Benci ke Sayang? (Oh... My Encik Tunang?)
BAB 15
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 13 Mac 2014
Novel ini sudahpun diterbitkan dalam bentuk cetakan dan digital. Dapatkan naskhah anda hari ini.
Penilaian Purata:
(20 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
7985

Bacaan






PUSING kiri, pusing kanan… Jalan ke depan, mundur ke belakang… semua serba tidak kena saja!

Argh! Erena resah gelisah. Macam kucing hilang anak. Berita yang disampaikan papa tempoh hari masih terngiang-ngiang di cuping telinganya.

“Minggu depan Rena dan Qasy akan bertunang.” beritahu Datuk Harris. Raut wajah itu kelihatan gembira. Masakan tidak, puteri kesayangannya akan bertunang tidak lama lagi.

Erena yang sedang minum air putih, tersedak. Hah?! “Apa dia, papa?. Bertunang minggu depan?.” Erena terjerit kecil.

Gadis itu menggaru kepala yang tidak gatal. “Papa sengaja bergurau dengan Rena kan?.” tambah Erena lagi. Mengharap supaya berita itu hanyalah gurauan semata-mata.

Datuk Harris tersenyum kecil. “Rena nampak muka papa macam muka geng Sepahtu ke?.” sindirnya selamba.

Erena tergamam. Gadis itu mencubit pipi. Ouch! Sakit! Dia ternganga luas. Kalau sakit itu bererti… dia tidak bermimpi! Ertinya… papa tidak bergurau. Oh My Allah….

Datuk Harris tergelak kecil. Sungguh sinis bunyinya. “Rena sangka  papa bergurau ke?. Papa tak bergurau, Erena Amani. Rena pun bukan dalam dunia Alice In Wonderland. Kenyataannya, Rena akan bertunang dengan Qasy minggu depan.” tambah Datuk Harris tegas.

Erena mengeluh panjang. Gadis itu meraup wajahnya. “Aku tak nak tunang dengan Dr. Serious tu! Aku tak sukakan dia! Macam mana aku nak jadi tunang dia sedangkan hati aku langsung tak berkenan dengan dia.” ucapnya gelisah.

Sekali lagi gadis itu mengeluh panjang. “Papa pun satu. Ada ke suruh aku tunang dengan dia?. Hisy! Kalau papa suruh aku tunang dengan pelakon Korea tu, tak apa juga. Dah la handsome, pandai menari pula tu. Ni tak, boleh pula suruh aku tunang dengan Dr. Qasyiful. Dah la tak romantik, serius aja 24 jam. Huhh!” tokoknya geram.

Erena menongkat dagu. Benci betul la bila kena paksa macam ni! Kenapa papa dan mama beriya-iya nak aku kahwin dengan mamat serius 24 jam tu?. Apa yang hebatnya dia?. Bebel hatinya geram.

“Oh mak kau meletup!” latah Erena apabila tiba-tiba sahaja seseorang menjerkahnya dari belakang.

Fina sudah ketawa besar. Geli hati melihat reaksi Erena. Rena.. Rena.. sehari tak melatah, memang tak sah. Itulah Erena Amani, ratu melatah sejak zaman-berzaman lagi. Ha ha ha… Ejek hatinya.

Erena menjeling geram. “Ha ha ha… lawaknya! Entah apa yang  kelakar, aku pun tak tahu.” bidas Erena geram.

Fina tidak menjawab. Sebaliknya, gadis itu masih lagi ketawa besar.

Erena membuntang mata. Siap bercekak pinggang. Kalah mak tiri Cinderella. “Dah la tu! Tak payah la nak ketawakan aku lagi, nenek! Aku dah la tengah serabut memikirkan masalah, kau pula menambah lagi. Heh, ada juga yang merasa kehebatan karate do aku ni!” bidas Erena bengang.

Fina menyengih. He he he…. “Jangan la serius sangat, Rena. Aku bergurau aja la. Tu pun nak ambil hati, relax kawan.” balasnya selamba.

Erena menjeling geram. “Huhh!”

Ehem-ehem, kedengaran Fina berdehem. Gadis itu membetulkan duduknya. “Hah… apa masalah kau pula kali ni, Rena?.” soalnya, siap tayang muka serius.

Erena mengeluh lagi. “Papa nak aku bertunang dengan Dr. Serious minggu depan.” beritahu Erena perlahan.

Fina menjungkit keningnya berulang kali. “Wah! Kawan baik aku nak bertunang la. Tak sabar aku nak tengok cincin tunang tersarung kat jari manis kau, Rena. Hisy! Kembar Sir Chief kita tu bakal bertunang dengan kawan baik aku, so sweet.” balasnya selamba.

Erena membuntang mata. “Hoi! Yang kau terlebih excited tu, kenapa?. Bukannya kau nak bertunang, tapi aku!” bidas Erena keras.

Fina menyengih. “Eh, bukan aku ya?.” balas Fina selamba. He he he… alamak, terlebih sudah!

Erena menjeling. “Ha ha ha… lawaknya!” Selamba Erena mengejek. Tiba-tiba, gadis itu mengeluh. “Aku tak nak bertunang dengan Dr. Serious tu, Fina. Kau ada cara tak, macam mana aku nak mengelak dari kena tunang dengan dia?.” tambah Erena resah.

Kening Fina terangkat sebelah. “Yang kau beriya-iya tak nak bertunang tu, kenapa?. Rena, Dr. Qasyiful tu dah la kacak. Doktor pula tu! Yang kau nak susah hati tu, awatnya?. Tunang aja la, bukannya ada apapun.” balasnya selamba.

Erena tergamam. “Kau cakap senang la, Fina. Bukannya kau yang kena, tapi aku! Wei, aku tak nak bertunang dengan dia la. Tolong la aku Fina, cari jalan untuk aku elak dari bertunang dengan dia.” balas Erena bersungguh-sungguh.

Fina tersenyum sinis. “Yang nak serabutkan kepala kau memikiran cara untuk elak dari bertunang dengan dia tu, kenapa?. Apa susah?. Tunang aja la.” balas Fina selamba.

Erena membuntang mata. “Kau faham tak maksudnya tak nak?. Aku tak nak, Fina!” bidas Erena keras.

Fina ketawa sinis. “Rena, ni baru aja bertunang tau! Belum nak kahwin lagi pun. Masa bertunang ni, apa-apapun boleh jadi. Masa tu, kau  cari la jalan untuk buat dia tarik diri dari pertunangan ni. Apa la kau Rena, benda kecil macam ni pun tak boleh nak fikir.” balas Fina bersungguh-sungguh.

“A’ah la, kenapa aku langsung tak ingat cara tu ya?.” balas Erena seakan baru tersedar dari mimpi.

Erena tersenyum penuh makna. Aku akan buat kau menyesal sebab kena bertunang dengan aku, Dr. Serious. Aku akan buat kau tarik diri dari pertunangan kita!


****


SANAK-SAUDARA Dr. Qasyiful membawa tujuh buah dulang berisi hantaran berisi Coklat Cadbury, potpourri, minyak wangi dan sebagainya masuk ke dalam ruang tamu rumah mewah milik Datuk Harris.

Ustaz Kamarul dan Hajah Kamariah bersalaman dengan Datuk Harris dan Datin Katrina tanda perkenalan. Masing-masing berbalas senyuman sebagai salam tautan silaturrahim.

“Eh, jemput duduk. Buat la macam rumah sendiri.” ajak Datuk Harris ramah. Senyuman manis tidak lekang dari bibirnya.

Rombongan pihak lelaki segera meletakkan dulang hantaran di tengah ruang tamu. Lalu, mereka segera mengambil tempat di tepi dinding.

Hajah Kamariah tersenyum manis. Matanya tidak lekang dari  memandang kawasan sekeliling rumah keluarga Datuk Harris. Cantiknya rumah ni, dua kali ganda dari rumah aku. Getus hatinya.

Ehem-ehem! Tiba-tiba kedengaran seorang lelaki muda berdehem. Lelaki kacak itu ialah Abang Shukry, abang sulung Dr. Qasyiful.

“Assalamualaikum! Saya selaku abang sulung merangkap wakil pihak lelaki, datang bertandang ke rumah Datuk dan Datin membawa hajat besar. Kami mahu memetik bunga di taman rumah ini untuk ahli keluarga kami, Qasyiful Hakim. Adakah pihak Datuk dan Datin menerima peminangan ini?.” Ramah Abang Shukry berucap.

Datuk Harris ketawa kecil. “Sukalah pihak kami menerima peminangan ini dengan hati yang terbuka. Si bunga di taman ini juga tidak sabar mahu disarungkan cincin dari si kumbang.” balas Datuk Harris ramah. Siap berkias-kias lagi.

Abang Shukry senyum manis. “Syukur Alhamdulillah. Lega pihak kami mendengarnya. Kerja baik ni, elok la dipercepatkan. Dapat la kerja kita ni dipermudahkan dan diredhai Allah.” balas Abang Shukry lagi.

“Elok benar la tu. Ayuh kita mulakan majlis menyarung cincin tunang.” balas Datuk Harris tidak sabar. Dia memandang wajah Datin Katrina. “Katrina, pergi panggil Rena.” bisiknya ke telinga isterinya.

Datin Katrina mengangguk. Wanita elit itu segera bangun dan melangkah ke tingkat atas.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku