Benci ke Sayang? (Oh... My Encik Tunang?)
BAB 21
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 13 Mac 2014
Novel ini sudahpun diterbitkan dalam bentuk cetakan dan digital. Dapatkan naskhah anda hari ini.
Penilaian Purata:
(15 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
5893

Bacaan






DR. QASYIFULbermain-main dengan jari runcingnya. Wajahnya pucat lesi bak ternampak hantu pocong sedang meloncat. Lelaki itu bagai orang serba tidak kena. Kejap duduk… kejap berdiri… entah apa yang tidak kena dengan dirinya? Entahlah!

Dr. Qasyiful menarik nafas panjang, lalu menghembusnya keluar. Jangan gelabah sangat, Qasyiful. Tenang… Kau orang baru aje nak bertunang, kan? Belum kahwin lagipun. Haa… kalau kahwin tu, lainlah cerita. Just relax ok? pujuk hatinya berulang kali. Berusaha mententeramkan emosi dirinya yang tidak stabil.

Dr. Aiman menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dahinya berkerut, hairan apabila melihat gelagat Dr. Qasyiful. Apa kena dengan mamat ni? “Oii… kau ni dah kenapa, Qasy? Dah macam ayam berak kapur aje aku tengok kau ni,” tanyanya hairan.

Dr. Qasyiful menarik muncung panjang. Keluhan terhembus keluar dari mulut lelaki kacak itu. “Aku risaulah, Man,” jawabnya dengan suara lemah.

Kening Dr. Aiman terjungkit sebelah. Hah?! “Risau? Kenapa pula? Kau takut, Rena larikan diri dari majlis pertunangan ni ke?” Siap menayang muka sepuluh sen lagi.

Dr. Qasyiful menjeling tajam. Amboi… “Mulut tu jagalah sikit!” marahnya.

Dr. Aiman menayang sengihan kerang busuknya. He he he… tau takut? “Dah tu, apa yang kau risaukan, Qasy?” tanyanya ingin tahu. Dia semakin hairan. Apa kena kawan aku ni? Tiba-tiba aje risau. Pelik bin ajaib betul!

Dr. Qasyiful mengeluh. “Hari ini kan hari pertunangan aku dengan Rena. Jadi, aku rasa nervousla.”

Dr. Aiman memerhati raut wajah Dr. Qasyiful. Dahinya berkedut sejuta. Aik, resah? “Kau ni buat lawak antarabangsa ke, Qasy? Oii… yang nak kena hadap bakal mak mentua tu Rena, bukannya kau. Jadi, buat apa kau nak gelabah tak tentu pasal? Relaxla, chill ok.”

“Hisy, bukan pasal tulah!” nafi Dr. Qasyiful.

Dr. Aiman menjungkit sebelah keningnya. Lalu, dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. “Habis tu, pasal apa pula?”

Dr. Qasyiful mengeluh lagi. “Aku takut, kalau-kalau Rena mengundurkan diri dari meneruskan pertunangan ni, Man. Kau tahukan si Rena tu macam mana orangnya? Kepala macam batu, degil bebenor. Aku rasa, ketuk pakai hammerpun belum tentu pecah. Yalah… keras sangat!” balasnya resah.

Dr. Aiman tersenyum. “Janganlah cakap macam tu, Qasy. Kau sendiri tahukan, setiap ayat yang terucap dari mulut kita ni umpama satu doa? Kau nak ke benda-benda macam tu terjadi pada kau?”

Dr. Qasyiful tersenyum kelat. “Memanglah aku tak nak, Man. Tapi, peratus kemungkinan tu tinggi tau. Lagipun, Rena tu bukannya suka kat aku pun, jauh sekali cintakan aku. Huh… memang taklah!”

Kening Dr. Aiman terangkat sebelah. Senyuman penuh makna segera bergayut di bibirnya. “Apa kau cakap tadi? Ulang balik!”

Berkerut dahi Dr. Qasyiful. “Apa dia? Aku cakap apa?” Mukanya hairan.

Dr. Aiman menayang muka geram. “Hisy, yang kau cakap tadi tulah!” desaknya.

Dr. Qasyiful menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dahinya berkedut sejuta. “Peratus kemungkinan tu tinggi?”

Dr. Aiman menggeleng. “Bukan! Lepas tu…”

Dr. Qasyiful menghela nafas panjang. “Rena tak sukakan aku, jauh sekali cintakan aku?”

Dr. Aiman tersenyum penuh makna. Lalu, lelaki itu menjungkit keningnya berulang kali. “Hah!” Dia memetik jari. “Tulah!” balasnya lalu ketawa besar.

Dr. Qasyiful ternganga luas. Sekali lagi lelaki kacak itu menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Eh, apa kena mamat sewel ni? “Apa yang kau cuba sampaikan ni, Man? Aku tak fahamlah!”

Dr. Aiman tersenyum penuh makna. Sengaja dia mengecilkan matanya. Seolah-olah mampu membaca apa yang sedang bersarang di dalam kepala Dr. Qasyiful.

Dr. Qasyiful semakin pelik. “Yang kau tenung aku macam tu sekali, kenapa? Apa kena-mengena dengan ayat aku tadi?” desaknya.

Dr. Aiman masih lagi tersenyum penuh makna. “Sebenarnya, kau dah jatuh cinta pada Erena Amani, kan?” duganya. Sengaja dia menjungkitkan keningnya berulang kali. Mahu menduga reaksi kawan baiknya itu.

“Oii, apa punya soalan ni? Merepeklah kau! Tanya soalan yang tak masuk akal. Mereng!” balas Dr. Qasyiful. Pipinya merah menyala kerana menahan malu. Hisy, straight forwardpunya soalan, buat malu aku aje tau. Cis!

Dr. Aiman ketawa besar. “Haa… kawan aku dah jatuh cinta. Wow, so sweet!”Dia teruja.

Membulat mata Dr. Qasyiful sebaik sahaja mendengar kata-kata itu. “Hoi, agak-agaklah!” marahnya.

Dr. Aiman tidak membalas, sebaliknya lelaki itu masih lagi ketawa besar.

Dr. Qasyiful menjeling geram. Hisy, kecil besar, kecil besar aje aku tengok kau ni! Sekali aku cili mulut tu, baru tau! Padan muka! Argh! “Kau nilah Man, dah-dahlah tu! Tolonglah jangan ketawakan aku lagi! Aku tumbuk karang, tak pasal-pasal terpelanting sampai ke Brazil. Haa… bolehlah kau tengok perlawanan bola sepak secara livekat sana.”

Dr. Aiman menepuk bahu Dr. Qasyiful. Senyuman penuh makna masih lagi terukir di bibirnya. “Ala… relax la, aku bergurau aje.”

“Qasy?” tegur seseorang dari arah belakang.

Dr. Qasyiful dan Dr. Aiman spontan memandang ke arah belakang.

“Ya, mak?” jawab Dr. Qasyiful. Dia tersenyum.

Dr. Aiman turut tersenyum.

Hajah Kamariah memandang Dr. Qasyiful. “Jomlah masuk. FamiliAmani dah tak sabar-sabar lagi nak tengok Qasy.”

Dahi Dr. Qasyiful berkerut. Amani? Wow,dah tukar nama nampak? By the way… nice name! puji Dr. Qasyiful dalam hati. “Oh… okey, jom masuk!”

“AWAK fikir, saya suka sangat kat awaklah? Hei, kerat 21 pun belum tentu saya terpikat kat awak tau. Tolonglah! Mimpi di siang harilah kalau awak fikir yang saya boleh tersangkut dengan awak, Dr. Qasyiful Hakim,” sindir Erena pedas. Dia berpeluk tubuh. Sengaja dia berpaling ke arah lain dari melihat wajah kacak encik tunangnya itu. Oh, please la! Tak kuasa aku nak tengok muka kacak kau yang sentiasa serius 24 jam tu, detik hatinya lagi.

Dr. Qasyiful memandang wajah Erena. Wajahnya masih lagi kelihatan serius. Langsung tak ada garis senyuman yang terukir di bibirnya.

Erena mencebik. Cis, muka tu dahlah kelat macam air teh! Oii, air teh pun sedap tau! perlinya di dalam hati lagi.

Dr. Qasyiful menayang senyuman sinis. “Habis tu, awak fikir saya pun nak sangat ke bertunang dengan gadis manja macam awak ni? Dahlah manja, gedik pula tu. Kalau tak disebabkan Uncle Harris dan Auntie Katrina, saya pun tak inginlah nak bertunang dengan awak tau. Macam yang awak cakap tadi, kerat 21 pun, saya tak nak.”

Nafas Erena turun naik. Amboi… Dia menggenggam penumbuk. Aku tumbuk muka kau, baru tau! Oh… melampau! Dahlah sentiasa serius 24 jam, raja menyakitkan hati pula tu! Huhh… amekaw! Tambah lagilah gelaran untuk kau, Dr. serious!Memang sesuai sangat! jerit hatinya geram.

Erena menjeling tajam. Dia mendengus geram. “Manja? Gedik? Oh, melampau! Habis tu, apa kurangnya awak? Tak cukup dengan gelaran mamat serius 24 jam, awak nak tambah lagi ke hah, mamat tak ada perasaan?” bidasnya.

Kening Dr. Qasyiful terangkat sebelah. Bibirnya terukir senyuman sinis. “Kalau saya tak ada perasan sekalipun, apa kena-mengena dengan awak, cik manja? Itu hak saya. Awak tak boleh pertikaikannya!”

Erena ternganga luas. Matanya membuntang besar. Huhh! Buat menyakitkan hati betul bercakap dengan mamat serius 24 jam nilah! Hisy, nak aje aku cili-cili mulut kau tau! Biar rasa kepedasan cili khas dari ladang Erena Amani, memang terbaik dari ladang. Argh!

Nafas Erena turun naik tanda marah. Tanpa sedar, gadis cantik itu menunding jari telunjuknya pada wajah kacak Dr. Qasyiful. “Qasy, awak jangan…”

Belum sempat Erena menghabiskan ayatnya, tiba-tiba Pak Su Ahmad datang menegur. “Hah Rena, jadi inilah tunang kamu?” tanyanya ramah.

Erena terkedu apabila mendengar teguran itu. Dia tersenyum sambil menayang gigi putih bersihnya itu. “Hah, err… dialah tunang Rena.” Dia melemparkan senyuman yang sengaja dibuat-buat.

Erena mencebik. Huhh, tunanglah sangat! Oh, please! Tak nak aku mengaku kau sebagai tunang. Seakan hendak muntah hijau sahaja apabila memperkenalkan Dr. Qasyiful sebagai tunangnya.

Dr. Qasyiful menyalami tangan Pak Su Ahmad. “Saya Qasyiful Hakim. Err… pak cik boleh panggil saya Qasy aje. Pak cik?”

Pak Su Ahmad tergelak. “Qasy boleh panggil Pak Su Ahmad. Pak su ni, adik ipar Kak Katrina, suami pada Mak Su Sharifah.”

Dr. Qasyiful tersenyum manis. “Oh!”

Erena mengerling sekilas wajah kacak Dr. Qasyiful. Dia mencebik. Tak sangka aku… pandainya kau berlakon depan pak su aku kan, Dr. serious 24 hours?Hmm, boleh menang award! ejek hatinya geram.

Pak Su Ahmad memandang wajah Erena dan Dr. Qasyiful silih berganti. “Hmm Rena, kacak betul tunang kamu ni! Haa… memang sesuai dengan kamu tau, sama cantik sama padan. Macam pinang dibelah dua aje. Tak sabar pak su nak tengok kamu berdua bersanding atas pelamin,” pujinya ikhlas.

Dr. Qasyiful sudah tergelak kecil. Merah pipinya apabila mendengar pujian itu. Hisy, pak su ni… buat malu aku aje tau! Puji depan cik manja aku pula tu. Haa… mesti cik manja aku ni bertambah sakit hati lagi, desisnya dalam hati.

Erena tercengang. Haa… kacak? Sempat Erena membelek wajah kacak Dr. Qasyiful. Tang mana yang kacaknya? Cuba habaq mai! Tak ada pun, muka kelat macam air teh adalah. And one more, bagai pinang dibelah dua? Ha ha ha… so funny! Macam pinang dibelah kapak ada la.

Erena menayang senyuman yang sengaja dibuat-buat. “Tulah pak su, Qasy ni memang…. err… kacak,” balasnya sambil menayang gigi putih berkilatnya di hadapan Pak Su Ahmad. Bunyinya kedengaran tidak ikhlas.

Kening Dr. Qasyiful terjungkit sebelah. Dia memandang sinis wajah Erena. Kacak? Hmm… macam tak ikhlas aje bunyinya tu! Huhh, whatsoever! Do I care?

“Okeylah… Qasy, Rena, pak su minta diri dulu. Kalau ada peluang, jumpalah kita lagi. Hah Qasy, jaga anak buah pak su yang manja ni baik-baik tau,” kata Pak Su Ahmad sambil tersenyum.

Dr. Qasyiful tersenyum kecil. Lelaki itu segera mengangguk. “Insya-ALLAH pak su, Qasy berjanji akan menjaga Rena dengan sebaiknya.”

Erena tercengang. Sengaja dia melemparkan senyuman sinis pada encik tunangnya. Eh, boleh ke kau jaga aku, Dr. serious?Tahan ke kau dengan perangai manja aku ni? Huhh!

Erena memandang Pak Su Ahmad. “Baik, pak su. Hati-hati bawa kereta tu.”

Selepas bayang Pak Su Ahmad hilang di sebalik mata, Erena merenung tajam wajah kacak milik encik tunangnya.

Dr. Qasyiful yang perasan tingkah laku Erena segera memandang wajah tunangnya. “Kenapa awak tenung saya? Dah jatuh cinta kat tunang awak yang sentiasa serius 24 jam ni ke?” tanyanya serius. Keningnya terjungkit sebelah.

Erena mencebik. “Huhh! Tolonglah… tak kuasa saya nak jatuh cinta pada mamat serius 24 jam macam awak ni, okey!” perlinya selamba. Dia berlalu pergi, meninggalkan encik tunangnya sendirian di situ.

Dr. Qasyiful menggeleng. Hmm… peninglah kepala aku nak melayan karenah manja dan keanak-anakan tunang aku lepas ni! Getusnya di dalam hati.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku