Benci ke Sayang? (Oh... My Encik Tunang?)
BAB 13
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 13 Mac 2014
Novel ini sudahpun diterbitkan dalam bentuk cetakan dan digital. Dapatkan naskhah anda hari ini.
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
6482

Bacaan






ERENAdan Dr. Qasyiful bagaikan batu-batu besar di tepi jalan. Mereka berdiam tanpa sebarang bicara walaupun sejak tadi bersandar di tepi kereta Toyota Vios berwarna hitam milik Dr. Qasyiful. Macam ada jongkong emas di dalam mulut mereka. Sehingga menyukarkan mereka untuk melontarkan kata-kata.

Erena mencebik sambil menjeling geram. Hisy… dari tadi asyik diam aje. Mulut kau tu berkunci ke, hah? Ke kau dah jadi bisu? Apa, kau ingat aku ni tunggul kayu ke, hah? Buang masa aku ajelah. Hisy, bencinya!

Dr. Qasyiful masih lagi diam. Langsung tiada tanda-tanda untuk bersuara. Errr… nak cakap ke tak nak cakap? Aduh, kalut sungguh! Hisy!

Memikirkan hubungan mereka yang sedingin iceburg itu, membuat Dr. Qasyiful serba salah untuk bersuara. Kalau aku mulakan dulu, nak cakap apa, ya? Dia mengeluh. Entah mengapa, lidahnya seakan menjadi kelu. Aneh sungguh!

Tiba-tiba, Erena mendengus geram. Tidak tahan lagi apabila berhadapan dengan situasi itu. “Doktor…”

Dr. Qasyiful memandang wajah Erena. Serentak bibirnya terukir senyuman hambar. “Hmm…” balasnya. Nada suara itu kedengaran gugup.

Erena menarik nafas panjang. Wajah itu kelihatan serius. “Saya nak bagitahu sesuatu pada awak, Dr. Qasyiful. Awak dengar baik-baik, ya! Walaupun papa beria-ia nak saya kahwin dengan awak, tapi awak jangan berangan saya akan jatuh cinta pada awak. Faham?” Dia bersuara lantang. Nada suaranya juga kedengaran agak tegas.

Dr. Qasyiful terkedu.

Erena memandang Dr. Qasyiful. Sinis sekali pandangannya. “Tak pernah terdetik walau sedikit pun dalam hati saya untuk berkahwin dengan awak, Dr. Qasyiful. Saya tak teringin nak jadi isteri awak tau. Hisy! Saya tak tahu kenapa papa boleh terfikir untuk kahwinkan saya dengan awak? Punya banyak lelaki yang ada dalam dunia ni, mamat serius macam awak juga yang papa mahukan. Hei, apa yang awak dah buat kat papa saya, hah?” katanya kasar.

Dr. Qasyiful masih diam. Membiarkan Erena meluahkan apa yang terbuku di hatinya.

“Kalau ikutkan hati saya ni, nak aje saya lari dari rumah tau. Tak naklah saya kahwin dengan awak! Dahlah tak reti nak senyum, asyik serius 24 jam aje. Tak romantik langsung! Awak tau tak, saya tak suka lelaki yang serius macam awak ni!”

Walaupun bertubi-tubi ayat yang dituturkan Erena umpama mesin gan itu, namun Dr. Qasyiful sedikit pun tidak membalas.

Dahi Erena berkerut. Dia memandang wajah Dr. Qasyiful. Ah, wajah itu masih serius. Eh, Dr. seriousni ada masalah pendengaran ke? Punyalah lebar aku bersyarah, tapi boleh pula dia diam macam kayu? Hantu betullah!

Erena mendengus. “Awak ni pekak ke? Ataupun, mulut awak tu dah kena bius sampai jadi bisu? Saya bercakap dengan tiang elektrik ke?” jerkahnya kuat.

Tiba-tiba, Dr. Qasyiful tersenyum. Membuat dahi Erena semakin berkerut Eh, aku tengah buat lawak ke? Berkhutbah panjang lebar ada la. Habis tu, kenapa pula tiba-tiba dia tersenyum? omel hati Erena kehairanan.

Erena menjeling tajam. Geram melihat riak tenang yang terlukis di wajah Dr. Qasyiful. “Saya membebel kat awak punyalah panjang lebar, macam orang tengah berkhutbah. Tapi, awak boleh tersenyum pulak? Saya rasa, saya tak buat lawak pun. Apa yang lawak?” bidasnya keras.

Dr. Qasyiful menggeleng. Bibirnya masih lagi terukir senyuman. “Awak membebellah panjang lebar sekalipun, tak ada gunanya, Rena. Untuk pengetahuan awak, kita tetap akan bertunang dan akan bernikah tak lama lagi. Jadi, simpan ajelah bebelan awak tu. Buat membazir air liur awak aje membebel kat saya.”

Erena tergamam. Wajahnya cemberut. Ewah, sedap-sedap aje kau perli aku, ya? Hah… tak apa… tak apa… kita tengok siapa lagi hebat! bentak hatinya semakin geram.

“Saya tak nak kahwin dengan awak! Jadi, awak nak buat apa kat saya? Hei, sikit pun saya tak ada perasaan kat awak tau! Iyyuuu… siapalah nak bersuamikan lelaki serius macam awak? Tak hinginlah!” bidas Erena kasar.

Dr. Qasyiful mengukir senyuman sinis. Keningnya terjungkit sebelah. “Saya pun tak pernah impikan untuk beristerikan seorang gadis manja macam awak ni, Erena Amani! Sebab Uncle Harris dan Auntie Katrina, saya terima awak. Jadi, jangan fikir lelaki macam saya ni nak beristerikan gadis manja, gedik dan keanak-anakan macam awak. Sorry!”

Mata Erena membulat. Dia menggenggam buku limanya. “Eeii!” jeritnya geram. Serentak itu, dia terus berjalan masuk ke dalam dengan seribu satu kemarahan di hati. Malas hendak bertegang urat dengan Dr. Qasyiful lagi. Huhh, dapat sakit hati ada la!

Dr. Qasyiful mengeluh panjang. Kepalanya tergeleng-geleng apabila mengenangkan sikap Erena. Tak apalah, insya-ALLAH suatu hari nanti aku mampu membentuk kau, Erena.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku