama, spontan menarik lengan wanita itu. Membuat langkah wanita itu terhenti.

Datin Katrina memandang wajah Erena. Geram dengan sikap kebudak-budakan anak manjanya itu. “Yang kamu tarik tangan mama macam budak kecil tu, kenapa? Mama nak ke depan, nak panggil Qasy dengan papa kamu. Sejuk pula makanan tu nanti,” marahnya.

Erena memandang mamanya dengan tajam. “Mama tahu kan pasal Dr. Qasyiful tu?”

Fina berkerut dahi tanda hairan. Hah… Dr. Qasyiful? Eh, kenapa tiba-tiba nama doktor kacak tu boleh terkeluar dari mulut Rena? Setahu akulah, Rena tak suka doktor tu. Almaklumlah, sentiasa serius 24 jam. Tapi… tiba-tiba aje nama itu disebut. Ada apa-apa ke ni? gerutu hatinya.

Datin Katrina tidak menjawab. Sebaliknya, wanita itu hanya tersenyum penuh makna. Tanpa menunggu lama, dia terus melangkah, meninggalkan anak gadisnya yang sudah ternganga luas.

Erena semakin geram. “Hisy, tak guna betullah! Aku aje yang tak tahu, kan? Bencilah!”

Fina menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Siap menayang muka hairan lagi. “Oit nenek, kau ni kenapa? Terjerit-jerit macam orang gila aje,” soalnya.

Erena menjeling tajam. “Hisy, diamlah! Bising aje kau ni!” marahnya. Dia segera ke dapur.

Fina tergamam. Aik, angin puting beliung mana pula yang dah merasuk kawan baik aku ni?



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku