Benci ke Sayang? (Oh... My Encik Tunang?)
BAB 20 - PART 2
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 13 Mac 2014
Novel ini sudahpun diterbitkan dalam bentuk cetakan dan digital. Dapatkan naskhah anda hari ini.
Penilaian Purata:
(15 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
5759

Bacaan






BAK Cinderella, Erena mengatur langkah satu per satu menuruni tangga. Gadis itu kelihatan sungguh menawan dengan busana pengantin berwarna merah jambu itu.

Tetamu yang sedang duduk sambil berbual-bual sesama sendiri terpana apabila melihat kecantikan Erena. Masing-masing memuji keindahan wajah gadis itu.

Erena sedaya upaya cuba memaniskan roman wajahnya yang kelihatan agak masam mencuka itu. Lagipun, tidak manis pula berwajah muram di hadapan tetamu. Walaupun belum bersedia untuk memegang title baru itu, namun dia tidak mahu memalukan keluarganya. Dia masih punya maruah diri.

Mak Su Sharifah menepuk lembut bahu Erena. Bibirnya terukir senyuman manis. “Mari duduk di sini, Rena. Kejap lagi kita nak mulakan majlis pertunangan,” tegur Mak Su Sharifah, adik Datin Katrina.

Erena tersenyum kelat. “Terima kasih, mak su,” balasnya sedikit gugup.

“Sama-sama, Rena,” balas Mak Su Sharifah lembut.

“Haa… Erena dah tunggu tu. Dia pun dah tak sabar nak bergelar tunang orang tu. Apa lagi? Marilah kita mulakan majlis pertunangan ni sekarang. Lagi cepat, lagi bagus. Lagipun, benda yang baik ni jangan dilengahkan,” Tiba-tiba Pak Lang Osman, adik Datuk Harris bersuara.

Erena mendengus halus, lalu gadis itu menjeling geram. Bila masa pula aku tak sabar? Aku ada cakap macam tu ke? Hisy, pandai-pandai aje buat cerita tau. Argh! Kalau boleh, sekarang juga aku nak jadi burung. Terbang jauh-jauh dari kena bertunang dengan mamat serius 24 jam tu, gerutu hatinya geram.

Datuk Harris tersenyum lebar. “Haa… betul tu. Apa lagi? Jomlah kita mulakan sekarang.”

Hajah Kamariah tersenyum lebar. Dia mengangguk. Wanita itu bangun lalu berjalan ke arah Erena. Dia melabuhkan duduk di sebelah bakal menantunya itu.

Erena mengukir senyuman manis di hadapan Hajah Kamariah. Entah mengapa hatinya rasa berdebar. Jantungnya seakan mahu melompat keluar sahaja. Pelik betullah! Eh, kau ni dah kenapa, Erena? Relax okey… just calm down.Buat macam tak ada apa-apa aje, okey? pujuk Erena di dalam hati.

Hajah Kamariah tersenyum manis. Wanita itu mengusap lembut pipi Erena. Ya ALLAH, cantiknya bakal menantu aku ni, pujinya di dalam hati. “Assalamualaikum, Amani.”

Erena tersenyum manis, membalas senyuman bakal ibu mentuanya itu. Huhh, bakal mentualah sangat! “Err… waalaikumussalam,” balasnya sedikit gugup. Eh, kenapa panggil aku Amani? Specialke nama tu? ucap hatinya hairan.

Senyuman manis masih lagi tidak lekang di bibir Hajah Kamariah. “Kamu tak kisah kalau mak cik panggil kamu Amani, kan?” tanyanya ingin tahu.

Erena mengangguk. “Err… tak apa, mak cik.”

“Amani, izinkan mak cik sarungkan cincin tunang ni ke jari manis Amani, ya?” pinta Hajah Kamariah.

Erena mengangguk.

Hajah Kamariah segera menyarungkan cincin tunang ke jari manis sebelah kiri Erena. Sebaik sahaja tersarung cincin itu ke jari manis Erena, maka gadis cantik itu sudah sah bergelar tunang Dr. Qasyiful a.k.a Dr. serious.

Argh! Aku dah sah jadi tunang orang? Hee, macam tak percaya aje. Haa… tunangku Dr. serious? Oh… my encik tunang… Dr. serious? Biar tembikai? Hisy! jerit hatinya, seakan sukar mahu percaya dengan status dirinya kini.

Erena spontan menyalami tangan Hajah Kamariah sebagai tanda hormatnya kepada wanita yang bergelar ibu kepada tunangnya itu, merangkap bakal mentuanya! Eh, bakal mentualah sangat! Sorrynaik lorry la… tak hingin aku! Selamat jalan, Romeo…

Tanpa diduga, Hajah Kamariah menarik tubuh Erena ke dalam pelukannya. Lama sekali wanita itu memeluk tubuhnya.

Erena tergamam. Dia agak terkejut dengan tindakan itu. Kenapa dia peluk aku? Tapi, kenapa ada rasa lain yang menyelinap masuk ke dalam hati aku? soal hatinya aneh.

Erena kelihatan seakan baru tersedar. Ah, kau jangan nak bikin panas, Erena Amani! Ingat, kau tak rela ditunangkan dengan mamat serius 24 jam tu okey!

Setelah lama berpelukan, akhirnya Hajah Kamariah meleraikan pelukan mereka. Wanita itu mengusap lembut pipi Erena. Senyuman nipis meniti di bibir wanita itu. “Mak cik dah tak sabar nak bermenantukan Amani. Mak cik dapat rasa, Amani adalah pilihan yang tepat untuk Qasy.”

Erena tersenyum kelat. “Insya-ALLAH, mak cik,” jawabnya perlahan. Aku? Gadis yang tepat? Huhh! Memang taklah!



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku