Benci ke Sayang? (Oh... My Encik Tunang?)
BAB 16
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 13 Mac 2014
Novel ini sudahpun diterbitkan dalam bentuk cetakan dan digital. Dapatkan naskhah anda hari ini.
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
6136

Bacaan






DATUK HARRIS menyedut teh aisnya, sekadar hendak membasahkan tekak. Sesudah itu, dia menolak cawannya ke tepi. “Qasy

Dr. Qasyiful yang sedang menyuap kentang goreng ke dalam mulut, segera menghentikan perbuatannya. Dia memandang wajah Datuk Harris. “Ya uncle, ada apa?”

“Salah satu sebab uncledatang berjumpa dengan Qasy, adalah untuk memohon maaf,” kata Datuk Harris.

“Minta maaf? Untuk apa, uncle?”soal Dr. Qasyiful ingin tahu.

Datuk Harris menguntum senyuman. Unclebetul-betul malu dengan Qasy malam tu. Uncletak sangka Rena boleh berpakaian macam tu. Uncle minta maaf pada Qasy kalau-kalau ada ketelanjuran kata dan sikap Rena yang menyakitkan hati Qasy. Sejujurnya, uncle kesal dengan apa yang dah berlaku.” Wajah lelaki itu kelihatan serba salah.

“Oh!” Dr. Qasyiful tersenyum. “It’s ok uncle, small matter. Actually,Qasy pun tak ambil hati pasal tu. Rena budak mentah lagi uncle,Qasy faham. So,uncletak perlu minta maaf pada Qasy. Uncletak buat apa-apa salah pun.”

Datuk Harris menghela nafas panjang. Hatinya berasa lega apabila mendengar jawapan itu. “Lega hati unclebila dengarnya, Qasy. Yalah… salah kami juga kerana terlalu memanjakan Rena.”

Dr. Qasyiful tersenyum lagi. “Jangan menyalahkan diri sendiri, uncle.Qasy faham perasaan, uncle. Rena satu-satunya anak tunggal uncledan auntie.Jadi, ibu bapa mana yang tak sayangkan anak, kan uncle?Kalau Qasy di tempat uncle pun, maybeQasy akan buat benda yang sama juga.”

Datuk Harris melepaskan keluhan panjang. “Entahlah Qasy, unclesendiri pun dah tak tahu nak buat apa lagi. Rena terlalu manja, Qasy. Sikap keanak-anakan dia juga makin teruk. Mungkin bila dia dah bergelar seorang isteri, Qasy boleh membimbingnya untuk berubah,” katanya penuh mengharap.

“Insya-ALLAH uncle, I will try to do my best,”balas Dr. Qasyiful seakan menaruh janji. Ah, mampukah aku melenturkan perangai Erena, anak manja tu? Kegedikannya pun buat aku meremang bulu roma, apatah lagi sikap keanak-anakannya. Ya ALLAH, macam manalah aku nak hadapinya nanti?

Sejenak mereka terdiam, melayani perasaan masing-masing.

“Oh ya Qasy, uncleterlupa pula. Sebenarnya, uncledatang berjumpa Qasy sebab nak bincang tentang majlis pertunangan Qasy dengan Rena.” Tiba-tiba Datuk Harris bersuara, mematikan lamunan Dr. Qasyiful.

Dr. Qasyiful terpempan. Mulutnya ternganga besar. Hah?! Bertunang? Biar tembikai? “Majlis pertunangan?” tanyanya gugup. Menayang muka terkejut badak. Lelaki kacak itu menelan liur. Kenapa aku tak tahu pasal benda alah ini?

Datuk Harris mengangguk laju. Senyuman lebar terukir di bibir lelaki itu. “Ya, Qasy. Minggu depan kamu dan Rena akan bertunang. Sebab tu, unclenak bincang dengan Qasy pasal majlis pertunangan ni.”

Dr. Qasyiful terkedu. Bertunang? Minggu depan? Astaghfirullahalazim…

Berkerut dahi Datuk Harris. Hairan apabila melihat Dr. Qasyiful yang terdiam sebaik sahaja dia menyebut tentang majlis pertunangan itu. “Qasy, are you ok?”

Dr. Qasyiful tersentak. “What?”soalnya terpinga-pinga.

Berkerut dahi Datuk Harris. “Are you ok, son?”ulangnya lagi.

Dr. Qasyiful tersenyum kelat. “Yes, I’m ok.” Sedaya upaya dia memaniskan wajahnya. No, I’m not ok actually!Bertunang dengan Rena? Minggu depan? Oh my ALLAH!

DR. QASYIFUL menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dia mengeluh. Wajahnya kelihatan sugul. Mengenangkan permintaan Datuk Harris yang mahukan dia dan Erena bertunang minggu hadapan, membuat dirinya resah bagai kucing hilang anak.

“Bertunang dengan Erena minggu depan?” Dr. Qasyiful mencubit lengannya. Ouch, sakit! Huhh, itu tandanya dia bukanlah di alam mimpi. Sebaliknya, dia berada di alam realiti.

Oh, tidak! Semua ini dirasakan seolah-olah berlaku terlalu cepat. Dia baru sahaja menerima pinangan Datuk Harris. Tidak semena-mena, lelaki itu mahu dirinya mengikat tali pertunangan dengan Erena. Ah, apa yang berlaku ini benar-benar gila!

Dr. Qasyiful meraup muka. Sebuah keluhan panjang terhembus keluar dari bibirnya. “Ya ALLAH… beratnya rasa hati untuk meneruskannya lagi. Subhanallah…” Sekali lagi Dr. Qasyiful mengeluh perlahan.

Apabila menyedari ketelanjuran katanya, Dr. Qasyiful segera beristighfar dalam hati. “Ya ALLAH… jauhnya aku berfikir. Tak patut aku mengeluh sampai macam tu sekali. Lagipun, keputusan dah diambil. Aku kena teruskannya juga.”

Tiba-tiba, kata-kata yang terluah dari bibir Erena menikam benak fikirannya.

“Saya tak nak kahwin dengan awak! Jadi, awak nak buat apa kat saya? Hei, sikit pun saya tak ada perasaan kat awak tau! Iyyuuu… siapalah nak bersuamikan lelaki serius macam awak? Tak hinginlah!”

Dr. Qasyiful mengukir senyuman kelat. “Walaupun awak berkeras tidak mahu kita bernikah, saya tetap akan meneruskannya juga. Saya dah berjanji dengan uncle Harris. Dan saya tidak akan sesekali melanggari janji saya, Erena,” tuturnya penuh tekad.

Tidak semena-mena, bayangan wajah mak dan ayah menerpa ke ruangan mata Dr. Qasyiful. Memikirkan mak dan ayah di kampung, hatinya dihimpit rasa bersalah. “Mak dengan ayah tak tahu pun pasal perkara ni. Kalaulah dia orang tahu, mahu terkejut badak jadinya,” omelnya sendirian.

“Aku kena berterus-terang dengan mak dan ayah. Aku kena balik Kedah esok. Mereka berhak tahu yang aku akan bertunang dengan Erena.”



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku