Benci ke Sayang? (Oh... My Encik Tunang?)
BAB 19
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 13 Mac 2014
Novel ini sudahpun diterbitkan dalam bentuk cetakan dan digital. Dapatkan naskhah anda hari ini.
Penilaian Purata:
(8 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
5381

Bacaan






AKHIRNYA,hari yang dinantikan oleh kedua-dua belah pihak telah pun tiba. Hari ini merupakan hari yang bersejarah buat Dr. Qasyiful dan Erena. Hari ini ialah hari pertunangan mereka berdua.

Kelihatan sanak-saudara Dr. Qasyiful membawa tujuh dulang hantaran yang berisi coklat Ferrero Rocher, potpourri,minyak wangi, kek buah dan sebagainya masuk ke dalam ruang tamu rumah mewah milik Datuk Harris. Hantaran-hantaran tersebut diletakkan di tengah ruang tamu, bersebelahan dengan sembilan buah dulang hantaran daripada pihak perempuan.

Ustaz Kamarul dan Hajah Kamariah bersalaman dengan Datuk Harris dan Datin Katrina sebagai tanda perkenalan. Masing-masing berbalas senyuman sebagai salam silaturahim. Almaklumlah, nak jadi bakal besanlah tidak lama lagi. Jadi, kenalah saling berkenalan secara lebih rapat lagi.

Datuk Harris menguntum senyuman manis di hadapan tetamu-tetamunya itu. Roman wajahnya segera dimaniskan. “Eh, jemput duduk, ya? Hah… buatlah macam rumah sendiri, ya. Jangan malu-malu,” ajaknya.

Rombongan di pihak lelaki segera mengambil tempat di tepi dinding. Kecuali keluarga Dr. Qasyiful yang menduduki di barisan paling hadapan sekali.

Hajah Kamariah menguntum senyuman manis. Bola matanya tidak lekang dari memandang kawasan sekeliling rumah keluarga Datuk Harris. Cantiknya rumah ni, mewah sungguh. Mesti perabot-perabot dan permaidani yang ada di dalam rumah ini buatan negara luar. Ah, rumah ni dua kali ganda dari rumah aku, getus hatinya. Mengkagumi keindahan sekitar rumah mewah itu.

Ehem! Tiba-tiba, kedengaran seorang lelaki berdehem. Lelaki itu ialah Shukri, abang sulung Dr. Qasyiful. Dia yang berpakaian baju Melayu berwarna biru cair kelihatan sedang membetulkan duduknya.

Shukri menguntum senyuman manis. Roman wajah kacaknya itu segera dimaniskan. “Assalamualaikum, semua. Saya selaku abang sulung merangkap wakil bagi pihak lelaki datang bertandang ke rumah Datuk dan Datin membawa hajat besar. Izinkan saya berterus terang. Tujuan kami ke mari untuk memetik bunga di taman rumah ini untuk ahli keluarga kami, Qasyiful Hakim. Adakah pihak Datuk dan Datin sudi menerima peminangan ini?”

Datuk Harris tertawa kecil. “Pihak kami menerima peminangan ini dengan hati yang terbuka. Si bunga di taman ini juga tidak sabar mahu disarungkan cincin dari si kumbang.”

Shukri menarik nafas lega. Senyuman manis masih lagi tersungging di bibirnya. Sekali lagi dia membalas dengan serangkap pantun. “Syukur alhamdulillah. Lega pihak kami mendengarnya. Kerja baik ini, eloklah dipercepatkan. Dapatlah kerja kita ni dipermudahkan dan diredhai ALLAH.”

Datuk Harris masih lagi tersenyum penuh makna. “Elok benarlah tu. Ayuh kita mulakan majlis menyarung cincin tunang,” balasnya tidak sabar.

Lelaki itu memandang wajah Datin Katrina. “Katrina, pergi panggil Rena,” bisiknya.

Datin Katrina segera mengangguk. Dia segera bangun dan melangkah menuju ke tingkat atas.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku